Saturday 27 August 2011

Aidilfitri...Maknanya?

Humm....ape nak tulis nih..Oh ya!Terdapat satu perayaan bagi umat Islam sebagai tanda kesyukuran kerana telah berhempas pulas/bermalas-malas sepanjang bulan Ramadhan,menunaikan rukun Islam yg keempat(ini kata ustaz saya di sekolah lama).Namanya dalam Bahasa Inggeris cuma Eid, dalam Bahasa Melayu dan Arab khususnya,perayaan yg berlangsung pada 1 Syawal tahun Hijrah ialah Aidilfitri.

Semua orang Muslimin Muslimat,Mukminin Mukminat pastinya menanti2 hari ini mengalahkan hari2 yang lain.Kenapa ye?Adakah hari ini kita semua boleh enjoy sampai mati?Kita boleh bawak keta sesuka hati dan terus menempah pingat mati katak?Kita boleh main mercun sampai putus,hilang jari?Kita boleh datang rumah orang dan 'balun' kuih muih?Kita jalan2 shopping complex sampai tengah malam?Bayar saman?Kembali kepada kebatilan yg tiada sepanjang Ramadhan?Dan malas ibadah walaupun sekadar berzikir?(Belum qiamulail lagi tu...)......Ini cuma untuk mereka yang hanya merayakan Aidilfitri di bawah pengaruh duniawi!

Tiadalah pula dilarang berhibur pada pagi raya.Saya ada dengar satu riwayat hadis menyatakan Rasulullah SAW membenarkan hiburan di pagi raya sama ada nyanyian atau tarian tetapi mestilah tidak melampaui syariat Islam itu sendiri...Orang Arab juga gemar menari,tapi tkdelah sampai golek sana sini.dedah aurat dan bercampur lelaki perempuan tetapi budaya ini hanya wujud di kalangan Arab Badwi yang masih mengekalkan budaya lama mereka,berbanding org Arab jenis lain yang gemar tarian yg bukan2....Kita pun marah org nak joget Melayu,marah orang nak nyanyi nasyid,ghazal,nak berpantun,nak main silat,nak main muzik tradisional,nak hina org pakai Baju Melayu/Baju Batik,tapi kita suka ada benda maksiat depan kita......mat rempit,mat gam,mat gangster,mat zina,mat disko,mat mabuk,mat apa lagi?Geli Mat!!!!!!!!

Namun,Aidilfitri sebenarnya adalah tanda syukur kerana melepasi Cabaran Ramadhan yg pastinya lebih memberi "reward" berbanding Amazing Race dan satu harapan semoga Ramadhan datang lagi untuk menemui umat Islam di seluruh alam ini.Kita juga boleh mula nak kunjung-mengunjung,ziarah-menziarahi,bermaaf-maafan sesama kita bagi menyenangkan hati kita untuk Ramadhan akan datang.Kita bagi duit raya bukan sebab tiru Cina,tapi untuk bersedekah supaya semangat sedekah terus ada untuk Ramadhan akan datang.Kita datang kenduri-kendara bukan nak melaram,tapi untuk memenuhi undangan supaya kita pun ada rasa nak bagi makan dekat org2 susah walaupun bukan dalam bulan Ramadhan.Kita duduk bersama keluarga bukan sebab x tahu nak pegi mana,tapi rasa hati kita untuk menggembirakan keluarga kita selalu...

Ini bukan bebel tau!Walaupun,saya selalu teruji sepanjang hidup,Aidilfitrilah yg terus bagi saya semangat untuk terus hidup walau segetir mana pun cabaran mendatang.

Sekarang ini,saya diuji oleh Allah di mana sya balik kampung lambat,ada masalah di kampung,ada undangan yang mungkin sukar untuk saya datang kerana masalah di kampung,masalah wang dan assignment(biasa dah.......)


"Apa yang penting dalam hari raya ialah keikhlasan hati,kebaikan nurani dan keprihatinan insani"

Sunday 21 August 2011

Sensitif,Ego dan ....?

