Tuesday, 13 August 2013

Raya untuk Anak Bongsu Macam Aku..

Sebelum mula, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog aku, tapi takkan baca je, follow la sket hehehe.. ( tak malu )!

Raya  ketiga aku balik sambung study, tak merasalah raya lama- lama. Takpelah, tak kisah sangat, tengah muda la katakan.

Aku nie merasa emosi bercampur dalam hari raya kali ini. Bukan apa, selalu raya balik2 benda yang sama; tv,kuih, mercun(?) dan jalanraya yang sesak. Kelainan tahun ini ialah aku dapat merayakan hari raya bersama adik- beradik aku. Kak Long, Kak Ngah dan Abang Yie semua dapat cuti. Kekeke... 

Tema raya tahun ini semua pakai baju warna peach tapi entah macam mana Abah aku aku dapat orange peach, aku dapat pink peach, abang aku lagi bagus, lain warna baju raya dia!

Tapi diorg semua dah berkerjaya dan berkeluarga, maka tinggallah seorang budak bujang yang masih forever alone ( huhuhuhu ). Secara tidak langsung, aku pulak terlantik diri sendiri jadi pengasuh anak2 saudara yang kecil, nakal dan kekadang mendatangkan marah.... Hai, Paksu nie marah2 korang pun, sekali korang tapau aku, RM 12 sorang tau... 

Bila hanya aku seorang yang masih takde arah tuju dalam hidup, memang awkward. Yelah, semua dah ada life, bila balik rumah, cerita pasal life diorg, aku angguk2 jelah. Yang bongsu memang akan rasa macam dia nie lepak je tahu, satu habuk pun tak boleh pakai. Buat masa sekarang, aku cuma boleh fokus untuk habis belajar sem akhir nie je, lepas tu tengoklah nanti.

Kerja2 rumah pun nampak macam aku terlibat walaupun aku ini lelaki .... Aku tak kisah tapi masa buka puasa, aku nie memang serius. sesape buat hal masa itu, memang aku panas lah. Sorry tapi kalau dalam soal ibadah, kalau dah buat, baik buat2 betul. Aku tak suka kalau ada nada mengarah semasa makan, kalau nak makan, gunalah nada suara yang buat aku yakin memang org tu betul2 nak makan. 

Hati Piscesean seperti aku amat sensitif. Selalu juga makan hati bila kakak dan abang cakap kasar padahal benda kecik je kot. Manja2 tu macam ada lagi, tapi bukan mengada2 cuma nak dihargai dan difahami. Tapi, kakak2 dan abang respect bila  aku bagi cadangan. Tapi, mak aku tak benarkan sebarang perbincangan masa depan dengan diorg sebab bimbang disalahfahami.

Hari Raya pun aku rasa malas nak jalan2. Baik aku duduk rumah layan tetamu. Ramai juga yang datang. Tapi, akulah yang paling " cekap " melayan tetamu sebab tetamu pun yang elders, mesti suruh yg muda2 juga buat itu ini. Hahahaha, macam waiter dah pulak.

Bila malam, aku mula buat projek main bunga api dan mercun. Hanya aku yang dibenarkan main mercun sebab anak2 saudara kecik lagi dan dicampur penakut.. Hairan juga sebab mercun aku berbunyi macam senapang tupai. Apakah rahsia disebalik ini? Disebabkan itu, aku x berani main lama2, takut orang sebelah fikir bukan- bukan.

Bab jalan2 tu, memang tak sempat... tapi dapat juga singgah rumah kawan.. tapi hakikatnya aku lupa dia beritahu aku bahawa abang dia kahwin.. Fesyen aku pulak bukan fesyen raya, tapi fesyen budak rock... memang rasa jadi perhatian lah. Aku tengok orang jeling2 je kat aku. Sebut pasal fesyen, aku kena marah kat Kota Bharu sebab pakai spek mata ... Apahal lah brader tu, pakai hensem pun salah ke? Bukannya dosa pun.. Aku selalu kena marah pasal ini. Dah dia yang bergaya tak pandai, nak marah2 aku pulak. Aku pakai lawa2 pun aku mintak kebenaran mak bapak aku, bukan main hentam aje... 

Sebenarnya isu pakaian sering jadi benda yang aku debate in my heart bila musim raya. Tapi, aku tak salahkan sekeliling..  Maklumlah, negeri Kelantan  memang strong Malay and Muslim culture. Silap2 kalau pakai baju fesyen western, mampus orang kata aku budak takde akhlak. Bukan aku tak pernah pakai Islamik, jangan marah, sekali aku pakai Islamik, semua kata aku ustaz, sampai panggil Mujahhideen pun ada. Aku pun biasa pakai retro. Baju batik memang aku pakai ala2 Sudirman gitu. Sabor jelah...

Kita sambung balik bab jumpa kawan tadi. Memang rasa lain sikit la kan maklumlah center of attraction for being rockers. Jumpa kawan2, semua dah okey. Berita happy bila ada cerita nak kahwin ( well, certainly it is not my business except for food) hahahhahahaha...... Takpe2 , aku mendoakan kawan2 yang bakal diijabkabulkan selamat berbahagia dunia akhirat, cuma jangan lupa jemput mat rocker nie datang... hahhahaha...

