Sunday 15 April 2012

Sisi Baik Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut(Part 1)

Sehingga sekarang,agaknya tajuk nie yang agak ilmiah dan lebih berinformasi jugaklah untuk tatapan para pembaca.Kenapalah dalam banyak-banyak tokoh-tokoh Melayu,Haji Bakhil jugak yang terpilih.inilah sebabnya.

Sebelum itu,saya ingin bercerita sedikit mengenai Haji Bakhil.Haji Bakhil nie adalah lawan kepada Ismet Ulam Raja.Bapa Haji Bakhil bernama Lebai Kedekut.Maka,ramailah insan yang "buat-buat tak kenal" akhirnya akan memanggil Haji Bakhil sebagai Haji Kedekut.Kenapa saya,katakan bahwa Haji Bakhil mempunyai sisi baiknya yang tersendiri?

Pertama,walaupun Haji Bakhil memang kedekut taik hidung masin(LOL),beliau mencari kekayaannya dengan cara yang halal.Beliau tidak menipu,tidak merasuah atau menyeleweng semata-mata untuk bergelar orang kaya.Beliau telah bertindak menjadi pembekal kain Melayu yang menjual harga kain dengan harga sebenar,bukan ditokok tambah.Ini membuktikan bahawa Haji Bakhil juga memilki asas agama yang kukuh(walaupun bakhil)....

Tuan Haji Bakhil juga telah menyelamatkan negara daripada bankrap dengan sekadar menggajikan pekerja-pekerja Melayu,tiada PATI dalam kedainya.Sekarang nie,berapa dah tapak niaga kita dikuasai orang asing?Siapa untung?Siapa kaya?Budak2 kulinya pun tetap hormat padanya walaupun memang kutuk tak habis punya.....hhahaha, pandai mengambil hati Haji Bakhil dengan mengatakan mukanya hensem (LOL) hahahaha!

Mungkin orang tua kutuk ni (ayat filem yer) lokek duit,tetapi nasihatnya memang bernas kalau difikirkan."10 sen simpan boleh buat rumah batu tau!"Ini bertepatan dengan konsep sedikit2 lama2 jadi bukit."Tak habis2 radio nie dengan asmara cinta,tak habis2 cinta.Kan lagi bagus lagu nasihat,bagaimana datang duit,bagaimana jadi orang kaya,bagaimana berbini du.........."Itu adalah satu teguran beliau terhadap industri hiburan yang hanya tahu lagu cinta yang kebanyakkan tak langsung mendidik masyarakat ke arah yang lebih bermakna.(kan lagi bagus kalau lagu nasyid!)

Haji Bakhil juga memahami konsep berniaga yang bagus (cuma kedekut je).Mengapa Haji Bakhil pengsan setiap kali si Manisah(Siapa tu?Anak dia la)minta duit?Dia ingin memberitahu bahawa dia bukanlah cop duit atau Bank Dunia untuk diminta wang sesuka hati!Dia bagi,cuma dia kata satu tahun tak boleh minta apa2 dengannya sebab dia nak Manisah faham dalam perniagaan,tidak mengira sama ada saudara atau tidak,mesti berhutang dulu dan ada tempoh nak bayar.Mungkin cara orang tua nie je yang pelik sket.....

Haji Bakhil juga mahir berkomunikasi sehingga Cikgu Murni gagal menyedari Haji Bakhil suka kepadanya serta  mahu mengenalinya secara lebih dekat.Mujurlah hero kita,Labu dan Labi sedar teknik "jual minyak " milik "sifu" mereka.Tengok kembali cara pertuturan Haji Bakhil yang lemah lembut tetapi menyakinkan ketika bersama Cikgu Murni.Melihatkan kisah lampau Cikgu Murni,di situlah Haji Bakhil berperanan sebagai pendengar dan "penjual minyak" yang berpengalaman.Kalah James Bond!

Haji Bakhil turut memilki sifat berjimat cermat sebagai OKL(bukan Orang Kuala Lumpur,Orang Kaya Lama) apabila hanya menaiki motokar (kereta) buruk.Kata Labi "Cantik tak kereta tu?Macam S*t*n".Kalau setakat nak ulang-alik tempat kerja,buat apalah keta mahal2 kan,tengok si Labu Labi,baru berangan-angan,dah pergi nightclub,marah orang tua(Haji Bakhil jugak),pandai2 mengorat peragawati dan gaduh tak kena tempat! Yela,tak malu ke gaduh dekat serambi?Haji Bakhil turut mempraktikkan "serampang dua mata" apabila membeli kereta baru.Bukan sahaja untuk mengurat Cikgu Murni,bahkan juga untuk kemudahan anak perempuannya ,Manisah pada masa2 hadapan.(betul ke orang tua nie?)

Haji Bakhil juga bukannya kedekut sangat,cuma cara pendekatan kita untuk menawarkan sikap kedekutnya kurang berkesan.Labi pergi sindir dia,buat apa?Cikgu Murni jugalah telah melembutkan hati Haji Bakhil untuk bersedekah kepada anak-anak yatim(harap2 ikhlaslah ye).Saya merenung kembali kepada sikap orang kaya sekarang,hanya menghabiskan duit untuk wanita bagi tujuan maksiat semata-mata.Adakah Haji Bakhil ingin membuat maksiat?Tidak!beliau cuma ingin kahwin lagi sahaja......Dengan berkat Cikgu Murni,barulah dia membuka mindanya kepada lebih bersosial(Malam Aneka Ragam.ingat tak?)Barulah dia sedar,Labu Labi yang di"ketuk-ketampi kan" selalu itu rupanya berbakat besar sebagai pelawak.Dia juga bertepuk tangan kepada mereka berdua!

APA PULA SISI BAIK FILEM "LABU LABI + NASIB SI LABU LABI" NIE?

Tunggu sambungan pulak!





2 comments:

  1. Filem-filem P. Ramlee ada mesej yang nak disampaikan. Dalam lawak bersahaja, sinis tapi terasa. Contohnya dalam filem antara dua darjat. Persoalan darah sama merah itu bagi yang ada hati nurani dapat menginsafkan.

    ReplyDelete
  2. Betul... filem P Ramlee banyak tauladan dan teguran halus. Banyak juga terima tauladan. Kalau dalam Labu Labi ni rasanya janganlah terlalu kedekut... tengok masa Haji Bakhil makan, dia tak jemput pun Labu Labi, rasa kesian pulak...

    ReplyDelete