Sunday 30 June 2013

Saya Bukan Ustaz tapi Orang Panggil Ustaz

Rasanya kes macam ini jarang2 berlaku tetapi dalam dua tiga kali dalam beberapa tahun. Pernahkah kita atau orang lain digelar pak ustaz, ustazah? Atas dasar apa mereka digelar ustaz? Tambahan pula, yg digelar itu bukanlah ustaz sebenar yang terdidik dalam lulusan agama dan ditauliahkan sijil?

Ya, sebenarnya gelaran ini adalah yang salahguna untuk ejek orang sebab orang itu nampak alim sikit2.Ada yang memuji. Dan selalu  dengar hujah, “ kau tu ustaz ke nak ceramah2kan aku?”. Dah disalaherti maksud ustaz itu sendiri. Secara umum, ustaz itu bermaksud orang yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian mengenai selok belok kefahaman tentang Islam. Namun, ustaz juga berperanan dalam mengukuh dan menegakkan agama Islam walaupun bidang kuasanya kelihatan kecil.

 sentiasa ingat bahawa panggilan kita kepada orang adalah doa. Sebab itu,  panggil orang dengan namanya yang paling tepat. Ada yang main potong nama atau jadi short form tetapi asalkan orang itu redha, tak mengapa. Ada yang panggil kawan dengan nama haiwan macam Jak Buaya, Fawwas Kucing, ini sebenarnya tak bagus. Dulu masa bebudak, sukalah panggil org macam tu, sekarang dah insaf huhu…

Bagaimana kalau orang panggil kita ustaz? Mungkin orang itu mendoakan kita agar jadi ustaz yang betul diakui ilmunya. Kawan kita yang nampak amalan ibadah kita lagi banyak panggil kita ustaz dengan harapan kita akan jadi ustaz untuk ajar dia agama suatu hari nanti. Kita patut bersangka baik walaupun mungkin ada yang salah guna panggilan ini untuk sesaja menganggu kita. Manalah tahu, mulut masin si polan itu, betul kita jadi ustaz.

Kekadang  bertanya apa maksud pejuang Islam ataupun pejuang Tuhan? Yelah kan, semua orang nak kata dia pejuang itu pejuang ini. Apa yang utama sekali?
Pejuang Tuhan yang benar seharusnya pejuang Islam. Betul tak?

Bila tengok orang sibuk nak perjuang itu, perjuang ini…adakah kita menyedari banyak dari semua yg dijuangkan bersifat fana, maya atau illusi?

Sebab itu syukur, banyak ustaz2 yang keluarkan ceramah melalui media sosial, Youtube dan sebagainya. Menghampiri ummat dengan cara terkini. Yang boleh diupload, diulang tayang beribu kali. Boleh ditonton melalui banyak akses sama ada Symbian mahupun Android hatta Microsoft sekalipun. Namun, yang pastinya, mesti kena hadir juga ke masjid, mendengar ceramah atau bacaan kitab sebab fadhilatnya lebih besar!

Susah juga bila dah terbeban dengan dunia tapi mesti diusahakan datang masjid. Datanglah walaupun mungkin niat iktikaf kejap.

Aku sebenarnya agak terkejut dengan seorang sahabat yang memang betul2 bersungguh2 belajar kitab dipondok dan seterusnya sebar pesan kebaikan di FB dan sebagainya. Maklumlah, dah kenal dari zaman sekolah, dulu tidaklah begitu. Mengapa sekarang? Timbul rasa curiga tiba2, itulah nasib orang jahil macam aku nie, orang berubah kearah yang baik pun takut,huhuhu…Memang boleh gelar ustazah ( dia perempuan ).
 
Ironinya, kita mudah terima isu,berita mahupun ceramah agama dari orang asing berbanding orang yang dah lama kita kenal. Macam aku sendirilah, member yg aku cerita ini kekadang pesan dia aku buat2 tak perasan. Bila aku tengok Reflection kat tv AlHijrah, Imam Shuaib Webb dari Amerika yang ceramah, aku dengar, angguk, selami dan memacam lagi… lalu cuba praktikkan.

Bendanya disini bukan maksud agama Islam yang dibawa oleh member aku itu salah , tapi itu kelemahan kami memasing. Si member mungkin bertutur dengan nada yang menyindir sangat sampai aku rasa lemah dan sakit hati, aku pulak iman lemah (sedey ), orang marah tegur pasal agama sikit mulalah tarik muka Rambo nak tembak orang. Lainlah Iman Shuaib Webb, dia Imam Besar di Amerika, susah2 masuk tv kat Malaysia nak ceramah, pakai English pulak tu, aku pun terus cair dengan petah lembut suara mengajak kearah kebaikan.

Manusia ni kan berbeza. Aku ni bukanlah  terbaik tapi usaha juga nak jadi baik. Tetapi bukanlah diharap gelaran ustaz, imam, ulama atau Tok Guru sekalipun.

Aku sedikit sebanyak ada rasa kesal di hati sebab Allah curahkan akli dan nakli dalam hati tetapi aku masih lemah imannn… Si member pulak berhempas pulas pergi talaqqi kitab, bermalam di pondok pengajian sorang2, pakai purdah yang hitam ( bagi aku kelihatan panas ) untuk cari ilmu agama dan kuat iman. Dia pernah dimarahi lect dia yg x suka dia pakai purdah.

Aku selalu baca kitab feqah yang arwah atuk tinggal. Aku merasa macam aku faham setiap apa yang ditulis walaupun tulisan yang lama gaya bahasanya. Aku cerita apa yang aku faham kat ustaz aku, dia kata apa yang aku faham tak salah….

Now, aku dinasihatkan oleh keluarga agar jangan terlalu kuat berfikir takut menyimpang. Aku cuma harap agar kelebihan ini tak akan hilang. Aku tak katalah aku dah power, tak payah dengar org mengajar, hanya aku mesti redha. Mungkin Allah nak aku beramal elok2, baru semua ini akan jadi berkat.

Bila orang panggil kita Ustaz, harap2 kita terima dengan redha dan haraplah agar perkataan itu ada berkat buat kita...















No comments:

Post a Comment