Sedey sket bila lawat kubur arwah nenek. Tengok kubur nenek macam basah  sebab tanah kubur nenek memang jenis yang mudah serap air. Aku bersihkan kubur nenek pakai tangan. Aku berdoa supaya nenek sejahtera di sana. Bagi mengingatkan aku pada mati, aku ambik sikit tanah kubur, campurkan air dan sapu kat dahi supaya aku rasa suasana tempat aku kembali kepada-Nya nanti.( macam pelik sikit kan?)

Raya kali ini memang aman kerana tiada sebarang masalah " politik " berlangsung. Tapi, tetap kena jaga2. Adik- beradik aku macam tak paham kenapa boleh ada perkara macam ini walaupun aku tak pernah kacau sesape. Bagi aku, bila dah kita mengaku " Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", Allah uji dengan cabaran untuk tahu betul tak kita yakin dan percaya dengan kesaksian tersebut. Kalau ada umat Islam diuji perang dengan kafir harbi, aku pula diuji dengan cara lain pulak... Tabahkan hati...

Oklah, dah meleret pulak aku punya post ini.. Lagi sekali, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...























Tuesday, 16 July 2013

Jangan Jadi Hamba Hawa Nafsu!!

Ramadhan memang menarik kerana kita dapat tengok sebahagian umat sudah kembali kepada fitrah asal. Lebih baik kalau hari2 begini, kan? 

Aku pun sebenarnya dah start check balik amal ibadah aku sebab aku rasa kekosongan sangat even kawan2, ahli keluarga tetap ambil berat, call setengah jam, update FB, WhatApps semua ada! Dan aku dapati, ruginya aku sebab banyak miss peluang ibadah. Maknanya aku masih terperangkap dgan duniawi ...
( Masyaallah, selamatkan aku )

Mari kita mula satu kisah..

Ada satu benda atau makhluk yang sememangnya degil dengan Allah SWT. Apa yang Allah perintahkan dia tak mahu buat. Dan bila dia disumbat dalam api neraka, barulah dia terhegeh- hegeh nak beriman. Siapakah dia?

NAFSU!!

Bukan Ahmad Nisfu ye, nafsu. 

Percayakan bahawa setiap satu kejahatan di dunia berpunca dari hawa nafsu? Sebenarnya kan , syaitan ( telah dirantai pada bermula Ramadhan ) hanyalah sebagai pencadang atau penggalak melakukan dosa atau kemungkaran. Tetapi manusia masih berupaya mengawal dengan akal dan imannya. Kalau akal tidak diasah dan iman pula dibiar lemah, tenggelamlah kita bermaksiat dan syaitan pula bergembira sebab tugasnya dah accomplished.

Dalam bulan Ramadhan, ternyata nafsu yang melampau akan mengurangkan berkah rahmat puasa kita. Rugi sangat kalau puasa sampai mata merah, jalan pun lambat, muka sembap, cakap pun berterabur tapi pahalanya sudah gone, hilang entah ke mana.

Perbuatan membazir adalah tidak baik. Kekadang pergi ke bazar, semuanya kita nak beli. Bila dah buka puasa, kenyang lepas tu makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Wah wah wah, sampai hati. Pembaziran ini adalah tidak ekonomik dalam jangka masa panjang dan menjadikan kita saudara syaitan free2 aje...

Pengaruh luaran telah mendesak belanja yang di luar kemampuan. Sibuk nak raya, terus nak tukar itu, tukar ini. Macam2 iklan disogok kepada kita untuk mendorong kita berbelanja. Bukan tak boleh, lihatlah kepentingan kita. 

Ada juga maksiat walaupun Ramadhan. Pernah ustazah aku beritahu, kalau buat jahat juga pada Ramadhan, maknanya orang itu sememangnya perlu diselamatkan sebab dia dah jadi hamba nafsunya sendiri. Tengok peribahasa Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Ada juga nafsu yang baik. Ada orang yang datang ke masjid beriktikaf, diisi dengan segala macam amalan sunat. Solat Tarawikh juga dikerjakan habis lengkap semua. Tahajjud, Witir menjadi penyeri. Harap segala ini janganlah hanya bermusim sahaja. Ramadhan habis, terus tak mengaji al- Quran..... al - Quran nie penerang hidup jangan ditinggalkan...

Aku pun bukan kata terer tapi kan, amalan muhasabah diri kan bagus untuk kita. Mari kita sama2 tengok apa yang kita buat tak bagus, kita perbaiki. Tidak ada orang yang sunyi dari dosa dan yang paling terbaik ialah orang yang selalu bertaubat dan memperbaiki amalannya. 

Sedekah pada bulan puasa adalan tinggi ganjarannya. Jangan kikir atau bakhil sebabnya semuanya Allah yang punya. Kita sendiri juga adalah milik-Nya.

Nafsu ini bukan kata dia jahat penuh, tapi kalau kita mengawalnya, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Boleh sahaja kita hendak makan itu ini dan awas agar tidak membazir, biar cukup2 untuk kita sahaja. Belilah baju raya dan waspada, bimbang shopping sakan, takde pulak simpanan... Ingatlah saudara seIslam kita di tempat lain...

Kita makan sedap2, ada saudara kita dimakan bom, peluru dan bencana alam...
Kita shopping, ada saudara kita tak boleh beli apa2 sebab takde duit...
Kita tarawikh aman damai, ada saudara kita dibunuh ketika itu...
Kita ada keluarga menanti, ada saudara kita terus yatim...

Doakan semua saudara seIslam kita tabah dan selamat selalu.








