Tuesday 10 December 2013

Kenangan Pasal Banjir.

*Terlebih dahulu, kita bersama menyampaikan takziah atas kehilangan harta benda dan kesusahan yang dialami mangsa2 banjir di seluruh negara. Semoga terus tabah menjalani hidup... Bagi yang mampu, bantulah sehabis baik ehmmm.....*

Banjir ini sebenarnya berlaku bila air hujan mula bertakung kerana permukaan bumi tidak lagi mampu menyerap air. Aku pun tidaklah mahir dalam Sains tetapi sememangnya aku akui, fenomena banjir ada juga keajaiban dan mudaratnya pun besar kalau dipandang ringan.

Banjir bukan sahaja boleh berlaku di kawasan berhampiran sungai, tetapi bandar juga tidak terlepas dari bencana alam ini.  Banjir juga mampu berlaku di kawasan gurun ataupun pergunungan. Dan selalunya juga, banjir adalah salah satu kesan yang berlaku sekiranya ada berlaku taufan mahupun tsunami. Boleh katakan bahawa banjir adalah salah satu fenomena alam yang kerapkali berlaku di serata dunia.

Kalaulah nak bercerita pasal banjir, aku sukalah nak bercerita mengenai arwah atuk. Atuk aku bernama Deraman. Atuk pernah merasai susah ketika banjir besar bergelar Bah Merah melanda Kelantan suatu ketika dahulu. Sememangnya Bah Merah adalah mimpi ngeri ketika itu. Tanaman musnah, harta benda rosak dan kehilangan jiwa juga berlaku. Atuk juga terpaksa berlapar kerana sukar untuk mendapat makanan.

Sekarang, aku juga secara tak rasmi menjadi seorang yang mahirlah jugak menilai situasi banjir. Kalaulah aku ni belajar Sains, dah boleh jugak aku jadi pengkaji, Chewah, angan besar nampak! Kalaulah nak jadi cerita , dahulu di zaman Mesir Purba, mereka berupaya meramal banjir dengan membuat cerapan bintang yang dipanggil " Sirius " tapi nama betulnya aku tak ingat sangatlah.

Dan, aku selalu aje menjadi jiwang bila banjir melanda kampung aku. Hal ini kerana, aku yang selalunya pemalas dan kurang bersemangat akhirnya seolah- olah menjadi seorang yang hebat dan berkemampuan bila banjir mendatang. Aku nak kata banjir ini macam beri aku satu tenaga untuk menjadi rajin dan bijak. Kebiasaannya, bila kita berada dalam susah, kita akan segera ligat mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri.

Selain atuk, ayah saudara aku , aku panggil Ayah Da, juga berupaya dalam hal banjir. Ayah Da pandai buat perahu.Banyak juga duit hasil buat perahu. Dulu larat, sekarang Ayah Da dah kurang membuat perahu sebab kayu semakin mahal dan susah nak dapat. Mungkin masa mendatang boleh beli yang fiberglass aje.Perahu memudahkan aku dan family bergerak semasa banjir.

Kalau nak dibandingkan dengan adik- beradik aku, aku mungkin antara orang yang paling biasa dengan keadaan banjir. Yelah, semuanya dah berkerjaya, manalah sempat nak mengkaji dan merasai banjir. Banjir pun datang setahun sekali je. Aku sebenarnya merasa kagum bila banjir berlaku, rumah aku yang jauh dalam hutan, dah jadi pesta bila semua orang datang nak tengok banjir. Adalah juga nak memukat, menjala. Budak- budak enjoy sampai malam.

Tahun ini adalah mungkin yang paling last aku sempat merasa bermain air banjir. Nanti, kalau dah bekerja, aku tak akan dapat rasa lagi belaian air banjir yang menyirami aku untuk banyak tahun ini. Aku perasan bahawa aku dan cuaca hujan sering berkaitan. Man of Rain is the nickname. Hehe, angan jer. Kalau aku merasa susah hati , selalunya hujan akan turun... tak tahulah macam mana itu. Allah Maha Mengetahui.

Aku dah dapat memukat ikan. Tapi ada seekor ikan puyu aku pelihara. Orang tua- tua dulu biasanya suka akan ikan puyu. Ikan puyu ni pulak pandai betul. Bila aku lalu kat balang dia, dia berenang- renang kejar aku.Rupanya dia nak makan. Hai, pandai!

Sebenarnya, tiada ada mana- mana negara pun dapat melawan banjir. Sebab ini semua kuasa Allah, tengoklah kat Eropah, banjir besar berlaku walaupun sistem kaji cuaca mereka lebih moden berbanding kita. Tetapi, aku menyarankan bahawa kita patut mengambil iktibar dan inisiatif bagi mengawal banjir besar dari berulang.

Secara peribadinya, aku tak mahu banjir hilang terus. Biarlah Malaysia terus berkembang asalkan banjir tetap ada. Maksud aku, secara terkawallah. Kalau tiada banjir, susah juga nak menanam padi sebab padi memerlukan banyak air. Air hujan juga adalah sumber air tawar yang tidak ternilai. Alangkah bagus kalau air hujan ini dapat disimpan dan digunakan dalam kehidupan harian. Janganlah sebab kita ada air paip, kita sombong tak mahu menadah rahmat sebab hujan sebenarnya salah satu rahmat Allah.Kita patut bertasbih memuji kebesaran Allah bila hujan turun. Banjir aku akui satu musibah, tetapi kalaulah kita berwaspada, banjir juga boleh menjadi sahabat karib.

Secara teknologinya, dengan segala hujan dan kuasa alam, kita boleh menghasilkan banyak tenaga dari alam semulajadi. Jangan kita orang Islam jadi bodoh sombong, contohilah negara yang banyak bergantung kepada kuasa semulajadi.

Banjir juga boleh menjadi musibah sebab kecuaian kita mengurus tadbir bumi ini.  Hati aku mengatakan bahawa banjir adalah seperti seseorang yang cuba bangkit dari kesedihan dan kesusahan. Siapa sangka, air hujan yang menitis sikit2 itu berupaya mendatangkan jumlah kuasa yang besar sehingga melumpuhkan sesebuah bandar.

Dan , jagalah keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim banjir. Dengar kata, penyakit kencing tikus juga dapat dibawa melalui air banjir. Binatang liar juga akan cuba mengelak dari banjir, bimbang kalau terserempak ular ataupun lipan. Jaga juga keselamatan rumah, bimbang ada yang merompak semasa kita tengah sibuk melihat banjir. Paling penting, jaga dokumen dari banjir. Kereta atau motorsikal patut diletakkan di tempat yang selamat dari air banjir.

Ini bunyinya macam kedekut, tetapi sebenarnya, jangan pinjamkan perahu senang2. Hal ini kerana bukan semua orang layak membawa perahu. Entah2 terbalik, kita pula dipersalahkan. Perahu pula adalah sensitif, kalau cuai , karamlah.

p/s : Ketika banjir, pergaduhan pun mudah berlaku sebab isu-isu kecil macam simbah air secara tak sengaja. samseng mengacau ketika aku memukat kerana nak ikan percuma.


Thursday 28 November 2013

Aku Hanya Seorang Lelaki Desa.

Tahun 2013 dah nak habis sebulan lagi... Terlebih dahulu, aku umumkan bahawa aku dah jadi " penganggur terhormat " dengan jayanya. Well, aku rasa nak lepak - lepak dulu, tahun depan baru kerja dulu, nak sambung memang otak aku dah jem habis, tak boleh belajar dah, duit dahlah kurang, sabar jela.

Apa tak sukar hidup bila aku nie jenis langkah tak panjang macam bebudak lain, budak lain semua dah mantop, aku ternganga - nganga lagi nak mencari tapak hidup. Suasana pun dah jadi kelam kabut, tapi kan dah nama manusia, tak kan lepas punya dari suka duka.

Dulu masa kecik, aku sebenarnya dibesarkan di bandar, tapi memang tak kenal sesapa pun di bandar tempat aku membesar. Bila masuk sekolah menengah, aku tinggal kat asrama dan jadi kepala budak2 kejap. Tapi, memanglah tak lepas aku dari kampung aku.

Aku sendiri tak tahu apa sangatlah sebab aku tinggal kat kampung. Sekarang, aku tolong mak aku berniaga. Esok dah kena bungkus sate 100 cucuk weh... Memang aku ni jadi pembantu. Aku tolong bapak sedara aku jaga kebun, menebas belukar dan jadi komando kejap sebab bru singgah rumah waris yang terletak dalam hutan. Seronok tapi tough der!

Lelaki desa oh lelaki desa!

Aku memakai baju buruk , menaiki moto buruk, dan berwajah buruk ( nasib badan ).

Buat masa sekarang, aku memilih untuk lepak kampung mungkin sebab mak aku kot. Biasalah tolong- tolong mak. Aku pun bertindak jadi PA dia dalam perniagaan sebab aku ada ambik course Keusahawanan dulu, tapi tang akaun dia jaga, aku jaga management. Syukur, ada rezeki juga even berniaga kampung- kampung.

Kampung aku takdelah special sangat, duduk sini pun bergelut dengan budak2 bangsat baru nak up, dah pandai nak sound org tua. Kalaulah aku ni gila sangat, dah lama aku langgar diorg. Aku pun agak- agak jugak, aku ni ada pelajaran even tak tinggi, aku tak mahu gadai masa depan aku hanya untuk orang yang takde masa depan. Iman di hati derrr walau di luar macam mangkuk.

Ada juga ketenangan di sini sebab semuanya tentang aku ada kat sini. tenang tang mana tu aku tak tahu, tapi aku rasa taklah begitu blur sangat. Aku ni jenis tak suka tunjuk personaliti terang2 kat org, jadinya kat tempat aku study, hanya dua tiga orang aje yang kenal atau ingat aku. Balik kampung, semua nak angkat tangan bagi salam. Takdelah mengharap sangat tapi suka jugak.

Bila banding dengan member, memang aku rasa rendah diri. Most kawan aku anak orang kaya, memang aku tak putus kawan , tapi untuk nak sama level dengan diorang, sangat susah aku rasa. Kalau member yang sama miskin baru line cantik nak sembang hal2 anak kampung. Agaknya, budak2 sekarang yang retinya BF/ GF, motor dan bajet hot. Payahlah aku nak kenal budak layan hal2 tanam pokok, buat kuih, jaga angsa, ikan puyu lagilah.

Tapi, aku bukanlah kolot sangat sebenarnya. Aku ni jenis carefree jugak even sikit2. Selalu aje aku carikan resepi dari google nak kasi kat mak aku. Bapak aku pulak mintak tolong carikan tempat jual kereta secondhand kat Mudah.my. PC kakak2 aku pun aku yang run maintence kalau aku lepak umah diorang. Untuk abang aku, aku suka sembang hal keselamatan negara dengan dia, rasa macam kitorg ni GI Joe je.
Bayangkanlah , kalau tak jadi navy, kita tak akan tahu apa maksud destroyer, armada, tapi aku faham ( sila main Call of Duty ).

Aku pun layan gitar dengan kawan bapak aku, terperanjat bila keluar lagu " One Love " Bob Marley dan kitoorg sama2 nyanyi. Berapa kerat sangat yang layan old stuff. Aku rasa aku pun takdelah classic sangat. Aku try nyanyi lagu Pitbull, uishhh masuk jugak.

Bila sebut hal perempuan ni yang aku jadi hilang semangat. Teringat dulu masa sekolah, ada perempuan je memang startlah jadi macam Jim Carrey, melawak tak henti- henti. Aku ingat sekarang perempuan tengok aku macam tengok beruang tengah mencari makanan dengan muka yang bengis... or in worst case scenario, sebuah lori sampah... Besar, bertenaga, digeruni oleh kenderaan lain, dan selalu tolong lupuskan sampah, cuma buruk...

Tambah lagi dengan aksesori yang membuat perempuan rasa aku ni sebenarnya Freddy Krueger. Parang untuk menebas rumput saja cukup untuk menghalau mereka ( kesian diorg takutkan parang, bukan takutkan aku ). Takkanlah aku nak pakai mekap pulak....

Takpelah dulu, aku pun tunggang langgang jugak sekarang, hampir karam, nasib baik ada orang sudi baiki.
Kalau tak, mereput sorang2, takde sape peduli.

