Thursday 6 February 2014

Gila Duit : Conclusion.

Nampak gaya aku ini dah semakin malas, maklumlah hidup di kampung serba serbi penat, baru balik dari kebun , dah lentok terbaring aje... haha. Jom kita terjun terus untuk mengelakkan kebosanan.

So, bila aku fikir ala- ala Detective Conan gitu, maka lahirlah satu gerak daya yang baru. Ini lah dia.

ANDA PERLUKAN WANG TETAPI ANDA BUKAN HAMBA KEPADA WANG.

Memang kita perlukan kan duit untuk memenuhi keperluan asas dalam hidup manusia iaitu makan minum, tempat tinggal dan pasangan hidup ( opps sori maklumlah forever alone ) . Tetapi dapatkah kita sedar betapa kita telah menjadi hamba wang berbanding jadi pemilik wang?

Tidak ada salah nya ingin menjadi orang kaya yang beriman kepada Allah. Sejarah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat juga kebanyakkan pernah merasa nikmat menjadi millionaire. Tetapi, kekayaan tidak melalaikan mereka dari agama, bahkan pemangkin semangat cintakan agama.

Adakah kita sedari bahawa di zaman Khalifah Umar al- Khattab, hasil mahsul ( cukai ) negara adalah mencukupi untuk menampung negara dan rakyat untuk lima tahun? Itulah hasil pengurusan wang dan harta yang telus, cekap dan tidak membazir.

Ya, aku  mengaku aku bukanlah cerdik pandai agama. Tapi, sedihlah para ustaz, para ulamak kerana semakin hari semakin jauh umat Islam dari agama huhuhu... Bukan saja dari sudut ibadah khusus, ibadah umum juga diabaikan. Sedarkah kita bahawa segala amal baik di dunia juga mendatangkan pahala?

Bila menyebut soal duit, kalau kita mengurus wang dengan baik kerana ikhlas dengan Allah, kita pun akan dapat pahala.

Sebanyak mana pun duit kita, kita tidak akan mampu membeli kebahagiaan dalam hidup. Mungkin kata- kata saya tiada erti pada mata orang yang materialis tetapi saya selalu sahaja diingatkan...

" Seorang Mak boleh jaga sampai sepuluh orang anak tapi belum tentu sepuluh orang anak  boleh jaga seorang Mak "

( Hargai ibu kandung anda, tambah lagi dengan ibu negara, ibu negeri, ibu duit hehe )

Itulah maksud kebahagiaan. Tetapi mungkin dengan duit , anda berupaya membantu ibubapa dan golongan yang memerlukan. Saya ada kenal seorang pak cik di kampung, namanya Pak Cik Berahim. Saya ingin bercerita kisahnya kepada kita semua supaya ambil tauladan.

Pak Cik Berahim bukanlah dari keluarga yang senang. Pak Cik Berahim lahir sebagai anak orang susah. Masa usianya sama dengan saya 20 tahun, dia pergi ke Singapura untuk mencari kerja. Macam - macam kerja dibuat, tapi yang utamanya ialah welding. Lama juga dia merantau baru lah balik kampung bukak bisnes welding. Perlu dingat, Pak Cik Berahim tidak ada kelulusan degree hatta sijil keusahawanan GIATMARA sekalipun. Syukur, dia berusaha sehingga dia menjadi kaya ,mampu membuka dua kedai welding dan juga ada usahakan kedai runcit.

Tapi Pak Cik Berahim tetap Pak Cik Berahim yang saya kenali. Pak Cik Berahim tidak membuka perniagaannya di waktu malam kerana dia ingin ke surau bagi mengikuti kuliah Maghrib dan solat berjemaah. Pak Cik Berahim juga sangat mesra dengan saya dan orang orang kampung walaupun beliau memiliki Toyota Hilux dan Cambry. Saya suka membeli barang runcit di kedainya kerana lebih banyak pilihan walaupun harga nya agak mahal sedikit.

Pak Cik Berahim juga telah berbuat jasa kepada orang kampung. Kampung saya , jalannya berlubang. Hal ini merungsingkan Pak Cik Berahim kerana perkahwinan anak perempuannya dah makin dekat. Berbesan orang kaya keturunan Nik, wah risau andai besan membebel jalan yg teruk menyukarkan majlis kenduri. Akhirnya, Pak Cik Berahim telah menempah batu kerikil utk menurap jalan kampung bermula dari jalan besar sehingga ke rumahnya!

Hasilnya, bukan sahaja kenduri berjalan lancar, mulut orang kampung juga tidak lepas memuji Pak Cik Berahim atas jasanya. Jalan berlubang yang ditampal memudahkan orang kampung serta mengurangkan eksiden kerana jalan berlubang. Dia bukannya ketua kampung, bukan NGO, bukan ahli politik! Beliau hanya seorang peniaga biasa. Dengan itu, barulah semua orang tahu bahawa Pak Cik Berahim orang berduit. Tetapi Pak Cik Berahim bukan orang yang tenggelam macam Qarun. Dia tetap membantu dan berjasa walaupun tidaklah begitu luas. Semoga Allah kurniakan kebaikan buat Pak Cik Berahim.

