Friday 1 February 2013

Dengar KPOP,Layan KPOP,tapi...


Anyeonsayeong...( Betul ke eja ni? )

Tak kisah kot,takpe.

Sebelum ada tujahan kata,tunggu dulu.
Aku tahu ramai suka satu alunan muzik baru yang dipanggil K-Pop.Begitulah juga aku.Aku start dengar pun sebab ada member sorang nie suka sangat dengar.Mula-mula dengar,pastu layanlah jugak.Lepas itu,jadi makin parah bila kawan aku sorang lagi dapat download satu cerita Korea,Running Man.Barulah aku jadi syok dan bergerak sorang2  cari segala macam bahan maklumat pasal K-Pop nie.

Aku ni cuma picisan kecil sahaja dalam peminat K- Pop yang rata - ratanya perempuan.Diorang pulak cakap K- Pop gempak,kiut dan sebagainya lagilah.Tapi kan,aku dengar pun sebab rancak aje,bukan sebab yeongja Korea yang terer menari macam2 style begitu-begitu.

Hah...Mula rasa tergugat sikit.Timbul pula kaki-kaki yang suka main2kan peminat2 K-Pop.Macam2 kena! Seribu satu ayat pedas dilemparkan untuk membantutkan usaha meminati K- Pop.Aku pun kekadang ngeri sebab macam dah satu salah besar untuk minat K - Pop,belum masuk yang bercadang nak aniaya orang sebab hanya benda2 muzik nie...Fuhh,memang panas kan...

Dah!Dah!Aku bukan menjadi seorang pembela K- Pop tapi bukan bermakna aku sanjung 100% apa yang K - Pop buat.Cuba tenangkan hati dan bersedia dengan apa yang aku sediakan.Lepas itu,terpulanglah sebab aku cuma menyampaikan pendapat,bukan nak buat gaduh atau kacau peribadi orang lain.Kata - kata pelik sila simpan untuk kegunaan lain.

K - Pop adalah muzik dari jenis pop tapi diadun oleh orang Korea.Tempat lain ada pula J-Pop dan pastinya jangan dilupakan Mikael (MJ) Raja Pop...dah meninggal.Well,diorang di Korea sebenarnya berpendapat bahawa muzik ini boleh dijadikan satu bahan bagi mempromosikan negara diorang di mata dunia.Bajet diorang memang banyak,syarikat diorang semua ada kepakaran dan teknologi digital diorang memang tinggi.Tambahan pula,semua orang Korea macam tak menghalang penularan muzik ini,kiranya open-minded la ini.

Gaya artis diorang tidak bajet macho atau seksi semata-mata,tetapi bajet kiut ,kemas dan menawan adalah modal diorang untuk menarik perhatian.Fesyen pakaian juga lebih menuju ke arah futuristik dan pastinya mekap tebal satu inci pun tak apa!Tarian dan cara nyanyian juga ada kepakaran,bukan diaorang suka-suka hentam aje.Artis pun kebanyakkan memiliki ijazah pengajian muzik yang diiktiraf terbaik,bukan kata setakat jadi bidan terjun semata-mata.

Alamak!Memang diorang sanggup berbelanja besar demi impian Hallyu atau Gelombang Korea tercapai!Biar semua negara menyedari bahawa Korea is Awesome!Bukan setakat negara yang cuma asyik bergaduh dengan orang sebelah kerana fahaman politik yang tak serupa!

Aku akan kemukakan satu soalan..Adakah kita tahu dimana sebenarnya orang Korea ini berasal
?Dah nak start sejarah ni,jangan tidur pulak.Dahulu di negara China.terdapat satu kawasan yang memang menjadi satu rebutan kerana tempatnya yang strategik.Tempat itu adalah Semenanjung Korea atau Manchuria.Banyak dinasti-dinasti besar inginkan kawasan ini dan salah satu dinasti,iaitu Dinasti Manchu pernah menjadikan kawasan ini sebagai pusat pentadbirannya.Dengan erti kata lain,Manchuria dahulunya ialah tempat pertumpahan darah yang dashyat.Bahkan kaum-kaum Mongol pernah menjajah kawasan ini untuk menjadi landasan bagi menyerang negara Jepun ketika itu.Orang-orang Korea yang menjadi mangsa pergolakan mula lari ke bahagian selatan Semenanjung Korea dan tertubuhnya dinasti unggul milik bangsa diorang iaitu Dinasti Joseon.Lepas itu,disebabkan ketamakan bangsa Jepun,Korea menjadi sasaran penjajahan Jepun dahulu sebelum menjajah China.Setelah Perang Dunia Kedua berakhir,sekali lagi bangsa Korea teruji apabila Perang Korea tercetus,menyebabkan Semenanjung Korea menjadi dua blok,iaitu blok demokrasi dan blok komunis.Pendek kata,bangsa ini sentiasa di dalam kancah peperangan dan mangsa kezaliman dan penindasan.Aku tidak berbohong,semua ini adalah fakta.Kalau nak lebih benar dan tepat,carilah maklumat lagi.