Aku masih dalam pencarian kerja huhuhu... paling tidak pun aku rasa aku boleh kerja kat event management. Dulu pun biasa je atur majlis. kalau dapat, memang aku kerja sepenuh hati.

Dan sebagaimana aku nampak,kerja kampung ada pulangan lumayan jugak asal rajin. cuma tak glamour lah sikit. Kerja kat bandar nampak aje glamour, tapi susah tanggung sendiri, bila senang ramai pulak nak tumpang sekaki.

Hai, begitulah erti hidup di desa. Mungkin aku terpaksa merantau bertahun- tahun di bumi orang dan suatu hari aku kembali dengan seribu kejayaan. Yang pasti, aku tak mahu jadi batak hot hanya sebab pernah tinggal di rantau orang. Antara American Ice Cream Soda dan Pepsi, aku pilih American dulu, antara sate dan KFC, aku pilih KFC dulu.

Satu je benda pasal aku yang agak kolot sikit. Kalau tak berjumpa nasi sehari, pizza, kek, cheeseburger takde makna di mata aku. Makan nasi dulu.




Monday 4 November 2013

Maal Hijrah dan Spiderman.




Well, aku bukanlah taraf Dr. Zakir Naik pujaan hatiku dan banyak lagi kelemahan dalam diri aku ni. Apa- apa pun, tetap harus kuatkan diri.

Err.. Spiderman ada apa dengan Maal Hijrah? Ingat balik, ketika peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah dikejar oleh kaum musyrikin Mekah yang ingin membunuhnya. Rasulullah berlindung di sebuah gua. Ketika itu, yg kejar tadi betul2 depan muka gua. Dengan kuasa Allah SWT, ditakdirkan ada satu makhluk yang buat sarang yang elok, dan buat yg kejar rasa bahawa Rasulullah tiada dalam gua itu.

Bukanlah Spiderman, lagi detail lagi. Labah- labah.

Makhluk berkaki lapan, matanya lapan, giginya banyak, geraknya lincah dan ada macam- macam spesis.

Spiderman adalah karakter fiksyen ciptaan seorang Yahudi bernama Stan Lee yang kerja di Marvel. Tak payah cerita apa kuasa Spiderman panjang- panjang, mesti dah tahu.

Dah masuk Muharram, aku sebenarnya agak excited masa kecik dulu kalau ada Maal Hijrah. Sebab mak pernah join nasyid masa family aku tinggal kat IPD Gerik ( orang polis lah ni ). Jadinya kalau ada Maal Hijrah, memang dapat tengok mak bernasyid. Dan dapatlah merchandise yg aku rasa unik seperti kalendar lambang huruf hamzah dan sarang lelabah.

Dulu, sambutan Maal Hijrah ni agak glamour dengan acara tilawah, kenduri kesyukuran. Sekolah fardu ain dulu pun ada anjurkan majlis sempena Maal Hijrah. Tapi masa itu aku jahil, satu apa pun tak pandai. Sekarang pun masih ternganga huhuhu...

Dulu memang kata gempaklah, sekarang dah slow down. Sebab nampak sekarang kehidupan dan makin sibuk, semua nak bercerita pasal duit, harta, politik, bola ( opsss, tadi bola Pahang menang, Kelantan kalah huhu ). Aku rasa berbahagia je masa Maal Hijrah dulu sebab even masa itu jahil, tapi boleh feel semangat persaudaraan dan happy- happy.

Aku harap panjang umur aku nak join geng masjid esok utk celebrate Maal Hijrah. Maafkanlah aku sebab kerana masalah dunia, aku dah lalai. Manakan tidak, tengok dunia makin retak seribu, aku pun susah sana sini. 

Aku pun bakal graduate nanti dan terciptalah satu penganggur terhormat buat sementara waktu, maklumlah dah tak kenal dunia dah sibuk study. Insyaallah murah rezeki aku nak terbang ke Sabah lepak kat rumah Kak Long aku. Nak makan lobster rasa- rasalah. Jangan marah ahhahaha...

Aku rasa nak kerja tahun depan kot. Tapi itulah kan, bukan senang nak kerja simple2. Aku target nak kerja event crew sebab org macam aku ni tak berapa hidup nak kerja pejabat. Baik kerja outdoor. Tapi minyak sentap , tapi aku naik motor memang rileks sikitlah.

Aku nie sebenarnya masih shock + bangang + terfana bila aku tahu bahawa gadis itu sudah disunting orang.... Tak adil! Itulah kan, aku ni tak pandai nak romance gaya Aaron Aziz, harap jadi secret admire jelah. Dahlah muka macam kawah di Bulan, oh kejamnya.

Aku ( dah berapa banyak aku da.... ) redha ajelah sebab rasanya aku pun tidak dapat menjanjikan bahagia bila hidup sendiri pun dah azab, nasib baik Allah tetap bagi aku hidup, maka haruslah bersyukur. Mak hidup lagi, anak saudara aku pun syukur semua ingat dekat aku. Maybe bila dah umur 30 kot, barulah fresh sikit nak pikir soal relationship kan. 

Maal Hijrah kali ini, aku tetap merasa kerinduan di waktu dulu. Aku pun ada macam Spiderman problem. Problem Spiderman ; bijak tapi malas, kurang bertuah dalam hidup, kehilangan orang yang dihormati dan disayangi, hidup bertarung dengan musuh yang serba jahat, dan diabaikan oleh cinta. 

Tapi Spiderman juga ada untung macam aku. Kami ada kawan yang sudi membantu atau paling tidak pun memahami. Dan orang yang hebat juga sentiasa ada utk tunjuk jalan kepada kami. 

Cuma aku tak mahu pakai kostum ketat dan pastinya aku kurang memakai merah terang.

hehehe, aku harap semuanya akan berjalan ok je. 

" Luqman, take a chill pill! "

p/s : gian nak balik rumah.. adui... 











Saturday 19 October 2013

Korban oh Korban

Selamat Hari Raya Korban kepada semua.

Aku tak balik raya kali ini.. sebab apa aku kurang pasti. Yang pastinya final project harus disiapkan.

Untuk Raya Korban, aku biasanya agak lebih sikit happynya sebab raya ini lebih bersifat bersama. Sembelih lembu sama- sama kan.. Lebih meriah. Tapi biasanya aku tak sempat sambut sebab sibuk...

Aku pun sebenarnya tidak begitu makan daging. Sebab aku ni jenis simpati jugak. Kalau tengok lembu yang disembelih, memang aku tak makan langsung. Aku makan kalau yang siap dilapah tanpa aku menonton proses sembelihan. Memang macam penakut kan, tapi aku pernah menjaga lembu, jadi tak tergamaklah pulak tengok binatang yang kita jaga disembelih begitu sahaja.

Jiran - jiran aku ada juga lembu dan dibiar berkeliaran , maklumlah kampung. Biasanya orang menjauhi lembu sebab takut ditanduk, tapi aku macam National Geography, selalu mendekati diorang dan cuba berinteraksi dengan diorg dan juga capture diorg guna Nikon aku... Ciss takde subject lain ke nak capture?

Akibatnya, aku tidak suka kalau binatang disembelih, tapi ternyata kalau tak disembelih, cara untuk mematikan binatang seperti electric shock, poison atau headcrush lebih sadis... bahkan menyeksa binatang. Aku redha sahaja hukum Allah. Daging sembelihan Islam pun lebih sihat dan tidak berbau hamis.

Selalunya kalau kita nak kesan sembelihan yang betul mengikut syarak, bau hamis tidak begitu ketara dan daging kelihatan pucat sebelum dibasuh. Perasan tak? Kalau bau hamis terlalu kuat dan daging pun macam kuat kemerahannya, maksudnya darah tak habis mengalir lagi atau sembelihan dilakukan dengan cara yang salah atau tidak mengikut syarat sembelihan. Tapi aku sendiri pun belum pernah sembelih binatang... ini pun bapa aku yang bagitahu. Tapi dia selalu nya sembelih kambing.

Muda lagi, tapi aku juga ada sign for high blood pressure. Sebab itu aku kurangkan makan benda2 yg garamnya tinggi. Kalau aku makan Mister Potato, alamat terkeluar urat darah di tekuk dengan kepala aku... Nasiblah muda, kalau dah tua silap- silap pengsan.. masa derma darah pun, doktor cakap blood pressure aku memang tinggi. Daging bukan pilihan utama.

Kalau nak makan daging pun, aku makan yang rebus jer. Memang kata simple habis. Kalau buat masak lain, peninglah nanti.

Korban ini pun tidak langsung buat kita ingat orang yang kurang bernasib baik.

Sebab itu aku ni selalunya jiwang sikit bila tiba Raya Haji. Macam mana pulak orang yang tengah haji ye?

Ayam memang makan dah hasilnya sekali sekala jemu jugak..

Aku memang seorang penggemar ikan. Ikan tak glamour masa sekarang, ikan mahal, padahal rasa hairan juga. Sebab ikan dilaut bukannya sikit. Akhirnya macam - macam cerita, diesel mahal lah, orang tengahlah, harga tong ikan naik lah...

Hujung tahun ni, aku bercadang nak memukat ikan. Letak simple- simple aje, mesti dapat punya. Seekor dua pun jadilah.

Kalau menyebut hal ehwal haiwan ini, selalu aku memang macam National Geography. Tapi binatang yang biasa- biasa jelah. Aku pun biasa jumpa binatang liar tapi nasib baik tak jadi apa- apa. Aku rasa kagum bila aku mencelup tangan aku ke dalam sungai belakang rumah aku, anak ikan datang lalu macam takde apa- apa... Nasib baik jugak anak ikan, kalau bapak ikan tak ke nahas nanti.

Aku tetap hepi jugak beraya di rantau orang sebab at least kita dapat kenal orang. Oklah.

Inilah gambar yg aku capture dulu. Kebetulan pose lembu ni bagus. Lembu jantan ini garang tapi kalau jaga jarak, its ok.








Saturday 12 October 2013

Kenapa Aku Tak Hisap Rokok?

Sakit dah kepala bila diumumkan, harga rokok naik lagi buat orang yang hisap rokok. Rokok memang ada dalam radar semua insan yang bergelar lelaki, kalau perempuan tak tahulah pulak. Most memang adalah perokok. Budaya lelaki perokok memang ada dari aku kecil sampai aku besar.

Aku bukan perokok. Simple je.

Aku bukan anak orang kaya. Fikir balik, sekotak berharga RM 10 adalah sama dengan kos makan sehari aku.. ada lebih seringgit dua simpan.. Rasanya apa punca susah sangat nak ada duit? Rokok ni aku tak tahu sebab kalau diteliti kandungan rokok, rokok mengandungi kimia yang tak bermanfaat pun untuk tubuh..

Ini adalah pandangan peribadi aku terhadap perokok. Aku tengok yang hisap rokok ini selalunya kurang rasional. Tanyalah kepada penjenayah low class, mereka hisap rokok ke tak? Aku tahu rokok sebenarnya memberi tenaga tambahan disebabkan nikotin, tetapi sebagai balasan, kadar oksigen ke otak akan berkurangan sekaligus membunuh sel2 neuron otak. Ada orang yang tenang ketika merokok tetapi bila tidak merokok, sikapnya lebih agresif. Puncanya disebabkan ketagihan nikotin yang kuat akan merencatkan proses tubuh. Sama kesan dengan orang yang tak dapat menagih dadah.

Ada orang yang kutuk aku sebab aku tak hisap rokok. Bukan aku nak menyombong, tapi yang kutuk aku tu budak sekolah terlampau , keputusan SPM tercorot, naik EX5 beli ansuran, baju setakat bundle, kulit dahlah hitam pekat kalah Negro, mulut berbau, jalan tak betul, dan akhirnya orang itu dah masuk jel sebab tetak abang sendiri. Aku pun tertanya, siapa lagi bodoh?

Aku tak hisap rokok pun biasa juga dapat no 1 dalam kelas, SPM pun bolehlah sederhana, walaupun motor aku bukan moto glamer, tapi bapak aku beli cash insurans premium, baju aku ada juga merasa jenama mahal, kulit aku ada jerawat tapi taklah sampai hitam, mulut pun berbau kalau makan petai aje... Wah, siapa kah yang lagi malang nie?

