Ehmm, ini mungkin kesinambungan ( mungkin ) Haji Bakhil punya cerita, dah berlaku dalam masyarakat kita, atau global kah? Dalam menjalani hidup, selain hanya ada tulang empat kerat, apa lagi yang perlu ada? Tinjauan rambang di mamak, hatta di coffee house sekalipun, org jawab selalunya DUIT....
Dengar cerita old folk punya kan, dulu punya mata wang kecil tapi bernilai. Orang kata kalau atau seringgit dulu dah jadi orang kaya satu hari. Kopi seposen, roti lima sen,beca 20 sen, nasi lemak 50 sen, aiskrim potong 10 sen memang laris dah. Tambah pulak, org dulu nak memiliki aset mudah sebab tak payah nak ada geran, mana tanah kosong mintak kat penghulu, dia bagi , terus dapat. Sekali penjajah datang, kononnya nak tamadunkan kita ( padahal tamadun Islam dah lagi makmur ) semuanya dah jadi kapitalis.
Kapitalis ni satu bentuk ekonomi yang menggalakkan perusahaan atas hasil usaha sendiri. Bunyi macam cantik, tapi problem dia ialah semuanya halal asal ada duit. Amalan riba ke, rasuah ke, tipu ke semua jalan janji duit masuk. Nak tengok kuasa kapitalis tengoklah org main judi. 10 bermain judi kat satu kasino ke, katakan 100 seorang. seorang aje akan menang semua 100 tadi, jadinya dah 1000, dia akan bayar pulak kepada butler atas kira khidmat dia atur game judi. kalau butler terima 100 katakan, kalau sepuluh game dia handle, dia dapat sama macam si pemenang, tapi dia untung tak? Tak!
Sebab , dia hanya dapat upah handle game, bukan nya jadi penaja penuh perjudian. 1000 yang dia ada tadi akan diberi kepada kasino. upah dia adalah komisen beberapa peratus. Kasino ambil banyak dan hasilnya penaja penuh perjudian atau taikun tadi untung berjuta-juta walaupun dah tolak gaji pekerja, cukai, dan kos lain. Hasilnya, hanya pemodal sahaja akan lebih makmur hidupnya.
Apa problemnya dengan sistem ini? Padahal nampak lebih kurang aje. Sebab sistem ini menggalakkan orang mencari duit dengan cara yang salah dan secara membazir. Dan kejujuran dah tak jadi perkara utama, asalkan kerja jalan. Ada kes di India di mana sekolah runtuh, disiasat rupa- rupanya pemaju hanya guna barang tak bermutu untuk jimat kos.. padahal ini projek kerajaan yang mesti dibuat dengan skala penuh. Jadi itulah masalah ekonomi kapitalis.
Kenapa panjang lebar sngat aku punya cerita ( selalunya memang panjang kan ). Sebab kesan kapitalis ini telah meresap dalam minda orang kita, atau lebih utama lagi orang Islam. Duit ialah kuasa yang sangat besar, lebih besar daripada seseorang yang gagah atau pintar. Kalau tidak, macam mana Hitler boleh lancar perang padahal dia sebenarnya tidak pernah menerima gaji sebagai pengasas parti Nazi dan dulunya hidup menganggur?
Apa masalah dengan duit? Ada duit kan bagus, boleh buat apa saja!
Betul ke?
Secara umumnya memang betul, tapi secara ilmiahnya, duit tak berupaya. NASA labur juta- juta pun masih tak dapat bina petempatan di Bulan. Titanic yang dibina dengan kos termahal di zamannya pun tetap karam.
Kita tetap tertakluk bawah takdir. Bukan kata duit itu tidak penting, tetapi ianya bukan segala- galanya.
- bersambung-
Saturday, 21 September 2013
Wednesday, 18 September 2013
Al Kisah Mimpi Aku
Sebelum aku pejam mata nak lelap, aku rasa macam sesaje je post benda nie.. Takde ape- ape pun cuma macam ada rasa cool + tanda tanya tentang diri sendiri. Adakah aku ialah seorang yang ada supernatural power? Ya Allah, ini kes ngantuk la nie...
Setiap manusia yang sihat akan tidur kan? Dan selalukah bermimpi? Maksud mimpi nie senang orang kata mainan tidur. Ada juga ustaz kata masa kita tidur, roh kita akan mula berjalan- jalan. Dan juga mimpi yang benar adalah juga salah satu cabang wahyu.
Tapi hati- hati ada juga mimpi di bawah pengaruh syaitan, itulah tidur tak berwuduk, doa tak baca , tiga Qul dgan Ayat Kursi mana pergi?
Aku nak anggap kuasa mimpi aku nie sebagai kata ujian jugak, sebab bila kita dah lebih updated dari orang lain, agak sukar juga kita nak bergerak bebas. Macam mana tu?
Mimpi aku kebanyakkan adalah tentang apa yang akan aku buat dalam masa hadapan. Mimpi buat perkara biasa kot macam makan kat kedai favourite aku, minum Neslo ke, makan nasi lemak ke, dan tahu- tahu aku buat perkara tersebut. Tapi, taklah sampai suddenly, dalam sebulan lebih baru berlaku, masa itu pun dah tak berapa ingat dan fikir pasal mimpi tu. Kira kes deja vu kata member aku.Kebetulan dia ni macam mudah nampak menda2 ghaib ni, itu yang aku kata dia tak bohong, sedara dia pun ada bagitau kat aku pasal ability kawan aku ni.