Ehm, aku berharap aku dapat kongsi lagi dengan kita2 semua, harap ada masa lagi.

- Sukarnya menulis nama Pak Cik Berahim banyak kali huhu -


Tuesday 10 December 2013

Kenangan Pasal Banjir.

*Terlebih dahulu, kita bersama menyampaikan takziah atas kehilangan harta benda dan kesusahan yang dialami mangsa2 banjir di seluruh negara. Semoga terus tabah menjalani hidup... Bagi yang mampu, bantulah sehabis baik ehmmm.....*

Banjir ini sebenarnya berlaku bila air hujan mula bertakung kerana permukaan bumi tidak lagi mampu menyerap air. Aku pun tidaklah mahir dalam Sains tetapi sememangnya aku akui, fenomena banjir ada juga keajaiban dan mudaratnya pun besar kalau dipandang ringan.

Banjir bukan sahaja boleh berlaku di kawasan berhampiran sungai, tetapi bandar juga tidak terlepas dari bencana alam ini.  Banjir juga mampu berlaku di kawasan gurun ataupun pergunungan. Dan selalunya juga, banjir adalah salah satu kesan yang berlaku sekiranya ada berlaku taufan mahupun tsunami. Boleh katakan bahawa banjir adalah salah satu fenomena alam yang kerapkali berlaku di serata dunia.

Kalaulah nak bercerita pasal banjir, aku sukalah nak bercerita mengenai arwah atuk. Atuk aku bernama Deraman. Atuk pernah merasai susah ketika banjir besar bergelar Bah Merah melanda Kelantan suatu ketika dahulu. Sememangnya Bah Merah adalah mimpi ngeri ketika itu. Tanaman musnah, harta benda rosak dan kehilangan jiwa juga berlaku. Atuk juga terpaksa berlapar kerana sukar untuk mendapat makanan.

Sekarang, aku juga secara tak rasmi menjadi seorang yang mahirlah jugak menilai situasi banjir. Kalaulah aku ni belajar Sains, dah boleh jugak aku jadi pengkaji, Chewah, angan besar nampak! Kalaulah nak jadi cerita , dahulu di zaman Mesir Purba, mereka berupaya meramal banjir dengan membuat cerapan bintang yang dipanggil " Sirius " tapi nama betulnya aku tak ingat sangatlah.

Dan, aku selalu aje menjadi jiwang bila banjir melanda kampung aku. Hal ini kerana, aku yang selalunya pemalas dan kurang bersemangat akhirnya seolah- olah menjadi seorang yang hebat dan berkemampuan bila banjir mendatang. Aku nak kata banjir ini macam beri aku satu tenaga untuk menjadi rajin dan bijak. Kebiasaannya, bila kita berada dalam susah, kita akan segera ligat mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri.

Selain atuk, ayah saudara aku , aku panggil Ayah Da, juga berupaya dalam hal banjir. Ayah Da pandai buat perahu.Banyak juga duit hasil buat perahu. Dulu larat, sekarang Ayah Da dah kurang membuat perahu sebab kayu semakin mahal dan susah nak dapat. Mungkin masa mendatang boleh beli yang fiberglass aje.Perahu memudahkan aku dan family bergerak semasa banjir.

Kalau nak dibandingkan dengan adik- beradik aku, aku mungkin antara orang yang paling biasa dengan keadaan banjir. Yelah, semuanya dah berkerjaya, manalah sempat nak mengkaji dan merasai banjir. Banjir pun datang setahun sekali je. Aku sebenarnya merasa kagum bila banjir berlaku, rumah aku yang jauh dalam hutan, dah jadi pesta bila semua orang datang nak tengok banjir. Adalah juga nak memukat, menjala. Budak- budak enjoy sampai malam.

Tahun ini adalah mungkin yang paling last aku sempat merasa bermain air banjir. Nanti, kalau dah bekerja, aku tak akan dapat rasa lagi belaian air banjir yang menyirami aku untuk banyak tahun ini. Aku perasan bahawa aku dan cuaca hujan sering berkaitan. Man of Rain is the nickname. Hehe, angan jer. Kalau aku merasa susah hati , selalunya hujan akan turun... tak tahulah macam mana itu. Allah Maha Mengetahui.

Aku dah dapat memukat ikan. Tapi ada seekor ikan puyu aku pelihara. Orang tua- tua dulu biasanya suka akan ikan puyu. Ikan puyu ni pulak pandai betul. Bila aku lalu kat balang dia, dia berenang- renang kejar aku.Rupanya dia nak makan. Hai, pandai!

Sebenarnya, tiada ada mana- mana negara pun dapat melawan banjir. Sebab ini semua kuasa Allah, tengoklah kat Eropah, banjir besar berlaku walaupun sistem kaji cuaca mereka lebih moden berbanding kita. Tetapi, aku menyarankan bahawa kita patut mengambil iktibar dan inisiatif bagi mengawal banjir besar dari berulang.

