Friday 28 December 2012

2012.Ke Arah Tujuan Abadi.

Salam dihulur bagi semua yang baca sepanjang tahun 2012 yang aku rasakan sangat mencabar jiwa dan raga  aku yang kerdil ini.

Bukanlah kata ada apa2 yang penting tetapi tahun 2012 sudah pun bagi aku impact bahawa dunia kedewasaan tak akan sama dengan dunia remaja aku dulu.Dulu memang,seronok galak sana - sini,sekarang dah mula kena fikir pasal hidup dan agama.

Aku telahpun merasai kemanisan dan kepahitan hidup walaupun di usia yang orang kata budak hingus tapi aku dah saksikan macam2 ragam hidup.Aku sudahpun kehilangan nenek aku pada tahun ini.Tanpa aku sangka,hubungan darah tak akan menjamin kesatuan dan kebaikan sekiranya kita hidup dalam keluarga dengan sikap ego,sombong,tak mahu mengaku salah ,tamak,sukakan maksiat dan banyak lagi sifat mazmumah yang lain.Tidaklah aku mengeluh,tapi aku hanyalah sekadar menyerahkan kepada Allah SWT.

Manis?Rasanya mungkin dah hilang satu hubungan,tapi Allah beri aku hubungan lain yang lebih bagus walaupun bukannya aku sedarah sedaging.Kawan lama yang terputus atas sebab salah faham,bertemu kembali, kawan2 lama sudah lebih maju kehidupan pada aku,namun aku syukur sebab aku tak pernah dilupakan,bahkan diraikan.Hubungan dingin aku berjaya rapatkan dengan baik.

Kegagalan dan kejayaan asyik berputar ligat dalam hidup.Aku masih dalam kabus ,mencari apa itu maksud kejayaan abadi.Itulah yang aku inginkan,bukannya materialis semata-mata.

Dengan 2013 yang bakal tiba,aku cuma mahukan apa yang dipanggil kejayaan abadi tetap menjadi pencarian aku dalam kembara di dunia ini,Bila aku dah pulang ke pangkuan Illahi,aku hanya harapkan kejayaan itulah membantu aku.

Rasanya dah ada kawan mula menginjak langkah ke pelaminan menuju rumahtangga!
Aku?
Biarlah itu menjadi kepastian di lain kali.Aku sudah perit dikhianati.
Buat masa kini,aku selesa berjalan seorang.

Sebelum tamatkan,aku ucapkan selamat buat ibubapa,adik-beradik,waris2,kawan dan sesiapa yang mengenali diri ini.Wey, dah macam ucapan radio pulak...

Kita layan jelah lagu ni...



sekian.

SELAMAT 2012.

Thursday 20 December 2012

Nukilan untuk diet. ( Seriously? )


Kisah ini bermula apabila mak,adik beradik malahan jiran sebelah mula mengadakan sesi kritikan bebas mengatakan aku ini terlalu gemuk,gendut dan gempal.

First reaction adalah.....

Sedih  sangat...Huhu.

Maka, aku pun berkira - kira sendiri.Mitos atau pandangan tentang diet ni banyak sangat sampai aku pun pening...


  • Diet ni utk perempuan jer,lelaki tak payah!
  • Diet ni utk si gemuk! Yeke?
  • Diet hanya bila tak sihat/sakit!
  • Diet pun ada banyak jenis.....
  • Diet ada yg boleh kita buat,ada yang tak boleh....
  • Diet siapa paling bagus..... 

Aku cuma tuliskan apa yang terbaik dari apa yang aku tahu bukan sahaja untuk aku,tetapi untuk mereka2 yg mungkin masih keliru dengan diet fact ni....Panduan ini diambil atas nasihat doktor dan kakak - kakak aku ( diorang kerja nurse) ,bukan syok sendiri tau!Mari kita sesama cuba!