Ada kes mimpi yang eventually adalah satu petunjuk buat diri aku tapi aku tetap tertakluk bawah takdir sebab aku tak boleh ubah, cuma aku boleh bersedia je. Sebab aku ada mimpi pasal cikgu aku... Dia kata dia nak balik, aku tanya pergi mana, cikgu aku cakap dia nak balik tempat asal ( maksudnya dia nak meninggal dunia ) aku tanya macam mana dengan family dia, dia kata tak payah risau... Lepas itu aku kata tak apalah dan aku janji selagi aku hidup aku cuba ziarah family dia, dia kata tak apa, jangan jadi beban diri sendiri. Aku pun diam jelah kan, lepas itu aku bagi salam dan kata nanti kalau saya baik, saya jumpa ... akhirnya dalam dua minggu lepas itu, cikgu aku dah balik... aku pun berani cerita sekarang sebab dah ok rasanya suasana ... mula2 takut jugak, tapi kawan kata takpela, anggap itu satu petunjuk.
Mimpi yang benar- benar takut pun ada, dan kebetulannya mimpi itu adalah imbasan dari masa lepas. Aku mimpi tengok mayat- mayat di kampung aku yang mereput, berulat dan semuanya ada kesan ditikam. Aku cerita kat mak, mak kata dulu kampung aku adalah tempat tentera Jepun menyeksa dan memancung orang, jadi tak hairanlah kalau aku bermimpi. Lagipun mak kata, aku dan kak long aku special sebab apa yang kitorg rasa selalunya terjadi.
Mimpi indah tak pernah terjadi dalam dunia nyata aku, tapi tak sangka mimpi itu adalah impian aku sebenarnya. Aku mimpi aku berada di satu tempat selepas aku mati diseksa orang jahat, tahu2 tempat itu adalah taman buat orang yang mati syahid, ada satu suara kata aku ni orang banyak dosa, tapi sebab niat ikhlas jihad kerana Allah sampai terkorban nyawa, aku di ringankan azab dan diberi keamanan lepas mati.. Selepas tersedar, aku tadah tangan dan berdoa supaya aku dapat keringanan masa hisab di akhirat nanti.
Mimpi lalai pun ada, rasanya sebab aku ni boleh dikata Mat Jenin jugak dalam angan2... ( hindari sifat ni untuk kemajuan bersama ) ... boleh pulak aku mimpi aku buat konsert solo ... tak tahu nak cakap apa sebab penonton semua nya member2 aku, diorg semua terlopong tengok aku... akhirnya ini hanya sekadar mimpi yang lalai... hai, apa nasib!
Dan paling terbaru dalam arkib mimpi ( apa punya istilah daa.... ) aku bermimpi bertekak dengan seseorang yang pernah aku admire dulu ( eh tak sangka aku macam ini ) pasal apa aku tak ingat tapi bertekak punya bertekak, tak tahu ada seorang ustazah yang memang aku kenal masuk dan cakap " Man, elok- elok Man, kamu lelaki, dia perempuan.. ( takkan minat lelaki kot Mashaallah ) Aku cakap " Memanglah ustazah, tapi dia nie bagi saya macam jantan aje, dahlah muka macam Rosyam Nor!" Aku saja cakap macam itu nak gaduh lagi, tahu2 dia gelak sambil tutup mulut..
Aku tak tahu nak cakap apa sebab sekarang kawan itu ada lagi, cuba aku tak kacau dia dah sebab dia dah jadi macam ustazah,alim betul dia, takut pulak hati aku nak masuk berkawan lagi. Tapi bila hari jadi dia, aku tetap wish biasa2 aje, dia pun kata syukran... Aku malas dah fikir...
Sebelum tidur, pendek kata lindungi diri dari gangguan syaitan sebab kekadang syaitan saja buat mimpi best2 supaya tak bangun Subuh.
Most mimpi adalah macam satu tanda dari masa silam atau masa lepas, kekadang aku mimpi didatangi pendekar tapi mimpi tu bohong.
Aku sudi kongsi tips macam mana nak rasa kalau mimpi itu benar..
Pertama, sebelum tidur korang kena buang air dan bersuci dari hadas dengan ambik wuduk betul2... dan baca doa sebelum tidur,Ayat Kursi dan 3 Qul baca... dan tidur muka mengadap kiblat dan pastinya keadaan tempat tidur bersih dan ada sedikit cahaya... ( aku pantang tidur dalam gelap seratus peratus bimbang diganggu )... nak lagi pahala berselawat dan berzikir sampai tertidur...
Kalau ada bermimpi ke, rasanya Allah nak bagi ganjaran dengan mimpi itu kalau kita org beriman dan kalau mimpi buruk, sila lah bertaubat sebab kekadang Allah nak bagi teguran sebab Allah sayang...
Mimpi bohong kalau tidur kerana kenyang, tidur dengan hati yang lalai, tidur sebab letih dan tak bersuci....
Ini atas pengalaman aku lah, kalau nak lagi terperinci kena tanya ustaz2 yang terpelajar.