Secara peribadinya, aku tak mahu banjir hilang terus. Biarlah Malaysia terus berkembang asalkan banjir tetap ada. Maksud aku, secara terkawallah. Kalau tiada banjir, susah juga nak menanam padi sebab padi memerlukan banyak air. Air hujan juga adalah sumber air tawar yang tidak ternilai. Alangkah bagus kalau air hujan ini dapat disimpan dan digunakan dalam kehidupan harian. Janganlah sebab kita ada air paip, kita sombong tak mahu menadah rahmat sebab hujan sebenarnya salah satu rahmat Allah.Kita patut bertasbih memuji kebesaran Allah bila hujan turun. Banjir aku akui satu musibah, tetapi kalaulah kita berwaspada, banjir juga boleh menjadi sahabat karib.

Secara teknologinya, dengan segala hujan dan kuasa alam, kita boleh menghasilkan banyak tenaga dari alam semulajadi. Jangan kita orang Islam jadi bodoh sombong, contohilah negara yang banyak bergantung kepada kuasa semulajadi.

Banjir juga boleh menjadi musibah sebab kecuaian kita mengurus tadbir bumi ini.  Hati aku mengatakan bahawa banjir adalah seperti seseorang yang cuba bangkit dari kesedihan dan kesusahan. Siapa sangka, air hujan yang menitis sikit2 itu berupaya mendatangkan jumlah kuasa yang besar sehingga melumpuhkan sesebuah bandar.

Dan , jagalah keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim banjir. Dengar kata, penyakit kencing tikus juga dapat dibawa melalui air banjir. Binatang liar juga akan cuba mengelak dari banjir, bimbang kalau terserempak ular ataupun lipan. Jaga juga keselamatan rumah, bimbang ada yang merompak semasa kita tengah sibuk melihat banjir. Paling penting, jaga dokumen dari banjir. Kereta atau motorsikal patut diletakkan di tempat yang selamat dari air banjir.

Ini bunyinya macam kedekut, tetapi sebenarnya, jangan pinjamkan perahu senang2. Hal ini kerana bukan semua orang layak membawa perahu. Entah2 terbalik, kita pula dipersalahkan. Perahu pula adalah sensitif, kalau cuai , karamlah.

p/s : Ketika banjir, pergaduhan pun mudah berlaku sebab isu-isu kecil macam simbah air secara tak sengaja. samseng mengacau ketika aku memukat kerana nak ikan percuma.


Thursday 28 November 2013

Aku Hanya Seorang Lelaki Desa.

Tahun 2013 dah nak habis sebulan lagi... Terlebih dahulu, aku umumkan bahawa aku dah jadi " penganggur terhormat " dengan jayanya. Well, aku rasa nak lepak - lepak dulu, tahun depan baru kerja dulu, nak sambung memang otak aku dah jem habis, tak boleh belajar dah, duit dahlah kurang, sabar jela.

Apa tak sukar hidup bila aku nie jenis langkah tak panjang macam bebudak lain, budak lain semua dah mantop, aku ternganga - nganga lagi nak mencari tapak hidup. Suasana pun dah jadi kelam kabut, tapi kan dah nama manusia, tak kan lepas punya dari suka duka.

Dulu masa kecik, aku sebenarnya dibesarkan di bandar, tapi memang tak kenal sesapa pun di bandar tempat aku membesar. Bila masuk sekolah menengah, aku tinggal kat asrama dan jadi kepala budak2 kejap. Tapi, memanglah tak lepas aku dari kampung aku.

Aku sendiri tak tahu apa sangatlah sebab aku tinggal kat kampung. Sekarang, aku tolong mak aku berniaga. Esok dah kena bungkus sate 100 cucuk weh... Memang aku ni jadi pembantu. Aku tolong bapak sedara aku jaga kebun, menebas belukar dan jadi komando kejap sebab bru singgah rumah waris yang terletak dalam hutan. Seronok tapi tough der!

Lelaki desa oh lelaki desa!

Aku memakai baju buruk , menaiki moto buruk, dan berwajah buruk ( nasib badan ).

Buat masa sekarang, aku memilih untuk lepak kampung mungkin sebab mak aku kot. Biasalah tolong- tolong mak. Aku pun bertindak jadi PA dia dalam perniagaan sebab aku ada ambik course Keusahawanan dulu, tapi tang akaun dia jaga, aku jaga management. Syukur, ada rezeki juga even berniaga kampung- kampung.

Kampung aku takdelah special sangat, duduk sini pun bergelut dengan budak2 bangsat baru nak up, dah pandai nak sound org tua. Kalaulah aku ni gila sangat, dah lama aku langgar diorg. Aku pun agak- agak jugak, aku ni ada pelajaran even tak tinggi, aku tak mahu gadai masa depan aku hanya untuk orang yang takde masa depan. Iman di hati derrr walau di luar macam mangkuk.