             Huh,dalam menjalani ibadah puasa ini,aku selalu dibayangi rasa ego dan sensitif.Kenapa ye?First of all,elok aku beri makna kosa kata yg baru diterbitkan sebentar tadi.Sensitif diibaratkan macam mudah touching,terharu,sedih dan reaksi yang mengeluarkan air yg di gelar air mata.Ego pulak boleh jadi sombong,keras hati,x dengar nasihat, dan mampu jadi takbur,riak,ujub dan pelbagai sifat Iblis Laknatullah yg lain.

                  Generally,aku ini memang sensitif sebab dari segi kekeluargaan,memang anak bongsu ni manja sket.Dari sudut asuhan,aku membesar dgan fasilitator yg bernama ibu,peranan ayahku pula amat terbatas.Peristiwa bulan puasa yg membuatkan hati aku tersentuh di mana aku melihat anak2 kecil Palestin hilang nyawa di bantai zionis...Bapa diorg cuma boleh menangis......Aku cuma menyimpan rasa sedih di hati......Di hati ,aku terasa macam kasihan kerana naluri aku untuk melindungi kanak2 dah bangkit sebab aku rasa aku dah berada di tempat diorang.Hakikatnya,untuk aku sampai ke Gaza,aku sedar,perut buncit aku cuma sasaran mudah M16 tentera syaitan zionis ....Apa nak buat lagi?  T-T

                       Dari sudut ego,ego aku sebenarnya besar sebab aku x suka kalau org cuba persoal apa aku nak buat.Tapi bila ego tu keluar,memang semua org akn susah kerana aku seorg.Dalam soal ego ini,aku lebih menilai berdasarkan hati dan budi bahasa aku..Bukan apa,aku ada join group di Facebook,aku cuba komen tapi dibalas dengan caci maki yg aku rasa tak patut keluar dari seorg Melayu.Bagi aku,aku tidak mengira fahaman untuk sebarang komen,tapi biarlah berbudi bahasa.Aku tak pandai untuk menyumpah maki org sesuka hati sekarang kerana aku bertanggungjawab atas apa yg aku ucapkan di Akhirat nanti.Ego aku keluar apabila aku trus post komen yg kelihatan "independent" ,itu pun org cakap aku freethinker.

                         Bagi aku,aku memegang kepada ayat2 suci al-Quran dan keterangan hadis untuk berbicara.Mungkin ini yg dimaksudkan sebagai freethinker?Habis,adakah masyarakat hendak aku menjadi seorg Komunis,Liberal,atau hipokrit?Aku akui aku meniru cara pemikiran kritikal seperti Barat,tapi aku tak tolak agama,bahkan aku buang segala aspek negatif Barat supaya apa yang aku cakap lebih kena sebagai Melayu.

           Serius sngat ke?Tapi aku cuma sekadar menulis untuk kebaikan sendiri dan org2 yg sudi bukak blog ini.Jadi jganlah pulak terasa ye,aku cuma sekadar mengillustrasi luahan hati ini....

           Dengan ikhlas,aku maafkan semua org yg demikian2 kerana mungkin aku pun ada salah jugak kan,aku pun x mahu ego sangat tapi sensitiviti aku pun mesti aku fikirkan.....

          Jadi,kesimpulannya............

                "Egoistic and Sensitivity are unlikely pair,but they are common in this world"

Sunday 7 August 2011

Penciptaan epilog

Salam.............Terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan diri ini (chewahhh)..Nama ialah Muhammad Amyruul Luqman bin Mohd Nor.Tinggal di Pasir Mas,Kelantan Darulnaim.Umur?Dah tua dah,19 tahun.

Saya masih menyandang jawatan sebagai seorang pelajar di Politeknik Premier Johor Bharu,sem 3,di bidang yang termahal di Malaysia,Dip.Reka Bentuk Grafik..........

Hobby saya termasuklah menonton rancangan berunsur kebudak-budakkan,keganasan(ape nih?),dan berita baik!Saya tengok Hindustan jugak.hahahahahah.Reading comic,papers,magazine,is my sub-hobby ....

So,untuk menamatkan tulisan font Arial ni,Saya mngucapkn Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.........yang lambat lagi la....