Sunday, 22 April 2012

Sisi Baik Filem Labu dan Labi + Nasib Si Labu Labi(Part 2)

Now,for the part 2,let me explain the good side of this goofy but very educating film from my top favourite Legend of Superstars,Tan Sri P.Ramlee..

"Alaaa,ulas filem Melayu,yang taip English buat ape?"

"Saja.Jangan marah aaa..."



Filem ini telah banyak banyak mengajar kita semua dari sudut yang tersembunyi.Yelah,kita asyik fikirkan side buruk Haji Bakhil aje,tak pernah pulak kita nampak yang positif.Inilah yang cuba Tan Sri P.Ramlee terapkan dalam setiap filem arahannya.Saya dapat merasakan bahawa beliau sebenarnya melemparkan kritikan halus terhadap kita,penonton supaya dapat berfikir di sebalik tahu bergelak tawa semata-mata.


Pertama sekali,kita perlu menyedari ketika filem ini dikeluarkan bagi tayangan umum,orang Melayu dilihat masih ketinggalan dalam segenap aspek kemajuan di negara kita yang masih baru dan mentah dalam kemerdekaan dari penjajah British.P.Ramlee ingin menyedarkan kita tentang pentingnya penguasaan ekonomi bagi menjamin survival bangsa,negara dan agama pada masa hadapan.Haji Bakhil,seorang usahawan kain yang telahpun menunaikan fardu haji di Mekah adalah satu contoh usahawan Melayu Islam yang telah berjaya dalam perniagaannya.Beliau juga berjimat cermat(atau kedekut) dalam menguruskan pentadbiran ekonomi rumahtangganya.

Sebagai seorang usahawan,keuntungan walaupun kecil,mesti diambil dan mesti dipastikan berterusan.Itulah apa yang cuba diajar Haji Bakhil yang berkira walaupun 10 sen,untung mesti diaudit dan dimasukkan dalam kira-kira sebuah perniagaan.Namun,saya melihat prinsip ini telahpun diamalkan sebenarnya namun entah di mana silapnya,sekarang ini kita menyaksikan gelombang peniaga atau usahawan yang suka menipu dan mengaut keuntungan secara berlebihan tanpa memikirkan kepuasan pelanggan.Itu tidak berlaku pada Haji Bakhil yang menerima untuk berunding dengan Cikgu Murni mengenai harga kain (mungkin Haji Bakhil cuma mahu mengenali Cikgu Murni).Dalam suasana normal pun,kita wajib pandai untuk berunding dan tidak sekadar pandai memonopoli pelanggan secara menipu dan melampau.

Dalam pengurusan rumahtangga,Haji Bakhil bukanlah seorang yang terlampau berkira dalam soal-soal keperluan asas seperti makan minum,tempat tinggal dan keperluan para isi rumahnya.Semuanya disediakan dengan rapi,bahkan mengupah dua orang gaji agar semuanya dapat disediakan tanpa kekurangan.Tetapi bagi orang luar seperti Labu dan Labi,saya dapat melihat sedikit pengabaian.Walau bagaimanapun,Haji Bakhil tidaklah menghukum mereka berdua sesuka hati tanpa ada kesalahan.Hukuman yang dikenakan pula sangat kebudak-budakkan,perkara yang biasa ketika itu.Sekarang,orang gaji datang dari negara asing yang tidak diketahui asal-usulnya dan membuat seribu satu masalah sosial.Kalau diberi hukuman pula,terlalu melampau misalnya disiram air panas.

Labu dan Labi boleh dipuji sebagai lelaki yang sabar menempuh dugaan.Sudahlah dengan Haji Bakhil,kita beralih kepada Manisah.Manisah bolehlah digelar gadis kaya yang lebih bersifat kemodenan,justeru lebih tampil bergaya dan menarik hati Labu dan Labi.Mereka berdua sukakan gadis ini.Namun,cara bagaimanakah yang digunakan?Labi cuma bijak mahu mengambil hati Manisah ini tanpa mempedulikan kemahuan dan keperluan gadis itu manakala Labu pula telah bertindak lebih brutal sehingga mengenakan guna-guna kepada Manisah(mujurlah dalam mimpi).Manisah juga berfikir lebih matang dan sangat berhati-hati memilih pasangan.Saya lihat rasanya teknik Labi itu dah tak laku di zaman sekarang.Kelihatannya,perlu dimasukkan unsur materialis supaya gadis yang diinginkan berjaya dipikat.Teknik Labu?Jarang2 kerana modenisasi telah pun mengikis tabiat syirik ini.Namun,mereka mereka yang keji lebih bijak merangka strategi sehingganya pasangannya boleh dibawa lari tanpa diketahui.lebih mudah,lebih murah berbanding jumpa bomoh sekarang yang upahnya mahal juga.Gadis sekarang(bukan semua) pula lebih mengikut perasaan dan hawa nafsu tanpa memikirkan sedalam-dalamnya dan akhirnya kita akan dapat khabar berita bahawa mereka hidup susah setelah dibawa lari entah ke mana-mana.