Ada juga ketenangan di sini sebab semuanya tentang aku ada kat sini. tenang tang mana tu aku tak tahu, tapi aku rasa taklah begitu blur sangat. Aku ni jenis tak suka tunjuk personaliti terang2 kat org, jadinya kat tempat aku study, hanya dua tiga orang aje yang kenal atau ingat aku. Balik kampung, semua nak angkat tangan bagi salam. Takdelah mengharap sangat tapi suka jugak.

Bila banding dengan member, memang aku rasa rendah diri. Most kawan aku anak orang kaya, memang aku tak putus kawan , tapi untuk nak sama level dengan diorang, sangat susah aku rasa. Kalau member yang sama miskin baru line cantik nak sembang hal2 anak kampung. Agaknya, budak2 sekarang yang retinya BF/ GF, motor dan bajet hot. Payahlah aku nak kenal budak layan hal2 tanam pokok, buat kuih, jaga angsa, ikan puyu lagilah.

Tapi, aku bukanlah kolot sangat sebenarnya. Aku ni jenis carefree jugak even sikit2. Selalu aje aku carikan resepi dari google nak kasi kat mak aku. Bapak aku pulak mintak tolong carikan tempat jual kereta secondhand kat Mudah.my. PC kakak2 aku pun aku yang run maintence kalau aku lepak umah diorang. Untuk abang aku, aku suka sembang hal keselamatan negara dengan dia, rasa macam kitorg ni GI Joe je.
Bayangkanlah , kalau tak jadi navy, kita tak akan tahu apa maksud destroyer, armada, tapi aku faham ( sila main Call of Duty ).

Aku pun layan gitar dengan kawan bapak aku, terperanjat bila keluar lagu " One Love " Bob Marley dan kitoorg sama2 nyanyi. Berapa kerat sangat yang layan old stuff. Aku rasa aku pun takdelah classic sangat. Aku try nyanyi lagu Pitbull, uishhh masuk jugak.

Bila sebut hal perempuan ni yang aku jadi hilang semangat. Teringat dulu masa sekolah, ada perempuan je memang startlah jadi macam Jim Carrey, melawak tak henti- henti. Aku ingat sekarang perempuan tengok aku macam tengok beruang tengah mencari makanan dengan muka yang bengis... or in worst case scenario, sebuah lori sampah... Besar, bertenaga, digeruni oleh kenderaan lain, dan selalu tolong lupuskan sampah, cuma buruk...

Tambah lagi dengan aksesori yang membuat perempuan rasa aku ni sebenarnya Freddy Krueger. Parang untuk menebas rumput saja cukup untuk menghalau mereka ( kesian diorg takutkan parang, bukan takutkan aku ). Takkanlah aku nak pakai mekap pulak....

Takpelah dulu, aku pun tunggang langgang jugak sekarang, hampir karam, nasib baik ada orang sudi baiki.
Kalau tak, mereput sorang2, takde sape peduli.

Aku masih dalam pencarian kerja huhuhu... paling tidak pun aku rasa aku boleh kerja kat event management. Dulu pun biasa je atur majlis. kalau dapat, memang aku kerja sepenuh hati.

Dan sebagaimana aku nampak,kerja kampung ada pulangan lumayan jugak asal rajin. cuma tak glamour lah sikit. Kerja kat bandar nampak aje glamour, tapi susah tanggung sendiri, bila senang ramai pulak nak tumpang sekaki.

Hai, begitulah erti hidup di desa. Mungkin aku terpaksa merantau bertahun- tahun di bumi orang dan suatu hari aku kembali dengan seribu kejayaan. Yang pasti, aku tak mahu jadi batak hot hanya sebab pernah tinggal di rantau orang. Antara American Ice Cream Soda dan Pepsi, aku pilih American dulu, antara sate dan KFC, aku pilih KFC dulu.

Satu je benda pasal aku yang agak kolot sikit. Kalau tak berjumpa nasi sehari, pizza, kek, cheeseburger takde makna di mata aku. Makan nasi dulu.




Monday 4 November 2013

Maal Hijrah dan Spiderman.




Well, aku bukanlah taraf Dr. Zakir Naik pujaan hatiku dan banyak lagi kelemahan dalam diri aku ni. Apa- apa pun, tetap harus kuatkan diri.

Err.. Spiderman ada apa dengan Maal Hijrah? Ingat balik, ketika peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah dikejar oleh kaum musyrikin Mekah yang ingin membunuhnya. Rasulullah berlindung di sebuah gua. Ketika itu, yg kejar tadi betul2 depan muka gua. Dengan kuasa Allah SWT, ditakdirkan ada satu makhluk yang buat sarang yang elok, dan buat yg kejar rasa bahawa Rasulullah tiada dalam gua itu.

Bukanlah Spiderman, lagi detail lagi. Labah- labah.

Makhluk berkaki lapan, matanya lapan, giginya banyak, geraknya lincah dan ada macam- macam spesis.

Spiderman adalah karakter fiksyen ciptaan seorang Yahudi bernama Stan Lee yang kerja di Marvel. Tak payah cerita apa kuasa Spiderman panjang- panjang, mesti dah tahu.