Sunday, 30 June 2013

Saya Bukan Ustaz tapi Orang Panggil Ustaz

Rasanya kes macam ini jarang2 berlaku tetapi dalam dua tiga kali dalam beberapa tahun. Pernahkah kita atau orang lain digelar pak ustaz, ustazah? Atas dasar apa mereka digelar ustaz? Tambahan pula, yg digelar itu bukanlah ustaz sebenar yang terdidik dalam lulusan agama dan ditauliahkan sijil?

Ya, sebenarnya gelaran ini adalah yang salahguna untuk ejek orang sebab orang itu nampak alim sikit2.Ada yang memuji. Dan selalu  dengar hujah, “ kau tu ustaz ke nak ceramah2kan aku?”. Dah disalaherti maksud ustaz itu sendiri. Secara umum, ustaz itu bermaksud orang yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian mengenai selok belok kefahaman tentang Islam. Namun, ustaz juga berperanan dalam mengukuh dan menegakkan agama Islam walaupun bidang kuasanya kelihatan kecil.

 sentiasa ingat bahawa panggilan kita kepada orang adalah doa. Sebab itu,  panggil orang dengan namanya yang paling tepat. Ada yang main potong nama atau jadi short form tetapi asalkan orang itu redha, tak mengapa. Ada yang panggil kawan dengan nama haiwan macam Jak Buaya, Fawwas Kucing, ini sebenarnya tak bagus. Dulu masa bebudak, sukalah panggil org macam tu, sekarang dah insaf huhu…

Bagaimana kalau orang panggil kita ustaz? Mungkin orang itu mendoakan kita agar jadi ustaz yang betul diakui ilmunya. Kawan kita yang nampak amalan ibadah kita lagi banyak panggil kita ustaz dengan harapan kita akan jadi ustaz untuk ajar dia agama suatu hari nanti. Kita patut bersangka baik walaupun mungkin ada yang salah guna panggilan ini untuk sesaja menganggu kita. Manalah tahu, mulut masin si polan itu, betul kita jadi ustaz.

Kekadang  bertanya apa maksud pejuang Islam ataupun pejuang Tuhan? Yelah kan, semua orang nak kata dia pejuang itu pejuang ini. Apa yang utama sekali?
Pejuang Tuhan yang benar seharusnya pejuang Islam. Betul tak?

Bila tengok orang sibuk nak perjuang itu, perjuang ini…adakah kita menyedari banyak dari semua yg dijuangkan bersifat fana, maya atau illusi?

Sebab itu syukur, banyak ustaz2 yang keluarkan ceramah melalui media sosial, Youtube dan sebagainya. Menghampiri ummat dengan cara terkini. Yang boleh diupload, diulang tayang beribu kali. Boleh ditonton melalui banyak akses sama ada Symbian mahupun Android hatta Microsoft sekalipun. Namun, yang pastinya, mesti kena hadir juga ke masjid, mendengar ceramah atau bacaan kitab sebab fadhilatnya lebih besar!

Susah juga bila dah terbeban dengan dunia tapi mesti diusahakan datang masjid. Datanglah walaupun mungkin niat iktikaf kejap.

Aku sebenarnya agak terkejut dengan seorang sahabat yang memang betul2 bersungguh2 belajar kitab dipondok dan seterusnya sebar pesan kebaikan di FB dan sebagainya. Maklumlah, dah kenal dari zaman sekolah, dulu tidaklah begitu. Mengapa sekarang? Timbul rasa curiga tiba2, itulah nasib orang jahil macam aku nie, orang berubah kearah yang baik pun takut,huhuhu…Memang boleh gelar ustazah ( dia perempuan ).
 
Ironinya, kita mudah terima isu,berita mahupun ceramah agama dari orang asing berbanding orang yang dah lama kita kenal. Macam aku sendirilah, member yg aku cerita ini kekadang pesan dia aku buat2 tak perasan. Bila aku tengok Reflection kat tv AlHijrah, Imam Shuaib Webb dari Amerika yang ceramah, aku dengar, angguk, selami dan memacam lagi… lalu cuba praktikkan.

Bendanya disini bukan maksud agama Islam yang dibawa oleh member aku itu salah , tapi itu kelemahan kami memasing. Si member mungkin bertutur dengan nada yang menyindir sangat sampai aku rasa lemah dan sakit hati, aku pulak iman lemah (sedey ), orang marah tegur pasal agama sikit mulalah tarik muka Rambo nak tembak orang. Lainlah Iman Shuaib Webb, dia Imam Besar di Amerika, susah2 masuk tv kat Malaysia nak ceramah, pakai English pulak tu, aku pun terus cair dengan petah lembut suara mengajak kearah kebaikan.

Manusia ni kan berbeza. Aku ni bukanlah  terbaik tapi usaha juga nak jadi baik. Tetapi bukanlah diharap gelaran ustaz, imam, ulama atau Tok Guru sekalipun.

Aku sedikit sebanyak ada rasa kesal di hati sebab Allah curahkan akli dan nakli dalam hati tetapi aku masih lemah imannn… Si member pulak berhempas pulas pergi talaqqi kitab, bermalam di pondok pengajian sorang2, pakai purdah yang hitam ( bagi aku kelihatan panas ) untuk cari ilmu agama dan kuat iman. Dia pernah dimarahi lect dia yg x suka dia pakai purdah.

Aku selalu baca kitab feqah yang arwah atuk tinggal. Aku merasa macam aku faham setiap apa yang ditulis walaupun tulisan yang lama gaya bahasanya. Aku cerita apa yang aku faham kat ustaz aku, dia kata apa yang aku faham tak salah….