- Tapi kalau mimpi konsert itu terjadi, harap2 konsert yang tak lalai,-

Tuesday, 3 September 2013
Mitos Botak
| Aku ingat kan mesti kalau aku botak, mesti lebih kurang camni ( perasan ) |
Selalunya budak2 sekarang tak ramai yang suka buat fesyen ini. Sebenarnya aku ada pasang niat sikit, jadi aku mintak tukang gunting gunting No. 3 ala2 askar camtu. Hasilnya ramai yang terkejut! Tapi kan dengan fesyen camni, aku mula merasakan orang lebih memerhatikan aku dan nak tegur aku berbanding masa aku rambut belah tepi atau mohawk dulu. Nampaknya jadi glamer sekejap kan?
Tapi, bukan kali pertama aku fesyen cam botak nie. Masa darjah 1, bapak aku trim rambut sampai rapat kulit lepas tu tinggal jambul kat depan... jadilah macam budak siam aku.. hahaha. Lepas tu, masa Form 3, aku buat lagi tapi yang ini adalah paksaan abang aku... Kebetulan dia pun jenis budak skinhead, kira botak tu trademark dia lah, sampai aku pun dibabitkan sekali.. Apa da...
Kalau nak cerita sejarah kan, botak nie selalu natural bila orang dah berumur kan..Tapi nampak macam religious culture macam Buddha selalu ada sami2 diorang yang berfesyen botak. Mesti ada sebab diorg buat macam tu kan. Kalau dalam agama kita, kalau menyebut peribadi Rasulullah SAW, baginda dikhabarkan berambut hingga ke paras bahu, tetapi cuba kita fikir dalam ibadah haji ada bercukur kan? Jadinya amalan botak ini pun ada tempat dalam agama kita.
Apa yang korang rasa bila tengok orang botak?
Bagi orang yang memang semulajadi kelihatan botak walaupun ada rambut, diorang nie biasanya tegas, ada sifat kepimpinan dan kelihatan agresif. Tapi kan, masa aku kecik dulu, budak botaklah yang paling dipandang rendah dalam geng. Budak sanggup bawa minyak rambut memahal lepas tu buat rambut Mohawk lah kan, baru nampak langsi. Senang cerita, budak botak ni orang consider bodoh la. Memang orang ejek aku kalau aku botak. Tapi masa Form 3, walaupun budak2 macam pandang rendah aku, tetapi cikgu2 macam respek aku botak masa itu. Maklumlah, budak yang taat cikgu macam lembu nie payah dah jumpa hahhaha...
Sekarang, dengan usia 21 tahun, aku yang berfesyen botak lebih mudah tertonjol tiba2, yelah kan, budak botak di IPTA boleh bilang dengan jari. Lepas itu, aku perasan ramai pulak yang nak tegur bila aku potong rambut style botak nie. Hidup aku pun tak banyak problem nak handle rambut.. sikat tak payah, shampoo jimat, air wudhuk mudah sampai kulit kepada, pakai songkok pun tak panas, berfikir pun ringan aje.
Negative tu ada bila orang cop yang botak nie biasanya penipu. Aku pun selalu jumpa orang botak yang penipu. ( tapi aku takde tipu ye ) dan biasanya ganas. Ye ke ganas? Hmm pengaruh drama kot, selalu yang jahat2 mesti kepala botak..
Sama la macam Malaysia kita, muka2 jahat famous mesti Botak kan? Boleh agak dah.. Pengaruh2 nie menyebabkan ramai jugak pandang rendah orang fesyen botak nie. Semenjak aku fesyen botak nie, jaga kat Poli aku belajar selalu je tegur aku pasal keluar masuk poli, aku pelik jugak apsal budak lain dia tak tanya padahal moto budak lain lagi mangkuk dari moto aku, attitude diorg lagi langsi, tapi aku juga tempat jaga nak tunjuk power. Rasa2 diorang dah agak aku join group merapu2 la tu.
Lagipun biasanya rockers simpan rambut panjang. Kalau yang selalu botak nie budak hip- hop. Aku layan gak lagu hip- hop tapi yang keras sikit la macam 50 Cent. Busta Rhymes pun boleh jugak.
Dan pastinya budak masuk askar ke, polis ke memang kena botak! Mak aku memang anti budak rambut panjang, kalau aku rambut panjang memang kena punya. Adik- beradik pun memang sama anti budak rambut panjang. Anak saudara aku sorang selamat sebab abang ipar aku tak suka botak, yang lain semua botak... Bagus2, takde sunyi sangat aku nie!
Bagi aku, fesyen botak nie mudah nak jaga kebersihan rambut la. Cuma memang kena sabar la pandangan orang yang pandang negative sebab kekadang ada juga yang anti polis/askar jadinya aku yg memang kelihatan macam polis nie disalah anggap sebagai seorang polis. Hai entahlah...
Satu lagi, fesyen botak mudah dikaitkan dengan kegiatan gengsterisme ( Ops Cantas tengah berjalan kena kang nanti ). Aku tak tahu nak cakap apa sebab kejahatan dan kebaikan tak pilih rupa. Sebab tu kita boleh dengar gosip anak imam pencuri, anak cikgu penyamun, pegawai poyo dan juga kisah luar biasa Bilal bin Rabah yang memang kurang hensem di mata orang tapi mulia di sisi Allah.