Dah masuk Muharram, aku sebenarnya agak excited masa kecik dulu kalau ada Maal Hijrah. Sebab mak pernah join nasyid masa family aku tinggal kat IPD Gerik ( orang polis lah ni ). Jadinya kalau ada Maal Hijrah, memang dapat tengok mak bernasyid. Dan dapatlah merchandise yg aku rasa unik seperti kalendar lambang huruf hamzah dan sarang lelabah.

Dulu, sambutan Maal Hijrah ni agak glamour dengan acara tilawah, kenduri kesyukuran. Sekolah fardu ain dulu pun ada anjurkan majlis sempena Maal Hijrah. Tapi masa itu aku jahil, satu apa pun tak pandai. Sekarang pun masih ternganga huhuhu...

Dulu memang kata gempaklah, sekarang dah slow down. Sebab nampak sekarang kehidupan dan makin sibuk, semua nak bercerita pasal duit, harta, politik, bola ( opsss, tadi bola Pahang menang, Kelantan kalah huhu ). Aku rasa berbahagia je masa Maal Hijrah dulu sebab even masa itu jahil, tapi boleh feel semangat persaudaraan dan happy- happy.

Aku harap panjang umur aku nak join geng masjid esok utk celebrate Maal Hijrah. Maafkanlah aku sebab kerana masalah dunia, aku dah lalai. Manakan tidak, tengok dunia makin retak seribu, aku pun susah sana sini. 

Aku pun bakal graduate nanti dan terciptalah satu penganggur terhormat buat sementara waktu, maklumlah dah tak kenal dunia dah sibuk study. Insyaallah murah rezeki aku nak terbang ke Sabah lepak kat rumah Kak Long aku. Nak makan lobster rasa- rasalah. Jangan marah ahhahaha...

Aku rasa nak kerja tahun depan kot. Tapi itulah kan, bukan senang nak kerja simple2. Aku target nak kerja event crew sebab org macam aku ni tak berapa hidup nak kerja pejabat. Baik kerja outdoor. Tapi minyak sentap , tapi aku naik motor memang rileks sikitlah.

Aku nie sebenarnya masih shock + bangang + terfana bila aku tahu bahawa gadis itu sudah disunting orang.... Tak adil! Itulah kan, aku ni tak pandai nak romance gaya Aaron Aziz, harap jadi secret admire jelah. Dahlah muka macam kawah di Bulan, oh kejamnya.

Aku ( dah berapa banyak aku da.... ) redha ajelah sebab rasanya aku pun tidak dapat menjanjikan bahagia bila hidup sendiri pun dah azab, nasib baik Allah tetap bagi aku hidup, maka haruslah bersyukur. Mak hidup lagi, anak saudara aku pun syukur semua ingat dekat aku. Maybe bila dah umur 30 kot, barulah fresh sikit nak pikir soal relationship kan. 

Maal Hijrah kali ini, aku tetap merasa kerinduan di waktu dulu. Aku pun ada macam Spiderman problem. Problem Spiderman ; bijak tapi malas, kurang bertuah dalam hidup, kehilangan orang yang dihormati dan disayangi, hidup bertarung dengan musuh yang serba jahat, dan diabaikan oleh cinta. 

Tapi Spiderman juga ada untung macam aku. Kami ada kawan yang sudi membantu atau paling tidak pun memahami. Dan orang yang hebat juga sentiasa ada utk tunjuk jalan kepada kami. 

Cuma aku tak mahu pakai kostum ketat dan pastinya aku kurang memakai merah terang.

hehehe, aku harap semuanya akan berjalan ok je. 

" Luqman, take a chill pill! "

p/s : gian nak balik rumah.. adui... 











Saturday 19 October 2013

Korban oh Korban

Selamat Hari Raya Korban kepada semua.

Aku tak balik raya kali ini.. sebab apa aku kurang pasti. Yang pastinya final project harus disiapkan.

Untuk Raya Korban, aku biasanya agak lebih sikit happynya sebab raya ini lebih bersifat bersama. Sembelih lembu sama- sama kan.. Lebih meriah. Tapi biasanya aku tak sempat sambut sebab sibuk...

Aku pun sebenarnya tidak begitu makan daging. Sebab aku ni jenis simpati jugak. Kalau tengok lembu yang disembelih, memang aku tak makan langsung. Aku makan kalau yang siap dilapah tanpa aku menonton proses sembelihan. Memang macam penakut kan, tapi aku pernah menjaga lembu, jadi tak tergamaklah pulak tengok binatang yang kita jaga disembelih begitu sahaja.

Jiran - jiran aku ada juga lembu dan dibiar berkeliaran , maklumlah kampung. Biasanya orang menjauhi lembu sebab takut ditanduk, tapi aku macam National Geography, selalu mendekati diorang dan cuba berinteraksi dengan diorg dan juga capture diorg guna Nikon aku... Ciss takde subject lain ke nak capture?

Akibatnya, aku tidak suka kalau binatang disembelih, tapi ternyata kalau tak disembelih, cara untuk mematikan binatang seperti electric shock, poison atau headcrush lebih sadis... bahkan menyeksa binatang. Aku redha sahaja hukum Allah. Daging sembelihan Islam pun lebih sihat dan tidak berbau hamis.