Now, aku dinasihatkan oleh keluarga agar jangan terlalu kuat berfikir takut menyimpang. Aku cuma harap agar kelebihan ini tak akan hilang. Aku tak katalah aku dah power, tak payah dengar org mengajar, hanya aku mesti redha. Mungkin Allah nak aku beramal elok2, baru semua ini akan jadi berkat.

Bila orang panggil kita Ustaz, harap2 kita terima dengan redha dan haraplah agar perkataan itu ada berkat buat kita...















Friday, 14 June 2013

Benda Tak Benar pasal Martial Art.

ehmm, secara mudah, aku peminat seni bela diri. Aku pernah   belajar  seni bela diri . Dan aku pun galak cari fight scene kat Youtube. Cuma sekarang aku belum tertakluk pada mana2 perguruan sebab aku pun tengah study, susah nak cari masa.

Tapi kan, benda2 yg macam taboo nie selalu aku dengar dan terima sepanjang aku jadi peminat...aku pun saje kongsi sket, mana lah tahu ada blogger yg macam takut2 nak join sebab benda2 camni...
 
First reason, semua anggap martial art ni untuk orang yang nak tunjuk kuat. Tahu tak sebenarnya MA ( aku singkatkan ) ni dicipta oleh orang2 yang lemah bagi melawan penindasan dari yang kuat? Apabila puak Setsuna dari Jepun menjajah Kepulauan Okinawa ( masa tu Okinawa bukan milik Jepun), orang tempatan cuba melawan tetapi gagal? Yelah, puak Setsuna ni samurai yang lengkap bersenjata, manalah orang kampung mampu nak lawan. Tapi diorang tetap berusaha cipta MA yang mampu menentang mereka yang bersenjata iaitu Karate- Do. Ada kisah seorang samurai yang tewas di tangan orang biasa yang tak bersenjata. Bila belajar MA, perlu ingat bahawa MA adalah untuk mempertahankan diri sahaja. Tapi kan, kepada yang masuk tournament, MA yang dipelajari hanya berbentuk sukan, maknanya tak sama macam yang tradisional yang menekankan tempur dalam pelbagai situasi dan keadaan.

MA ni macam bodoh aje, nanti gaduh, main hentam jugak...Sebenarnya kan, tujuan belajar MA ialah mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan. Mana sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu? Bila belajar MA, selalu guru berpesan cara terbaik ialah tidak melawan sekiranya boleh sebab nyawa lebih bernilai dari ikut hati nak terajang aje. Kalau dah terpaksa, dengan belajar MA, kita boleh elak risiko cedera dengan minimum sebab kita mesti tahu mana tempat nak pukul dengan berkesan dan cara pukul yang berkesan dari nak hentam dan tahu2 cederakan diri sendiri.

MA ni untuk samseng, itu pun tak benar. Yang aku tahu, MA banyak yang terhasil untuk mempertahankan tanah air. Komando 69 Malaysia diajar Silat Komando 69 untuk jaga negara kita.Thailand boleh jaga negara dari dijajah sebab Muay Boran yang berbahaya. Negara China dengan Kung Fu Polis untuk jaga keamanan negara. Bukan maksud kalau  belajar MA,  boleh pukul orang suka2 hati. 

MA tak relevan sebab zaman moden. Betul, sekarang ada senjata api yang membinasakan. Berapa kerat pula yang mampu beli? Ada jet pejuang, bukan semua orang boleh pandu. Ada polis, polis tak upaya jugak jaga 24 jam. Tapi itulah, ada sekolah MA yang cuma mahu ambil untung mengajar, bukannya betul2 nak ajar..jadi pilihlah kelas atau sekolah yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik. Aku belajar Silat Gayung Malaysia masa sekolah menengah, tapi macam tak serius sebab kelab ni tak aktif sebab budak malas..jadi memang aku hati2lah nak cari kelas MA yang lain lepas ni. Apa2 pun, MA adalah salah satu ikhtiar kita untuk mempertahan diri. Kekadang aku sedih sebab kes rogol, perempuan senang cakap, saya terpaksa rela... adakah korang rela dijahanamkan untuk seumur hayat atau mati melawan? Yang kena buli pun sama. Lebih baik kita terkorban dalam jaga hak kita berbanding terus hidup dalam maruah tergadai.

MA yang popular lagi power! Keupayaan MA ialah setakat mana kemajuan kita dalam belajar, bukan sebab popular. Sebab, manusia tak sama. Teknik MA tetap sama, tetapi kekuatannya terpulang kepada pengamal. Bukan semua pengamal berupaya amal teknik sesuai dengan tenaga. Latihan akan ambil masa bertahun2. Ambillah masa dalam belajar sebab MA boleh dipraktikkan sepanjang hayat.

Aku nak  kongsi apa yg dah aku belajar.

Pertama aku ada belajar Silat Gayung Malaysia secara kelab sekolah. Masa itu, memang amatur habis, banyak benda aku tak faham. Bila habis sekolah, aku tak sambung sebab macam menyesal pun ada. Tapi input yang banyak aku ingat ialah dari segi senaman. Senaman dalam Silat Gayung pun tak susah sangat  macam Yoga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, boleh jaga kesihatan.

