Sunday 22 April 2012

Sisi Baik Filem Labu dan Labi + Nasib Si Labu Labi(Part 2)

Now,for the part 2,let me explain the good side of this goofy but very educating film from my top favourite Legend of Superstars,Tan Sri P.Ramlee..

"Alaaa,ulas filem Melayu,yang taip English buat ape?"

"Saja.Jangan marah aaa..."



Filem ini telah banyak banyak mengajar kita semua dari sudut yang tersembunyi.Yelah,kita asyik fikirkan side buruk Haji Bakhil aje,tak pernah pulak kita nampak yang positif.Inilah yang cuba Tan Sri P.Ramlee terapkan dalam setiap filem arahannya.Saya dapat merasakan bahawa beliau sebenarnya melemparkan kritikan halus terhadap kita,penonton supaya dapat berfikir di sebalik tahu bergelak tawa semata-mata.


Pertama sekali,kita perlu menyedari ketika filem ini dikeluarkan bagi tayangan umum,orang Melayu dilihat masih ketinggalan dalam segenap aspek kemajuan di negara kita yang masih baru dan mentah dalam kemerdekaan dari penjajah British.P.Ramlee ingin menyedarkan kita tentang pentingnya penguasaan ekonomi bagi menjamin survival bangsa,negara dan agama pada masa hadapan.Haji Bakhil,seorang usahawan kain yang telahpun menunaikan fardu haji di Mekah adalah satu contoh usahawan Melayu Islam yang telah berjaya dalam perniagaannya.Beliau juga berjimat cermat(atau kedekut) dalam menguruskan pentadbiran ekonomi rumahtangganya.

Sebagai seorang usahawan,keuntungan walaupun kecil,mesti diambil dan mesti dipastikan berterusan.Itulah apa yang cuba diajar Haji Bakhil yang berkira walaupun 10 sen,untung mesti diaudit dan dimasukkan dalam kira-kira sebuah perniagaan.Namun,saya melihat prinsip ini telahpun diamalkan sebenarnya namun entah di mana silapnya,sekarang ini kita menyaksikan gelombang peniaga atau usahawan yang suka menipu dan mengaut keuntungan secara berlebihan tanpa memikirkan kepuasan pelanggan.Itu tidak berlaku pada Haji Bakhil yang menerima untuk berunding dengan Cikgu Murni mengenai harga kain (mungkin Haji Bakhil cuma mahu mengenali Cikgu Murni).Dalam suasana normal pun,kita wajib pandai untuk berunding dan tidak sekadar pandai memonopoli pelanggan secara menipu dan melampau.

Dalam pengurusan rumahtangga,Haji Bakhil bukanlah seorang yang terlampau berkira dalam soal-soal keperluan asas seperti makan minum,tempat tinggal dan keperluan para isi rumahnya.Semuanya disediakan dengan rapi,bahkan mengupah dua orang gaji agar semuanya dapat disediakan tanpa kekurangan.Tetapi bagi orang luar seperti Labu dan Labi,saya dapat melihat sedikit pengabaian.Walau bagaimanapun,Haji Bakhil tidaklah menghukum mereka berdua sesuka hati tanpa ada kesalahan.Hukuman yang dikenakan pula sangat kebudak-budakkan,perkara yang biasa ketika itu.Sekarang,orang gaji datang dari negara asing yang tidak diketahui asal-usulnya dan membuat seribu satu masalah sosial.Kalau diberi hukuman pula,terlalu melampau misalnya disiram air panas.

