Thursday 5 July 2012

Memang aku marah,tapi....



Wahhhaaa..........

Nampak sangat aku nie jenis malas nak update blog,maklumlah asyik main-main aje.Rasanya baru-baru memanglah tak best sangat kan,nanti ade benda-benda lain bolehlah aku cerita.

Isu kali memang  berlaku pada aku .Suka ke tak bolehlah kalian jenguk-jenguk dulu.

Angry?

YES!IM ANGRY MAN!!


Nak dipendekkan cerita,sikap ini bukannya baik sangat,cuma kadang-kadang,manusia yang tak paham bahasa cuma dapat disedarkan dengan menaikkan suara sehingga mampu mencapai 80 desibel iaitu sekuat bunyi kereta api,denyutan jantung mencapai kadar 100 ke atas setiap saat,dan mengeluarkan kata-kata ancaman atau teguran yang sangat mengerikan.Cuma ,kisahnya agak terbalik sikit.......


Sekarang ini keluarga aku sedang berkrisis kerana dosa seseorang yang tak nak mengaku bahkan bertindak marah macam aku juga.Bezanya,bukan sahaja perkara di atas berlaku,tetapi bayangkan betapa bodoh dan biadapnya manusia mampu jadi kalau marah kerana nak lindungi salah sendiri dan menuduh orang lain sesuka hati.

Pertama,insan itu sebenarnya bekas suami mak saudara aku.Dia didapati menduakan mak saudara aku dengan berzina dengan isteri orang dan tak terlepas ,anak dara orang.Aku tak malu cerita kat korang sebab aku nak korang tahu,walaupun Malaysia memang aman sebab tak berperang,rupanya ada lagi manusia yang sangat kejam dan berhati binatang wujud.Aku sendiri kenal isteri siapa yang menjadi mangsanya.

Dia tidak mahu mengaku bahkan menuduh keluarga aku melakukan fitnah.Apa nie,ingat keluarga aku bodoh sangat.Mak saudara aku pergi sendiri check skandal binatang itu di hospital.Dengan bantuan Sister kat hospital,ada bayi yang didaftarkan atas nama binatang itu.Ada anak luar nikah pulak.Pada mulanya,aku sendiri nampak dia keluar dengan perempuan,tapi aku tak syak apa-apa sebab kawan dia ada kat situ,jadi aku rasa tu anak perempuan kawan dia la.Bila abang aku sendiri yang tengok,ternyata dia lebih cekap dan tahu daripada aku.Abang aku yang bagitahu kecurangan binatang itu kat mak saudara aku.Bergolaklah rumahtangga diorang.Tapi,kalau dah salah tu mengaku ajelah,duduk diam-diam.Tapi,binatang itu terlebih dahulu pergi beritahu orang kampung cakap mak akulah hasut supaya diorang bercerai.

Siapa nak hidup bersama binatang?Sudahlah berzina,binatang itu telah bertindak ugut orang kampung dan bercadang nak belasah semua orang kampung aku.Namun,dia mula menjadi bacul apabila dia tahu,orang kampung lain nak tembak dia kalau dia datang.Dia pukul mak saudara aku dan mula hasut anak-anak dia supaya menyalahkan mak saudara aku.Bukan anak dia tak tahu,tetapi diorang semua pengecut kerana takutkan seorang pendosa besar,ayah mereka katanya.Ayah aku pula terus kata aku bodoh.Tanpa disedari,mulut aku akhirnya memaki kembali dirinya walaupun aku tahu,memaki ibubapa adalah berdosa,masakan aku boleh berdiam diri apabila kejahatan terang-terangan disokong?

Asyik telefon tiap-tiap malam maki hamun mak saudara aku.Pada satu pagi,ditakdirkan aku yang jawab talifon.Aku tanya elok-elok,tiba-tiba binatang itu memaki aku pula.Tak cukup dengan itu,dia datang ke rumah aku dan mengugut mahu memukul aku.

SIAPA TAK MARAH!!

MEMANG AKU MARAH ,TAPI................


Pertama,aku tidak risau kerana orang yang menyalahkan orang lain atas kesalahannya ialah PENGECUT.Kononnya binatang ini jaguh silat,tetapi semua orang kampung tahu bahawa dia tak pernah bertanding menentang lawan yang lebih besar dan gagah darinya.Badan aku jauh lebih besar daripadanya.Datang marah -marah kat rumah,overlah sebab mak dan adik beradik aku takde masa itu.Bayangkan,kalau dia tengok mak aku tercegat depan pintu,mesti dia lari punya.Abang aku lagilah dia nak lari sebab abang aku askar......kakak-kakak aku semua jururawat,kalau aku cedera pun,boleh terus ke hospital ,tak payah bertemu janji.,masuk je ,rawat terus.Takdelah drama mati secara tragis itu kalau dah datang berubat awal-awal(Semua itu ketentuan Allah).