Perokok pun suka je sharing is caring rokok, tapi mungkinkah boleh jadi ambil kesempatan? Ada kawan aku seorang hisap yang mahal, last2 dalam lima orang yg hisap rokok biasa2 asyik tapau rokok kawan yang mahal itu.... Then what when not only once, but everytime when my friend buy an expensive cigar?

Tapi aku perasan yang hisap rokok ni bijak- bijak semuanya berbanding aku. Yes, im not that smart. I just ordinary guy, always slack- off and troubles always looking for me.

Tapi bila bab kerja, aku juga insan yang engine slow ini terpaksa update RAM otak aku ke tahap maksimum....

Aku tak benci perokok sebenarnya, yang nak hisap, hisaplah sebab at least yang hisap pun mesti kerja kan... cuma menyampah bila tengok budak2 bawah umur hisap dgan rasa tak bersalah depan orang, depan aku... Kepala hotak kau orang! Mak Bapak bagi duit suruh belajar! Semua orang yang matang mesti setuju dengan aku even perokok sekalipun!

Jangan lah marah aku sebab mesti ada punca kan kenapa aku tak hisap rokok even boleh sangat....

Aku adalah mangsa trauma rokok dimana ada kes disebabkan rokok. Bukan aku buat tapi orang lain... dan mereka adalah budak bawah umur. Cikgu aku tangkap 10 orang hisap rokok, dan diorg semua dihukum dengan sangat dahsyat...  aku pun tak hisap rokok sebab itu...

Dan satu lagi, ini mungkin cuma dalam takdir hidup akulah... aku selalu tengok kesudahan hidup perokok yang malang dan berserabut... ini soal nasib... tapi bila dah tengok banyak sangat, aku pun trauma lagi.... ada yang jadi gila, ada yang ditembak mati polis sebab jenayah dan paling sadis , ada budak jatuh siling semasa menghisap rokok ketika  solat Jumaat.... budak tu tak mati, cuma gigi depan dia semua patah.... malang tu...

Yes, memang perokok sangat glamour... tetapi aku yang kebetulan adalah seorang pendengar gosip kaum wanita akhirnya tahu bahawa perokok memang jadi bahan umpatan.... kebetulan pulak yang hisap rokok tu memang bad attitude even dia berpangkat besar pun...

Itulah alasan kenapa aku tak hisap rokok... aku pun buat banding antara perokok dengan bukan perokok... hasilnya perokok memang kelihatan hebat tetapi rupa- rupanya fail jugak... dan bukan perokok memang aku kata macam takde apa- apa, tahu2 rupanya ada bakat dan kelebihan tersembunyi....

Sekali lagi lah, aku sebenarnya tak benci perokok cuma aku cuma hendak beritahu kenapa aku tak merokok. Tu je. Sesiapa nak hisap, hisaplah. Sebagai orang biasa, aku cuma mengharapkan supaya janganlah hisap banyak supaya dapat juga cover duit utk benda2 lagi penting...

Lagipun merokok bukan dalam sunnah Nabi... memanglah hukum makruh dan kalau dah nampaknya makruh, elok tak dibuat sebenarnya...


Tuesday 1 October 2013

Pandangan Aku Orang Ketiga.

Assignment melambak, berani lagi bukak nak post sebab baru bangun tido dan  tengok FB, status dari page mana aku tak ingat tapi kan , aku macam ada terfikir campur terpandang dan terkena, ahahhaha.

Orang ketiga bukan maksud aku sibuk kacau rumah tangga orang, bukan ye.




Aku ada pengalaman tapi bukan sebagai suami ye, hanya sebagai seorang bapa saudara yang masih mumaiyiz dalam alam kedewasaan dan tak suka orang yang " sangat dewasa " ( belum pasti kenapa ).
Selalu aje aku handle anak saudara aku , siapkan pakai diorg, siap hidang makan, dan akhirnya tang pegi jamban pun aku yang teman walaupun fizikal aku pun tak mampu halang lipas atau syaitan di tandas kacau kalau tak baca doa masuk tandas atau Bismillah.


Di Malaysia ni, suasana masih lagi dalam kuasa lelaki even perempuan lagi ramai. Tengok Parlimen, perempuan berapa kerat? Dan kekuasaan wanita hanya pada benda yang dia miliki sendiri. Dalam kes di atas, anaklah. Sebab biasalah kan, bila dah jadi ibu, semua benda kalau boleh nak siapkan untuk anak- anak. Tapi kekadang boleh aku perasan akan keluh kesah apabila si suami tak nak langsung take care atas alasan ego maruah lelaki.

Sebagai seorang lelaki, ego boleh kata adalah senjata buat kami ( kalaulah ). Tapi kan, bila aku renung zaman dulu, memang lelaki tak sibuk menda ni tapi bila soal disiplin memang sharp! Tak mengaji, dushh! Tak mandi lagi, ambik sebiji!  Zaman sekarang pun bukan takde, tapi aplikasi dalam hal2 begini macam tak berapa laku sangat dah.

Ada satu keluarga yang tak peduli kan bapa nya yang sedang sakit. Memang macam derhaka, bila ditanya alasan semua orang tak tahu nak cakap apa. Keluarga ini kata, dulu ayah garang sangat , tapi langsung tak peduli hal kami, hal kami semua mak yang uruskan.

Rasulullah even sebagai seorang Rasul pun ada terlibat dalam sistem urus rumah tangga. Beliau pernah memasak, menjahit, dan mengurus anak.

Pada aku, memanglah tugas lelaki yang pegang title suami adalah beri nafkah. Cuba kita tengok pelaburan kita sekali- sekala sebab kena aware, seorang isteri hanya manusia biasa yang mesti ada time yang tak berapa efisien misalnya kalau yang bekerja. Bila tengok anak- anak buat perangai macam buat sepah, senang aje suami salahkan isteri tak jaga anak betul- betul.

Aku bukan nak jadi penyibuk, tetapi anak- anak sekarang cepat pandai. Bimbang dalam hati diorang nanti akan dendam dengan ayah sebab tengok ayah macam tak layan diorang. Dalam gambar itu, suami marah isteri, anak senyum. Maknanya nanti si anak akan jadi anak yang tak kenang jasa ibu sebab si ayah hanya tahu marah, anak pun rasa ibunya tak berguna sebab asyik dimarahi si ayah.

Bahaya tak kesan semua ini. Aku tidak lah kata suami mesti buat, tetapi cukuplah kalau sekadar membantu sedikit sebanyak. Apa salah mandi terus ayah dengan anak, dan ayah boleh sahaja dressing anak bersama isteri. Pasal menghidang makan aku pun kurang mahir tetapi pantaulah anak yang buat kacau masa menghadap rezeki, sebab pantang keluarga aku kalau main2 masa jamah rezeki. Iyelah, macam tak hargai rezekilah, dah ada makanan pun asyik nak main, mestilah terasa hati ibubapa yang penat siapkan makanan, anak masih nak main2 lagi.

Ada juga isteri yang tak bagi suami sibuk sebab dia tahu suaminya tak pandai, tapi kita tetap kena pantau. Manalah tahu, isteri asyik buat kerja, entah2 dapur terbakar ke, air mendidih ke. Paling tidak kena periksa barang yg isteri guna setiap hari, kurang ke rosak ke, kita terus pergi setel kan. Bagi aku, buat macam ini, kurang sikit risiko dipaksa pergi kedai oleh isteri sebab garam habis! Betul tak? Jimat masa buat kaki bola.

Aku pun bukan calon lelaki idaman tetapi harus tahu sebab aku lebih senang bersedia dan berdikari dalam pengurusan diri. Pendek kata kalau dah kahwin ( lambat lagi ) aku tak suka harapkan isteri 100 peratus kecuali dalam kes2 tangan keras, contoh menjahit memang aku tak pandai. Buat kaum wanita, kalau suami jenis tak suruh buat kerja pun, mesti juga ada handle sikit penampilan suami, tak kan tak boleh tolong gosok baju tanpa pengetahuan suami. Barulah suami tak terasa nak buat hal.

Jangan juga tinggal pasangan anda makan sorang,teman dan hidangkan walaupun kita tak makan. Ada orang pesan, kalau makan sorang, nanti syaitan suka hasut.

Dan tiada benda seperti " orang perempuan atau orang lelaki aje buat benda ni " bagi aku. Para lelaki juga setidak- tidaknya kena tahu sedikit sebanyak sabun pencuci apa yang bagus, jenama peti sejuk apa yang jimat elektrik, pasar raya mana banyak offer murah. Yang perempuan kena belajar sikit- sikit cara kilat kasut ,cara basuh kereta.

Dan yang utama, ini syarat yang aku tambah sendiri lah. Buat kaum perempuan, eloklah jadi pendandan atau perunding imej untuk suami anda. Jangan kita aje yang melawa, suami muka dan macam 9 bulan duduk bertapa dalam gua. Bagi aku, aku sedia mendengar komen dari ahli keluarga berbanding orang lain yang komen pasal penampilan aku. Kalau betul tak nak suami cari lain, cuba try potong kuku dia, dandam rambut dia, dan paling penting, aku rasa selalulah hadiahkan minyak wangi buat suami sebab bimbang bila suami sendiri beli minyak wangi, ada yang pengsan.

Dalam handle anak, janganlah berkira, nanti anak berkira dengan kita balik, baru kita tahu. Sama lah dalam kita handle ibubapa yang sudah tua, jangan berkira sangat, nanti Allah berkira dengan kita, baru kita tahu.


p/s : aku pernah dikritik sebab tak pakai minyak wangi, tapi bila aku pakai, kata bau hancinglah, terlampau kuat la, akhir sudah aku tanya, " tak suka minyak wangi yg aku pakai cubalah hadiahkan satu...."  dan aku dapat satu minyak wangi berharga  RM 200 , bau macam ladang bunga 100 ekar. Terima Kasih buat kakak aku.


Saturday 21 September 2013

Gila Duit

Ehmm, ini mungkin kesinambungan ( mungkin ) Haji Bakhil punya cerita, dah berlaku dalam masyarakat kita, atau global kah? Dalam menjalani hidup, selain hanya ada tulang empat kerat, apa lagi yang perlu ada? Tinjauan rambang di mamak, hatta di coffee house sekalipun, org jawab selalunya DUIT....

Dengar cerita old folk punya kan, dulu punya mata wang kecil tapi bernilai. Orang kata kalau atau seringgit dulu dah jadi orang kaya satu hari. Kopi seposen, roti lima sen,beca 20 sen, nasi lemak 50 sen, aiskrim potong 10 sen memang laris dah. Tambah pulak, org dulu nak memiliki aset mudah sebab tak payah nak ada geran, mana tanah kosong mintak kat penghulu, dia bagi , terus dapat. Sekali penjajah datang, kononnya nak tamadunkan kita ( padahal tamadun Islam dah lagi makmur ) semuanya dah jadi kapitalis.

Kapitalis ni satu bentuk ekonomi yang menggalakkan perusahaan atas hasil usaha sendiri. Bunyi macam cantik, tapi problem dia ialah semuanya halal asal ada duit. Amalan riba ke, rasuah ke, tipu ke semua jalan janji duit masuk. Nak tengok kuasa kapitalis tengoklah org main judi. 10 bermain judi kat satu kasino ke, katakan 100 seorang. seorang aje akan menang semua 100 tadi, jadinya dah 1000, dia akan bayar pulak kepada butler atas kira khidmat dia atur game judi. kalau butler terima 100 katakan, kalau sepuluh game dia handle, dia dapat sama macam si pemenang, tapi dia untung tak? Tak!

Sebab , dia hanya dapat upah handle game, bukan nya jadi penaja penuh perjudian. 1000 yang dia ada tadi akan diberi kepada kasino. upah dia adalah komisen beberapa peratus. Kasino ambil banyak dan hasilnya penaja penuh perjudian atau taikun tadi untung berjuta-juta walaupun dah tolak gaji pekerja, cukai, dan kos lain. Hasilnya, hanya pemodal sahaja akan lebih makmur hidupnya.