Musuh tradisi org botak macam aku ialah si rambut Mohawk. Sebab biasanya pemilik rambut ni agresif dan selalu macam nak menunjuk dekat orang. Dan diorang nampak macam cunning dan lebih mahir menipu. Aku tak tahu hakikat sebenarnya tapi most yg aku jumpa style pacak memang macam ini.
Tapi, aku yang botak ini actually kagum dengan org yg kerinting semulajadi sebab diorang macam tak sibuk sngat nak betul2kan rambut, cuma perapi rambut memang selalu je yg kerinting pakai. Kerinting pun nampak cam ceria aje. Style ini macam nampak misteri sikit ( selalu fikir apa yg tersorok di belakang rambut hahahha)

| Most budak kata cool, tapi bagi aku macam diorg adalah enemy |
Tapi, aku yang botak ini actually kagum dengan org yg kerinting semulajadi sebab diorang macam tak sibuk sngat nak betul2kan rambut, cuma perapi rambut memang selalu je yg kerinting pakai. Kerinting pun nampak cam ceria aje. Style ini macam nampak misteri sikit ( selalu fikir apa yg tersorok di belakang rambut hahahha)
| Curly is unique as long they use hair conditioner ahhaha |
Kalau dalam angan2 aku ingat nak rambut macam ini tapi ianya kelihatan too scary or too shabby. Pernah juga try style ini, memang panas kot style cmni tapi rasa macam Rambo habis!
| Kesian kat anak jiran, diorg cakap style macam ini dah macam hantu bila aku yg buat ahhahaha |
Tuesday, 20 August 2013
Cinta Sakit Mata
Oh tidak, another love story? Bukan Mohabbatein, bukan Titanic, bukan Boy Over Flower!
Bila kita ( atau mungkin aku sorang ) mendengar dan melihat satu benda yang dipanggil couple, memula hati kata..
Memula memanglah positive, tetapi bila lelama, kita ( aku sorang lagi kot ) dah mula dah ayat pedas...
Kekekekeke.... Kalau bab ngata kat orang... hahaha... ( sila lupakan anasir jahat ini )
Kenapa jadi macam itu padahal tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana yang couple diorg bukan aku?
Ini ialah soalan dalam minda aku yang fatamorgana ini?
hmmm... seem horrible for a shy man like me. Look cheerful from outside, but too dangerous inside!
Kekasaran bahasa yang ditulis ini harap difahami kerana bukan kata aku je, mesti ada geng2 kita yang masuk kategori CINTA SAKIT MATA ni, diulangi CINTA SAKIT MATA!
Soalan2 aku nie satu jer jawapannya ( bagi yang berhati batu kot setujulah )
Ohh, jangan kita lupakan hukum agama walau betapa ganas, taiko, rockers, swagnya kita. Bagi pasangan suami isteri, kemesraan diorang adalah dianjurkan dan dapat pahala, tetapi itu bukan bermaksud mereka boleh mempamerkannya di khalayak ramai. Aku pesan kat yang dah kahwin, mencium isteri/suami adalah pahala tetapi jangan buat depan orang, tambah2 yang jahil macam aku kerana bukannya salah dalam rumahtangga tetapi salah nya bila dipamerkan hal2 bantal selimut kepada insan2 lain yang tiada hak.... Buat newweds, tidak boleh kita menceritakan sebarang teknik ninja atau teknik samurai hakmilik suami isteri ( tak sampai hati nak terus- terang, fahamkan sendiri) kerana seburuk2 org ialah org yg cerita 18SG nya kepada yang bukan hak.... Mashaallah, jauhkanlah...
Kalau yang kahwin pun tidak boleh nak mesra2 sngat depan khalayak, apa dah jadi kepada couple2 yg langsung takde warranty ataupun jaminan ( even bertunang pun )? Maknanya adab dah dilupakan... Sebab apa, kalau katakan sepuluh orang tengok, jatuh sorang mulut masin terlepas celupar mulut... kesianlah kita...
Aku pernah dengar kes rempit maut sebab kena sumpah dengan pakcik tua yang terkejut dgan aksi rempit di belakang dia.
Sejujurnya, kita nak tengok kawan bahagia, tetapi kawan harus memahami kawan yang masih mencari bahagia. Fahami dan consider keadaan sekeliling. Tak wajar kita menjadi bahan fitnah hanya kerana sweet2 tadi.
Yang dengki tu aku tak tahulah, kalau bagi aku, aku merasa malu... Bergambar dengan pasangan suami isteri tak salah, namun jagalah kemesraan kerana yang bujang2 tengok, kalau dia mampu, dia berkahwin, kalau dia tak mampu, Ya Allah selamatkanlah dia kerana bimbang dia buat onar... paling bagus simpanlah utk sendiri punya. Takdelah org2 bujang seperti kami tersesat jalan....
Couple tu aku xtahu nak cakap apa sebab rasanya dah tahu kan... Maka bersabarlah, nescaya Allah reward yang jaga adab..
CINTA SAKIT MATA boleh dicegah dengan hati2 dalam pergaulan dan percintaan... Sekian terima kasih!
p/s : Aku dah langgar akujanji, jadi utk masa2 depan, ulasan cintan2 sekali kala bolehlah kan?