Kepercayaan juga saya lihat adalah aset utama cerita ini.Selepas isteri Haji Bakhil meninggal,Haji Bakhil tidak berasa gusar meninggalkan Manisah bersama Labu dan Labi kerana beliau percaya,Labu dan Labi adalah pekerja yang baik.Mereka juga melayan setiap kerenah Haji Bakhil yang bermacam-macam.Kita juga melihat adegan maut di mana Labi memicit kepala Manisah yang sedang sakit.Saya berfikir,apa agaknya yang akan terjadi sekiranya Labi tidak boleh dipercayai?Labu juga telah menegur sahabatnya,bukannya berpakat turut serta sehingga mencetuskan pergaduhan(bertumbuk halus-halusan).Zaman sekarang,perbuatan jahat juga akan disertai jemaah -jemaah yang entah apa-apa ketahuannya.Labu dan Labi bertindak lebih bijak,membawa pergaduhan mereka ke kelab Boksing berbanding "angkat geng,kasi tembak ini semua".Ini jelas  menunjukkan walaupun berkelahi,mereka tidak melukakan atau mengganggu pihak lain yang tidak bersalah.(selepas memijak kepala bapa masing-masing.....).Sekarang ini,gaduhnya dua orang sahaja,angkat geng sampai polis terpaksa masuk campur,tak malu ke?

Saya juga turut mendapat pendedahan tentang apa yang boleh terjadi sekiranya kita hidup hanya nak bermudah-mudah sahaja.Sekiranya Haji Bakhil ingin meminang Cikgu Murni,beliau seharusnya tidak mempercayai Labu Labi yang tidak berpengalaman dalam soal ini.Lihatlah apa yang terjadi,ditutupnya pulak mulut Haji Hitler tuh.....Kalaulah mereka ini mampu bersabar dan memahami peribadi Haji Hitler itu(bapa Cikgu Murni),takdelah sampai perlu menculik Cikgu Murni.

Saya juga mendapati satu idea telah dimasukkan dalam babak ketika Haji Bakhil mula membuka selimut Cikgu Murni(sebenarnya bapa Cikgu Murni) ini iaitu:Orang-orang Islam sangat menyanjungi diktator Jerman ,Adolf Hitler kerana dasar pentadbirannya yang mesra kepada orang Islam. Tok Kazi(ejaan lama,lakonan Ajis Sattar)terus sahaja bertabik "Heil,Hitler!" tetapi dia tersilap sahaja.Saya difahamkan sebenarnya Adolf Hitler pernah menghantar wakil Parti Nazi hingga ke Asia untuk bekerjasama dengan pihak Jepun.Di Tanah Melayu,peniaga-peniaga Eropah yang berjaya di sini kebanyakkannya berbangsa Jerman.Namun,disebabkan British mengawal Sultan-Sultan Melayu,pihak Nazi Jerman tidak berpeluang menyebarkan pengaruh mereka.Tak percaya?Gutenberg tu bukan syarikat Jerman ke?Namun,sedikit sebanyak tempias Hitler juga berkumandang di Tanah Melayu tetapi tidaklah sehebat mana kerana Asia lebih di bawah kekuasaan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.


P/S:Aku akan sambung lagi pada masa2 hadapan.Banyak lagi fakta dan pendapat yang aku nak kumpulkan pasal Haji Bakhil nie....Terima kasih.




  

Sunday, 15 April 2012

Sisi Baik Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut(Part 1)

Sehingga sekarang,agaknya tajuk nie yang agak ilmiah dan lebih berinformasi jugaklah untuk tatapan para pembaca.Kenapalah dalam banyak-banyak tokoh-tokoh Melayu,Haji Bakhil jugak yang terpilih.inilah sebabnya.