Apa problemnya dengan sistem ini? Padahal nampak lebih kurang aje. Sebab sistem ini menggalakkan orang mencari duit dengan cara yang salah dan secara membazir. Dan kejujuran dah tak jadi perkara utama, asalkan kerja jalan. Ada kes di India di mana sekolah runtuh, disiasat rupa- rupanya pemaju hanya guna barang tak bermutu untuk jimat kos.. padahal ini projek kerajaan yang mesti dibuat dengan skala penuh. Jadi itulah masalah ekonomi kapitalis.

Kenapa panjang lebar sngat aku punya cerita ( selalunya memang panjang kan ). Sebab kesan kapitalis ini telah meresap dalam minda orang kita, atau lebih utama lagi orang Islam. Duit ialah kuasa yang sangat besar, lebih besar daripada seseorang yang gagah atau pintar. Kalau tidak, macam mana Hitler boleh lancar perang padahal dia sebenarnya tidak pernah menerima gaji sebagai pengasas parti Nazi dan dulunya hidup menganggur?

Apa masalah dengan duit? Ada duit kan bagus, boleh buat apa saja!

Betul ke?

Secara umumnya memang betul, tapi secara ilmiahnya, duit tak berupaya. NASA labur juta- juta pun masih tak dapat bina petempatan di Bulan. Titanic yang dibina dengan kos termahal di zamannya pun tetap karam.

Kita tetap tertakluk bawah takdir. Bukan kata duit itu tidak penting, tetapi ianya bukan segala- galanya.

- bersambung-


Wednesday 18 September 2013

Al Kisah Mimpi Aku

Sebelum aku pejam mata nak lelap, aku rasa macam sesaje je post benda nie.. Takde ape- ape pun cuma macam ada rasa cool + tanda tanya tentang diri sendiri. Adakah aku ialah seorang yang ada supernatural power? Ya Allah, ini kes ngantuk la nie...

Setiap manusia yang sihat akan tidur kan? Dan selalukah bermimpi? Maksud mimpi nie senang orang kata mainan tidur. Ada juga ustaz kata masa kita tidur, roh kita akan mula berjalan- jalan. Dan juga mimpi yang benar adalah juga salah satu cabang wahyu.

Tapi hati- hati ada juga mimpi di bawah pengaruh syaitan, itulah tidur tak berwuduk, doa tak baca , tiga Qul dgan Ayat Kursi mana pergi?

Aku nak anggap kuasa mimpi aku nie sebagai kata ujian jugak, sebab bila kita dah lebih updated dari orang lain, agak sukar juga kita nak bergerak bebas. Macam mana tu?

Mimpi aku kebanyakkan adalah tentang apa yang akan aku buat dalam masa hadapan. Mimpi buat perkara biasa kot macam makan kat kedai favourite aku, minum Neslo ke, makan nasi lemak ke, dan tahu- tahu aku buat perkara tersebut. Tapi, taklah sampai suddenly, dalam sebulan lebih baru berlaku, masa itu pun dah tak berapa ingat dan fikir pasal mimpi tu. Kira kes deja vu kata member aku.Kebetulan dia ni macam mudah nampak menda2 ghaib ni, itu yang aku kata dia tak bohong, sedara dia pun ada bagitau kat aku pasal ability kawan aku ni.

Ada kes mimpi yang eventually adalah satu petunjuk buat diri aku tapi aku tetap tertakluk bawah takdir sebab aku tak boleh ubah, cuma aku boleh bersedia je. Sebab aku ada mimpi pasal cikgu aku... Dia kata dia nak balik, aku tanya pergi mana, cikgu aku cakap dia nak balik tempat asal ( maksudnya dia nak meninggal dunia )  aku tanya macam mana dengan family dia, dia kata tak payah risau... Lepas itu aku kata tak apalah dan aku janji selagi aku hidup aku cuba ziarah family dia, dia kata tak apa, jangan jadi beban diri sendiri. Aku pun diam jelah kan, lepas itu aku bagi salam dan kata nanti kalau saya baik, saya jumpa ...  akhirnya dalam dua minggu lepas itu, cikgu aku dah balik... aku pun berani cerita sekarang sebab dah ok rasanya suasana ... mula2 takut jugak, tapi kawan kata takpela, anggap itu satu petunjuk.

Mimpi yang benar- benar takut pun ada, dan kebetulannya mimpi itu adalah imbasan dari masa lepas. Aku mimpi tengok mayat- mayat di kampung aku yang mereput, berulat dan semuanya ada kesan ditikam. Aku cerita kat mak, mak kata dulu kampung aku adalah tempat tentera Jepun menyeksa dan memancung orang, jadi tak hairanlah kalau aku bermimpi. Lagipun mak kata, aku dan kak long aku special sebab apa yang kitorg rasa selalunya terjadi.

Mimpi indah tak pernah terjadi dalam dunia nyata aku, tapi tak sangka mimpi itu adalah impian aku sebenarnya. Aku mimpi aku berada di satu tempat selepas aku mati diseksa orang jahat, tahu2 tempat itu adalah taman buat orang yang mati syahid, ada satu suara kata aku ni orang banyak dosa, tapi sebab niat ikhlas jihad kerana Allah sampai terkorban nyawa, aku di ringankan azab dan diberi keamanan lepas mati.. Selepas tersedar, aku tadah tangan dan berdoa supaya aku dapat keringanan masa hisab di akhirat nanti.

Mimpi lalai pun ada, rasanya sebab aku ni boleh dikata Mat Jenin jugak dalam angan2... ( hindari sifat ni untuk kemajuan bersama ) ... boleh pulak aku mimpi aku buat konsert solo ... tak tahu nak cakap apa sebab penonton semua nya member2 aku, diorg semua terlopong tengok aku... akhirnya ini hanya sekadar mimpi yang lalai... hai, apa nasib!

Dan paling terbaru dalam arkib mimpi ( apa punya istilah daa.... ) aku bermimpi bertekak  dengan seseorang yang pernah aku admire dulu ( eh tak sangka aku macam ini ) pasal apa aku tak ingat tapi bertekak punya bertekak, tak tahu ada seorang ustazah yang memang aku kenal masuk dan cakap " Man, elok- elok Man, kamu lelaki, dia perempuan.. ( takkan minat lelaki kot Mashaallah ) Aku cakap " Memanglah ustazah, tapi dia nie bagi saya macam jantan aje, dahlah muka macam Rosyam Nor!" Aku saja cakap macam itu nak gaduh lagi, tahu2 dia gelak sambil tutup mulut..

Aku tak tahu nak cakap apa sebab sekarang kawan itu ada lagi, cuba aku tak kacau dia dah sebab dia dah jadi macam ustazah,alim betul dia, takut pulak hati aku nak masuk berkawan lagi. Tapi bila hari jadi dia, aku tetap wish biasa2 aje, dia pun kata syukran... Aku malas dah fikir...

Sebelum tidur, pendek kata lindungi diri dari gangguan syaitan sebab kekadang syaitan saja buat mimpi best2 supaya tak bangun Subuh.

Most mimpi adalah macam satu tanda dari masa silam atau masa lepas, kekadang aku mimpi didatangi pendekar tapi mimpi tu bohong.

Aku sudi kongsi tips macam mana nak rasa kalau mimpi itu benar..

Pertama, sebelum tidur korang kena buang air dan bersuci dari hadas dengan ambik wuduk betul2... dan baca doa sebelum tidur,Ayat Kursi dan 3 Qul baca... dan tidur muka mengadap kiblat dan pastinya keadaan tempat tidur bersih dan ada sedikit cahaya... ( aku pantang tidur dalam gelap seratus peratus bimbang diganggu )... nak lagi pahala berselawat dan berzikir sampai tertidur...

Kalau ada bermimpi ke, rasanya Allah nak bagi ganjaran dengan mimpi itu kalau kita org beriman dan kalau mimpi buruk, sila lah bertaubat sebab kekadang Allah nak bagi teguran sebab Allah sayang...

Mimpi bohong kalau tidur kerana kenyang, tidur dengan hati yang lalai, tidur sebab letih dan tak bersuci....

Ini atas pengalaman aku lah, kalau nak lagi terperinci kena tanya ustaz2 yang terpelajar.

- Tapi kalau mimpi konsert itu terjadi, harap2 konsert yang tak lalai,-








Tuesday 3 September 2013

Mitos Botak

Aku ingat kan mesti kalau aku botak, mesti lebih kurang camni ( perasan )

Selalunya budak2 sekarang tak ramai yang suka buat fesyen ini. Sebenarnya aku ada pasang niat sikit, jadi aku mintak tukang gunting gunting No. 3 ala2 askar camtu. Hasilnya ramai yang terkejut! Tapi kan dengan fesyen camni, aku mula merasakan orang lebih memerhatikan aku dan nak tegur aku berbanding masa aku rambut belah tepi atau mohawk dulu. Nampaknya jadi glamer sekejap kan?

Tapi, bukan kali pertama aku fesyen cam botak nie. Masa darjah 1, bapak aku trim rambut sampai rapat kulit lepas tu tinggal jambul kat depan... jadilah macam budak siam aku.. hahaha. Lepas tu, masa Form 3, aku buat lagi tapi yang ini adalah paksaan abang aku... Kebetulan dia pun jenis budak skinhead, kira botak tu trademark dia lah, sampai aku pun dibabitkan sekali.. Apa da...

Kalau nak cerita sejarah kan, botak nie selalu natural bila orang dah berumur kan..Tapi nampak macam religious culture macam Buddha selalu ada sami2 diorang yang berfesyen botak. Mesti ada sebab diorg buat macam tu kan. Kalau dalam agama kita, kalau menyebut peribadi Rasulullah SAW, baginda dikhabarkan berambut hingga ke paras bahu, tetapi cuba kita fikir dalam ibadah haji ada  bercukur kan? Jadinya amalan botak ini pun ada tempat dalam agama kita.

Apa yang korang rasa bila tengok orang botak?

Bagi orang yang memang semulajadi kelihatan botak walaupun ada rambut, diorang nie biasanya tegas, ada sifat kepimpinan dan kelihatan agresif. Tapi kan, masa aku kecik dulu, budak botaklah yang paling dipandang rendah dalam geng. Budak sanggup bawa minyak rambut memahal lepas tu buat rambut Mohawk lah kan, baru nampak langsi. Senang cerita, budak botak ni orang consider bodoh la. Memang orang ejek aku kalau aku botak. Tapi masa Form 3, walaupun budak2 macam pandang rendah aku, tetapi cikgu2 macam respek aku botak masa itu. Maklumlah, budak yang taat cikgu macam lembu nie payah dah jumpa hahhaha...

Sekarang, dengan usia 21 tahun, aku yang berfesyen botak lebih mudah tertonjol tiba2, yelah kan, budak botak di IPTA boleh bilang dengan jari. Lepas itu, aku perasan ramai pulak yang nak tegur bila aku potong rambut style botak nie. Hidup aku pun tak banyak problem nak handle rambut.. sikat tak payah, shampoo jimat, air wudhuk mudah sampai kulit kepada, pakai songkok pun tak panas, berfikir pun ringan aje.

Negative tu ada bila orang cop yang botak nie biasanya penipu. Aku pun selalu jumpa orang botak yang penipu. ( tapi aku takde tipu ye ) dan biasanya ganas. Ye ke ganas? Hmm pengaruh drama kot, selalu yang jahat2 mesti kepala botak..


Sama la macam Malaysia kita, muka2 jahat famous mesti Botak kan? Boleh agak dah.. Pengaruh2 nie menyebabkan ramai jugak pandang rendah orang fesyen botak nie. Semenjak aku fesyen botak nie, jaga kat Poli aku belajar selalu je tegur aku pasal keluar masuk poli, aku pelik jugak apsal budak lain dia tak tanya padahal moto budak lain lagi mangkuk dari moto aku, attitude diorg lagi langsi, tapi aku juga tempat jaga nak tunjuk power. Rasa2 diorang dah agak aku join group merapu2 la tu.

Lagipun biasanya rockers simpan rambut panjang. Kalau yang selalu botak nie budak hip- hop. Aku layan gak lagu hip- hop tapi yang keras sikit la macam 50 Cent. Busta Rhymes pun boleh jugak.

Dan pastinya budak masuk askar ke, polis ke memang kena botak! Mak aku memang anti budak rambut panjang, kalau aku rambut panjang memang kena punya. Adik- beradik pun memang sama anti budak rambut panjang. Anak saudara aku sorang selamat sebab abang ipar aku tak suka botak, yang lain semua botak... Bagus2, takde sunyi sangat aku nie!