Bila kita ( atau mungkin aku sorang ) mendengar dan melihat satu benda yang dipanggil couple, memula hati kata..
" ohh, how sweet!"
Memula memanglah positive, tetapi bila lelama, kita ( aku sorang lagi kot ) dah mula dah ayat pedas...
" HEY, WOULD THEY GET OFF FROM MY SIGHT?"
Kekekekeke.... Kalau bab ngata kat orang... hahaha... ( sila lupakan anasir jahat ini )
Kenapa jadi macam itu padahal tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana yang couple diorg bukan aku?
Ini ialah soalan dalam minda aku yang fatamorgana ini?
- Kenapa mesti sweet2 sngat depan member2? Ingat elok sangat ke?
- Bila couple ade, sombongnya, garangnya... Bila takde tahu pulak hormat orang!
- Kalau xmahu komen langsi, asyik post kt FB,Tweet gmbar manja ( kononnya )....
- Memula kata lepak member2 aje, sekali dia bawak dia punya daa... tak cakap awal2 memang rasa dimainkan aje...
- Time keluh kesah cinta cari member, time hati bunga2 kesian member tu kena booo...
- ( ini peribadi sikit ).... eh, apsal tengok aku slack je nie? Aku nie buat salah ke?
hmmm... seem horrible for a shy man like me. Look cheerful from outside, but too dangerous inside!
Kekasaran bahasa yang ditulis ini harap difahami kerana bukan kata aku je, mesti ada geng2 kita yang masuk kategori CINTA SAKIT MATA ni, diulangi CINTA SAKIT MATA!
Soalan2 aku nie satu jer jawapannya ( bagi yang berhati batu kot setujulah )
- Padan muka kau takde GF lagi, ahhahahhahha
( Kejam sekali )
Ohh, jangan kita lupakan hukum agama walau betapa ganas, taiko, rockers, swagnya kita. Bagi pasangan suami isteri, kemesraan diorang adalah dianjurkan dan dapat pahala, tetapi itu bukan bermaksud mereka boleh mempamerkannya di khalayak ramai. Aku pesan kat yang dah kahwin, mencium isteri/suami adalah pahala tetapi jangan buat depan orang, tambah2 yang jahil macam aku kerana bukannya salah dalam rumahtangga tetapi salah nya bila dipamerkan hal2 bantal selimut kepada insan2 lain yang tiada hak.... Buat newweds, tidak boleh kita menceritakan sebarang teknik ninja atau teknik samurai hakmilik suami isteri ( tak sampai hati nak terus- terang, fahamkan sendiri) kerana seburuk2 org ialah org yg cerita 18SG nya kepada yang bukan hak.... Mashaallah, jauhkanlah...
Kalau yang kahwin pun tidak boleh nak mesra2 sngat depan khalayak, apa dah jadi kepada couple2 yg langsung takde warranty ataupun jaminan ( even bertunang pun )? Maknanya adab dah dilupakan... Sebab apa, kalau katakan sepuluh orang tengok, jatuh sorang mulut masin terlepas celupar mulut... kesianlah kita...
Aku pernah dengar kes rempit maut sebab kena sumpah dengan pakcik tua yang terkejut dgan aksi rempit di belakang dia.
Sejujurnya, kita nak tengok kawan bahagia, tetapi kawan harus memahami kawan yang masih mencari bahagia. Fahami dan consider keadaan sekeliling. Tak wajar kita menjadi bahan fitnah hanya kerana sweet2 tadi.
Yang dengki tu aku tak tahulah, kalau bagi aku, aku merasa malu... Bergambar dengan pasangan suami isteri tak salah, namun jagalah kemesraan kerana yang bujang2 tengok, kalau dia mampu, dia berkahwin, kalau dia tak mampu, Ya Allah selamatkanlah dia kerana bimbang dia buat onar... paling bagus simpanlah utk sendiri punya. Takdelah org2 bujang seperti kami tersesat jalan....
Couple tu aku xtahu nak cakap apa sebab rasanya dah tahu kan... Maka bersabarlah, nescaya Allah reward yang jaga adab..
CINTA SAKIT MATA boleh dicegah dengan hati2 dalam pergaulan dan percintaan... Sekian terima kasih!
p/s : Aku dah langgar akujanji, jadi utk masa2 depan, ulasan cintan2 sekali kala bolehlah kan?
Wednesday, 14 August 2013
Aku dan Kahwin.
*Kredit buat Brader Hamka KeretaMayat yang menginspirasikan aku untuk bersama hurai topik murni ini. Digalakkan rujuk ustaz yang sahih untuk lebih kepastian... tapi kalau nak tengok sape Brader Hamka sila lah check link nie..*
http://keretamayat.blogspot.com/
Bila menyebut perkataan ini, ada yang senyum, ada yang gembira, dan ada yang start garu kepala.
Yang ini bukan sahaja yang belum pun teringin, sampai yang sudah pun masih teringin biarpun diancam periuk belanga melintang angin..
KAHWIN atau bahasa suratnya dipanggil pernikahan.
Bila disebut kahwin kepada seorang bujang macam aku, aku cuma tahu angguk dan geleng. Umur 21, kerja takde, rupa dah lah buruk macam Gaban, harap perut aje maju ke depan ( hihihi maafkan aku )..