  1. Mesti rujuk doktor atau pakar pemakanan.Sebab, teorinya tubuh kita sekalian manusia memang tak sama.Jadi,dapatkan pandangan doktor yg bertauliah.Kalau macam aku,tubuh aku sangat mudah menghasilkan lemak dan penghadaman aku tak bagus.
  2. Pastikan diet apa yang sesuai,bukan apa yang korang pilih sesuka hati.Bukan apa,takut salah pilih, tubuh pula merana!Bagi beginner,mungkinlah ambik option yg simple2 dulu.Ada diet untuk kuruskan badan,ada diet untuk bentuk otot,macam - macam lagilah.
  3. Perkara penting berdiet ini ialah komitmen.Mungkin ada orang diet sekejap,lepas tu makan banyak balik...Tak eloklah untuk kita.Nanti tubuh kita keliru dan boleh akibatkan gastrik.
  4. Makanan berserat tinggi dan air suam adalah kunci kejayaan.Serat memudahkan penghadaman dan air suam bantu penghadaman.Kalau penghadaman kita bagus,barulah kita lebih sihat.
  5. Susu juga membantu tetapi carilah yang rendah lemak dan kaya dengan kalsium.
  6. Jangan sekadar timbang berat.Elok ambil ukuran Indeks Jisim Tubuh untuk kepastian yang lebih betul.Dengan ini,kita akan tahu sama ada diet kita betul atau salah.
  7. Makanan segera sebenarnya sukar dihadam kerana mengandungi banyak pengawet.Samalah dengan makanan berpengawet tinggi yang lain.Jadi,kurangkan pengambilannya.
  8. Makanan dan minuman manis wajar dikurangkan.Gula berlebihan menyebabkan badan berusaha keras untuk tukarkan gula jadi insulin.Hasilnya,kita letih dan mulalah makan sesuka hati...
  9. Lupa beritahu.Letakkan niat diet kerana Allah.brulah ada berkat.Nabi Muhammad junjungan kita pun tidak menggalakkan umatnya kelihatan gemuk,bahkan lelaki Muslim  mestilah bertubuh sasa dan kekar ( maksudnya tahan lasak).Bukan Islam pun harap cuba berniat kepada Tuhan mengikut ajaran agama masing - masing.
  10. Kalau nak pakai losyen bakar lemak,kita kena ingat untuk minum air masak dan sapu ikut aturan.Dan satu lagi,lemak kita cuma mengecil,bukannya hilang dengan guna cara ini.
  11. Senaman untuk diet bukanlah senaman melampau.Senaman yang baik ialah senaman yang mudah dan juga membakar kalori dengan kadar yang baik.Mungkin bagi yang baru cuba, senamrobik pun bagus juga.Kalau saya, saya suka practice bela diri.
  12. Lebih bermakna kalau kita disokong.Macam kes aku,keluarga akulah.
  13. Makanan berdaging bukan tak bagus,tapi digalakkan secara panggang atau kukus.Bagi yang diet untuk otot,daging digalakkan.Makan daging sahaja,bukannya sup ekor,sup perut dan sebagainya.Daging kambing paling rendah kalorinya,tetapi cuci betul2 utk hilangkan bau hamisnya itu.
  14. Ulam - ulam segar adalah amat baik buat kita.Lebih berkhasiat.
  15. Coklat gelap lebih baik dalam diet,bukan coklat tenusu.
  16. Makan pada waktu yang betul.Salah waktu nanti susah tubuh kita.
  17. Akhir sekali ,kalau diet dah berjaya,teruskan pemakanan secara sihat dan jadikan amalan.Baru tak rugi.


Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu kita2 yang nak diet itu.Aku pun masih mencuba diet lagi.
Mak aku suruh aku jadi fit dan mantap macam Bruce Lee,tapi tengoklah pulak.Frame badan aku ni sederhana besarnya.Mungkin aku boleh target fit dan mantap macam Jean Claude Van Damme atau bertubuh sihat macam Ha Ji Won.Perasan lah pulak!


Hepi sebab aku dapat kongsi dengan readers.



Monday 22 October 2012

Aku.Pelawak.Pemerhati.Pendengar.Pengingat.Itu Sahaja.

( Harap maaf.Kali ini aku tulis macam sastera sket! )

Senang hatiku dipertemukan Illahi dengan sahabat lamaku.biarlah aku kenalkan empunya diri sebenar sebagai P sahaja.

Aku tersentak seketika apabila dia beritahu padaku

" Kau ni pandai wat lawak lah! "

Seingat aku, tidak pernah pula orang meletakkan takrif diriku sebagai begitu.Aku cuma insan yang tidak betah hanya mahu mengerutkan kening, dan memulakan usaha mengawal kejantanan.Ku mulakan dengan satu jenaka ringan dan pabila pendengarnya membalas dengan tanda kehairanan;Nah!Sudah ada deraian ketawa!

Seingatku,jenakaku bukan maksudnya untuk penghinaan.

Jadi,aku sangat bersyukur kerana kata - kata sahabatku ini menyedarkan aku dengan satu hakikat bahawa aku sudah berjaya mengawal emosi yang seringkali bergelora.Maka, aku harus terus menghidupkan jenaka berunsur kebaikan untuk mengubati hati dan mententeramkan iman.Rasulullah S.A.W juga menggunakan jenaka sebagai peneguh ukhwah dan tiang keimanan Muslimin Muslimat ketika itu.

Kebaikan pasti disudahi dengan pahala.


Pemerhati.Tugas ini acapkali dilakukan sepanjang hayatku.Sepasang mata yang menyinar dan merakam segala tindak - tanduk insani di dunia.Juga tidak terlepas dari menghayati keindahan dan menggeruni kesakitan.