Bagi aku, fesyen botak nie mudah nak jaga kebersihan rambut la. Cuma memang kena sabar la pandangan orang yang pandang negative sebab kekadang ada juga yang anti polis/askar jadinya aku yg memang kelihatan macam polis nie disalah anggap sebagai seorang polis. Hai entahlah...

Satu lagi, fesyen botak mudah dikaitkan dengan kegiatan gengsterisme ( Ops Cantas tengah berjalan kena kang nanti ). Aku tak tahu nak cakap apa sebab kejahatan dan kebaikan tak pilih rupa. Sebab tu kita boleh dengar gosip anak imam pencuri, anak cikgu penyamun, pegawai poyo dan juga kisah luar biasa Bilal bin Rabah yang  memang kurang hensem di mata orang tapi mulia di sisi Allah.

Musuh tradisi org botak macam aku ialah si rambut Mohawk. Sebab biasanya pemilik rambut ni agresif dan selalu macam nak menunjuk dekat orang. Dan diorang nampak macam cunning dan lebih mahir menipu. Aku tak tahu hakikat sebenarnya tapi most yg aku jumpa style pacak memang macam ini.

Most budak kata cool, tapi bagi aku macam diorg adalah enemy 

Tapi, aku yang botak ini  actually kagum dengan org yg kerinting semulajadi sebab diorang macam tak sibuk sngat nak betul2kan rambut, cuma perapi rambut memang selalu je yg kerinting pakai. Kerinting pun nampak cam ceria aje. Style ini macam nampak misteri sikit ( selalu fikir apa yg tersorok di belakang rambut hahahha)



Curly is unique as long they use hair conditioner ahhaha

Kalau dalam angan2 aku ingat nak rambut macam ini tapi ianya kelihatan too scary or too shabby. Pernah juga try style ini, memang panas kot style cmni tapi rasa macam Rambo habis!

Kesian kat anak jiran, diorg cakap style macam ini dah macam hantu bila aku yg buat ahhahaha

Tuesday 20 August 2013

Cinta Sakit Mata

Oh tidak, another love story? Bukan Mohabbatein, bukan Titanic, bukan Boy Over Flower!

Bila kita ( atau mungkin aku sorang ) mendengar dan melihat satu benda yang dipanggil couple, memula hati kata..

" ohh, how sweet!"

Memula memanglah positive, tetapi bila lelama, kita ( aku sorang lagi kot ) dah mula dah ayat pedas...


" HEY, WOULD THEY GET OFF FROM MY SIGHT?"


Kekekekeke.... Kalau bab ngata kat orang... hahaha... ( sila lupakan anasir jahat ini )

Kenapa jadi macam itu padahal tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana yang couple diorg bukan aku?

Ini ialah soalan dalam minda aku yang fatamorgana ini?


  1. Kenapa mesti sweet2 sngat depan member2? Ingat elok sangat ke?
  2. Bila couple ade, sombongnya, garangnya... Bila takde tahu pulak hormat orang!
  3. Kalau xmahu komen langsi, asyik post kt FB,Tweet gmbar manja ( kononnya )....
  4. Memula kata lepak member2 aje, sekali dia bawak dia punya daa... tak cakap awal2 memang rasa dimainkan aje...
  5. Time keluh kesah cinta cari member, time hati bunga2 kesian member tu kena booo...
  6. ( ini peribadi sikit ).... eh, apsal tengok aku slack je nie? Aku nie buat salah ke? 


hmmm... seem horrible for a shy man like me. Look cheerful from outside, but too dangerous inside!

Kekasaran bahasa yang ditulis ini harap difahami kerana bukan kata aku je, mesti ada geng2 kita yang masuk kategori CINTA SAKIT MATA ni, diulangi CINTA SAKIT MATA!

Soalan2 aku nie satu jer jawapannya ( bagi yang berhati batu kot setujulah )


  • Padan muka kau takde GF lagi, ahhahahhahha  
( Kejam sekali )

Ohh, jangan kita lupakan hukum agama walau betapa ganas, taiko, rockers, swagnya kita. Bagi pasangan suami isteri, kemesraan diorang adalah dianjurkan dan dapat pahala, tetapi itu bukan bermaksud mereka boleh mempamerkannya di khalayak ramai. Aku pesan kat yang dah kahwin, mencium isteri/suami adalah pahala tetapi jangan buat depan orang, tambah2 yang jahil macam aku kerana bukannya salah dalam rumahtangga tetapi salah nya bila dipamerkan hal2 bantal selimut kepada insan2 lain yang tiada hak....  Buat newweds, tidak boleh kita menceritakan sebarang teknik ninja atau teknik samurai hakmilik suami isteri ( tak sampai hati nak terus- terang, fahamkan sendiri) kerana seburuk2 org ialah org yg cerita 18SG nya kepada yang bukan hak.... Mashaallah, jauhkanlah...

Kalau yang kahwin pun tidak boleh nak mesra2 sngat depan khalayak, apa dah jadi kepada couple2 yg langsung takde warranty ataupun jaminan ( even bertunang pun )? Maknanya adab dah dilupakan... Sebab apa, kalau katakan sepuluh orang tengok, jatuh sorang mulut masin terlepas celupar mulut... kesianlah kita...
Aku pernah dengar kes rempit maut sebab kena sumpah dengan pakcik tua yang terkejut dgan aksi rempit di belakang dia.

Sejujurnya, kita nak tengok kawan bahagia, tetapi kawan harus memahami kawan yang masih mencari bahagia. Fahami dan consider keadaan sekeliling. Tak wajar kita menjadi bahan fitnah hanya kerana sweet2 tadi.

Yang dengki tu aku tak tahulah, kalau bagi aku, aku merasa malu... Bergambar dengan pasangan suami isteri tak salah, namun jagalah kemesraan kerana yang bujang2 tengok, kalau dia mampu, dia berkahwin, kalau dia tak mampu, Ya Allah selamatkanlah dia kerana bimbang dia buat onar... paling bagus simpanlah utk sendiri punya. Takdelah org2 bujang seperti kami tersesat jalan....

Couple tu aku xtahu nak cakap apa sebab rasanya dah tahu kan... Maka bersabarlah, nescaya Allah reward yang jaga adab..

CINTA SAKIT MATA boleh dicegah dengan hati2 dalam pergaulan dan percintaan... Sekian terima kasih!

p/s : Aku dah langgar akujanji, jadi utk masa2 depan, ulasan cintan2 sekali kala bolehlah kan?



Wednesday 14 August 2013

Aku dan Kahwin.


*Kredit buat Brader Hamka KeretaMayat yang menginspirasikan aku untuk bersama hurai topik murni ini. Digalakkan rujuk ustaz yang sahih untuk lebih kepastian... tapi kalau nak tengok sape Brader Hamka sila lah check link nie..*

http://keretamayat.blogspot.com/

Bila menyebut perkataan ini, ada yang senyum, ada yang gembira, dan ada yang start garu kepala.

Yang ini bukan sahaja yang belum pun teringin, sampai yang sudah pun masih teringin biarpun diancam periuk belanga melintang angin..

KAHWIN atau bahasa suratnya dipanggil pernikahan.

Bila disebut kahwin kepada seorang bujang macam aku, aku cuma tahu angguk dan geleng. Umur 21, kerja takde, rupa dah lah buruk macam Gaban, harap perut aje maju ke depan ( hihihi maafkan aku )..

Masa kecik dulu, selalu aku ingat kahwin nie macam pergi makan- makan aje. Mak aku kata aku nie biasanya tak suka datang majlis kenduri masa kecik dulu. Aku rasa sebabnya ialah aku tak suka berada di khalayak umum ( dah macam anti- sosial ). Bila dah besar nie, aku sudah mula mengerti kenapa ada sangat kahwin ini kan? Haha, i know what they did last night... Abaikan saje ayat nie.

Apakah ciri2 atau kelayakan untuk berkahwin? Lemah sendi bila dengar soalan ini. Itulah, aku ini orang yang jahil, sebab itu susah nak bawak agama ( huhuhu ). Yang wajib berkahwin apabila mereka sudah mampu dari segi zahir dan batin serta dikhuatiri terjebak dalam zina. Aku nie baru nak kenal agama, tak kanlah mudah2 boleh berkahwin kan?

Walau apapun , aku sebenarnya agak kebingungan bila orang kata nak kahwin nie memang mahal! Apakah sebenarnya punca mahal? Harga barang naik? ( Agak tepat di situ )

Mari kita tengok asal salasilah kahwin ini untuk apa sebenarnya. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berkahwin untuk menambah bilangan zuriat Islam di muka bumi ini. Betapa kuatnya kepentingan kahwin sehingga Rasulullah meriwayatkan siapa umat yang tak mahu kahwin, bererti dia bukan dari kalangan umat.

Sudah lumrah manusia yang pasti hidup berpasang- pasangan. Jadi, bila cerita soal kahwin ini, aku hanya bersederhana kerana keadaan diriku yang serba naif dan jahil pasti menyusahkan orang nanti. Dapatkah aku bimbing seorang isteri bila diri sendiri pun dalam kelam kabut akibat digoncang dunia? Sastera lah sangat huhu...

Buat lelaki umumnya, selain melihat kepenuhan dalam hal2 agama, bagaimana pula dengan kisah di dunia? Bila kahwin, tanggungjawab lelaki sangat besar kerana terletak di bahu dia segala kuasa memimpin dan mengatur rumah tangga. Semestinya harta dan ilmu kena lengkap di dada.

Buat bakal2 penerus sunnah dengan berkahwin, sebagai seorang pemuda biasa, ingin aku menasihatkan diri sendiri dan juga kita semua dalam menjalankan ibadah ini. Bila kita menetapkan ingin berkahwin, syaitan dah start gundah gulana sebab nampak anak Adam dah cari azam elak maksiat, bila sudah ijab dan kabul, menangislah syaitan sebab syaitan tahu perkahwinan adalah gedung pahala. Maka, bila sudah mampu dah cukup syaratnya, wajarlah dipercepatkan ( kita je asyik nangis sebab dosa, try bagi syaitan pulak menangis ).

Pesan aku, kalau kita mencari harta disebalik kahwin, kita akan kecewa sebab harta tak akan ada selamanya. Kahwin kerana bercinta pun tak dapat jamin kerana manusia pasti akan mati suatu hari nanti
 ( keretamayat pasti dinaiki tanpa ragu2 lagi ). Ikhlaskan hati kerana Allah, nescaya Allah bantu kita dalam perkahwinan.

Soal mahal murah, biarlah kena dengan hati budi. Apa erti nikah mahal2 tapi bahagia susah sekali nak dapat. Biarlah dunia nak kata kita miskin sebab kahwin murah, asal kita tunai tanggungjawab dalam rumahtangga, itu lebih baik. Aku pun tak tergamak juga kahwin biasa2 aje, tapi biarlah kena dengan batasan diri kita. Restu ibubapa memang penting jangan diabaikan.

Paras rupa ini memang betul ada penarik dalam jiwa kita manusia, kekadang bila fikir bertahun2 akan datang adakah pasangan kita akan still maintain macam sekarang. Aku sekarang nie pun dah buruk ( merendah diri), macam mana agaknya 10 tahun akan datang?

Jujurlah aku cakap,sebagai seorang lelaki yang penuh dengan onak duri hidup ( sensitif juga aku ), aku pun tak berani demand lebih2 macam mana bakal isteri aku nanti. Dulu pun pernah  terluka, mestilah susah kan?

Bunyi macam gatal aje aku nie kan? Bukan apa, untuk sedari diri aje. Elok aku perbaiki amalan aku kan... Aku pun bukan kelas2 imam ke ustaz apa, tapi kalau dah nama Islam mestilah beramal dengan cara Islam, betul tak?

Dalam usia aku nie, masih banyak ruang. Orang ajak pergi kenduri pun gembira dah. Hahahaha, memacam aku nie.

*Dengan ini kita cukupkan dulu. Disebabkan ramai bersembang pasal kahwin, barulah rasa nak komen jugak.. kalau tidak memang malas pun nak cerita. Kalau boleh, aku nak tulis pasal hobi dan kerjaya pulak!*











Tuesday 13 August 2013

Raya untuk Anak Bongsu Macam Aku..