Masa kecik dulu, selalu aku ingat kahwin nie macam pergi makan- makan aje. Mak aku kata aku nie biasanya tak suka datang majlis kenduri masa kecik dulu. Aku rasa sebabnya ialah aku tak suka berada di khalayak umum ( dah macam anti- sosial ). Bila dah besar nie, aku sudah mula mengerti kenapa ada sangat kahwin ini kan? Haha, i know what they did last night... Abaikan saje ayat nie.
Apakah ciri2 atau kelayakan untuk berkahwin? Lemah sendi bila dengar soalan ini. Itulah, aku ini orang yang jahil, sebab itu susah nak bawak agama ( huhuhu ). Yang wajib berkahwin apabila mereka sudah mampu dari segi zahir dan batin serta dikhuatiri terjebak dalam zina. Aku nie baru nak kenal agama, tak kanlah mudah2 boleh berkahwin kan?
Walau apapun , aku sebenarnya agak kebingungan bila orang kata nak kahwin nie memang mahal! Apakah sebenarnya punca mahal? Harga barang naik? ( Agak tepat di situ )
Mari kita tengok asal salasilah kahwin ini untuk apa sebenarnya. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berkahwin untuk menambah bilangan zuriat Islam di muka bumi ini. Betapa kuatnya kepentingan kahwin sehingga Rasulullah meriwayatkan siapa umat yang tak mahu kahwin, bererti dia bukan dari kalangan umat.
Sudah lumrah manusia yang pasti hidup berpasang- pasangan. Jadi, bila cerita soal kahwin ini, aku hanya bersederhana kerana keadaan diriku yang serba naif dan jahil pasti menyusahkan orang nanti. Dapatkah aku bimbing seorang isteri bila diri sendiri pun dalam kelam kabut akibat digoncang dunia? Sastera lah sangat huhu...
Buat lelaki umumnya, selain melihat kepenuhan dalam hal2 agama, bagaimana pula dengan kisah di dunia? Bila kahwin, tanggungjawab lelaki sangat besar kerana terletak di bahu dia segala kuasa memimpin dan mengatur rumah tangga. Semestinya harta dan ilmu kena lengkap di dada.
Buat bakal2 penerus sunnah dengan berkahwin, sebagai seorang pemuda biasa, ingin aku menasihatkan diri sendiri dan juga kita semua dalam menjalankan ibadah ini. Bila kita menetapkan ingin berkahwin, syaitan dah start gundah gulana sebab nampak anak Adam dah cari azam elak maksiat, bila sudah ijab dan kabul, menangislah syaitan sebab syaitan tahu perkahwinan adalah gedung pahala. Maka, bila sudah mampu dah cukup syaratnya, wajarlah dipercepatkan ( kita je asyik nangis sebab dosa, try bagi syaitan pulak menangis ).
Pesan aku, kalau kita mencari harta disebalik kahwin, kita akan kecewa sebab harta tak akan ada selamanya. Kahwin kerana bercinta pun tak dapat jamin kerana manusia pasti akan mati suatu hari nanti
( keretamayat pasti dinaiki tanpa ragu2 lagi ). Ikhlaskan hati kerana Allah, nescaya Allah bantu kita dalam perkahwinan.
Soal mahal murah, biarlah kena dengan hati budi. Apa erti nikah mahal2 tapi bahagia susah sekali nak dapat. Biarlah dunia nak kata kita miskin sebab kahwin murah, asal kita tunai tanggungjawab dalam rumahtangga, itu lebih baik. Aku pun tak tergamak juga kahwin biasa2 aje, tapi biarlah kena dengan batasan diri kita. Restu ibubapa memang penting jangan diabaikan.
Paras rupa ini memang betul ada penarik dalam jiwa kita manusia, kekadang bila fikir bertahun2 akan datang adakah pasangan kita akan still maintain macam sekarang. Aku sekarang nie pun dah buruk ( merendah diri), macam mana agaknya 10 tahun akan datang?
Jujurlah aku cakap,sebagai seorang lelaki yang penuh dengan onak duri hidup ( sensitif juga aku ), aku pun tak berani demand lebih2 macam mana bakal isteri aku nanti. Dulu pun pernah terluka, mestilah susah kan?
Bunyi macam gatal aje aku nie kan? Bukan apa, untuk sedari diri aje. Elok aku perbaiki amalan aku kan... Aku pun bukan kelas2 imam ke ustaz apa, tapi kalau dah nama Islam mestilah beramal dengan cara Islam, betul tak?
Dalam usia aku nie, masih banyak ruang. Orang ajak pergi kenduri pun gembira dah. Hahahaha, memacam aku nie.
*Dengan ini kita cukupkan dulu. Disebabkan ramai bersembang pasal kahwin, barulah rasa nak komen jugak.. kalau tidak memang malas pun nak cerita. Kalau boleh, aku nak tulis pasal hobi dan kerjaya pulak!*
Tuesday, 13 August 2013
Raya untuk Anak Bongsu Macam Aku..
Sebelum mula, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog aku, tapi takkan baca je, follow la sket hehehe.. ( tak malu )!