Labu dan Labi boleh dipuji sebagai lelaki yang sabar menempuh dugaan.Sudahlah dengan Haji Bakhil,kita beralih kepada Manisah.Manisah bolehlah digelar gadis kaya yang lebih bersifat kemodenan,justeru lebih tampil bergaya dan menarik hati Labu dan Labi.Mereka berdua sukakan gadis ini.Namun,cara bagaimanakah yang digunakan?Labi cuma bijak mahu mengambil hati Manisah ini tanpa mempedulikan kemahuan dan keperluan gadis itu manakala Labu pula telah bertindak lebih brutal sehingga mengenakan guna-guna kepada Manisah(mujurlah dalam mimpi).Manisah juga berfikir lebih matang dan sangat berhati-hati memilih pasangan.Saya lihat rasanya teknik Labi itu dah tak laku di zaman sekarang.Kelihatannya,perlu dimasukkan unsur materialis supaya gadis yang diinginkan berjaya dipikat.Teknik Labu?Jarang2 kerana modenisasi telah pun mengikis tabiat syirik ini.Namun,mereka mereka yang keji lebih bijak merangka strategi sehingganya pasangannya boleh dibawa lari tanpa diketahui.lebih mudah,lebih murah berbanding jumpa bomoh sekarang yang upahnya mahal juga.Gadis sekarang(bukan semua) pula lebih mengikut perasaan dan hawa nafsu tanpa memikirkan sedalam-dalamnya dan akhirnya kita akan dapat khabar berita bahawa mereka hidup susah setelah dibawa lari entah ke mana-mana.

Kepercayaan juga saya lihat adalah aset utama cerita ini.Selepas isteri Haji Bakhil meninggal,Haji Bakhil tidak berasa gusar meninggalkan Manisah bersama Labu dan Labi kerana beliau percaya,Labu dan Labi adalah pekerja yang baik.Mereka juga melayan setiap kerenah Haji Bakhil yang bermacam-macam.Kita juga melihat adegan maut di mana Labi memicit kepala Manisah yang sedang sakit.Saya berfikir,apa agaknya yang akan terjadi sekiranya Labi tidak boleh dipercayai?Labu juga telah menegur sahabatnya,bukannya berpakat turut serta sehingga mencetuskan pergaduhan(bertumbuk halus-halusan).Zaman sekarang,perbuatan jahat juga akan disertai jemaah -jemaah yang entah apa-apa ketahuannya.Labu dan Labi bertindak lebih bijak,membawa pergaduhan mereka ke kelab Boksing berbanding "angkat geng,kasi tembak ini semua".Ini jelas  menunjukkan walaupun berkelahi,mereka tidak melukakan atau mengganggu pihak lain yang tidak bersalah.(selepas memijak kepala bapa masing-masing.....).Sekarang ini,gaduhnya dua orang sahaja,angkat geng sampai polis terpaksa masuk campur,tak malu ke?

Saya juga turut mendapat pendedahan tentang apa yang boleh terjadi sekiranya kita hidup hanya nak bermudah-mudah sahaja.Sekiranya Haji Bakhil ingin meminang Cikgu Murni,beliau seharusnya tidak mempercayai Labu Labi yang tidak berpengalaman dalam soal ini.Lihatlah apa yang terjadi,ditutupnya pulak mulut Haji Hitler tuh.....Kalaulah mereka ini mampu bersabar dan memahami peribadi Haji Hitler itu(bapa Cikgu Murni),takdelah sampai perlu menculik Cikgu Murni.

Saya juga mendapati satu idea telah dimasukkan dalam babak ketika Haji Bakhil mula membuka selimut Cikgu Murni(sebenarnya bapa Cikgu Murni) ini iaitu:Orang-orang Islam sangat menyanjungi diktator Jerman ,Adolf Hitler kerana dasar pentadbirannya yang mesra kepada orang Islam. Tok Kazi(ejaan lama,lakonan Ajis Sattar)terus sahaja bertabik "Heil,Hitler!" tetapi dia tersilap sahaja.Saya difahamkan sebenarnya Adolf Hitler pernah menghantar wakil Parti Nazi hingga ke Asia untuk bekerjasama dengan pihak Jepun.Di Tanah Melayu,peniaga-peniaga Eropah yang berjaya di sini kebanyakkannya berbangsa Jerman.Namun,disebabkan British mengawal Sultan-Sultan Melayu,pihak Nazi Jerman tidak berpeluang menyebarkan pengaruh mereka.Tak percaya?Gutenberg tu bukan syarikat Jerman ke?Namun,sedikit sebanyak tempias Hitler juga berkumandang di Tanah Melayu tetapi tidaklah sehebat mana kerana Asia lebih di bawah kekuasaan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.


P/S:Aku akan sambung lagi pada masa2 hadapan.Banyak lagi fakta dan pendapat yang aku nak kumpulkan pasal Haji Bakhil nie....Terima kasih.