Sebelum mula, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog aku, tapi takkan baca je, follow la sket hehehe.. ( tak malu )!

Raya  ketiga aku balik sambung study, tak merasalah raya lama- lama. Takpelah, tak kisah sangat, tengah muda la katakan.

Aku nie merasa emosi bercampur dalam hari raya kali ini. Bukan apa, selalu raya balik2 benda yang sama; tv,kuih, mercun(?) dan jalanraya yang sesak. Kelainan tahun ini ialah aku dapat merayakan hari raya bersama adik- beradik aku. Kak Long, Kak Ngah dan Abang Yie semua dapat cuti. Kekeke... 

Tema raya tahun ini semua pakai baju warna peach tapi entah macam mana Abah aku aku dapat orange peach, aku dapat pink peach, abang aku lagi bagus, lain warna baju raya dia!

Tapi diorg semua dah berkerjaya dan berkeluarga, maka tinggallah seorang budak bujang yang masih forever alone ( huhuhuhu ). Secara tidak langsung, aku pulak terlantik diri sendiri jadi pengasuh anak2 saudara yang kecil, nakal dan kekadang mendatangkan marah.... Hai, Paksu nie marah2 korang pun, sekali korang tapau aku, RM 12 sorang tau... 

Bila hanya aku seorang yang masih takde arah tuju dalam hidup, memang awkward. Yelah, semua dah ada life, bila balik rumah, cerita pasal life diorg, aku angguk2 jelah. Yang bongsu memang akan rasa macam dia nie lepak je tahu, satu habuk pun tak boleh pakai. Buat masa sekarang, aku cuma boleh fokus untuk habis belajar sem akhir nie je, lepas tu tengoklah nanti.

Kerja2 rumah pun nampak macam aku terlibat walaupun aku ini lelaki .... Aku tak kisah tapi masa buka puasa, aku nie memang serius. sesape buat hal masa itu, memang aku panas lah. Sorry tapi kalau dalam soal ibadah, kalau dah buat, baik buat2 betul. Aku tak suka kalau ada nada mengarah semasa makan, kalau nak makan, gunalah nada suara yang buat aku yakin memang org tu betul2 nak makan. 

Hati Piscesean seperti aku amat sensitif. Selalu juga makan hati bila kakak dan abang cakap kasar padahal benda kecik je kot. Manja2 tu macam ada lagi, tapi bukan mengada2 cuma nak dihargai dan difahami. Tapi, kakak2 dan abang respect bila  aku bagi cadangan. Tapi, mak aku tak benarkan sebarang perbincangan masa depan dengan diorg sebab bimbang disalahfahami.

Hari Raya pun aku rasa malas nak jalan2. Baik aku duduk rumah layan tetamu. Ramai juga yang datang. Tapi, akulah yang paling " cekap " melayan tetamu sebab tetamu pun yang elders, mesti suruh yg muda2 juga buat itu ini. Hahahaha, macam waiter dah pulak.

Bila malam, aku mula buat projek main bunga api dan mercun. Hanya aku yang dibenarkan main mercun sebab anak2 saudara kecik lagi dan dicampur penakut.. Hairan juga sebab mercun aku berbunyi macam senapang tupai. Apakah rahsia disebalik ini? Disebabkan itu, aku x berani main lama2, takut orang sebelah fikir bukan- bukan.

Bab jalan2 tu, memang tak sempat... tapi dapat juga singgah rumah kawan.. tapi hakikatnya aku lupa dia beritahu aku bahawa abang dia kahwin.. Fesyen aku pulak bukan fesyen raya, tapi fesyen budak rock... memang rasa jadi perhatian lah. Aku tengok orang jeling2 je kat aku. Sebut pasal fesyen, aku kena marah kat Kota Bharu sebab pakai spek mata ... Apahal lah brader tu, pakai hensem pun salah ke? Bukannya dosa pun.. Aku selalu kena marah pasal ini. Dah dia yang bergaya tak pandai, nak marah2 aku pulak. Aku pakai lawa2 pun aku mintak kebenaran mak bapak aku, bukan main hentam aje... 

Sebenarnya isu pakaian sering jadi benda yang aku debate in my heart bila musim raya. Tapi, aku tak salahkan sekeliling..  Maklumlah, negeri Kelantan  memang strong Malay and Muslim culture. Silap2 kalau pakai baju fesyen western, mampus orang kata aku budak takde akhlak. Bukan aku tak pernah pakai Islamik, jangan marah, sekali aku pakai Islamik, semua kata aku ustaz, sampai panggil Mujahhideen pun ada. Aku pun biasa pakai retro. Baju batik memang aku pakai ala2 Sudirman gitu. Sabor jelah...

Kita sambung balik bab jumpa kawan tadi. Memang rasa lain sikit la kan maklumlah center of attraction for being rockers. Jumpa kawan2, semua dah okey. Berita happy bila ada cerita nak kahwin ( well, certainly it is not my business except for food) hahahhahahaha...... Takpe2 , aku mendoakan kawan2 yang bakal diijabkabulkan selamat berbahagia dunia akhirat, cuma jangan lupa jemput mat rocker nie datang... hahhahaha...

Sedey sket bila lawat kubur arwah nenek. Tengok kubur nenek macam basah  sebab tanah kubur nenek memang jenis yang mudah serap air. Aku bersihkan kubur nenek pakai tangan. Aku berdoa supaya nenek sejahtera di sana. Bagi mengingatkan aku pada mati, aku ambik sikit tanah kubur, campurkan air dan sapu kat dahi supaya aku rasa suasana tempat aku kembali kepada-Nya nanti.( macam pelik sikit kan?)

Raya kali ini memang aman kerana tiada sebarang masalah " politik " berlangsung. Tapi, tetap kena jaga2. Adik- beradik aku macam tak paham kenapa boleh ada perkara macam ini walaupun aku tak pernah kacau sesape. Bagi aku, bila dah kita mengaku " Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", Allah uji dengan cabaran untuk tahu betul tak kita yakin dan percaya dengan kesaksian tersebut. Kalau ada umat Islam diuji perang dengan kafir harbi, aku pula diuji dengan cara lain pulak... Tabahkan hati...

Oklah, dah meleret pulak aku punya post ini.. Lagi sekali, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...























Tuesday 16 July 2013

Jangan Jadi Hamba Hawa Nafsu!!

Ramadhan memang menarik kerana kita dapat tengok sebahagian umat sudah kembali kepada fitrah asal. Lebih baik kalau hari2 begini, kan? 

Aku pun sebenarnya dah start check balik amal ibadah aku sebab aku rasa kekosongan sangat even kawan2, ahli keluarga tetap ambil berat, call setengah jam, update FB, WhatApps semua ada! Dan aku dapati, ruginya aku sebab banyak miss peluang ibadah. Maknanya aku masih terperangkap dgan duniawi ...
( Masyaallah, selamatkan aku )

Mari kita mula satu kisah..

Ada satu benda atau makhluk yang sememangnya degil dengan Allah SWT. Apa yang Allah perintahkan dia tak mahu buat. Dan bila dia disumbat dalam api neraka, barulah dia terhegeh- hegeh nak beriman. Siapakah dia?

NAFSU!!

Bukan Ahmad Nisfu ye, nafsu. 

Percayakan bahawa setiap satu kejahatan di dunia berpunca dari hawa nafsu? Sebenarnya kan , syaitan ( telah dirantai pada bermula Ramadhan ) hanyalah sebagai pencadang atau penggalak melakukan dosa atau kemungkaran. Tetapi manusia masih berupaya mengawal dengan akal dan imannya. Kalau akal tidak diasah dan iman pula dibiar lemah, tenggelamlah kita bermaksiat dan syaitan pula bergembira sebab tugasnya dah accomplished.

Dalam bulan Ramadhan, ternyata nafsu yang melampau akan mengurangkan berkah rahmat puasa kita. Rugi sangat kalau puasa sampai mata merah, jalan pun lambat, muka sembap, cakap pun berterabur tapi pahalanya sudah gone, hilang entah ke mana.

Perbuatan membazir adalah tidak baik. Kekadang pergi ke bazar, semuanya kita nak beli. Bila dah buka puasa, kenyang lepas tu makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Wah wah wah, sampai hati. Pembaziran ini adalah tidak ekonomik dalam jangka masa panjang dan menjadikan kita saudara syaitan free2 aje...

Pengaruh luaran telah mendesak belanja yang di luar kemampuan. Sibuk nak raya, terus nak tukar itu, tukar ini. Macam2 iklan disogok kepada kita untuk mendorong kita berbelanja. Bukan tak boleh, lihatlah kepentingan kita. 

Ada juga maksiat walaupun Ramadhan. Pernah ustazah aku beritahu, kalau buat jahat juga pada Ramadhan, maknanya orang itu sememangnya perlu diselamatkan sebab dia dah jadi hamba nafsunya sendiri. Tengok peribahasa Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Ada juga nafsu yang baik. Ada orang yang datang ke masjid beriktikaf, diisi dengan segala macam amalan sunat. Solat Tarawikh juga dikerjakan habis lengkap semua. Tahajjud, Witir menjadi penyeri. Harap segala ini janganlah hanya bermusim sahaja. Ramadhan habis, terus tak mengaji al- Quran..... al - Quran nie penerang hidup jangan ditinggalkan...

Aku pun bukan kata terer tapi kan, amalan muhasabah diri kan bagus untuk kita. Mari kita sama2 tengok apa yang kita buat tak bagus, kita perbaiki. Tidak ada orang yang sunyi dari dosa dan yang paling terbaik ialah orang yang selalu bertaubat dan memperbaiki amalannya. 

Sedekah pada bulan puasa adalan tinggi ganjarannya. Jangan kikir atau bakhil sebabnya semuanya Allah yang punya. Kita sendiri juga adalah milik-Nya.

Nafsu ini bukan kata dia jahat penuh, tapi kalau kita mengawalnya, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Boleh sahaja kita hendak makan itu ini dan awas agar tidak membazir, biar cukup2 untuk kita sahaja. Belilah baju raya dan waspada, bimbang shopping sakan, takde pulak simpanan... Ingatlah saudara seIslam kita di tempat lain...

Kita makan sedap2, ada saudara kita dimakan bom, peluru dan bencana alam...
Kita shopping, ada saudara kita tak boleh beli apa2 sebab takde duit...
Kita tarawikh aman damai, ada saudara kita dibunuh ketika itu...
Kita ada keluarga menanti, ada saudara kita terus yatim...

Doakan semua saudara seIslam kita tabah dan selamat selalu.








Sunday 30 June 2013

Saya Bukan Ustaz tapi Orang Panggil Ustaz

Rasanya kes macam ini jarang2 berlaku tetapi dalam dua tiga kali dalam beberapa tahun. Pernahkah kita atau orang lain digelar pak ustaz, ustazah? Atas dasar apa mereka digelar ustaz? Tambahan pula, yg digelar itu bukanlah ustaz sebenar yang terdidik dalam lulusan agama dan ditauliahkan sijil?

Ya, sebenarnya gelaran ini adalah yang salahguna untuk ejek orang sebab orang itu nampak alim sikit2.Ada yang memuji. Dan selalu  dengar hujah, “ kau tu ustaz ke nak ceramah2kan aku?”. Dah disalaherti maksud ustaz itu sendiri. Secara umum, ustaz itu bermaksud orang yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian mengenai selok belok kefahaman tentang Islam. Namun, ustaz juga berperanan dalam mengukuh dan menegakkan agama Islam walaupun bidang kuasanya kelihatan kecil.

 sentiasa ingat bahawa panggilan kita kepada orang adalah doa. Sebab itu,  panggil orang dengan namanya yang paling tepat. Ada yang main potong nama atau jadi short form tetapi asalkan orang itu redha, tak mengapa. Ada yang panggil kawan dengan nama haiwan macam Jak Buaya, Fawwas Kucing, ini sebenarnya tak bagus. Dulu masa bebudak, sukalah panggil org macam tu, sekarang dah insaf huhu…

Bagaimana kalau orang panggil kita ustaz? Mungkin orang itu mendoakan kita agar jadi ustaz yang betul diakui ilmunya. Kawan kita yang nampak amalan ibadah kita lagi banyak panggil kita ustaz dengan harapan kita akan jadi ustaz untuk ajar dia agama suatu hari nanti. Kita patut bersangka baik walaupun mungkin ada yang salah guna panggilan ini untuk sesaja menganggu kita. Manalah tahu, mulut masin si polan itu, betul kita jadi ustaz.