Kedua,memang dia ugut nak pukul aku,tetapi rupanya jauh panggang dengan api.Aku menunggu dengan sabar menanti kehebatan binatang ini,tetapi rasanya sudah setahun sejak dia mengugut hendak memukul aku.Negara Malaysia ada undang-undang yang cukup bagi binatang yang mengganggu ketenteraman awam seperti dia ini.Hebat ke kalau nama dah ada sekali dalam rekod polis? Memanglah seronok sangat kan panggil aku ini anjing,aku ini siswa pengajian tinggi.Sijil penyertaan Karate aku pun tersergam indah lagi.Bagi pengamal Karate,kami tidak dibenarkan memulakan pergaduhan dahulu kerana Karate cuma seni mempertahankan diri ,tak lebih pada itu.


Ketiga,walaupun semua saudaranya menyokong termasuk anaknya malahan yang meyedihkan ayah kandung aku sendiri,mereka semua menyokong membuta-tuli tanpa menyedari apa berlaku.Mereka semua melindungi kejahatan dan sentiasa berusaha menghapuskan kebenaran.Tetapi,aku yakin,kebenaran jualah akan menang!


Nak pukul aku?Adakah kerana aku tak suka bergaduh,tak ada sijil silat,asyik bersabar dan buat tak tahu,boleh aje binatang itu memanggil aku anjing?Kawan,bukan aku nak menunjuk,tetapi,semua rakan-rakan aku dari seluruh Malaysia bersedia turun padang hanya untuk membantu aku.Abang aku juga telah memberi amaran kepada binatang itu,andainya dia menyentuh aku atau mana-mana ahli keluarga aku,semua polis,askar akan mengepung rumahnya untuk menangkapnya.

Aku faham,sebagai seorang Muslim,tatkala ditimpa musibah,jangan kita terbawa-bawa dengan perasaan marah semata-mata.Sesungguhnya marah itu berasal dari iblis.Iblis akan bertepuk tangan gembira sekiranya manusia berkelahi dan berbunuhan antara satu sama lain.Hukum Islam juga mengesahkan sekiranya aku bunuh binatang itu,aku mendapat ganjaran pahala yang besar kerana membunuh penzina yang telah berkahwin.Namun,adakah aku ini akan dipuja?Tidak!Dengan segala penipuan hanya untuk sensasi dan melariskan akhbar atau berita,sudah tentu aku digelar pesalah sewenang-wenangnya.Parti politik yang yang asyik hebat mendedahkan keburukan satu sama lain akan mula terpanggil  nak menempa nama,bukan membantu saudara seagamanya yang dalam kesusahan andainya aku terburu-buru.Tetapi,aku tetap menyimpan harapan,hudud yang setakat jadi modal politik bolehh betul-betul wujud dengan penggubalan akta oleh sang pemerintah,tak kiralah pihak mana pun.Kalaulah nenek Cina yang aku jumpa masa nak beli kunci mangga yang bukan Islam pun sokong kalau pencuri dipotong tangan secara Islam,macam mana pula dengan kita yang memang total Islam?

Bagi aku,kuasa mengambil nyawa bukan milik aku.Itu milik ALLAH yang berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.Memandangkan kalau bunuh orang walaupun nampak macam adil,tertakluk hukum dunia lagi.


Kepada Allah,aku menyerahkan hal ini di bawah kuasa-Nya.Tiada apa yang memudaratkan kecuali dengan izin Allah.

Dalam soal ayah aku,aku tetap hormatinya tetapi bukan bermakna dia boleh meminta aku tunduk kepada kejahatan!

Dan,semoga cerita pendek ini dapat memberi pengajaran kepada kita sebab rupa-rupanya,mak saudara aku telah berkahwin lari ke Siam semasa muda dengan binatang itu tanpa restu nenek.Inilah apa yang dipanggil sebagai tiada keberkatan.Apa boleh buat kalau sudah nasi menjadi bubur.

Walaupun nenek telah pulang ke Rahmatulllah,aku percaya nenek sudah memaafkan mak saudara aku.Nenek juga telah pergi dengan tenang tanpa sebarang penyesalan.Mungkin bagi binatang itu,nenek aku masuk neraka,tetapi siapakah dia untuk memilih ketentuan takdir!Aku sendiri pun tidak tahu sama ada syurga atau neraka,bagaimana dia tahu?

Aku bukan meminta simpati ,tetapi seandainya kalian mampu berdoa untuk kesejahteraan keluarga aku,rasanya itu sudah lebih pada cukup buat aku,hamba Allah yang hina -dina ini.

Berhati-hatilah kepada semua yang baca blog aku ini.Binatang itu zahirnya baik,siapa sangka dialah seorang penzina dan pendusta besar.Aku tak akan dedahkan namanya,cukup sahaja kalau korang sedar,wujudnya manusia yang sebegini tak kira di mana-mana pun.


P/s:INi kisah benar.Tetapi cerita ini hanya untuk luahan rasa,bukannya hasutan.Aku berterima kasih dan bersyukur sekiranya cerita aku ini ada pengajaran buat semua.Semoga Allah merahmati semua orang.

No comments:

Post a Comment