Kedua, aku ikut kelab karate di Politeknik. Itu pun sebab pengaruh Kamen Rider. Tapi banyak jugak info baru yang aku dapat masa belajar walaupun sikit. Karate yang aku belajar ni aliran Goshin Ryu yang banyak tumpu serangan asas seperti tumbuk atau tendang. Secara tak langsung, belajar karate buat badan aku lebih gagah dan tahan lasak sebab latihan yang diterima sangat berat dan menyakitkan.

Dan, aku banyak terima secara informal dari abang aku yang sekarang jadi Navy. Dia ni pengamal Muay Thai. Muay Thai ni memang agresif dan berbahaya, sebab itu aku ada belajar sikit2.

Aku pun ada buat research sendiri pasal MA. Hasilnya, aku dapati banyak lagi gaya MA yang wujud. Aku pun pantau teknik diorang dan cuma masukkan dalam otak aku. Cara ini macam pemalas sikit kan?

Inshaallah, aku akan cari penguruan lain lagi untuk tambah pengalaman aku. Secara ringkas, aku memang suka MA. Dalam kita sibuk nak bina hidup, MA adalah pelengkap dalam bina hidup. Bayangkanlah, dalam belajar MA, kita akan kenal banyak orang. Dari situ kita bina ukhuwah dan tali saudara sesama manusia. MA juga boleh bantu kita untuk lebih yakin diri, bersemangat dan berdisiplin. Kita juga akan banyak belajar dari pengalaman dan dengar nasihat yang berguna di kemudian hari. MA membina rasa hormat terhadap kawan dan tidak gentar berdepan musuh.

Aku cerita sikit pengalaman aku dipukul oleh tiga orang durjana. Memanglah aku kalah sebab main tipu, tapi berkat MA yang aku belajar, aku tumbuk kepala penyerang yang mencekik aku dua kali dan hempas kepala dia ke dinding dua kali lagi. Masa diorang blah, aku tengok darah mengalir dari kepala penyerang yang cekik aku. Agak2 korang dia berani tak lagi dengan aku? Bukan memalukan mana2 perguruan, penyerang itu menggunakan silat dan aku guna karate. Dua lagi menyerang curi. Alhamdulillah, aku tewas tapi orang2 kampung respek aku sebagai budak berani lawan penjahat. Penjahat2 itu masih hidup di kampung, tapi Allah Maha Berkuasa, semua orang kampung benci dengan diorang.

Jadi kan, MA ini harus dipelajari sebagai satu pengalaman hidup. Bukan semua jadi master atau guru, namun pengalaman akan mematangkan kita. Aku dah pernah dipukul tetapi takdelah teruk sangat, berkat Allah kepada ilmu yang aku belajar. Gunalah MA untuk jaga diri, keluarga dan masyarakat.

p/s: Baru beli seluar boxing, lepas ni kena tukar balik sebab tak muat..Apalah nasib!


Sunday, 2 June 2013

Hidup Kita Bukan Begini Ye Kaki Bola Sekalian.

#Bismillah...Sebelum bermula, aku pesan aku ni bukan ustaz yang bertauliah, jadi andai kata ada silap,eloklah tegur sebab  aku seperti korang pun masih belajar hal2 agama nie#

Why does I speak about this topic?

Sebenarnya, aku ini sentiasa memerhati, mendengar dan memberi sebarang komen tentang sebarang peristiwa yang terjadi di akhir2 ini. Baru2 ini, aku dikejutkan dengan peristiwa gaduh antara Tok gajah dan Harimau Selatan,( bolalah ini ),dan aku mula menarik nafas dan terkedu dengan peristiwa ini. Secara tak langsung, aku nampak sesuatu yang lain disebalik kucing, bendera, bunga api dan polis!

Aku lihat bahawa itulah realiti atau lebih sesuai panggil dilema.

Dulu, Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan tiga benda oleh orang jahilliyiah asal baginda menghentikan dakwahnya...Apakah tiga benda itu?

-harta
-kedudukan
-wanita

Malang sekali, bila kita termasuk aku ( semoga Allah mengampuni kita semua ) asyik kejar tiga benda yang telah baginda tolak sama sekali demi dakwah Islam. ( terima kasih brader Hamka Kereta Mayat yg post tentang ini )

Kita tahu bahawa harta adalah satu keperluan bagi kita meneruskan hidup. Sebab, kita bimbang andai kita hidup papa kedana, maka mudah terjebak ke arah kekufuran. Yang sedihnya apabila sudah berharta, kita mula menjadi lebih teruk. Sedih memikirkan bahawa harta juga adalah punca manusia menjadi jahat. Nilai manusia juga adalah atas kaya miskin, bukan hati budi.

Bila ada kedudukan, kita pula asyik nak bangga.Malah ada yang salahguna kuasa dan tak tunai amanah. Berpangkat besar dan mula menunjuk lagak sesama manusia. Hanya sebab lebih berkuasa, kita mula lebih angkuh dan menidakkan hak orang lain.

Wanita? Wah! Kita mencari yang cantik, bergetah, cun,dan apa2 saja kualiti luaran...Tanpa disedari, kita menjerat diri kepada hawa nafsu apabila kita sekadar mahu berfoya sahaja. Semuanya kita nak! Dah parah lagi apabila banyak kerja tak berfaedah terjadi apabila dah jadi terlampau.

Bukan nak kata aku bagus, aku pun ada terperangkap dengan 3 perkara ini. Aku kata aku memang nak kaya.Aku reflect balik diri, apakah aku kaya kalau setakat banyak duit tapi amal ibadah aku terlalu miskin?Siapa tak ingin kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah? Kaya harta tak guna andai kita cuma jadi hamba kepada harta. Aku dah jumpa orang yang kedekut walaupun soal ibadah.Nak naik haji cuma mahu belanja sebanyak RM 13 ribu jer, walhal sekarang kos dah naik sekarang. Apakah dalam soal ibadah pun dah jadi kikir?