Kenapa aku memerhati?Aku ini hanyalah mencedok secebis ilmu tauladan dari apa yang ku alami.Tidak pula aku menfitnah atau mengumpat tentang apa yang dilihat.Tetapi,tidak adil bagi nikmat penglihatanku jika asyik menerima sajian maksiat terus - menerus.Asyik sungguh mereka bercanda tanpa menghiraukan mataku yang minta dikasihani!Tidak!Aku tidak melayani kerenah manusia yang tidak tahu malu itu lagi.Mujurlah sahabatku P, sudi membawa insan yang serba hitam ini mendengarkan tazkirah di universitinya.Mataku memandang insan dari Arabia yang bertazkirah tentang mengingati Rasulullah S.A.W.Aku hanya mengungkap satu gambaran bahawa bukan sahaja mataku,bahku hatiku turut mendahagakan perasaan kerinduan ini.


Pendengar yang cuba mendalami.Lebih bagus begitu kerana pendengaran tanpa didalami adalah tidak berbaloi.Dengarkan ayat kebaikan,dan pekakkan ayat keburukan.Lebih bernilai sepasang telinga ini untuk kebaikan.Kejahatan hanya didengari oleh telinga yang tidak dilindungi iman.Aku lebih sabar dan mendalami lagi dan lagi.


Tamat.

Jadi, malaslah aku nak bermadah helah banyak - banyak. Kalaulah aku mengingati semua yang dah berlaku dalam hidup,nak kira yang best dan tak best tu susah nak perasan.So,ingatilah yang bermanafaat di dunia dan akhirat pastinya.

Dan,aku bukan apa.Dekat-dekat nak Raya Haji ni, muhasabah dirilah sikit kan.Aku pulak tak balik kampung,assignment pulak banyak lagi tak settle.Terbaik Daebak!!

Jadi,Selamat Menyambut Hari Raya Haji.Kepada yang buat korban, syabas diucapkan.

Bye.Malas dah ni.Update laptop dulu la.






Wednesday 29 August 2012

Bukan tak suka,tapi.....

Alahai.....Ada juga budak-budak aku yang nakal.Apa lagi,semua cerita pasal wanita idaman diorang.Still,usik aku pulak.Aku mula-mula buat malas,bila dah aku tak tahan,terus aku tebukkan hati diorang dengan ayat Clorox aku ni.

"Alah,bukannya cantik pun....Kat Pasir Mas berlambak!"

Apa sebenarnya ni?

Well,kisah ini start bila member2 aku start cakap dan debate siapa perempuan paling cantik di Malaysia.Nak pendekkan blog,semua setuju,Neelofalah yang paling cantik di Malaysia.Di akhir ceritanya,diorang tanya aku.....


"Ustak,(nama glamor)kau rasa Neelofa cantik tak?"

"Sape tu?Tak kenal la..."jawab aku selamba.

"Bohonglah tak kenal,satu Malaysia kenal Neelofa tu sape!Dia cantiklah Ustak!"

"Cantik ke?Taklah...."malas nak layan.....

"Wey kau ni biar betul...Dia tu cantik,kau cakap tak cantik pulak!"(marahlah tu)



Apakah maksud aku cakap Neelofa tak cantik?Sebelum itu,buat sesiapa yang minat Neelofa ,rasanya dah marah dah tu.Ok,ok,memang dia cantik ,tapi.........

Yang minat tu tengoklah puas2








Tapi kan,aku rasa banyak dah jumpa la type nie sepanjang aku hidup.Eh,eh betul ke kau ni.

Bukan aku tak suka,tapi.......

Siapalah aku ini di matamu.HAHAHHAHAHA.....jiwang lak!

Aku ini sebenarnya bukan jenis yang suka pikir benda-benda macam ni.Bukannya jodoh itu kita nak lepak sehari dua aje,kita kalau boleh nak hidup sampai akhir nanti,Hingga Akhir Nanti.....

Kelakar juga pikir,aku dan Neelofa?Jangan nak berangan lebihlah,dosa nanti lebih dapat.Nanti semua cakap aku poyo,perasan lagi.Takdelah,kalau setakat orang macam aku ni,baik perempuan lari cepat2 sebab aku ni spesies King Kong.Jalan tu bergegar bumi,dahlah hitam.Muka pun jangankan hero Hindustan,hero Tamil pun takde gaya!

Well,in my family,the man eye's should not being stalker or feel in love for woman as you want to make them for your only pleasure.Me ,with my brother always thought this.Although my brother are truly a lady killer,he doesn't use that title to be a casanova or playboy, but he always are too shy in front of girls.Now,he is married guy and blessed with a daughter.

Aku ini sebenarnya nakal juga masa sekolah menengah dulu,tapi itu dululah.Sekarang aku dah tahu dan lebih berhati-hati.

Sentuh soal kahwin,aku lebih senang bayangkan bahawa aku ini jenis kahwin lewat.Sebab,aku ini bukannya spesis yang wujud dalam Ombak Rindu ,Azura apa semua itu.Apalah ada pada aku,hanya Nyanyian Dalam Sepi.....