Pendapat aku ialah negara Korea masih dalam penindasan dan penjajahan.Berbeza dengan negara kita di mana kita berupaya mempertahankan negara kita tanpa perlu menjadi kambing hitam kuasa Barat yang hanya mahu membuli sahaja,bahkan serantau kita pun saling bekerjasama.Kalau korang nak tahu,di sempadan Korea Utara - Selatan,tentera Amerika juga sibuk berpengkalan di situ mengadap tentera Korea Utara walaupun Perang Korea dah lama berakhir.Pendek kata,kalau Korea Selatan ingin berbaik dengan Korea Utara,geng2 hantu nilah akan buat hal.Begitu juga pihak Korea Utara yang asyik termakan umpan psikologi pihak Barat.Kalau nak berperang,memang boleh terjadi.

Orang Korea masih menjadi mangsa,tetapi kali ini diorang turut menjadi alat perangkap untuk menutup kepahitan ini.Adakan korang tak sedih kalau fungsi kaum perempuan cuma setakat jadi barang cuci mata?Orang lelaki pulak tak seperti lelaki?

Ah,aku tak pernah menghina negara Korea.Bahkan aku mengagumi sifat baik diorang.Diorang sentiasa ingin berusaha meningkatkan kualiti hidup diorang.Bukan kuantiti dicari,tetapi kualiti.Kalau beli barangan Korea,aku rasa sangat puas hati sebab kualiti itu sepadan dengan harga yang kita bayar.Negara diorang pun memiliki kakitangan yang telus dalam pentadbiran.Seni Bela Diri diorang iaitu Tae Kwan Do juga ada keindahan gerak langkah tersendiri.Pendidikan diorang pun maju.

Kalau tengok pakaian tradisi diorang,memang sangat sopan.Pakaian perempuan tidaklah terlalu mencolok mata sangat.Korea juga mengamalkan budaya menghormati orang tua dan ingin mengekalkan kesenian budaya diorang dengan membina pusat teater,pusat nyanyian tradisional dan macam macam lagi.Kesihatan turut menjadi amalan utama orang Korea.Mana tidaknya,ada research facility di setiap universiti diorang mengkaji amalan terbaik bagi menjaga kesihatan.

Tapi,sayang,pengamalan agama tidak ada.

Begitulah akibatnya.jadilah sesetengah benda itu nampak tidak ada sopan dan beradab.

Jadi,malulah kita sebagai orang Islam.Rasulullah SAW telah menggariskan hiburan itu tak salah,tapi janganlah sampai melalaikan dari tanggungjawab kepada Maha Pencipta.

Kalau semua menari Gangnam,ade nak ikut,tapi kenapa kalau diajak pergi ceramah agama Islam,macam2 adanya.Korea berlakon,kita berlakon tapi kenapa lakonan kita bukan sahaja nilai seninya rendah,sampaikan agama Islam pun diremeh temehkan.

Elok dengar2 lagu Korea,baik kaji maksudnya baik atau tidak.Jangan sampai ternyanyi lagu bukan bukan pula.Video baik tak yah tengok sangat,rosak mata dan rosak hati.

Pakaian terbaik bukannya macam SNSD yer,tapi pakaian yang mencerminkan kemuliaan hati dan pastinya menutup aurat kan lebih baik.

Orang Korea memang happy go lucky,kita pun sama dan ingatlah tak baik lupa diri.

Tirulah sikap baik diorang ,tak perlu kisah kalau tak pandai menyanyi lagu Kim Jong Kook...

Akhir sekali,orang Korea dan bangsa lain pun sedikit sebanyak saudara sesama manusia kita.Doakan sesiapa sahaja yang cuba mencari hidayah agama Islam ....

Aku memberi rumusan bahawa minatnya tak salah,tapi janganlah sampai terlupa asal resam kita...

Ok...Janganlah marah,ini cuma sekadar satu pandangan hati seorang peminat...

Lagu Korea kesukaan aku ialah " moved friendship ".Rasanya Yoo Jae Suk dah nyanyikan lagu tu hehe.

Salam....