Pangkat memang ingin sekali kalau dapat ASP ke, pegawai ke, raja ke, apa ke, janji aku power! Power pun boleh ke pikul amanah dengan jawatan itu? Ada aje pak2 menteri terlibat tipu, rasuah dan sebagainya. Kalaulah aku berpangkat pun, belum pasti sama ada aku betul layak ke untuk pangkat ini. Aku bimbang andai dapat pangkat, mulalah nak jadi sombong dan sebagainya.

Kalaulah dapat wanita ini,Ya Allah apa nak jadi. Aku pun muda, yang tua2 pun nak kahwin lagi. Sekarang ini pun semua dah ada tempat penuh wanita nak buat teman hidup tapi tempatnya di mana? Adakah di rumah org2 yg soleh atau di kelab malam? Adakah aku nak bayar mas kahwin atau bayar cas satu malam? Cantik itu dah cantik, tapi susah jugak sebab ada yg cantik muka, rosak budi..Aku pulak tak hensem, budi pun tak baiki lagi huhuhu...

Kata orang2 ulama, di zaman ini, beramal dengan agama adalah seperti pegang bara api. Aku dah rasa semua ini betul. Antara perkara yang aku jumpa...

- bersolat di masjid pun jadi Yahudi?pernah aku dibaling mercun ketika tarawikh....
-  aku cakap Husnul Khatimah tetapi dibilang ini bukan negara arab....paham ke apa benda aku cakap?
- heran tengok orang bersolat namun masih enak menabur fitnah, berbohong dan segala amalah  mazmumah  yang lain

Bila tengok orang gaduh sebab bola, aku diam dan terfikir. Pasal bola sanggup beli tiket memahal tetapi bila bab sedekah, terus lari. Pasal bola, sanggup provokasi kata tak takut mati, bila tiba soal agama, terus menyorok dalam almari. Pasal bola, bawak segala bapak geng, bila solat jemaah, mana perginya geng2 itu?
Pasal bola, sanggup konvoi jejauh pergi stadium, tapi tak sanggup dengar org mengajar agama di tv mahupun surau kat depan tu ha...Pasal bola, yg tak pandai boleh jadi pengulas sukan tetiba, tapi bila sembang soal agama, kenapalah jadi macam pandir? Pasal bola, semua orang kita boo kalau menang dan pukul balik kalau diejek sebab kalah, tapi berdepan masalah kaum Islam, kenapa kita jadi macam patung?

Fitrah manusia untuk ada minat dan kita harus sedar minat itu tak boleh melalaikan kita dengan Allah dan sesama manusia. Sukan bagus menyihatkan badan tetapi dah jadi tak sihat bila kita lalai sebab sukan itu.

Bola sepak sudah ada 3 perkara di atas. Main bola dapat gaji mahal, pangkat boleh kejar jadi kapten, kahwin mesti yang cantik,kalau artis lagi glamer. Bagi pemain bola sepak, kelebihan di atas bukan segala2nya. Mungkin kami cuma sekadar peminat, main bola tak dapat gaji mahal,takde pangkat besar2, ada bini pun mungkin kurang cantik + tak glamer, tapi Allah mencukupkan segalanya asal kita bersyukur. Jadilah pemain yang bertauladan kepada ummah ini...

Jurulatih pun muka ganas,garang. Elok juga kalau guna kelebihan itu sebarkan dakwah. Pesan kat pemain dan peminat jangan tinggal amal ibadah, nanti main dan tengok bola tak berkat.

Management pun boleh guna untung tiket buat zakat ke, sedekah ke, bantu orang ke. Barulah orang sedar kebaikan bola sepak ini. Badan induk cuma tahu nak denda, tapi takde usaha nak tarbiyah org agar sentiasa dekat dengan Allah.

Menjadi player yang beramal pun bukan senang,memang macam pegang bara api. Uniform pulak tak tutup aurat, asyik jadi mangsa provoke, dimarah jurulatih, ditekan management dan dikutuk peminat. Tapi kalau ada beramal walaupun menerima segala macam dugaan bola sepak, hanya Allah akan membalas amal baik itu.

Final bola nanti tegakkan amar makruf nahi mungkar barulah Allah beri pahala walaupun setakat tengok bola. Ingatlah, kalau kita buat baik kerana Allah, itupu dikira ibadah. Pesan kat org yg pergi stadium,

" Bola pun bola juga, tapi kena ingat kita ini semuanya hamba Allah "




 
 
 


Tuesday, 21 May 2013

Antara Dua Darjat: Satu Aduan, Moga Illahi mengerti...

#kisah haji bakhil kita reload kemudian,aku rasa cerita ini yang agak terasa di hati aku.#

" Lihat darahmu dan darahku!"

Asal malam je, mulalah hati bujang + forever alone aku ni gatal tangan.Tahu tak cerita apa kat atas?
Inilah cerita P Ramlee, Antara Dua Darjat. Bukan aku nak ulas pasal sinopsis filem, aku ada satu aduan pasal apa sebenarnya cerita ini.