At least,biarlah ada cukup bekalan agama dan harta juga sebelum start fikir semua itu.Susah juga nak cari wanita yang melihat aku macam cukup ciri2 suami solehah walaupun muka macam David Arumugam.Sekarang ini pun,wanita di Malaysia lebih demanding berbanding dahulu.Adakah Neelofa akan pilih aku atau Datok jika diberi pilihan?Kesian Neelofa,jadi mangsa.

Aku faham,bukan semua perempuan macam itu,cuma kalau dah banyak sangat yang begitu,susah juga nak tahu.Aku pun bukanlah lelaki yang terbaik.

Jadi,bagi aku,aku lebih bersikap menunggu sebab kahwin ni bukannya kau boleh main-main.Itu bukannya kompromi,tetapi komitmen.Mungkin dah tua sikitlah baru aku terfikir benda2 tu semua.Aku perlukan fokus terhadap aku dahulu.Pada tanggapan akulah,keadaan perempuan di Malaysia adalah sangat bertuah walaupun mostly takdelah cantik sangat sebenarnya,tapi dah boleh demanding tinggi.Kalau aku check kat negara lain-lain pun,lagi ramai yang cantik tapi semua dah tahu bahawa cantik itu luaran aje,yang inner kita lagi penting.

Kahwin campur?Tanggungjawabnya lebih besar dan kalau poket rasa tebal sangat ,bolehlah.

Sekarang,bila aku menjenguk trend perkahwinan  di Malaysia,sebenarnya saham lelaki Melayu sudah turun dan jatuh kategori "tak guna".Apasal aku cakap macam ni walaupun aku lelaki?Sebab aku tengok lelaki Melayu ni,kokoknya hebat berkumandang,tapi kalau masuk reban,takde apa-apa pun.Maksudnya adalah banyak orang yang aku tengok bajet macam laku,tapi hakikatnya takde apa-apa pun nak dibanggakan.

Eloklah mengambil resmi padi ,semakin tunduk,semakin berisi.Biar sikit benda yang orang tahu,tetapi Allah lebih Maha Mengetahui.Itulah jati diri aku sebenarnya.

Aku mengaku,muka aku lagi buruk pada Usher.Tapi.kurang-kurang aku bukan 50 Cent yang jadi gangster tu.Nak suruh aku poket tebal macam Bill Gates,memang tak dapatlah,elok tunaikan yang wajib dan perlu sahaja.Habis apa yang ada?Aku tetap aku....HhaHA memain pulak.

Kat Kelantan pun satu perkara yang aku perasan di kalangan perempuan baya2 aku,banyak nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan sebab kata kat sana,perempuan lagi mendapat keutamaan.Kalau setakat cerita konsep materialis,aku tak suka sebab aku ni orang yang berekonomi sosialis.Sosialis lebih memilih keutamaan dan pastinya benda 2 biar kena dengan kitalah.Well,kalau aku kaya pun sebab kikis harta isteri ,tak bangga pun....

Pada dasarnya,aku memahami bahawa sekarang kahwin ini dah macam mainan,kau nak baling ,kau nak lempar senang sangat.Aku ini pun dah rasa hidup dalam keluarga yang berpecah belah ini tau!Jadi aku memang sangat berhati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali.

Tak salah minat kat seseorang,tapi tengoklah diri kita dulu.Kalau kita sendiri pun masih dalam tak stabil lagi,tak payahlah cuba-cuba.Kononnya kahwin ikut Sunnah Nabi,habis kalau cerai tu Sunnah ke?Ingat-ingatlah diri...


Neelofa cantik ke tak nie?Senang cerita lah,manusia nie banyak ragamnya.Aku jer cakap tak cantik,entah berapa ramai lagi seronok cakap dia cantik.Manusia itu lain-lain, tak sama.

Dalam Ramadhan yang tiba ke hujungnya,mesti banyak kenduri kahwin kan?Kalau dijemput aku pergi kalau ada kesempatan.Aku pun tumpang happy.Namun,kalau ada yang tanya bila aku nak kahwin/tak ada awek ke,nampak sangat yang tanya tu nak kahwin lagi(tengoklah siapa tanya,tu pun kalau tanya ikhlas,bukan nak mengejek).Gatal!Janganlah jadi poser sangat ok?

Sudah!Sudah!
Aku tak minat!Aku tak minat!

 Couple tu dah nampak sangat haramnya.Ikut jelah cakap Ustaz Azhar Idrus tu,banyakkan bersabar dan teruskan meneliti calon-calonnya hahhahaha.





















Sunday 22 July 2012

Ramadan:Myself.

Wau!

Rasanya kali ini aku ingin nak menjelaskan bahawa sudah genaplah usia laman blogspot milik aku ni.Hahaha....bangga juga dah sampai setahun juga aku terus menulis sedikit sebanyak pasal "illustrasi kehidupan " ini.Memang aku mengaku,aku tak terer macam Brader Nizarazu dengan isu-isu tapi rasanya kalau aku sampaikan kisah hidup aku buat renungan semua readers,rasanya takdelah teruk sangat.

