Tuesday 13 August 2013

Raya untuk Anak Bongsu Macam Aku..

Sebelum mula, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog aku, tapi takkan baca je, follow la sket hehehe.. ( tak malu )!

Raya  ketiga aku balik sambung study, tak merasalah raya lama- lama. Takpelah, tak kisah sangat, tengah muda la katakan.

Aku nie merasa emosi bercampur dalam hari raya kali ini. Bukan apa, selalu raya balik2 benda yang sama; tv,kuih, mercun(?) dan jalanraya yang sesak. Kelainan tahun ini ialah aku dapat merayakan hari raya bersama adik- beradik aku. Kak Long, Kak Ngah dan Abang Yie semua dapat cuti. Kekeke... 

Tema raya tahun ini semua pakai baju warna peach tapi entah macam mana Abah aku aku dapat orange peach, aku dapat pink peach, abang aku lagi bagus, lain warna baju raya dia!

Tapi diorg semua dah berkerjaya dan berkeluarga, maka tinggallah seorang budak bujang yang masih forever alone ( huhuhuhu ). Secara tidak langsung, aku pulak terlantik diri sendiri jadi pengasuh anak2 saudara yang kecil, nakal dan kekadang mendatangkan marah.... Hai, Paksu nie marah2 korang pun, sekali korang tapau aku, RM 12 sorang tau... 

Bila hanya aku seorang yang masih takde arah tuju dalam hidup, memang awkward. Yelah, semua dah ada life, bila balik rumah, cerita pasal life diorg, aku angguk2 jelah. Yang bongsu memang akan rasa macam dia nie lepak je tahu, satu habuk pun tak boleh pakai. Buat masa sekarang, aku cuma boleh fokus untuk habis belajar sem akhir nie je, lepas tu tengoklah nanti.

Kerja2 rumah pun nampak macam aku terlibat walaupun aku ini lelaki .... Aku tak kisah tapi masa buka puasa, aku nie memang serius. sesape buat hal masa itu, memang aku panas lah. Sorry tapi kalau dalam soal ibadah, kalau dah buat, baik buat2 betul. Aku tak suka kalau ada nada mengarah semasa makan, kalau nak makan, gunalah nada suara yang buat aku yakin memang org tu betul2 nak makan. 

Hati Piscesean seperti aku amat sensitif. Selalu juga makan hati bila kakak dan abang cakap kasar padahal benda kecik je kot. Manja2 tu macam ada lagi, tapi bukan mengada2 cuma nak dihargai dan difahami. Tapi, kakak2 dan abang respect bila  aku bagi cadangan. Tapi, mak aku tak benarkan sebarang perbincangan masa depan dengan diorg sebab bimbang disalahfahami.

Hari Raya pun aku rasa malas nak jalan2. Baik aku duduk rumah layan tetamu. Ramai juga yang datang. Tapi, akulah yang paling " cekap " melayan tetamu sebab tetamu pun yang elders, mesti suruh yg muda2 juga buat itu ini. Hahahaha, macam waiter dah pulak.

Bila malam, aku mula buat projek main bunga api dan mercun. Hanya aku yang dibenarkan main mercun sebab anak2 saudara kecik lagi dan dicampur penakut.. Hairan juga sebab mercun aku berbunyi macam senapang tupai. Apakah rahsia disebalik ini? Disebabkan itu, aku x berani main lama2, takut orang sebelah fikir bukan- bukan.

Bab jalan2 tu, memang tak sempat... tapi dapat juga singgah rumah kawan.. tapi hakikatnya aku lupa dia beritahu aku bahawa abang dia kahwin.. Fesyen aku pulak bukan fesyen raya, tapi fesyen budak rock... memang rasa jadi perhatian lah. Aku tengok orang jeling2 je kat aku. Sebut pasal fesyen, aku kena marah kat Kota Bharu sebab pakai spek mata ... Apahal lah brader tu, pakai hensem pun salah ke? Bukannya dosa pun.. Aku selalu kena marah pasal ini. Dah dia yang bergaya tak pandai, nak marah2 aku pulak. Aku pakai lawa2 pun aku mintak kebenaran mak bapak aku, bukan main hentam aje... 

Sebenarnya isu pakaian sering jadi benda yang aku debate in my heart bila musim raya. Tapi, aku tak salahkan sekeliling..  Maklumlah, negeri Kelantan  memang strong Malay and Muslim culture. Silap2 kalau pakai baju fesyen western, mampus orang kata aku budak takde akhlak. Bukan aku tak pernah pakai Islamik, jangan marah, sekali aku pakai Islamik, semua kata aku ustaz, sampai panggil Mujahhideen pun ada. Aku pun biasa pakai retro. Baju batik memang aku pakai ala2 Sudirman gitu. Sabor jelah...

Kita sambung balik bab jumpa kawan tadi. Memang rasa lain sikit la kan maklumlah center of attraction for being rockers. Jumpa kawan2, semua dah okey. Berita happy bila ada cerita nak kahwin ( well, certainly it is not my business except for food) hahahhahahaha...... Takpe2 , aku mendoakan kawan2 yang bakal diijabkabulkan selamat berbahagia dunia akhirat, cuma jangan lupa jemput mat rocker nie datang... hahhahaha...

Sedey sket bila lawat kubur arwah nenek. Tengok kubur nenek macam basah  sebab tanah kubur nenek memang jenis yang mudah serap air. Aku bersihkan kubur nenek pakai tangan. Aku berdoa supaya nenek sejahtera di sana. Bagi mengingatkan aku pada mati, aku ambik sikit tanah kubur, campurkan air dan sapu kat dahi supaya aku rasa suasana tempat aku kembali kepada-Nya nanti.( macam pelik sikit kan?)

Raya kali ini memang aman kerana tiada sebarang masalah " politik " berlangsung. Tapi, tetap kena jaga2. Adik- beradik aku macam tak paham kenapa boleh ada perkara macam ini walaupun aku tak pernah kacau sesape. Bagi aku, bila dah kita mengaku " Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", Allah uji dengan cabaran untuk tahu betul tak kita yakin dan percaya dengan kesaksian tersebut. Kalau ada umat Islam diuji perang dengan kafir harbi, aku pula diuji dengan cara lain pulak... Tabahkan hati...

Oklah, dah meleret pulak aku punya post ini.. Lagi sekali, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...























No comments:

Post a Comment