Aku sedar aku ini cuma sekadar " a simple Malay man" ( ayat Ip Man). Dah lah  countryman, fesyen retro pulak tuh! Handphone takdelah BB ke robot ke, nokia aje. Nak jadi cerita, budak2 kampung lain ada geng memasing, aku? Taip taip taip ehhehe...

Siapa sangka kan, dalam Malaysia yang dah masuk Wawasan 2020 kalau jadi, masih wujud golongan yg suka beza2kan taraf orang yang kampung serta miskin macam aku nie. Aku nie rasa macam nak lempang orang pun ade.Wei apahal pulak nie..

Rileks dulu. Aku sebenarnya sedey + marah = rebel.Puncanya sebab adanya org2 yg suka main perbezaan yg terlalu bodoh dan tak matang untuk dicanangkan.

- bila orang kata kita boros padahal kita belanjakan untuk kebaikan keluarga
- bila orang kata kita jahat padahal entah apa jahat kita buat
- bila orang kata kita didik anak saudara macam didik lembu
- bila orang kata kita keturunan tak baik
- bila orang kata kita anjing, Yahudi, kafir....
- bila orang kata kita penipu dan penindas
- bila orang kata ....benda2 yg tak patut ....

Reaksi memula memanglah gelegak kan,tapi fikir2 balik.apa jadi?Aku gelak puas2 sebab aku kesian dengan orang yang skeptical dan sarcartic macam ini.

Kalaulah aku sibuk nak layan dan jawab menda2 ni, sampai meninggal pun tak sudah.Orang boleh kata tapi kata2 tak akan menggambarkan apa2 yang jelas selagi kita tak tengok sendiri.

Aku bertanya kepada mereka semua ,mana hadis kata tak boleh belanja untuk keluarga?Mana ayat -ayat yg boleh cop aku jahat macam Abu Lahab?Mana bukti aku didik anak saudara macam lembu?Mana hitam putih DNA kata keturunan tak baik? Pernahkan ada gambar footage aku pergi ke synagogue?Ada resit tak kata  tipu duit?Dah apa lagi nak buktikan atau cadangkan aku ini begini,begini?

Bila difikirkan balik, semuanya sebab macam yang aku cakap tadi. A simple Malay man. Yg amat menyedihkan lagi bila aku dibezakan/diantikan/dianjingkan oleh orang yang berbangsa sama dan beragama sama. Pelik bila difikirkan bahawa kita telah menjadi a nation burden atau beban masyarakat walhal aku tak pernah buat apa2 yang mengganggu gugat sesiapa.

Asyik ulang skrip yang sama.MISKIN! 

Namun begitu, Allah kata jangan berani kira kita beriman sedangkan belum diuji.Ada ayat al-Qurannya, tapi aku lupa..( Maafkanlah hamba yang asyik lupa ini...)Kalah salah minta betulkan...

Jalan menuju ke hadrat Illahi hanya satu, namun kenapa kita telah " terlalu bijak " mencipta simpang2?

Jangan kita cuma tahu gantung kalimah Allah, Muhammad tapi kita tak rasa gentar atau malu ingin bermaksiat!
Gantung gambar2 orang alim, tetapi kita tak pernah jadi alim...
Mengaku Syed,mengaku cucu cicit ulama besar tapi perangai mazmumah asyik bersarang..
Apakah solat kita ini,ibadah kita ini benar ingin menuju Allah atau kita anggap itu rutin sama macam makan,minum,tidur?

Aku tak katalah aku perfect sampai tak boleh tegur atau nasihat.Tapi ,dengan 21 tahun kehidupan ini, telah dapat aku kenali yg mana ikhlas atau hanya ingin sindir. Tapi aku akui bukan senang untuk kita tahu dengan sekali dengar aje.

jujurnya, aku bukan ustaz atau maulana mengajar agama, Allah jualah yang izinkan segala akli dan nakli masuk dalam sanubariku.Memang aku akui aku bukan Musliman yang terbaik. Sebab itulah Allah menguji untuk tahu keteguhan hati dan iman...

Aku tetap bersyukur kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Orang kata aku anjing, sedangkan dia bebas bermaksiat dan galak membuat dosa besar. Orang kata aku Yahudi, di saat mereka mabuk dengan tembakau,pil khayal dan jadi mat rempit. orang kata keturunan aku tak baik, sedang mereka pening kepala dengan anak lari rumah, anak tak dengar kata dan cucu tak sah....Masyaallah,betapa besarnya hinaan dari-Mu...

tidak semua orang begitu. Aku berterima kasih kepada jiwa2 yang tenang menerima kehadiran aku, yang memberi nasihat walau ada ketika aku berkasar,last2 sedar jugak.

#dah jadi skrip dah.panjang sgat!ambillah pengajaran dari kisah hidup aku ini.Rasanya aku tak hina sesape kan?jadi anggap ia pedoman..sebab mungkin ilmu bukan sahaja dari pengajian, tetapi pengalaman...#






Monday, 6 May 2013

Cerita Belakang Tabir PRU 13.

Wah, inilah kali pertama aku main politik dalam blog aku nie. Memula sekali aku ada risau sebab takut ada yang terasa. Tapi, serius cakap, ini adalah apa yang aku tengok dan terima, bukan di bawah mana- mana pihak.Harap2 kita semua masih rilek sebab bagi aku, politik ini adalah untuk kita menentukan kuasa pemerintahan.Setiap orang bebas memilih tanpa perlu bimbang dibom, ditembak atau dibunuh di Malaysia ini.