Selalunya kalau kita nak kesan sembelihan yang betul mengikut syarak, bau hamis tidak begitu ketara dan daging kelihatan pucat sebelum dibasuh. Perasan tak? Kalau bau hamis terlalu kuat dan daging pun macam kuat kemerahannya, maksudnya darah tak habis mengalir lagi atau sembelihan dilakukan dengan cara yang salah atau tidak mengikut syarat sembelihan. Tapi aku sendiri pun belum pernah sembelih binatang... ini pun bapa aku yang bagitahu. Tapi dia selalu nya sembelih kambing.

Muda lagi, tapi aku juga ada sign for high blood pressure. Sebab itu aku kurangkan makan benda2 yg garamnya tinggi. Kalau aku makan Mister Potato, alamat terkeluar urat darah di tekuk dengan kepala aku... Nasiblah muda, kalau dah tua silap- silap pengsan.. masa derma darah pun, doktor cakap blood pressure aku memang tinggi. Daging bukan pilihan utama.

Kalau nak makan daging pun, aku makan yang rebus jer. Memang kata simple habis. Kalau buat masak lain, peninglah nanti.

Korban ini pun tidak langsung buat kita ingat orang yang kurang bernasib baik.

Sebab itu aku ni selalunya jiwang sikit bila tiba Raya Haji. Macam mana pulak orang yang tengah haji ye?

Ayam memang makan dah hasilnya sekali sekala jemu jugak..

Aku memang seorang penggemar ikan. Ikan tak glamour masa sekarang, ikan mahal, padahal rasa hairan juga. Sebab ikan dilaut bukannya sikit. Akhirnya macam - macam cerita, diesel mahal lah, orang tengahlah, harga tong ikan naik lah...

Hujung tahun ni, aku bercadang nak memukat ikan. Letak simple- simple aje, mesti dapat punya. Seekor dua pun jadilah.

Kalau menyebut hal ehwal haiwan ini, selalu aku memang macam National Geography. Tapi binatang yang biasa- biasa jelah. Aku pun biasa jumpa binatang liar tapi nasib baik tak jadi apa- apa. Aku rasa kagum bila aku mencelup tangan aku ke dalam sungai belakang rumah aku, anak ikan datang lalu macam takde apa- apa... Nasib baik jugak anak ikan, kalau bapak ikan tak ke nahas nanti.

Aku tetap hepi jugak beraya di rantau orang sebab at least kita dapat kenal orang. Oklah.

Inilah gambar yg aku capture dulu. Kebetulan pose lembu ni bagus. Lembu jantan ini garang tapi kalau jaga jarak, its ok.








Saturday 12 October 2013

Kenapa Aku Tak Hisap Rokok?

Sakit dah kepala bila diumumkan, harga rokok naik lagi buat orang yang hisap rokok. Rokok memang ada dalam radar semua insan yang bergelar lelaki, kalau perempuan tak tahulah pulak. Most memang adalah perokok. Budaya lelaki perokok memang ada dari aku kecil sampai aku besar.

Aku bukan perokok. Simple je.

Aku bukan anak orang kaya. Fikir balik, sekotak berharga RM 10 adalah sama dengan kos makan sehari aku.. ada lebih seringgit dua simpan.. Rasanya apa punca susah sangat nak ada duit? Rokok ni aku tak tahu sebab kalau diteliti kandungan rokok, rokok mengandungi kimia yang tak bermanfaat pun untuk tubuh..

Ini adalah pandangan peribadi aku terhadap perokok. Aku tengok yang hisap rokok ini selalunya kurang rasional. Tanyalah kepada penjenayah low class, mereka hisap rokok ke tak? Aku tahu rokok sebenarnya memberi tenaga tambahan disebabkan nikotin, tetapi sebagai balasan, kadar oksigen ke otak akan berkurangan sekaligus membunuh sel2 neuron otak. Ada orang yang tenang ketika merokok tetapi bila tidak merokok, sikapnya lebih agresif. Puncanya disebabkan ketagihan nikotin yang kuat akan merencatkan proses tubuh. Sama kesan dengan orang yang tak dapat menagih dadah.

Ada orang yang kutuk aku sebab aku tak hisap rokok. Bukan aku nak menyombong, tapi yang kutuk aku tu budak sekolah terlampau , keputusan SPM tercorot, naik EX5 beli ansuran, baju setakat bundle, kulit dahlah hitam pekat kalah Negro, mulut berbau, jalan tak betul, dan akhirnya orang itu dah masuk jel sebab tetak abang sendiri. Aku pun tertanya, siapa lagi bodoh?

Aku tak hisap rokok pun biasa juga dapat no 1 dalam kelas, SPM pun bolehlah sederhana, walaupun motor aku bukan moto glamer, tapi bapak aku beli cash insurans premium, baju aku ada juga merasa jenama mahal, kulit aku ada jerawat tapi taklah sampai hitam, mulut pun berbau kalau makan petai aje... Wah, siapa kah yang lagi malang nie?

