Thursday 6 February 2014

Gila Duit : Conclusion.

Nampak gaya aku ini dah semakin malas, maklumlah hidup di kampung serba serbi penat, baru balik dari kebun , dah lentok terbaring aje... haha. Jom kita terjun terus untuk mengelakkan kebosanan.

So, bila aku fikir ala- ala Detective Conan gitu, maka lahirlah satu gerak daya yang baru. Ini lah dia.

ANDA PERLUKAN WANG TETAPI ANDA BUKAN HAMBA KEPADA WANG.

Memang kita perlukan kan duit untuk memenuhi keperluan asas dalam hidup manusia iaitu makan minum, tempat tinggal dan pasangan hidup ( opps sori maklumlah forever alone ) . Tetapi dapatkah kita sedar betapa kita telah menjadi hamba wang berbanding jadi pemilik wang?

Tidak ada salah nya ingin menjadi orang kaya yang beriman kepada Allah. Sejarah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat juga kebanyakkan pernah merasa nikmat menjadi millionaire. Tetapi, kekayaan tidak melalaikan mereka dari agama, bahkan pemangkin semangat cintakan agama.

Adakah kita sedari bahawa di zaman Khalifah Umar al- Khattab, hasil mahsul ( cukai ) negara adalah mencukupi untuk menampung negara dan rakyat untuk lima tahun? Itulah hasil pengurusan wang dan harta yang telus, cekap dan tidak membazir.

Ya, aku  mengaku aku bukanlah cerdik pandai agama. Tapi, sedihlah para ustaz, para ulamak kerana semakin hari semakin jauh umat Islam dari agama huhuhu... Bukan saja dari sudut ibadah khusus, ibadah umum juga diabaikan. Sedarkah kita bahawa segala amal baik di dunia juga mendatangkan pahala?

Bila menyebut soal duit, kalau kita mengurus wang dengan baik kerana ikhlas dengan Allah, kita pun akan dapat pahala.

Sebanyak mana pun duit kita, kita tidak akan mampu membeli kebahagiaan dalam hidup. Mungkin kata- kata saya tiada erti pada mata orang yang materialis tetapi saya selalu sahaja diingatkan...

" Seorang Mak boleh jaga sampai sepuluh orang anak tapi belum tentu sepuluh orang anak  boleh jaga seorang Mak "

( Hargai ibu kandung anda, tambah lagi dengan ibu negara, ibu negeri, ibu duit hehe )

Itulah maksud kebahagiaan. Tetapi mungkin dengan duit , anda berupaya membantu ibubapa dan golongan yang memerlukan. Saya ada kenal seorang pak cik di kampung, namanya Pak Cik Berahim. Saya ingin bercerita kisahnya kepada kita semua supaya ambil tauladan.

Pak Cik Berahim bukanlah dari keluarga yang senang. Pak Cik Berahim lahir sebagai anak orang susah. Masa usianya sama dengan saya 20 tahun, dia pergi ke Singapura untuk mencari kerja. Macam - macam kerja dibuat, tapi yang utamanya ialah welding. Lama juga dia merantau baru lah balik kampung bukak bisnes welding. Perlu dingat, Pak Cik Berahim tidak ada kelulusan degree hatta sijil keusahawanan GIATMARA sekalipun. Syukur, dia berusaha sehingga dia menjadi kaya ,mampu membuka dua kedai welding dan juga ada usahakan kedai runcit.

Tapi Pak Cik Berahim tetap Pak Cik Berahim yang saya kenali. Pak Cik Berahim tidak membuka perniagaannya di waktu malam kerana dia ingin ke surau bagi mengikuti kuliah Maghrib dan solat berjemaah. Pak Cik Berahim juga sangat mesra dengan saya dan orang orang kampung walaupun beliau memiliki Toyota Hilux dan Cambry. Saya suka membeli barang runcit di kedainya kerana lebih banyak pilihan walaupun harga nya agak mahal sedikit.

Pak Cik Berahim juga telah berbuat jasa kepada orang kampung. Kampung saya , jalannya berlubang. Hal ini merungsingkan Pak Cik Berahim kerana perkahwinan anak perempuannya dah makin dekat. Berbesan orang kaya keturunan Nik, wah risau andai besan membebel jalan yg teruk menyukarkan majlis kenduri. Akhirnya, Pak Cik Berahim telah menempah batu kerikil utk menurap jalan kampung bermula dari jalan besar sehingga ke rumahnya!

Hasilnya, bukan sahaja kenduri berjalan lancar, mulut orang kampung juga tidak lepas memuji Pak Cik Berahim atas jasanya. Jalan berlubang yang ditampal memudahkan orang kampung serta mengurangkan eksiden kerana jalan berlubang. Dia bukannya ketua kampung, bukan NGO, bukan ahli politik! Beliau hanya seorang peniaga biasa. Dengan itu, barulah semua orang tahu bahawa Pak Cik Berahim orang berduit. Tetapi Pak Cik Berahim bukan orang yang tenggelam macam Qarun. Dia tetap membantu dan berjasa walaupun tidaklah begitu luas. Semoga Allah kurniakan kebaikan buat Pak Cik Berahim.

Ehm, aku berharap aku dapat kongsi lagi dengan kita2 semua, harap ada masa lagi.

- Sukarnya menulis nama Pak Cik Berahim banyak kali huhu -