Dari masa aku menulis ini,dah masuk 2hb Ramadan kan?Mestilah semua tahu kan dengan itu,kita semua wajib berpuasa.Bukan setakat tahan lapar dahaga aje,nafsu serakah kita pun kenalah tahan juga.

Dalam usia aku ini,puasa itu dah rasa okey je,sebab aku masih sihat walaupun badan aku  banyak menerima kesakitan dan masih ada wang untuk beli apa yang aku mahu makan.Aku pun rasa agak tenang dengan kehadiran bulan yang mulia ini.

Start dari bersahur,aku makan secukupnya untuk pastikan aku tak akan begitu kelihatan letih untuk menjalani ibadah puasa.Apa yang penting ialah,aku pastikan aku banyak minum air kosong untuk terus keep-up sepanjang hari.

Aku pun agak terkesima dengan Ramadan ini kerana buat kali pertama dalam umur aku,aku telah jadi imam untuk solat tarawih.Bukan apa,masjid dari rumah aku sangat jauh dan perjalanannya bahaya.Jadi,member-member aku semua sepakat uk buat solat jemaah tarawih kat umah aje.Aku pulak jadi imam terjun.Memanglah susah sebab selalu terjadi,kita datang tarawih ,ikut imam masjid aje,terus tak peduli semua pasal hukum hakam tarawih ini.Aku pun tengok helaian Quran aje masa imamkan solat.Nampak sangat tak ingat bacaan.

Buat kali pertama juga,bazar Ramadan dekat aje ngan umah aku.Jalan kaki aje.Tapi peniaga tak ramai lagi awal-awal ni.Susah nak cari makanan yang best nie.Tapi dapat juga aku rezeki sebab aku beli nasi lemak lauk telur dan ayam dan air strawberi dan durian belanda.Aku baru minum air durian belanda itu,nak buat ubat ubati perut aku.Oklah sikit skang.

Ada juga bahagian tak best nie.Kakak aku bagitahu dekat kampung,rumah aku diceroboh dan bapa aku dituduh buli budak kampung sebelah.Memang langsi betul lah.Tapi,aku lebih senang nak rilek2 sebab dah tahu dah penyudahnya.(Rujuk "Memang aku marah,tapi.....")Orang yang sama,modus operandi yang sama dan juga kebodohan,kegilaan dan juga sikap pengecut yang sama.Mentang-mentang aku takde kat rumah,berani pulak dia.Beginilah semua,aku nak balik kampung dan buat cover report supaya kalau aku tiba-tiba diserang atau dipukul,polis dah faham situasi aku in case aku bertindak ganas dan start mencederakan orang.Opss,ini bukan blog gangster yer.

Maha Suci Allah yang memberi aku gembira dan duka.Tetapi sebenarnya hidup aku takdelah teruk sangat sebab aku tetap ada duit walapun sikit,dan aku ader dapat sedikit perangsang dari member2 aku di Poli.Tanpa disangka, diorang mengharapkan aku berubah menjadi insan yang lebih baik berbanding dari dahulu.Aku terharu sebab dah lama study di Poli,baru aku tahu apa kemahuan member-member terhadap aku.Sebelum ini,aku jenis cold dan langsung tak peduli sesiapa. Sekarang baru aku sedar,sikap sebegini tak bagus bagi orang Islam.

Apa-apa pun buat friend aku dalam blog ni,aku ucapkan


 SELAMAT BERPUASA DENGAN SELAMAT DAN SENANG HATI.




Thursday 5 July 2012

Memang aku marah,tapi....



Wahhhaaa..........

Nampak sangat aku nie jenis malas nak update blog,maklumlah asyik main-main aje.Rasanya baru-baru memanglah tak best sangat kan,nanti ade benda-benda lain bolehlah aku cerita.

Isu kali memang  berlaku pada aku .Suka ke tak bolehlah kalian jenguk-jenguk dulu.

Angry?

YES!IM ANGRY MAN!!


Nak dipendekkan cerita,sikap ini bukannya baik sangat,cuma kadang-kadang,manusia yang tak paham bahasa cuma dapat disedarkan dengan menaikkan suara sehingga mampu mencapai 80 desibel iaitu sekuat bunyi kereta api,denyutan jantung mencapai kadar 100 ke atas setiap saat,dan mengeluarkan kata-kata ancaman atau teguran yang sangat mengerikan.Cuma ,kisahnya agak terbalik sikit.......


Sekarang ini keluarga aku sedang berkrisis kerana dosa seseorang yang tak nak mengaku bahkan bertindak marah macam aku juga.Bezanya,bukan sahaja perkara di atas berlaku,tetapi bayangkan betapa bodoh dan biadapnya manusia mampu jadi kalau marah kerana nak lindungi salah sendiri dan menuduh orang lain sesuka hati.