Perokok pun suka je sharing is caring rokok, tapi mungkinkah boleh jadi ambil kesempatan? Ada kawan aku seorang hisap yang mahal, last2 dalam lima orang yg hisap rokok biasa2 asyik tapau rokok kawan yang mahal itu.... Then what when not only once, but everytime when my friend buy an expensive cigar?

Tapi aku perasan yang hisap rokok ni bijak- bijak semuanya berbanding aku. Yes, im not that smart. I just ordinary guy, always slack- off and troubles always looking for me.

Tapi bila bab kerja, aku juga insan yang engine slow ini terpaksa update RAM otak aku ke tahap maksimum....

Aku tak benci perokok sebenarnya, yang nak hisap, hisaplah sebab at least yang hisap pun mesti kerja kan... cuma menyampah bila tengok budak2 bawah umur hisap dgan rasa tak bersalah depan orang, depan aku... Kepala hotak kau orang! Mak Bapak bagi duit suruh belajar! Semua orang yang matang mesti setuju dengan aku even perokok sekalipun!

Jangan lah marah aku sebab mesti ada punca kan kenapa aku tak hisap rokok even boleh sangat....

Aku adalah mangsa trauma rokok dimana ada kes disebabkan rokok. Bukan aku buat tapi orang lain... dan mereka adalah budak bawah umur. Cikgu aku tangkap 10 orang hisap rokok, dan diorg semua dihukum dengan sangat dahsyat...  aku pun tak hisap rokok sebab itu...

Dan satu lagi, ini mungkin cuma dalam takdir hidup akulah... aku selalu tengok kesudahan hidup perokok yang malang dan berserabut... ini soal nasib... tapi bila dah tengok banyak sangat, aku pun trauma lagi.... ada yang jadi gila, ada yang ditembak mati polis sebab jenayah dan paling sadis , ada budak jatuh siling semasa menghisap rokok ketika  solat Jumaat.... budak tu tak mati, cuma gigi depan dia semua patah.... malang tu...

Yes, memang perokok sangat glamour... tetapi aku yang kebetulan adalah seorang pendengar gosip kaum wanita akhirnya tahu bahawa perokok memang jadi bahan umpatan.... kebetulan pulak yang hisap rokok tu memang bad attitude even dia berpangkat besar pun...

Itulah alasan kenapa aku tak hisap rokok... aku pun buat banding antara perokok dengan bukan perokok... hasilnya perokok memang kelihatan hebat tetapi rupa- rupanya fail jugak... dan bukan perokok memang aku kata macam takde apa- apa, tahu2 rupanya ada bakat dan kelebihan tersembunyi....

Sekali lagi lah, aku sebenarnya tak benci perokok cuma aku cuma hendak beritahu kenapa aku tak merokok. Tu je. Sesiapa nak hisap, hisaplah. Sebagai orang biasa, aku cuma mengharapkan supaya janganlah hisap banyak supaya dapat juga cover duit utk benda2 lagi penting...

Lagipun merokok bukan dalam sunnah Nabi... memanglah hukum makruh dan kalau dah nampaknya makruh, elok tak dibuat sebenarnya...


Tuesday 1 October 2013

Pandangan Aku Orang Ketiga.

Assignment melambak, berani lagi bukak nak post sebab baru bangun tido dan  tengok FB, status dari page mana aku tak ingat tapi kan , aku macam ada terfikir campur terpandang dan terkena, ahahhaha.

Orang ketiga bukan maksud aku sibuk kacau rumah tangga orang, bukan ye.




Aku ada pengalaman tapi bukan sebagai suami ye, hanya sebagai seorang bapa saudara yang masih mumaiyiz dalam alam kedewasaan dan tak suka orang yang " sangat dewasa " ( belum pasti kenapa ).
Selalu aje aku handle anak saudara aku , siapkan pakai diorg, siap hidang makan, dan akhirnya tang pegi jamban pun aku yang teman walaupun fizikal aku pun tak mampu halang lipas atau syaitan di tandas kacau kalau tak baca doa masuk tandas atau Bismillah.


Di Malaysia ni, suasana masih lagi dalam kuasa lelaki even perempuan lagi ramai. Tengok Parlimen, perempuan berapa kerat? Dan kekuasaan wanita hanya pada benda yang dia miliki sendiri. Dalam kes di atas, anaklah. Sebab biasalah kan, bila dah jadi ibu, semua benda kalau boleh nak siapkan untuk anak- anak. Tapi kekadang boleh aku perasan akan keluh kesah apabila si suami tak nak langsung take care atas alasan ego maruah lelaki.

Sebagai seorang lelaki, ego boleh kata adalah senjata buat kami ( kalaulah ). Tapi kan, bila aku renung zaman dulu, memang lelaki tak sibuk menda ni tapi bila soal disiplin memang sharp! Tak mengaji, dushh! Tak mandi lagi, ambik sebiji!  Zaman sekarang pun bukan takde, tapi aplikasi dalam hal2 begini macam tak berapa laku sangat dah.