Sebelum itu,saya ingin bercerita sedikit mengenai Haji Bakhil.Haji Bakhil nie adalah lawan kepada Ismet Ulam Raja.Bapa Haji Bakhil bernama Lebai Kedekut.Maka,ramailah insan yang "buat-buat tak kenal" akhirnya akan memanggil Haji Bakhil sebagai Haji Kedekut.Kenapa saya,katakan bahwa Haji Bakhil mempunyai sisi baiknya yang tersendiri?

Pertama,walaupun Haji Bakhil memang kedekut taik hidung masin(LOL),beliau mencari kekayaannya dengan cara yang halal.Beliau tidak menipu,tidak merasuah atau menyeleweng semata-mata untuk bergelar orang kaya.Beliau telah bertindak menjadi pembekal kain Melayu yang menjual harga kain dengan harga sebenar,bukan ditokok tambah.Ini membuktikan bahawa Haji Bakhil juga memilki asas agama yang kukuh(walaupun bakhil)....

Tuan Haji Bakhil juga telah menyelamatkan negara daripada bankrap dengan sekadar menggajikan pekerja-pekerja Melayu,tiada PATI dalam kedainya.Sekarang nie,berapa dah tapak niaga kita dikuasai orang asing?Siapa untung?Siapa kaya?Budak2 kulinya pun tetap hormat padanya walaupun memang kutuk tak habis punya.....hhahaha, pandai mengambil hati Haji Bakhil dengan mengatakan mukanya hensem (LOL) hahahaha!

Mungkin orang tua kutuk ni (ayat filem yer) lokek duit,tetapi nasihatnya memang bernas kalau difikirkan."10 sen simpan boleh buat rumah batu tau!"Ini bertepatan dengan konsep sedikit2 lama2 jadi bukit."Tak habis2 radio nie dengan asmara cinta,tak habis2 cinta.Kan lagi bagus lagu nasihat,bagaimana datang duit,bagaimana jadi orang kaya,bagaimana berbini du.........."Itu adalah satu teguran beliau terhadap industri hiburan yang hanya tahu lagu cinta yang kebanyakkan tak langsung mendidik masyarakat ke arah yang lebih bermakna.(kan lagi bagus kalau lagu nasyid!)

Haji Bakhil juga memahami konsep berniaga yang bagus (cuma kedekut je).Mengapa Haji Bakhil pengsan setiap kali si Manisah(Siapa tu?Anak dia la)minta duit?Dia ingin memberitahu bahawa dia bukanlah cop duit atau Bank Dunia untuk diminta wang sesuka hati!Dia bagi,cuma dia kata satu tahun tak boleh minta apa2 dengannya sebab dia nak Manisah faham dalam perniagaan,tidak mengira sama ada saudara atau tidak,mesti berhutang dulu dan ada tempoh nak bayar.Mungkin cara orang tua nie je yang pelik sket.....

Haji Bakhil juga mahir berkomunikasi sehingga Cikgu Murni gagal menyedari Haji Bakhil suka kepadanya serta  mahu mengenalinya secara lebih dekat.Mujurlah hero kita,Labu dan Labi sedar teknik "jual minyak " milik "sifu" mereka.Tengok kembali cara pertuturan Haji Bakhil yang lemah lembut tetapi menyakinkan ketika bersama Cikgu Murni.Melihatkan kisah lampau Cikgu Murni,di situlah Haji Bakhil berperanan sebagai pendengar dan "penjual minyak" yang berpengalaman.Kalah James Bond!

Haji Bakhil turut memilki sifat berjimat cermat sebagai OKL(bukan Orang Kuala Lumpur,Orang Kaya Lama) apabila hanya menaiki motokar (kereta) buruk.Kata Labi "Cantik tak kereta tu?Macam S*t*n".Kalau setakat nak ulang-alik tempat kerja,buat apalah keta mahal2 kan,tengok si Labu Labi,baru berangan-angan,dah pergi nightclub,marah orang tua(Haji Bakhil jugak),pandai2 mengorat peragawati dan gaduh tak kena tempat! Yela,tak malu ke gaduh dekat serambi?Haji Bakhil turut mempraktikkan "serampang dua mata" apabila membeli kereta baru.Bukan sahaja untuk mengurat Cikgu Murni,bahkan juga untuk kemudahan anak perempuannya ,Manisah pada masa2 hadapan.(betul ke orang tua nie?)