Raya ketiga aku balik sambung study, tak merasalah raya lama- lama. Takpelah, tak kisah sangat, tengah muda la katakan.
Aku nie merasa emosi bercampur dalam hari raya kali ini. Bukan apa, selalu raya balik2 benda yang sama; tv,kuih, mercun(?) dan jalanraya yang sesak. Kelainan tahun ini ialah aku dapat merayakan hari raya bersama adik- beradik aku. Kak Long, Kak Ngah dan Abang Yie semua dapat cuti. Kekeke...
Tema raya tahun ini semua pakai baju warna peach tapi entah macam mana Abah aku aku dapat orange peach, aku dapat pink peach, abang aku lagi bagus, lain warna baju raya dia!
Tapi diorg semua dah berkerjaya dan berkeluarga, maka tinggallah seorang budak bujang yang masih forever alone ( huhuhuhu ). Secara tidak langsung, aku pulak terlantik diri sendiri jadi pengasuh anak2 saudara yang kecil, nakal dan kekadang mendatangkan marah.... Hai, Paksu nie marah2 korang pun, sekali korang tapau aku, RM 12 sorang tau...
Bila hanya aku seorang yang masih takde arah tuju dalam hidup, memang awkward. Yelah, semua dah ada life, bila balik rumah, cerita pasal life diorg, aku angguk2 jelah. Yang bongsu memang akan rasa macam dia nie lepak je tahu, satu habuk pun tak boleh pakai. Buat masa sekarang, aku cuma boleh fokus untuk habis belajar sem akhir nie je, lepas tu tengoklah nanti.
Kerja2 rumah pun nampak macam aku terlibat walaupun aku ini lelaki .... Aku tak kisah tapi masa buka puasa, aku nie memang serius. sesape buat hal masa itu, memang aku panas lah. Sorry tapi kalau dalam soal ibadah, kalau dah buat, baik buat2 betul. Aku tak suka kalau ada nada mengarah semasa makan, kalau nak makan, gunalah nada suara yang buat aku yakin memang org tu betul2 nak makan.
Hati Piscesean seperti aku amat sensitif. Selalu juga makan hati bila kakak dan abang cakap kasar padahal benda kecik je kot. Manja2 tu macam ada lagi, tapi bukan mengada2 cuma nak dihargai dan difahami. Tapi, kakak2 dan abang respect bila aku bagi cadangan. Tapi, mak aku tak benarkan sebarang perbincangan masa depan dengan diorg sebab bimbang disalahfahami.
Hari Raya pun aku rasa malas nak jalan2. Baik aku duduk rumah layan tetamu. Ramai juga yang datang. Tapi, akulah yang paling " cekap " melayan tetamu sebab tetamu pun yang elders, mesti suruh yg muda2 juga buat itu ini. Hahahaha, macam waiter dah pulak.
Bila malam, aku mula buat projek main bunga api dan mercun. Hanya aku yang dibenarkan main mercun sebab anak2 saudara kecik lagi dan dicampur penakut.. Hairan juga sebab mercun aku berbunyi macam senapang tupai. Apakah rahsia disebalik ini? Disebabkan itu, aku x berani main lama2, takut orang sebelah fikir bukan- bukan.
Bab jalan2 tu, memang tak sempat... tapi dapat juga singgah rumah kawan.. tapi hakikatnya aku lupa dia beritahu aku bahawa abang dia kahwin.. Fesyen aku pulak bukan fesyen raya, tapi fesyen budak rock... memang rasa jadi perhatian lah. Aku tengok orang jeling2 je kat aku. Sebut pasal fesyen, aku kena marah kat Kota Bharu sebab pakai spek mata ... Apahal lah brader tu, pakai hensem pun salah ke? Bukannya dosa pun.. Aku selalu kena marah pasal ini. Dah dia yang bergaya tak pandai, nak marah2 aku pulak. Aku pakai lawa2 pun aku mintak kebenaran mak bapak aku, bukan main hentam aje...
Sebenarnya isu pakaian sering jadi benda yang aku debate in my heart bila musim raya. Tapi, aku tak salahkan sekeliling.. Maklumlah, negeri Kelantan memang strong Malay and Muslim culture. Silap2 kalau pakai baju fesyen western, mampus orang kata aku budak takde akhlak. Bukan aku tak pernah pakai Islamik, jangan marah, sekali aku pakai Islamik, semua kata aku ustaz, sampai panggil Mujahhideen pun ada. Aku pun biasa pakai retro. Baju batik memang aku pakai ala2 Sudirman gitu. Sabor jelah...
Kita sambung balik bab jumpa kawan tadi. Memang rasa lain sikit la kan maklumlah center of attraction for being rockers. Jumpa kawan2, semua dah okey. Berita happy bila ada cerita nak kahwin ( well, certainly it is not my business except for food) hahahhahahaha...... Takpe2 , aku mendoakan kawan2 yang bakal diijabkabulkan selamat berbahagia dunia akhirat, cuma jangan lupa jemput mat rocker nie datang... hahhahaha...
Sedey sket bila lawat kubur arwah nenek. Tengok kubur nenek macam basah sebab tanah kubur nenek memang jenis yang mudah serap air. Aku bersihkan kubur nenek pakai tangan. Aku berdoa supaya nenek sejahtera di sana. Bagi mengingatkan aku pada mati, aku ambik sikit tanah kubur, campurkan air dan sapu kat dahi supaya aku rasa suasana tempat aku kembali kepada-Nya nanti.( macam pelik sikit kan?)
