Wednesday 11 January 2012

Kasih Sayang yang Merepek

Assalamualaikum kepada semua reader yang masih membaca blog yang unpopular tapi saya harap tinta saya dapat digunakan untuk share benda2 yg lebih bermanfaat utk tatapan semua.Terlebih dahulu,eloklah ucap Syukur Alhamdulillah kerana masih bernyawa dalam menjengah ke tahun 2012 Masihi.Namun, masih berumur 19 tahun,usia yang masih mentah namun boleh mengerti.

Agaknya,bila cakap pasal kasih sayang,yang golden age mesti ingat lagu "Kasih Sayang".Yang muda pulak mesti ingat "Ohh,nak ngadu pasal awek la ni.".Bukan itu ye,saya ingin bercakap tentang masyarakat kita khususnya kerana itulah perkara yang asyik diremehkan.

Sebenarnya,di dunia ini,siapa yang tak lahir dengan kasih sayang?Membesar dengan kasih sayang?Mungkin ada,mungkin tidak.Pertama sekali,haruslah diingat,orang yang paling sayangkan kita melebihi nyawanya sendiri ialah ibubapa kita.Mereka telah berkorban segala-galanya untuk kita.Kalau diminta nyawa sekalipun,pasti akan diberi tanpa nak soal banyak.Namun,soalan ini saya tuju untuk saya dan reader semua,"Adakah aku anak yang balik budi?"Maksud saya adakah saya ada membalas atau setidak-tidaknya,kenang budi?

Sahabat kita juga tak kisah habis duit asal kita susah senang dengannya.Walaupun mungkin berbeza status atau keturunan,tiada penghalang bagi terus mengambil berat dan bertanya khabar walaupun sudah terpisah jauh.Namun saya juga harus tanya kepada diri,"Aku ini sahabat yang baik atau tidak?"Saya hanya terkenang kisah2 lampau.Saya masih bersyukur kerana adanya orang yang saya tidak begitu rapat,namun dia masih sudi mendekati saya sebagai sahabat.Namun,ada juga yang menjadi tanda tanya,ada juga orang2 yang tega mengambil saya sebagai musuh yang layak menjadi cacian semata-mata...walaupun mereka2 ini sangat2 mengenali siapa saya sebenarnya.

Lover?Upss,sorry takde apa yang boleh saya katakan kalau mengenai saya sendiri.Namun,melihat gelagat muda-mudi,adakah mereka akan berkahwin satu hari nanti selepas melakukan kemungkaran?Ada ke orang yang ikhlas camtu selepas buat dosa tanpa fikir panjang?Saya hanya menjadi pemerhati keadaan kerana saya sendiri bukanlah jejaka pilihan ahahhaha.Maklumlah,jahat sangat!Namun,saya bukanlah golongan GLT yang dibenci itu.

Namun,kasih sayang Allah SWT penyebab mengapa umat manusia masih hidup dengan ehsan-Nya.Allah SWT berkuasa memilih siapa yang diredhai-Nya dan siapa yang bakal ditimpakan kemurkaan-Nya.Tiada lagi tempat lain untuk berlindung selain Allah SWT.Kita hanyalah makhluk yang lemah dan kematian adalah benda yang sentiasa dekat mahupun tidak dalam benak fikiran.

Di masa kini,saya telah mengesan suatu keanehan dalam kasih sayang;belum tentu orang yang kita sayang akan sayang kita sepertimana kita menyayanginya.Ibubapa mana tak sayang anak,tapi kenapa anak boleh derhaka?Sahabat pun ada yang boleh tikam belakang?Lover pun curang maa......
ADAKAH SESIAPA BERSALAH DALAM HAL INI?

Bukan apa,hari Jumaat lepas,saya ditakdirkan Allah SWT telah mengunjungi pusara ayah taulan saya bersama keluarganya.Saya terus mengutuk diri dan berasa sangat hina kerana saya langsung tidak mengetahui di mana pusara datuk saya.Bukannya saya benci atuk,tapi saya tinggal berjauhan dengan atuk semasa atuk masih hidup.Namun,lebih saya kesali ialah kubur datuk saya itu sebenarnya tidak pernah dikunjungi waris2 lain yang jauh lebih rapat dengannya.Kasih sayang yang merepek bukan?Akhirnya,saya diingatkan kembali oleh minda,"Takde gunanya kau ingat kubur atuk kau kalau kau tak sedekahkan al-Fatihah kat dia".Itulah yang paling mustahak,betul?

Seringkali kita lihat di drama,orang yang kita bencilah mungkin sekali orang yang akan kita ingati sampai bila-bila.Kerana,mungkin kebencian kita terhadap sesetengah orang itu adalah salah.Jiran saya telah memarahi anaknya yang tidak begitu cemerlang dalam PMR.Kebetulan,saya singgah pada malam itu.Jiran saya,Encik Yusry(bukan KRU aa)telah mengutuk anaknya tanpa ada tapisan sensor yang tersusun.Saya hanya mampu terkejut beruk.Esoknya,saya telah pergi bersembang dengan anaknya itu,Azwar namanya,dia kata dia tidak menyalahkan ayahnya kerana dia sedar,dia telah mengecewakan ayahnya walaupun hanya PMR.Saya berbangga dengan ini.Saya juga telah mengimbas kenangan saya dengan Mak saya.Sekiranya result exam kurang baik,dia akan merotan dan memukul terlebih dahulu sebelum menyain rekod kemajuan saya.Ayah tidak kisah,tetapi kalau mengaji al-Quran tak betul,di situ juga ayah saya akan menampar saya.Kerana semua itu,saya lebih tekad dan terus menjadikan benda itu sebgai semangat untuk terus maju.Kasih Sayang yang merepek ke?

Nampaknya,kalau nak ulas panjang lebar,memang tak habis punya.Ya Allah,semoga kami semua hidup selamat dengan kasih sayang-Mu dan orang2 yang sayangkan kami semua.


P/s:Semoga reader lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita seadanya.