Haji Bakhil juga bukannya kedekut sangat,cuma cara pendekatan kita untuk menawarkan sikap kedekutnya kurang berkesan.Labi pergi sindir dia,buat apa?Cikgu Murni jugalah telah melembutkan hati Haji Bakhil untuk bersedekah kepada anak-anak yatim(harap2 ikhlaslah ye).Saya merenung kembali kepada sikap orang kaya sekarang,hanya menghabiskan duit untuk wanita bagi tujuan maksiat semata-mata.Adakah Haji Bakhil ingin membuat maksiat?Tidak!beliau cuma ingin kahwin lagi sahaja......Dengan berkat Cikgu Murni,barulah dia membuka mindanya kepada lebih bersosial(Malam Aneka Ragam.ingat tak?)Barulah dia sedar,Labu Labi yang di"ketuk-ketampi kan" selalu itu rupanya berbakat besar sebagai pelawak.Dia juga bertepuk tangan kepada mereka berdua!

APA PULA SISI BAIK FILEM "LABU LABI + NASIB SI LABU LABI" NIE?

Tunggu sambungan pulak!





Tuesday, 27 March 2012

Forever Alone ??




Salamm...Hahahahhaa  .Macam2 hal kat dia nie yang selalu jadi trend.Inilah kegilaan aku sekarang.Kenal tak dengan meme!Alaaa,meme yang ada masa chatting kat Facebook.Namun,adalah "creative generation" yang dah convert meme itu menjadi salah satu aliran dalam Gagism.Kira-kira macam wat lawak la sket.Namun ini salah meme yang yang menarik perhatian aku.Meme nie namanya "Forever Alone".Meme yang nie selalu digunakan dalam menyindir orang2 yang takde awek/pasangan.Kekadang lawak,tetapi itulah realitinya.


Bukan apa,kalau check balik diri sendiri pun,aku sendiri pun mana ada awek.Rasa macam kena batang hidung pulak.Tetapi satu soalan yang penting,adakah betul semua tu?

Jawapan TIDAK.Youre not forever alone.

Apsal pulak?Allah yang Maha Melihat dan Mendengar segala permintaan dan tempat berhajat sentiasa melihat kita walaupun kita sendiri tak nampak Dia.Itulah yang perlu kita tahu.Dan kita juga perlu berhati2 dalam setiap urusan sebab Malaikat dan Syaitan sentiasa ada.Kalau selalu buat baik,Malaikat ikut.Kalau selalu jahat,nasib ler Syaitan ikut2 hari2.

Ibubapa nak letak mana?Mungkin anda sedar atau tak perasan2 lagi(slow motion),ibubapa memang selalu di sisi anda tak kira senang atau susah.Cuma mungkin ada gap kalau dah dewasa nie.tapi gap tu tak sepatutnya jadi alasan untuk tak peduli.Kita tetap kena ada di samping ibubapa,sebab kita tak tahu,bila agaknya ibubapa kita akan pulang mengadap Illahi.

Adik-beradik mungkin ada yang tak sebulu,tapi selalu kan,air dicincang tak kan putus?

Sahabat2 kita yang mungkin sibuk,tetapi selalu teringatkan kita dan nak sesangat jumpa,cuma masa tak izinkan....

Dan,ahli2 masyarakat yang lain2.Tak kiranya,pemandu bas ke,polis ke,mamak ke,apek ke,diorang tetap ada sebagai satu masyarakat manusia.Mungkin kita kenal,mungkin tidak.Tetapi kita bukan seorang sahaja manusia yang tinggal di Bumi ni.

Tetapi,manusia sememangnya tak lepas dari sunyi.Akhirnya mula nak rasa feeling terhadap jantina berlawan jenis(jangan jadi sesama jenis ye) untuk dijadikan teman teristimewa.




Yang ada tu,kalau niat baik,selamat ...Kalau dah awal2 set nak bersuka2 jer,habislah mereka2 itu.



Kan?







inilah dia semangat yang perlu dalam hidup.Walaupun forever alone,aku tetap gembira dengan apa yang ada di sekeliling aku..Bak kata falsafah Cina,


"Jangan terbelenggu dengan sesuatu yang lepas,jangan tertarik pada sesuatu yang datang dan janganlah lupa daratan kerana itulah cara yang sejati untuk membebaskan diri"