Kekadang  bertanya apa maksud pejuang Islam ataupun pejuang Tuhan? Yelah kan, semua orang nak kata dia pejuang itu pejuang ini. Apa yang utama sekali?
Pejuang Tuhan yang benar seharusnya pejuang Islam. Betul tak?

Bila tengok orang sibuk nak perjuang itu, perjuang ini…adakah kita menyedari banyak dari semua yg dijuangkan bersifat fana, maya atau illusi?

Sebab itu syukur, banyak ustaz2 yang keluarkan ceramah melalui media sosial, Youtube dan sebagainya. Menghampiri ummat dengan cara terkini. Yang boleh diupload, diulang tayang beribu kali. Boleh ditonton melalui banyak akses sama ada Symbian mahupun Android hatta Microsoft sekalipun. Namun, yang pastinya, mesti kena hadir juga ke masjid, mendengar ceramah atau bacaan kitab sebab fadhilatnya lebih besar!

Susah juga bila dah terbeban dengan dunia tapi mesti diusahakan datang masjid. Datanglah walaupun mungkin niat iktikaf kejap.

Aku sebenarnya agak terkejut dengan seorang sahabat yang memang betul2 bersungguh2 belajar kitab dipondok dan seterusnya sebar pesan kebaikan di FB dan sebagainya. Maklumlah, dah kenal dari zaman sekolah, dulu tidaklah begitu. Mengapa sekarang? Timbul rasa curiga tiba2, itulah nasib orang jahil macam aku nie, orang berubah kearah yang baik pun takut,huhuhu…Memang boleh gelar ustazah ( dia perempuan ).
 
Ironinya, kita mudah terima isu,berita mahupun ceramah agama dari orang asing berbanding orang yang dah lama kita kenal. Macam aku sendirilah, member yg aku cerita ini kekadang pesan dia aku buat2 tak perasan. Bila aku tengok Reflection kat tv AlHijrah, Imam Shuaib Webb dari Amerika yang ceramah, aku dengar, angguk, selami dan memacam lagi… lalu cuba praktikkan.

Bendanya disini bukan maksud agama Islam yang dibawa oleh member aku itu salah , tapi itu kelemahan kami memasing. Si member mungkin bertutur dengan nada yang menyindir sangat sampai aku rasa lemah dan sakit hati, aku pulak iman lemah (sedey ), orang marah tegur pasal agama sikit mulalah tarik muka Rambo nak tembak orang. Lainlah Iman Shuaib Webb, dia Imam Besar di Amerika, susah2 masuk tv kat Malaysia nak ceramah, pakai English pulak tu, aku pun terus cair dengan petah lembut suara mengajak kearah kebaikan.

Manusia ni kan berbeza. Aku ni bukanlah  terbaik tapi usaha juga nak jadi baik. Tetapi bukanlah diharap gelaran ustaz, imam, ulama atau Tok Guru sekalipun.

Aku sedikit sebanyak ada rasa kesal di hati sebab Allah curahkan akli dan nakli dalam hati tetapi aku masih lemah imannn… Si member pulak berhempas pulas pergi talaqqi kitab, bermalam di pondok pengajian sorang2, pakai purdah yang hitam ( bagi aku kelihatan panas ) untuk cari ilmu agama dan kuat iman. Dia pernah dimarahi lect dia yg x suka dia pakai purdah.

Aku selalu baca kitab feqah yang arwah atuk tinggal. Aku merasa macam aku faham setiap apa yang ditulis walaupun tulisan yang lama gaya bahasanya. Aku cerita apa yang aku faham kat ustaz aku, dia kata apa yang aku faham tak salah….

Now, aku dinasihatkan oleh keluarga agar jangan terlalu kuat berfikir takut menyimpang. Aku cuma harap agar kelebihan ini tak akan hilang. Aku tak katalah aku dah power, tak payah dengar org mengajar, hanya aku mesti redha. Mungkin Allah nak aku beramal elok2, baru semua ini akan jadi berkat.

Bila orang panggil kita Ustaz, harap2 kita terima dengan redha dan haraplah agar perkataan itu ada berkat buat kita...















Friday 14 June 2013

Benda Tak Benar pasal Martial Art.

ehmm, secara mudah, aku peminat seni bela diri. Aku pernah   belajar  seni bela diri . Dan aku pun galak cari fight scene kat Youtube. Cuma sekarang aku belum tertakluk pada mana2 perguruan sebab aku pun tengah study, susah nak cari masa.

Tapi kan, benda2 yg macam taboo nie selalu aku dengar dan terima sepanjang aku jadi peminat...aku pun saje kongsi sket, mana lah tahu ada blogger yg macam takut2 nak join sebab benda2 camni...
 
First reason, semua anggap martial art ni untuk orang yang nak tunjuk kuat. Tahu tak sebenarnya MA ( aku singkatkan ) ni dicipta oleh orang2 yang lemah bagi melawan penindasan dari yang kuat? Apabila puak Setsuna dari Jepun menjajah Kepulauan Okinawa ( masa tu Okinawa bukan milik Jepun), orang tempatan cuba melawan tetapi gagal? Yelah, puak Setsuna ni samurai yang lengkap bersenjata, manalah orang kampung mampu nak lawan. Tapi diorang tetap berusaha cipta MA yang mampu menentang mereka yang bersenjata iaitu Karate- Do. Ada kisah seorang samurai yang tewas di tangan orang biasa yang tak bersenjata. Bila belajar MA, perlu ingat bahawa MA adalah untuk mempertahankan diri sahaja. Tapi kan, kepada yang masuk tournament, MA yang dipelajari hanya berbentuk sukan, maknanya tak sama macam yang tradisional yang menekankan tempur dalam pelbagai situasi dan keadaan.

MA ni macam bodoh aje, nanti gaduh, main hentam jugak...Sebenarnya kan, tujuan belajar MA ialah mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan. Mana sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu? Bila belajar MA, selalu guru berpesan cara terbaik ialah tidak melawan sekiranya boleh sebab nyawa lebih bernilai dari ikut hati nak terajang aje. Kalau dah terpaksa, dengan belajar MA, kita boleh elak risiko cedera dengan minimum sebab kita mesti tahu mana tempat nak pukul dengan berkesan dan cara pukul yang berkesan dari nak hentam dan tahu2 cederakan diri sendiri.

MA ni untuk samseng, itu pun tak benar. Yang aku tahu, MA banyak yang terhasil untuk mempertahankan tanah air. Komando 69 Malaysia diajar Silat Komando 69 untuk jaga negara kita.Thailand boleh jaga negara dari dijajah sebab Muay Boran yang berbahaya. Negara China dengan Kung Fu Polis untuk jaga keamanan negara. Bukan maksud kalau  belajar MA,  boleh pukul orang suka2 hati. 

MA tak relevan sebab zaman moden. Betul, sekarang ada senjata api yang membinasakan. Berapa kerat pula yang mampu beli? Ada jet pejuang, bukan semua orang boleh pandu. Ada polis, polis tak upaya jugak jaga 24 jam. Tapi itulah, ada sekolah MA yang cuma mahu ambil untung mengajar, bukannya betul2 nak ajar..jadi pilihlah kelas atau sekolah yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik. Aku belajar Silat Gayung Malaysia masa sekolah menengah, tapi macam tak serius sebab kelab ni tak aktif sebab budak malas..jadi memang aku hati2lah nak cari kelas MA yang lain lepas ni. Apa2 pun, MA adalah salah satu ikhtiar kita untuk mempertahan diri. Kekadang aku sedih sebab kes rogol, perempuan senang cakap, saya terpaksa rela... adakah korang rela dijahanamkan untuk seumur hayat atau mati melawan? Yang kena buli pun sama. Lebih baik kita terkorban dalam jaga hak kita berbanding terus hidup dalam maruah tergadai.

MA yang popular lagi power! Keupayaan MA ialah setakat mana kemajuan kita dalam belajar, bukan sebab popular. Sebab, manusia tak sama. Teknik MA tetap sama, tetapi kekuatannya terpulang kepada pengamal. Bukan semua pengamal berupaya amal teknik sesuai dengan tenaga. Latihan akan ambil masa bertahun2. Ambillah masa dalam belajar sebab MA boleh dipraktikkan sepanjang hayat.

Aku nak  kongsi apa yg dah aku belajar.

Pertama aku ada belajar Silat Gayung Malaysia secara kelab sekolah. Masa itu, memang amatur habis, banyak benda aku tak faham. Bila habis sekolah, aku tak sambung sebab macam menyesal pun ada. Tapi input yang banyak aku ingat ialah dari segi senaman. Senaman dalam Silat Gayung pun tak susah sangat  macam Yoga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, boleh jaga kesihatan.

Kedua, aku ikut kelab karate di Politeknik. Itu pun sebab pengaruh Kamen Rider. Tapi banyak jugak info baru yang aku dapat masa belajar walaupun sikit. Karate yang aku belajar ni aliran Goshin Ryu yang banyak tumpu serangan asas seperti tumbuk atau tendang. Secara tak langsung, belajar karate buat badan aku lebih gagah dan tahan lasak sebab latihan yang diterima sangat berat dan menyakitkan.

Dan, aku banyak terima secara informal dari abang aku yang sekarang jadi Navy. Dia ni pengamal Muay Thai. Muay Thai ni memang agresif dan berbahaya, sebab itu aku ada belajar sikit2.

Aku pun ada buat research sendiri pasal MA. Hasilnya, aku dapati banyak lagi gaya MA yang wujud. Aku pun pantau teknik diorang dan cuma masukkan dalam otak aku. Cara ini macam pemalas sikit kan?

Inshaallah, aku akan cari penguruan lain lagi untuk tambah pengalaman aku. Secara ringkas, aku memang suka MA. Dalam kita sibuk nak bina hidup, MA adalah pelengkap dalam bina hidup. Bayangkanlah, dalam belajar MA, kita akan kenal banyak orang. Dari situ kita bina ukhuwah dan tali saudara sesama manusia. MA juga boleh bantu kita untuk lebih yakin diri, bersemangat dan berdisiplin. Kita juga akan banyak belajar dari pengalaman dan dengar nasihat yang berguna di kemudian hari. MA membina rasa hormat terhadap kawan dan tidak gentar berdepan musuh.

Aku cerita sikit pengalaman aku dipukul oleh tiga orang durjana. Memanglah aku kalah sebab main tipu, tapi berkat MA yang aku belajar, aku tumbuk kepala penyerang yang mencekik aku dua kali dan hempas kepala dia ke dinding dua kali lagi. Masa diorang blah, aku tengok darah mengalir dari kepala penyerang yang cekik aku. Agak2 korang dia berani tak lagi dengan aku? Bukan memalukan mana2 perguruan, penyerang itu menggunakan silat dan aku guna karate. Dua lagi menyerang curi. Alhamdulillah, aku tewas tapi orang2 kampung respek aku sebagai budak berani lawan penjahat. Penjahat2 itu masih hidup di kampung, tapi Allah Maha Berkuasa, semua orang kampung benci dengan diorang.

Jadi kan, MA ini harus dipelajari sebagai satu pengalaman hidup. Bukan semua jadi master atau guru, namun pengalaman akan mematangkan kita. Aku dah pernah dipukul tetapi takdelah teruk sangat, berkat Allah kepada ilmu yang aku belajar. Gunalah MA untuk jaga diri, keluarga dan masyarakat.

p/s: Baru beli seluar boxing, lepas ni kena tukar balik sebab tak muat..Apalah nasib!


Sunday 2 June 2013

Hidup Kita Bukan Begini Ye Kaki Bola Sekalian.

#Bismillah...Sebelum bermula, aku pesan aku ni bukan ustaz yang bertauliah, jadi andai kata ada silap,eloklah tegur sebab  aku seperti korang pun masih belajar hal2 agama nie#

Why does I speak about this topic?