Bagi orang politik, diorg kta PRU13 adalah satu kes yang ganas.Yelah, semua orang ada fakta,bukti dan agenda memasing. Kalau setakat dalam politik, biasalah debat2 ni.Tapi kan, aku tengok benda ni dari sudut pandang orang bawahan macam kita ini. Aku bercakap tentang insiden2 yang berlaku sepanjang tempoh kempen.Ada memacam perkara yang sensitif dah jadi macam tengok wayang. Isu video 18SX, bom, gaduh sudah menjadi satu perkara biasa di surat khabar.

Dalam tak sedar, perkara inilah yang membuktikan bahawa betapa ramainya orang jadi mangsa politik, termasuk aku sendiri.

Aku terpanggil nak komen sikit bukan sebab nak cakap sapa betul sapa salah. Tapi aku nampak kan, politik ini kekadang menjadikan kita manusia yang baik atau sebaliknya.

Isu pertama, soal kempen kita. Kekadang aku tengok, kibaran bendera dan poster sebenarnya dah macam menyemak. Oklah, boleh berkempen, namun sebagai pelajar grafik ( betul ni aku tak tipu ) ,dengan gantung poster dan bendera secara tak profesional akan menyusahkan orang lain. kenapalah aku tengok ada yang letak kan signboard arah jalan, traffic light dan tempat2 yang tak sepatutnya.

Budaya samseng politik pun dah macam cerita tamil. Takut kalau difikirkan tapi rasanya dah ada di Malaysia. Aku tengok ada sahaja yang mendakwa pejuang, hero dan sebagainya lagi. Aku cuma dapat bagi satu kesimpulan. Benda yang salah hanya nampak betul kalau ada ramai orang buat tapi benda betul akan jadi salah hanya kerana seorang je buat.Maksudnya majority is not always right. Kita rasa kita di pihak benar tapi kita salah kalau kita ingat kita boleh tindas orang dengan alasan itu.

Aku pun kekadang terikut emosi. Tapi cikgu aku pesan, sebarang action dalam politik mesti atas kepentingan negara dan rakyat, bukan atas dendam atas lepas geram kita.Pesanan cikgu aku buat aku lebih sedar bahawa politik ni untuk kita tolong bangunkan negara dan rakyat. Bukan medan nak balas dendam. Tak kira di mana pihak kita, kita mesti tanam niat ini.

Kita yang Muslim harus sedar bahawa demokrasi kita sekarang ini bukanlah dari sistem yang diterapkan Islam. Ada segelintir kawan aku yang percaya akan wujud kerajaan Khalifah.Aku nak Khalifah bangkit tapi bukanlah Khalifah yang dilahirkan dari sistem acuan Barat. Aku selalu bayangkan bahawa bendera panji Khalifah akan berkibar dengan megah. Tapi aku cakap awal2, semua ini perlukan pengorbanan.

Kita mendakwa nak bersih, tapi kita sendiri telus tak? Kita dakwa kita satu bangsa, kita ini suka tak gelar orang panggilan paria, kelantan budu, dan apa2 lagi?Kita mendakwa nak undang2 Islam, tapi berani tak kita jamin kita akan buat macam Rasulullah?Rasulullah kata apa, kalau anak dia Fatimah mencuri pun akan dipotong tangannya walhal Fatimah itu anak dia!Kita kata kita nak tolong rakyat, tengok jiran kita, tengah kenyang ke atau berlapar?Kita kata kita dah banyak bantu rakyat, tapi kenapa masih ada orang tak dapat zakat, orang takde rumah?Kenapa agama Islam tetap disalah ertikan di Malaysia walaupun agama ini agama rasmi Persekutuan?Kenapa orang Melayu didakwa pemalas, walaupun aku tengok sendiri seorang Melayu kerja separuh mati?Kenapa ada tuntutan merapu seperti nak adakan hak LGBT? dan aku tahu, ada jer ringan mulut cakap, ni salah parti XXX , ni salah Dato XXX.

Kepincangan negara adalah salah kita sendiri. Aku pun bersalah. Betul, kerajaan berperanan dan pembangkang berperanan. Tapi kekadang bila aku tengok sesetengah isu, mungkin sesuai aku katakan, kita semua semakin tamak tapi usaha kita tak sepadan dengan " ketamakan " kita itu.Di mana tamak kita? Aku susah nak cakap. Sebenarnya tak salah kita demand, tapi lihatlah baik untung demand kita.

Demand hak LGBT buat apa?Kalau demand ada peruntukan kahwin atau bantuan kahwin kan lebih munasabah.
Demand kereta murah? Bagus tapi baik check apa sebenarnya paling utama.
Demand BR1M mahal ? Err tapi kita ada guna wang ke jalan betul atau .....

Aku bukan lah nak marah2, tapi aku nak bagi kita semua nampak apa yang salah silap kita buat. Aku tak kata aku betul 100 %, tapi kan nak bincang ,bincanglah atas dasar rasional dan fakta, bukan secara main ikut perasaan nak menang aje.

Well, kita dah tahu keputusan PRU. Bagi yang menang, jangan seronok sangat,org undi awak suruh berkhidmat.Yang kalah tak usahlah merajuk,nak berbakti kepada negara tak semestinya tunggu nak ada jawatan YB, ADUN baru nak tolong rakyat.

Yang sudah tunai tanggungjawab, tahniah.

Aku tutup cerita aku dengan ayat famous ini.

" Jangan fikir apa negara boleh buat untuk kamu, tapi fikirlah apa yang dapat kamu buat untuk negara. "