Thursday 22 December 2011

Cerita Orang2 Purba

Salam........Yohoooo.......Lama dah aku tak update blog aku ni.Sebenarnya aku malas nak update,cuma kalau x update kang,rugilah.Blog aku ni pun takdelah best sangat,tapi kali aku akan berkongsi cerita lah sikit2 sepanjang bulan ni.

Sebenarnya,bila aku dah pulang ke kampung,kehidupan aku akan terus mencampak jauh apa yang dipanggil sebagai teknologi.Yelah,Mak mana ada emel,Abah x minat benda2 macam tu,Kak Long tak sempatlah sebab nak besarkan anak2,Abang aku lagi lah,dia biasa je.Aku boleh tafsirkan hidup satu keluarga macam lepak tahun 80an.

Aku sendiri boleh diclassified sebagai Bujang Lapok da......Pakai baju buruk,naik moto buruk tapi perangai tak buruklah.Macam2 kerja aku dah buat.Memukat ikan,kait kelapa,cari kayu api,redah banjir.Aku pun telah menjadi pembantu Mak untuk membakar kuih tepung apam.Ready at 3 Am,Mom said.Dengan ngantuk tak mengantuknya,aku pun bakarlah kuih.Semuanya sempurna sehingga...Ouchh!!dah kena periuk panas...Dapat pingat satu....Takpelah Mak,janji simpan kuih sikit.Mak pun bagi aku duty2 yg penting jugak macam beli nasi berlauk tiap2 pagi,kena ambik air minum kat jiran sebelah(air telaga kat rumah aku tak elok diminum),hantar kuih kat kedai.Adalah bahagian2 yg mencabar dan berisiko tinggi.Antaranya ialah,bapa saudara aku minta aku bawak perahu dia balik ke rumah sebab air sungai dah melimpah.Aku pun cuba2 aje,tetapi memang bahaya.Apa taknya ,air sungai kuat,aku letak dayung dalam air pun rasa macam nak terlepas je...lepas tu aku tersangkut kat pohon kayu....nasib baik perahu tak terbalik.Lega!

Aku pun dah jadi macam broker kerja je.Ada sorang budak aku,dia nak kerja kt KL,mak dia tak bagi.Akhir sekali mak dia minta aku bawa dia pergi cari kerja.Mula2 pergi Syarikat Muda Osman kat Pasir Mas,sekali interview dah lepas.....Aku pun call Mak,Mak kata pergi jumpa Tok Su,Tok Su boleh rekomen kerja KfC.Aku pun kelam kabut jugaklah nak settle urusan kerja budak aku ni.Tak kan tak tolong,saudara mara ni.Budak tu pun cam jenis takde member gak,tolonglah jugak.Amirul Hafiz nama budak aku tu,baru lepas SPM,nak kerjalah sebab dia nak tolong keluarga.Abah dia dah takde dah,tinggal dia,mak dia ngan adik dia je.Amboi,cam Bersamamu lah pulak!Aku harap dapatlah dia keje KFC,baru aku dpat makan free,ihihihihihi......

Dugaan tu memang datang banyak wooo...Takpe je,aku pun bukan jenis tagih simpati ke apa ke,cuma aku agak rasa kesal dengan sikap manusia ni.Selalu tindas orang lain.Dah macam apa pulak ni....Hindustan klasik  ni.Cerita Hindustan Klasik ni pun kadang2 tersentuh jugak.Tapi,syukur,aku bukan macam dalam cerita2 tersebut.Tapi,sekali imbas,hidup aku sebenarnya macam cerita Shakti-The Power tu.Mana taknya,sekelompok masyarakat memandang rendah aku hanya sebab keluarga aku tak perfect sangat.Aku pun hidup di kampung pun dah macam samseng.Pisau ada di pinggang,rantai dalam raga motor je....Nak wat camana,orang nak menzalimi aku.Senang cerita cmnilah,Kehidupan Hamba tidak pernah mengganggu sesiapa,hidup pun Allah yg bagi.Dizalimi dan menzalimi masih wujud disebalik gambaran dunia maju itu.Aku hidup dalam kebencian orang sejak aku buka mata lagi.Kepada semua pembaca,rileks ye,aku ni kekadang emo gak.Hanya Allah sahajalah sebaik-baik tempat kembali.

Mak pun pesan,"biar hidup hina di dunia,jangan Allah hinakan kita di Akhirat"

Balik rumah pun takdelah Fb,Tweet ni.Handphone pun beli cap Ayam je.Makan2 pun tak boleh nak pilih2.Ada tu makan jelah.Aku tak kisah,janji ada kuah dan tak masin.Ohh,Mak ada pergi kursus IKS kat Bachok.Maka,nasinya dah ada,lauknya tak sempat mak aku nak siapkan.Aku cari dalam peti sejuk,ada ayam.Aku pun henshinkan ayam mentah jadi lauk ayam masak kicap.Mulanya aku rasa masin,tapi mak saudara aku kata,Masin apanya,ni jadi dah ni.Dia pun makan lauk yg aku buat tu.Nenek aku taknak sebab dia memang tak berapa minat dengan ayam ni.

Memang ancient gila hidup aku kan?Nasib baik adalah jugak rezeki Allah bagi.Boleh tengok Rajni pun bolehlah!Memang Saudagar Barang2 Purba,Sadiq Segaraga!