Wednesday, 2 May 2012

Mengejar Gelaran Lelaki Sejati!

Wah bukan main lagi ye...lelaki sejati,kelas you!

Sebenarnya,kisahnya macam ini....

Kononnya,lelaki sejati ini kena ada semua sifat yang melayakkan dia dapat gelaran Lelaki Sejati atau menurut Kamus Wanita(ingatkan ada Kamus Dewan aje) sebagai Mr.Right atau Mr.Perfect.

Antara lelaki-lelaki sedunia yang menyandang gelaran itu sekarang(ni tanggapan aku je)


 

Brad Pitt 


CR7(takkan tak paham kot)


Enrique Iglesias



Tapi diorang ini hanya Mr. Perfect pada luaran sahaja sebenarnya.Hakikatnya,dalam kehidupan tiap-tiap seorang ini macam -macam perkara entah apa-apa yang telah dilakukan mereka.Aku malas nak cerita,tapi aku terus akan bagi definisi dan cara2 sebenar untuk menyandang gelaran Lelaki Sejati itu...


  1. Bagi aku,Lelaki Sejati tak semestinya hensem ke,tough ke,pakai smart2 ke tapi bagi aku bagi lelaki yang sejati,ada di kalangan mereka yang telah menerima tamparan demi tamparan di masa silam diorang tetapi diorang tetap tabah dan terus bersemangat nak jalani kehidupan dengan lebih cemerlang.
  2. Lelaki Sejati mungkin hanya seorang yang tak mewah,tetapi dia pandai menjaga keperluan dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.Tak rock la pakai baju mahal-mahal tapi sampai makan pun nak berhutang apa barang.
  3. Kereta?Tak payahlah custom pelik2,bazir duit je.Apa-apa pun personal item milik Lelaki Sejati,dia akan menjaganya dengan sangat elok dan menyerupai macam baru beli.
  4. Bukan semua Lelaki Sejati hensem,tetapi setidak-tidaknya berpakaian kemas dan tidak menjolok mata-mata yang memandang.Kebersihan diri pun terjaga.
  5. Lelaki Sejati tak berkira sangat pasal perempuan idamannya.Rasanya kalau perempuan yang dia minat memang perempuan yang baik,dia tak berapa heran sangat pasal benda2 yang lain-lain itu.
  6. Lelaki Sejati yang dah berkeluarga pulak terlihat pandai dalam pengurusan rumah tangga.Kalau setakat semua nak harap isteri,memang susah lah jugak...
  7. Kalau berpoligami pun,isteri-isteri tak tersinggung sebab percaya,Lelaki Sejati itu tetap lelaki yang sama walaupun ada cawangan.
  8. Lelaki Sejati pandai menghormati manusia yang lain walaupun manusia itu sendiri tak hormat padanya.
  9. Lelaki Sejati sememangnya ada sifat berkorban.Tak kiralah kecil atau besar,asalkan semua orang gembira dan dia sendiri pun ikhlas.
  10. Yang wajib sekali,Lelaki Sejati mesti ada pengetahuan agama yang lengkap dan penghayatan agama yang optimum.Yang ini memang sangat dititik beratkan.Kalau yang ini dimiliki seseorang lelaki,Insyallah 9 ciri-ciri di atas pun wujud juga dalam dirinya.

So,macamana pula lelaki hendak dapat gelaran "Lelaki Sejati" ini?Rasanya,semua lelaki dah ada ciri-ciri di atas tetapi kenapa mereka dipandang sepi?Kenapa jugak "bad  boy" juga yang dapat nama?Sebenarnya mungkin ada benda kecil yang lelaki terlepas pandang sampaikan ciri-ciri Lelaki Sejati itu disalahtafsirkan.Aku nak kongsi la sikit2 pandangan aku dalam cara seseorang lelaki itu layak dapat gelaran Lelaki Sejati dan itu disedari orang2 di sekeliling.

  1. Pertama,ciri LS (lelaki sejati la tu) yg no.10 itu memang basic sekali.Memanglah dalam suasana dunia yang sibuk ni,macam sempat tak sempat je nak peduli semua itu.Tetapi,cubalah sedikit2,Allah sentiasa tolong orang yang tolong diri sendiri.Dan ikhlaskan lah hati supaya kalau kita ditakdirkan mati suatu hari nanti,amalan kita tak expired sekali.....Kalau lengkap sembahyang lima waktu,yang lain-lain Insyallah diringankan bebanannya.
  2. Para lelaki,sedikit misteri diperlukan dalam resipi LS ini.Bukan maksud kena jadi pendiam atau terlalu kuat berahsia,tetapi kalau ada misteri hidup,mesti orang akan jadi tertanya-tanya dan nak berkenalan secara lanjut.Contoh paling senang ialah merendah diri.
  3. Lelaki pun kena ambil kisah pasal kekemasan diri.Kemaskan sedikit rambut,baju gosok kalau kedut,seluar jangan londeh.Gaya apa-apa pun tak kisah,janji gaya itu tidak menyerabutkan orang lain dan anda sendiri.Yang penting,pakaian kena bersesuaian dengan keadaan.
  4. Ramai orang kata lelaki kaya baru best!Itu cakap orang materialistik!Yang penting,semuanya cukup dan sempurna.Kalau nak bermewah pun,biar berkadar dengan kemampuan kita.Kenapa penjenayah takde orang suka walaupun dia bajet kaya?Sebab dia berakhlak buruk.
  5. Pilih satu hobi kegemaran dan jadikan diri kita pakar dalam hobi tersebut,Bukan apa,kalau terlihat sebagai seseorang yang mahir dalam sesuatu bidang,deeply orang akan respect dengan kita sebab setiap manusia berbeza,yang penting kemahiran itu bermanfaat.Yang pastinya,hobi tersebut bermodal rendah supaya tak membebankan.Al
  6. Kawan-kawan juga adalah cermin muka kita.Kalau buat jahat dengan kawan,nanti semua orang tak suka!
  7. Cara percakapan juga mestilah bersahaja tapi terkawal.Jangan meninggi,jangan rendah nanti tak dengar la.Elakkan suka marah-marah,mencarut atau menghina orang lain.
  8. Hormat-menghormati itu perlu.Sebab darjat,pangkat apa semua ini pun Allah yang bagi.Nanti Dia akan tanya balik nikmat2 itu semua kemana hala tujunya.
  9. Kalaupun body tak cantik,pemakanan pun mestilah dijaga.Kalau makan pun berpada-padalah.Makan makanan berkhasiat dan halal.Merokok,minuman keras,bahan-bahan terlarang wajar dielakkkan sebab benda itu lebih mudarat dari manfaat.Automatik badan kita lebih sihat dan cergas sekaligus fikiran lebih waras.
  10. Belajarlah yakin diri dan bertindak secara betul.Jangan sebab nak jadi LS,buat benda-benda yang bukan-bukan.Kawalan diri yang sempurna lebih bagus dari jadi tak tentu arah.


Rasanya,itu sahajalah pendapat aku mengenai Lelaki Sejati ini.Bunyinya macam perasan hebat,tetapi rasanya tak salah menuju ke arah yang baik.Aku pun bukannya sempurna,tapi mesti berani dan bertindak dan lihat hasilnya.

Bukannya Lelaki Sejati bermaksud cuma untuk mengurat sahaja,tetapi lebih banyak lagi perkara yang memerlukan tindakan Lelaki Sejati dalam hidup ini.Nanti,barulah layak naik level sebagai...........................

























MUSLIM SEJATI!!





No comments:

Post a Comment