Raya kali ini memang aman kerana tiada sebarang masalah " politik " berlangsung. Tapi, tetap kena jaga2. Adik- beradik aku macam tak paham kenapa boleh ada perkara macam ini walaupun aku tak pernah kacau sesape. Bagi aku, bila dah kita mengaku " Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", Allah uji dengan cabaran untuk tahu betul tak kita yakin dan percaya dengan kesaksian tersebut. Kalau ada umat Islam diuji perang dengan kafir harbi, aku pula diuji dengan cara lain pulak... Tabahkan hati...
Oklah, dah meleret pulak aku punya post ini.. Lagi sekali, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...
Tuesday, 16 July 2013
Jangan Jadi Hamba Hawa Nafsu!!
Ramadhan memang menarik kerana kita dapat tengok sebahagian umat sudah kembali kepada fitrah asal. Lebih baik kalau hari2 begini, kan?
Aku pun sebenarnya dah start check balik amal ibadah aku sebab aku rasa kekosongan sangat even kawan2, ahli keluarga tetap ambil berat, call setengah jam, update FB, WhatApps semua ada! Dan aku dapati, ruginya aku sebab banyak miss peluang ibadah. Maknanya aku masih terperangkap dgan duniawi ...
( Masyaallah, selamatkan aku )
Mari kita mula satu kisah..
Ada satu benda atau makhluk yang sememangnya degil dengan Allah SWT. Apa yang Allah perintahkan dia tak mahu buat. Dan bila dia disumbat dalam api neraka, barulah dia terhegeh- hegeh nak beriman. Siapakah dia?
NAFSU!!
Bukan Ahmad Nisfu ye, nafsu.
Percayakan bahawa setiap satu kejahatan di dunia berpunca dari hawa nafsu? Sebenarnya kan , syaitan ( telah dirantai pada bermula Ramadhan ) hanyalah sebagai pencadang atau penggalak melakukan dosa atau kemungkaran. Tetapi manusia masih berupaya mengawal dengan akal dan imannya. Kalau akal tidak diasah dan iman pula dibiar lemah, tenggelamlah kita bermaksiat dan syaitan pula bergembira sebab tugasnya dah accomplished.
Dalam bulan Ramadhan, ternyata nafsu yang melampau akan mengurangkan berkah rahmat puasa kita. Rugi sangat kalau puasa sampai mata merah, jalan pun lambat, muka sembap, cakap pun berterabur tapi pahalanya sudah gone, hilang entah ke mana.
Perbuatan membazir adalah tidak baik. Kekadang pergi ke bazar, semuanya kita nak beli. Bila dah buka puasa, kenyang lepas tu makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Wah wah wah, sampai hati. Pembaziran ini adalah tidak ekonomik dalam jangka masa panjang dan menjadikan kita saudara syaitan free2 aje...
Pengaruh luaran telah mendesak belanja yang di luar kemampuan. Sibuk nak raya, terus nak tukar itu, tukar ini. Macam2 iklan disogok kepada kita untuk mendorong kita berbelanja. Bukan tak boleh, lihatlah kepentingan kita.
Ada juga maksiat walaupun Ramadhan. Pernah ustazah aku beritahu, kalau buat jahat juga pada Ramadhan, maknanya orang itu sememangnya perlu diselamatkan sebab dia dah jadi hamba nafsunya sendiri. Tengok peribahasa Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Ada juga nafsu yang baik. Ada orang yang datang ke masjid beriktikaf, diisi dengan segala macam amalan sunat. Solat Tarawikh juga dikerjakan habis lengkap semua. Tahajjud, Witir menjadi penyeri. Harap segala ini janganlah hanya bermusim sahaja. Ramadhan habis, terus tak mengaji al- Quran..... al - Quran nie penerang hidup jangan ditinggalkan...
Aku pun bukan kata terer tapi kan, amalan muhasabah diri kan bagus untuk kita. Mari kita sama2 tengok apa yang kita buat tak bagus, kita perbaiki. Tidak ada orang yang sunyi dari dosa dan yang paling terbaik ialah orang yang selalu bertaubat dan memperbaiki amalannya.
Sedekah pada bulan puasa adalan tinggi ganjarannya. Jangan kikir atau bakhil sebabnya semuanya Allah yang punya. Kita sendiri juga adalah milik-Nya.
Nafsu ini bukan kata dia jahat penuh, tapi kalau kita mengawalnya, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Boleh sahaja kita hendak makan itu ini dan awas agar tidak membazir, biar cukup2 untuk kita sahaja. Belilah baju raya dan waspada, bimbang shopping sakan, takde pulak simpanan... Ingatlah saudara seIslam kita di tempat lain...
Kita makan sedap2, ada saudara kita dimakan bom, peluru dan bencana alam...
Kita shopping, ada saudara kita tak boleh beli apa2 sebab takde duit...
Kita tarawikh aman damai, ada saudara kita dibunuh ketika itu...
Kita ada keluarga menanti, ada saudara kita terus yatim...
Doakan semua saudara seIslam kita tabah dan selamat selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)