Pertama,insan itu sebenarnya bekas suami mak saudara aku.Dia didapati menduakan mak saudara aku dengan berzina dengan isteri orang dan tak terlepas ,anak dara orang.Aku tak malu cerita kat korang sebab aku nak korang tahu,walaupun Malaysia memang aman sebab tak berperang,rupanya ada lagi manusia yang sangat kejam dan berhati binatang wujud.Aku sendiri kenal isteri siapa yang menjadi mangsanya.

Dia tidak mahu mengaku bahkan menuduh keluarga aku melakukan fitnah.Apa nie,ingat keluarga aku bodoh sangat.Mak saudara aku pergi sendiri check skandal binatang itu di hospital.Dengan bantuan Sister kat hospital,ada bayi yang didaftarkan atas nama binatang itu.Ada anak luar nikah pulak.Pada mulanya,aku sendiri nampak dia keluar dengan perempuan,tapi aku tak syak apa-apa sebab kawan dia ada kat situ,jadi aku rasa tu anak perempuan kawan dia la.Bila abang aku sendiri yang tengok,ternyata dia lebih cekap dan tahu daripada aku.Abang aku yang bagitahu kecurangan binatang itu kat mak saudara aku.Bergolaklah rumahtangga diorang.Tapi,kalau dah salah tu mengaku ajelah,duduk diam-diam.Tapi,binatang itu terlebih dahulu pergi beritahu orang kampung cakap mak akulah hasut supaya diorang bercerai.

Siapa nak hidup bersama binatang?Sudahlah berzina,binatang itu telah bertindak ugut orang kampung dan bercadang nak belasah semua orang kampung aku.Namun,dia mula menjadi bacul apabila dia tahu,orang kampung lain nak tembak dia kalau dia datang.Dia pukul mak saudara aku dan mula hasut anak-anak dia supaya menyalahkan mak saudara aku.Bukan anak dia tak tahu,tetapi diorang semua pengecut kerana takutkan seorang pendosa besar,ayah mereka katanya.Ayah aku pula terus kata aku bodoh.Tanpa disedari,mulut aku akhirnya memaki kembali dirinya walaupun aku tahu,memaki ibubapa adalah berdosa,masakan aku boleh berdiam diri apabila kejahatan terang-terangan disokong?

Asyik telefon tiap-tiap malam maki hamun mak saudara aku.Pada satu pagi,ditakdirkan aku yang jawab talifon.Aku tanya elok-elok,tiba-tiba binatang itu memaki aku pula.Tak cukup dengan itu,dia datang ke rumah aku dan mengugut mahu memukul aku.

SIAPA TAK MARAH!!

MEMANG AKU MARAH ,TAPI................


Pertama,aku tidak risau kerana orang yang menyalahkan orang lain atas kesalahannya ialah PENGECUT.Kononnya binatang ini jaguh silat,tetapi semua orang kampung tahu bahawa dia tak pernah bertanding menentang lawan yang lebih besar dan gagah darinya.Badan aku jauh lebih besar daripadanya.Datang marah -marah kat rumah,overlah sebab mak dan adik beradik aku takde masa itu.Bayangkan,kalau dia tengok mak aku tercegat depan pintu,mesti dia lari punya.Abang aku lagilah dia nak lari sebab abang aku askar......kakak-kakak aku semua jururawat,kalau aku cedera pun,boleh terus ke hospital ,tak payah bertemu janji.,masuk je ,rawat terus.Takdelah drama mati secara tragis itu kalau dah datang berubat awal-awal(Semua itu ketentuan Allah).

Kedua,memang dia ugut nak pukul aku,tetapi rupanya jauh panggang dengan api.Aku menunggu dengan sabar menanti kehebatan binatang ini,tetapi rasanya sudah setahun sejak dia mengugut hendak memukul aku.Negara Malaysia ada undang-undang yang cukup bagi binatang yang mengganggu ketenteraman awam seperti dia ini.Hebat ke kalau nama dah ada sekali dalam rekod polis? Memanglah seronok sangat kan panggil aku ini anjing,aku ini siswa pengajian tinggi.Sijil penyertaan Karate aku pun tersergam indah lagi.Bagi pengamal Karate,kami tidak dibenarkan memulakan pergaduhan dahulu kerana Karate cuma seni mempertahankan diri ,tak lebih pada itu.


Ketiga,walaupun semua saudaranya menyokong termasuk anaknya malahan yang meyedihkan ayah kandung aku sendiri,mereka semua menyokong membuta-tuli tanpa menyedari apa berlaku.Mereka semua melindungi kejahatan dan sentiasa berusaha menghapuskan kebenaran.Tetapi,aku yakin,kebenaran jualah akan menang!