Ada satu keluarga yang tak peduli kan bapa nya yang sedang sakit. Memang macam derhaka, bila ditanya alasan semua orang tak tahu nak cakap apa. Keluarga ini kata, dulu ayah garang sangat , tapi langsung tak peduli hal kami, hal kami semua mak yang uruskan.

Rasulullah even sebagai seorang Rasul pun ada terlibat dalam sistem urus rumah tangga. Beliau pernah memasak, menjahit, dan mengurus anak.

Pada aku, memanglah tugas lelaki yang pegang title suami adalah beri nafkah. Cuba kita tengok pelaburan kita sekali- sekala sebab kena aware, seorang isteri hanya manusia biasa yang mesti ada time yang tak berapa efisien misalnya kalau yang bekerja. Bila tengok anak- anak buat perangai macam buat sepah, senang aje suami salahkan isteri tak jaga anak betul- betul.

Aku bukan nak jadi penyibuk, tetapi anak- anak sekarang cepat pandai. Bimbang dalam hati diorang nanti akan dendam dengan ayah sebab tengok ayah macam tak layan diorang. Dalam gambar itu, suami marah isteri, anak senyum. Maknanya nanti si anak akan jadi anak yang tak kenang jasa ibu sebab si ayah hanya tahu marah, anak pun rasa ibunya tak berguna sebab asyik dimarahi si ayah.

Bahaya tak kesan semua ini. Aku tidak lah kata suami mesti buat, tetapi cukuplah kalau sekadar membantu sedikit sebanyak. Apa salah mandi terus ayah dengan anak, dan ayah boleh sahaja dressing anak bersama isteri. Pasal menghidang makan aku pun kurang mahir tetapi pantaulah anak yang buat kacau masa menghadap rezeki, sebab pantang keluarga aku kalau main2 masa jamah rezeki. Iyelah, macam tak hargai rezekilah, dah ada makanan pun asyik nak main, mestilah terasa hati ibubapa yang penat siapkan makanan, anak masih nak main2 lagi.

Ada juga isteri yang tak bagi suami sibuk sebab dia tahu suaminya tak pandai, tapi kita tetap kena pantau. Manalah tahu, isteri asyik buat kerja, entah2 dapur terbakar ke, air mendidih ke. Paling tidak kena periksa barang yg isteri guna setiap hari, kurang ke rosak ke, kita terus pergi setel kan. Bagi aku, buat macam ini, kurang sikit risiko dipaksa pergi kedai oleh isteri sebab garam habis! Betul tak? Jimat masa buat kaki bola.

Aku pun bukan calon lelaki idaman tetapi harus tahu sebab aku lebih senang bersedia dan berdikari dalam pengurusan diri. Pendek kata kalau dah kahwin ( lambat lagi ) aku tak suka harapkan isteri 100 peratus kecuali dalam kes2 tangan keras, contoh menjahit memang aku tak pandai. Buat kaum wanita, kalau suami jenis tak suruh buat kerja pun, mesti juga ada handle sikit penampilan suami, tak kan tak boleh tolong gosok baju tanpa pengetahuan suami. Barulah suami tak terasa nak buat hal.

Jangan juga tinggal pasangan anda makan sorang,teman dan hidangkan walaupun kita tak makan. Ada orang pesan, kalau makan sorang, nanti syaitan suka hasut.

Dan tiada benda seperti " orang perempuan atau orang lelaki aje buat benda ni " bagi aku. Para lelaki juga setidak- tidaknya kena tahu sedikit sebanyak sabun pencuci apa yang bagus, jenama peti sejuk apa yang jimat elektrik, pasar raya mana banyak offer murah. Yang perempuan kena belajar sikit- sikit cara kilat kasut ,cara basuh kereta.

Dan yang utama, ini syarat yang aku tambah sendiri lah. Buat kaum perempuan, eloklah jadi pendandan atau perunding imej untuk suami anda. Jangan kita aje yang melawa, suami muka dan macam 9 bulan duduk bertapa dalam gua. Bagi aku, aku sedia mendengar komen dari ahli keluarga berbanding orang lain yang komen pasal penampilan aku. Kalau betul tak nak suami cari lain, cuba try potong kuku dia, dandam rambut dia, dan paling penting, aku rasa selalulah hadiahkan minyak wangi buat suami sebab bimbang bila suami sendiri beli minyak wangi, ada yang pengsan.

Dalam handle anak, janganlah berkira, nanti anak berkira dengan kita balik, baru kita tahu. Sama lah dalam kita handle ibubapa yang sudah tua, jangan berkira sangat, nanti Allah berkira dengan kita, baru kita tahu.


p/s : aku pernah dikritik sebab tak pakai minyak wangi, tapi bila aku pakai, kata bau hancinglah, terlampau kuat la, akhir sudah aku tanya, " tak suka minyak wangi yg aku pakai cubalah hadiahkan satu...."  dan aku dapat satu minyak wangi berharga  RM 200 , bau macam ladang bunga 100 ekar. Terima Kasih buat kakak aku.