Sebenarnya, aku ini sentiasa memerhati, mendengar dan memberi sebarang komen tentang sebarang peristiwa yang terjadi di akhir2 ini. Baru2 ini, aku dikejutkan dengan peristiwa gaduh antara Tok gajah dan Harimau Selatan,( bolalah ini ),dan aku mula menarik nafas dan terkedu dengan peristiwa ini. Secara tak langsung, aku nampak sesuatu yang lain disebalik kucing, bendera, bunga api dan polis!

Aku lihat bahawa itulah realiti atau lebih sesuai panggil dilema.

Dulu, Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan tiga benda oleh orang jahilliyiah asal baginda menghentikan dakwahnya...Apakah tiga benda itu?

-harta
-kedudukan
-wanita

Malang sekali, bila kita termasuk aku ( semoga Allah mengampuni kita semua ) asyik kejar tiga benda yang telah baginda tolak sama sekali demi dakwah Islam. ( terima kasih brader Hamka Kereta Mayat yg post tentang ini )

Kita tahu bahawa harta adalah satu keperluan bagi kita meneruskan hidup. Sebab, kita bimbang andai kita hidup papa kedana, maka mudah terjebak ke arah kekufuran. Yang sedihnya apabila sudah berharta, kita mula menjadi lebih teruk. Sedih memikirkan bahawa harta juga adalah punca manusia menjadi jahat. Nilai manusia juga adalah atas kaya miskin, bukan hati budi.

Bila ada kedudukan, kita pula asyik nak bangga.Malah ada yang salahguna kuasa dan tak tunai amanah. Berpangkat besar dan mula menunjuk lagak sesama manusia. Hanya sebab lebih berkuasa, kita mula lebih angkuh dan menidakkan hak orang lain.

Wanita? Wah! Kita mencari yang cantik, bergetah, cun,dan apa2 saja kualiti luaran...Tanpa disedari, kita menjerat diri kepada hawa nafsu apabila kita sekadar mahu berfoya sahaja. Semuanya kita nak! Dah parah lagi apabila banyak kerja tak berfaedah terjadi apabila dah jadi terlampau.

Bukan nak kata aku bagus, aku pun ada terperangkap dengan 3 perkara ini. Aku kata aku memang nak kaya.Aku reflect balik diri, apakah aku kaya kalau setakat banyak duit tapi amal ibadah aku terlalu miskin?Siapa tak ingin kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah? Kaya harta tak guna andai kita cuma jadi hamba kepada harta. Aku dah jumpa orang yang kedekut walaupun soal ibadah.Nak naik haji cuma mahu belanja sebanyak RM 13 ribu jer, walhal sekarang kos dah naik sekarang. Apakah dalam soal ibadah pun dah jadi kikir?

Pangkat memang ingin sekali kalau dapat ASP ke, pegawai ke, raja ke, apa ke, janji aku power! Power pun boleh ke pikul amanah dengan jawatan itu? Ada aje pak2 menteri terlibat tipu, rasuah dan sebagainya. Kalaulah aku berpangkat pun, belum pasti sama ada aku betul layak ke untuk pangkat ini. Aku bimbang andai dapat pangkat, mulalah nak jadi sombong dan sebagainya.

Kalaulah dapat wanita ini,Ya Allah apa nak jadi. Aku pun muda, yang tua2 pun nak kahwin lagi. Sekarang ini pun semua dah ada tempat penuh wanita nak buat teman hidup tapi tempatnya di mana? Adakah di rumah org2 yg soleh atau di kelab malam? Adakah aku nak bayar mas kahwin atau bayar cas satu malam? Cantik itu dah cantik, tapi susah jugak sebab ada yg cantik muka, rosak budi..Aku pulak tak hensem, budi pun tak baiki lagi huhuhu...

Kata orang2 ulama, di zaman ini, beramal dengan agama adalah seperti pegang bara api. Aku dah rasa semua ini betul. Antara perkara yang aku jumpa...

- bersolat di masjid pun jadi Yahudi?pernah aku dibaling mercun ketika tarawikh....
-  aku cakap Husnul Khatimah tetapi dibilang ini bukan negara arab....paham ke apa benda aku cakap?
- heran tengok orang bersolat namun masih enak menabur fitnah, berbohong dan segala amalah  mazmumah  yang lain

Bila tengok orang gaduh sebab bola, aku diam dan terfikir. Pasal bola sanggup beli tiket memahal tetapi bila bab sedekah, terus lari. Pasal bola, sanggup provokasi kata tak takut mati, bila tiba soal agama, terus menyorok dalam almari. Pasal bola, bawak segala bapak geng, bila solat jemaah, mana perginya geng2 itu?
Pasal bola, sanggup konvoi jejauh pergi stadium, tapi tak sanggup dengar org mengajar agama di tv mahupun surau kat depan tu ha...Pasal bola, yg tak pandai boleh jadi pengulas sukan tetiba, tapi bila sembang soal agama, kenapalah jadi macam pandir? Pasal bola, semua orang kita boo kalau menang dan pukul balik kalau diejek sebab kalah, tapi berdepan masalah kaum Islam, kenapa kita jadi macam patung?

Fitrah manusia untuk ada minat dan kita harus sedar minat itu tak boleh melalaikan kita dengan Allah dan sesama manusia. Sukan bagus menyihatkan badan tetapi dah jadi tak sihat bila kita lalai sebab sukan itu.

Bola sepak sudah ada 3 perkara di atas. Main bola dapat gaji mahal, pangkat boleh kejar jadi kapten, kahwin mesti yang cantik,kalau artis lagi glamer. Bagi pemain bola sepak, kelebihan di atas bukan segala2nya. Mungkin kami cuma sekadar peminat, main bola tak dapat gaji mahal,takde pangkat besar2, ada bini pun mungkin kurang cantik + tak glamer, tapi Allah mencukupkan segalanya asal kita bersyukur. Jadilah pemain yang bertauladan kepada ummah ini...

Jurulatih pun muka ganas,garang. Elok juga kalau guna kelebihan itu sebarkan dakwah. Pesan kat pemain dan peminat jangan tinggal amal ibadah, nanti main dan tengok bola tak berkat.

Management pun boleh guna untung tiket buat zakat ke, sedekah ke, bantu orang ke. Barulah orang sedar kebaikan bola sepak ini. Badan induk cuma tahu nak denda, tapi takde usaha nak tarbiyah org agar sentiasa dekat dengan Allah.

Menjadi player yang beramal pun bukan senang,memang macam pegang bara api. Uniform pulak tak tutup aurat, asyik jadi mangsa provoke, dimarah jurulatih, ditekan management dan dikutuk peminat. Tapi kalau ada beramal walaupun menerima segala macam dugaan bola sepak, hanya Allah akan membalas amal baik itu.

Final bola nanti tegakkan amar makruf nahi mungkar barulah Allah beri pahala walaupun setakat tengok bola. Ingatlah, kalau kita buat baik kerana Allah, itupu dikira ibadah. Pesan kat org yg pergi stadium,

" Bola pun bola juga, tapi kena ingat kita ini semuanya hamba Allah "




 
 
 


Tuesday 21 May 2013

Antara Dua Darjat: Satu Aduan, Moga Illahi mengerti...

#kisah haji bakhil kita reload kemudian,aku rasa cerita ini yang agak terasa di hati aku.#

" Lihat darahmu dan darahku!"

Asal malam je, mulalah hati bujang + forever alone aku ni gatal tangan.Tahu tak cerita apa kat atas?
Inilah cerita P Ramlee, Antara Dua Darjat. Bukan aku nak ulas pasal sinopsis filem, aku ada satu aduan pasal apa sebenarnya cerita ini.

Aku sedar aku ini cuma sekadar " a simple Malay man" ( ayat Ip Man). Dah lah  countryman, fesyen retro pulak tuh! Handphone takdelah BB ke robot ke, nokia aje. Nak jadi cerita, budak2 kampung lain ada geng memasing, aku? Taip taip taip ehhehe...

Siapa sangka kan, dalam Malaysia yang dah masuk Wawasan 2020 kalau jadi, masih wujud golongan yg suka beza2kan taraf orang yang kampung serta miskin macam aku nie. Aku nie rasa macam nak lempang orang pun ade.Wei apahal pulak nie..

Rileks dulu. Aku sebenarnya sedey + marah = rebel.Puncanya sebab adanya org2 yg suka main perbezaan yg terlalu bodoh dan tak matang untuk dicanangkan.

- bila orang kata kita boros padahal kita belanjakan untuk kebaikan keluarga
- bila orang kata kita jahat padahal entah apa jahat kita buat
- bila orang kata kita didik anak saudara macam didik lembu
- bila orang kata kita keturunan tak baik
- bila orang kata kita anjing, Yahudi, kafir....
- bila orang kata kita penipu dan penindas
- bila orang kata ....benda2 yg tak patut ....

Reaksi memula memanglah gelegak kan,tapi fikir2 balik.apa jadi?Aku gelak puas2 sebab aku kesian dengan orang yang skeptical dan sarcartic macam ini.

Kalaulah aku sibuk nak layan dan jawab menda2 ni, sampai meninggal pun tak sudah.Orang boleh kata tapi kata2 tak akan menggambarkan apa2 yang jelas selagi kita tak tengok sendiri.

Aku bertanya kepada mereka semua ,mana hadis kata tak boleh belanja untuk keluarga?Mana ayat -ayat yg boleh cop aku jahat macam Abu Lahab?Mana bukti aku didik anak saudara macam lembu?Mana hitam putih DNA kata keturunan tak baik? Pernahkan ada gambar footage aku pergi ke synagogue?Ada resit tak kata  tipu duit?Dah apa lagi nak buktikan atau cadangkan aku ini begini,begini?

Bila difikirkan balik, semuanya sebab macam yang aku cakap tadi. A simple Malay man. Yg amat menyedihkan lagi bila aku dibezakan/diantikan/dianjingkan oleh orang yang berbangsa sama dan beragama sama. Pelik bila difikirkan bahawa kita telah menjadi a nation burden atau beban masyarakat walhal aku tak pernah buat apa2 yang mengganggu gugat sesiapa.

Asyik ulang skrip yang sama.MISKIN! 

Namun begitu, Allah kata jangan berani kira kita beriman sedangkan belum diuji.Ada ayat al-Qurannya, tapi aku lupa..( Maafkanlah hamba yang asyik lupa ini...)Kalah salah minta betulkan...

Jalan menuju ke hadrat Illahi hanya satu, namun kenapa kita telah " terlalu bijak " mencipta simpang2?

Jangan kita cuma tahu gantung kalimah Allah, Muhammad tapi kita tak rasa gentar atau malu ingin bermaksiat!
Gantung gambar2 orang alim, tetapi kita tak pernah jadi alim...
Mengaku Syed,mengaku cucu cicit ulama besar tapi perangai mazmumah asyik bersarang..
Apakah solat kita ini,ibadah kita ini benar ingin menuju Allah atau kita anggap itu rutin sama macam makan,minum,tidur?

Aku tak katalah aku perfect sampai tak boleh tegur atau nasihat.Tapi ,dengan 21 tahun kehidupan ini, telah dapat aku kenali yg mana ikhlas atau hanya ingin sindir. Tapi aku akui bukan senang untuk kita tahu dengan sekali dengar aje.

jujurnya, aku bukan ustaz atau maulana mengajar agama, Allah jualah yang izinkan segala akli dan nakli masuk dalam sanubariku.Memang aku akui aku bukan Musliman yang terbaik. Sebab itulah Allah menguji untuk tahu keteguhan hati dan iman...

Aku tetap bersyukur kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Orang kata aku anjing, sedangkan dia bebas bermaksiat dan galak membuat dosa besar. Orang kata aku Yahudi, di saat mereka mabuk dengan tembakau,pil khayal dan jadi mat rempit. orang kata keturunan aku tak baik, sedang mereka pening kepala dengan anak lari rumah, anak tak dengar kata dan cucu tak sah....Masyaallah,betapa besarnya hinaan dari-Mu...

tidak semua orang begitu. Aku berterima kasih kepada jiwa2 yang tenang menerima kehadiran aku, yang memberi nasihat walau ada ketika aku berkasar,last2 sedar jugak.

#dah jadi skrip dah.panjang sgat!ambillah pengajaran dari kisah hidup aku ini.Rasanya aku tak hina sesape kan?jadi anggap ia pedoman..sebab mungkin ilmu bukan sahaja dari pengajian, tetapi pengalaman...#