Nak pukul aku?Adakah kerana aku tak suka bergaduh,tak ada sijil silat,asyik bersabar dan buat tak tahu,boleh aje binatang itu memanggil aku anjing?Kawan,bukan aku nak menunjuk,tetapi,semua rakan-rakan aku dari seluruh Malaysia bersedia turun padang hanya untuk membantu aku.Abang aku juga telah memberi amaran kepada binatang itu,andainya dia menyentuh aku atau mana-mana ahli keluarga aku,semua polis,askar akan mengepung rumahnya untuk menangkapnya.

Aku faham,sebagai seorang Muslim,tatkala ditimpa musibah,jangan kita terbawa-bawa dengan perasaan marah semata-mata.Sesungguhnya marah itu berasal dari iblis.Iblis akan bertepuk tangan gembira sekiranya manusia berkelahi dan berbunuhan antara satu sama lain.Hukum Islam juga mengesahkan sekiranya aku bunuh binatang itu,aku mendapat ganjaran pahala yang besar kerana membunuh penzina yang telah berkahwin.Namun,adakah aku ini akan dipuja?Tidak!Dengan segala penipuan hanya untuk sensasi dan melariskan akhbar atau berita,sudah tentu aku digelar pesalah sewenang-wenangnya.Parti politik yang yang asyik hebat mendedahkan keburukan satu sama lain akan mula terpanggil  nak menempa nama,bukan membantu saudara seagamanya yang dalam kesusahan andainya aku terburu-buru.Tetapi,aku tetap menyimpan harapan,hudud yang setakat jadi modal politik bolehh betul-betul wujud dengan penggubalan akta oleh sang pemerintah,tak kiralah pihak mana pun.Kalaulah nenek Cina yang aku jumpa masa nak beli kunci mangga yang bukan Islam pun sokong kalau pencuri dipotong tangan secara Islam,macam mana pula dengan kita yang memang total Islam?

Bagi aku,kuasa mengambil nyawa bukan milik aku.Itu milik ALLAH yang berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.Memandangkan kalau bunuh orang walaupun nampak macam adil,tertakluk hukum dunia lagi.


Kepada Allah,aku menyerahkan hal ini di bawah kuasa-Nya.Tiada apa yang memudaratkan kecuali dengan izin Allah.

Dalam soal ayah aku,aku tetap hormatinya tetapi bukan bermakna dia boleh meminta aku tunduk kepada kejahatan!

Dan,semoga cerita pendek ini dapat memberi pengajaran kepada kita sebab rupa-rupanya,mak saudara aku telah berkahwin lari ke Siam semasa muda dengan binatang itu tanpa restu nenek.Inilah apa yang dipanggil sebagai tiada keberkatan.Apa boleh buat kalau sudah nasi menjadi bubur.

Walaupun nenek telah pulang ke Rahmatulllah,aku percaya nenek sudah memaafkan mak saudara aku.Nenek juga telah pergi dengan tenang tanpa sebarang penyesalan.Mungkin bagi binatang itu,nenek aku masuk neraka,tetapi siapakah dia untuk memilih ketentuan takdir!Aku sendiri pun tidak tahu sama ada syurga atau neraka,bagaimana dia tahu?

Aku bukan meminta simpati ,tetapi seandainya kalian mampu berdoa untuk kesejahteraan keluarga aku,rasanya itu sudah lebih pada cukup buat aku,hamba Allah yang hina -dina ini.

Berhati-hatilah kepada semua yang baca blog aku ini.Binatang itu zahirnya baik,siapa sangka dialah seorang penzina dan pendusta besar.Aku tak akan dedahkan namanya,cukup sahaja kalau korang sedar,wujudnya manusia yang sebegini tak kira di mana-mana pun.


P/s:INi kisah benar.Tetapi cerita ini hanya untuk luahan rasa,bukannya hasutan.Aku berterima kasih dan bersyukur sekiranya cerita aku ini ada pengajaran buat semua.Semoga Allah merahmati semua orang.

Monday 14 May 2012

Kenapa saya suka tengok filem Kollywood?


Assalamualaikum!

Vanakkam!

Maybe post ni agak lawak dan "mengerikan" pada sesetengah orang.Tapi aku tak kisah,janji korang ni optimis.

Pada zaman sekarang,budak-budak baya-baya kita suka menonton filem.Tak kisahlah kan kat mana-mana,streaming ke,wayang ke,DVD player ke.Aku jamin rasanya filem yang paling dapat sambutan ialah filem Hollywood.Kena-kena pulak yang ada CGI.

DEY!Habis Kollywood tu menata apa?

Buat semua peminat filem ,apakata kita tambahkan satu lagi wood untuk diingat.Kollywood ini adalah istilah untuk merujuk kepada industri perfileman Tamil di India.Pusat bagi pengembangan Kollywood ini asalnya di negeri Tamil Nadu yang terletak di tenggara India.Buat pengetahuan kita semua,industri Kollywood dah bertapak selama 70 tahun.Lama juga kan.

Sejarah filem di India ini bermula dengan zaman kolonial British.British telah memperkenalkan seni wayang gambar kepada rakyat India bertujuan untuk propaganda pada asalnya.Tetapi,semua budayawan India tidak mahu kebudayaan mereka pupus kerana propaganda ini.Di sinilah bermulanya usaha memurnikan semula budaya mereka yang semakin terhakis.Awal-awal perfileman tamil lebih kepada kisah -kisah epik Hindu seperti Mahabhrata(salah eja jangan marah ye) dan Gita.Bila zaman India nak merdeka,filem-filem kemasyarakatan pula diangkat naik.Industri ketika ini dimeriahkan oleh  pelakon-pelakon yang sangat dipuja sehingga sekarang iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.


MGR

Sivaji Ganesan



Zaman-zaman 60 an sehingga 90 an menyaksikan banyak juga pelakon yang terus mendapat tempat di hati peminat filem Kollywood ini.Mula berlakon,memanglah nampak sangat canggung,tetapi lama-lama jadi terbaik macam betul-betul pulak.Antara pelakon yang top jugaklah sepanjang era nie ialah:

Rajnikanth
Vijay
Prabhu
Prabhu Deva
Vijayakanth



Masuk alaf baru,saham Kollywood dah meningkat naik jugalah sampai orang yang bukan berbahasa Tamil pun nak berlakon juga.Orang Islam pun ada.

Mammothy.Dia ini star filem Bahasa Malayalam.

Ajith ni memang boleh berlakon filem Kollywood dan juga Bollywood.

Kamal Hassan



Sekarang nie,Kollywood nampak dah utamakan bintang baru serta bakat muda.Refreshment la katakan.Ada juga yang time 90 an nampak tak hot,tapi sekarang bukan main lagi.Antaranya...

Surya
Arjun rasanya kalau tak silap

Karthik
Vikram



Wah,macam pro pulak aku nie.Tapi mesti ada yang tertanya-tanya apalah hebatnye filem Kollywood nie?

  1. Filem Kollywood ini membawa peminatnya rasa dekat dengan filem sebab kekadang story satu filem itu pernah berlaku dalam hidup penonton.Ada filem kisah benar pengidap AIDS,filem kesusahan hidup rakyat,filem yang ada political trick dan memacam lagi.Filem kisah si buta pun ada.
  2. Nampak aje dalam filem miskin,kotor dan sebagainya tapi kemeriahan dalam filem tetap terasa.Mana taknya ,kalau ada upacara kahwin misalnya,semua nak menari.Jogetnya pula woiiii,macam tak ingat dunia!
  3. Filem Kollywood ada juga bertemakan isu sosial yang agak sensitif kalau diucapkan di negara Malaysia seperti isu perselisihan agama,politik darah dan besi,masalah ras keturunan/kasta.Rasanya Malaysia ada filem isu2 macam ini,sah banned terus!
  4. Sapa kata heroin Kollywood tak cantik?Tengoklah sendiri!
  5. Sesetengah adat diorang ni pelik dan unik juga.Ada satu filem itu ,lelaki kahwin pokok pisang!
  6. Lawak jenaka kekadang agak mengerikan.Mana tidaknya,suruh cari barang,tak tahu barang apa,tapi kalau tak cari,kena tetak dengan parang!
  7. Sebelum hero kahwin,memang malu-malu je jumpa heroin.Lepas kahwin,dah macam temasya pula.Itu bukti bahawa semua masyarakat menggalakan perkahwinan.Dah kahwin ,ikutlah nak ke mana pun,takde sape melarang.
  8. Penjahat semua pun memang terserlah kejahatannya.Sanggup bom orang!Tetak!
  9. Hero pun semuanya ada otak walaupun tak sekolah tinggi.Kalau yang berpangkat,semuanya merendah diri dan paling penting,skill lawan memang kaw-kaw!
  10. Tak hensem,kurang lawa pun boleh berlakon filem apa!



Pelakon filem Veerasamy.Hah,sapa kata aku tak boleh berlakon ha?

So,sebenarnya aku bukan nak bawa 1Malaysia ke apa ke,tapi kan,ini cuma minat aku jer.Tak kisahlah ada yang tak minat.Minat tu masing-masing la kan.Baik aku tengok filem macam ni dari balik-balik cerita hantu,cerita budak setan,ombak tak ombak.Dah nak buat macam mana,takde teladan langsung!

Aku tak rendahkan martabat filem Malaysia,cuma kalau asyik tunjuk benda kurang sihat pun tak bagus juga.Ada juga filem Malaysia yang bagus macam Bilut,Embun,Bukit Kepong.Yang aku pasti,filem Tan Sri P.Ramlee memang terbaik!!


Sebenarnya,Tan Sri P.Ramlee juga meminati Sivaji Ganesan.

p/s:Kalau ada silap-silap sikit,sorilah.Ini ringkasan cerita aje....Teruskan bersikap optimistik.