Tuesday 16 July 2013

Jangan Jadi Hamba Hawa Nafsu!!

Ramadhan memang menarik kerana kita dapat tengok sebahagian umat sudah kembali kepada fitrah asal. Lebih baik kalau hari2 begini, kan? 

Aku pun sebenarnya dah start check balik amal ibadah aku sebab aku rasa kekosongan sangat even kawan2, ahli keluarga tetap ambil berat, call setengah jam, update FB, WhatApps semua ada! Dan aku dapati, ruginya aku sebab banyak miss peluang ibadah. Maknanya aku masih terperangkap dgan duniawi ...
( Masyaallah, selamatkan aku )

Mari kita mula satu kisah..

Ada satu benda atau makhluk yang sememangnya degil dengan Allah SWT. Apa yang Allah perintahkan dia tak mahu buat. Dan bila dia disumbat dalam api neraka, barulah dia terhegeh- hegeh nak beriman. Siapakah dia?

NAFSU!!

Bukan Ahmad Nisfu ye, nafsu. 

Percayakan bahawa setiap satu kejahatan di dunia berpunca dari hawa nafsu? Sebenarnya kan , syaitan ( telah dirantai pada bermula Ramadhan ) hanyalah sebagai pencadang atau penggalak melakukan dosa atau kemungkaran. Tetapi manusia masih berupaya mengawal dengan akal dan imannya. Kalau akal tidak diasah dan iman pula dibiar lemah, tenggelamlah kita bermaksiat dan syaitan pula bergembira sebab tugasnya dah accomplished.

Dalam bulan Ramadhan, ternyata nafsu yang melampau akan mengurangkan berkah rahmat puasa kita. Rugi sangat kalau puasa sampai mata merah, jalan pun lambat, muka sembap, cakap pun berterabur tapi pahalanya sudah gone, hilang entah ke mana.

Perbuatan membazir adalah tidak baik. Kekadang pergi ke bazar, semuanya kita nak beli. Bila dah buka puasa, kenyang lepas tu makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Wah wah wah, sampai hati. Pembaziran ini adalah tidak ekonomik dalam jangka masa panjang dan menjadikan kita saudara syaitan free2 aje...

Pengaruh luaran telah mendesak belanja yang di luar kemampuan. Sibuk nak raya, terus nak tukar itu, tukar ini. Macam2 iklan disogok kepada kita untuk mendorong kita berbelanja. Bukan tak boleh, lihatlah kepentingan kita. 

Ada juga maksiat walaupun Ramadhan. Pernah ustazah aku beritahu, kalau buat jahat juga pada Ramadhan, maknanya orang itu sememangnya perlu diselamatkan sebab dia dah jadi hamba nafsunya sendiri. Tengok peribahasa Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

Ada juga nafsu yang baik. Ada orang yang datang ke masjid beriktikaf, diisi dengan segala macam amalan sunat. Solat Tarawikh juga dikerjakan habis lengkap semua. Tahajjud, Witir menjadi penyeri. Harap segala ini janganlah hanya bermusim sahaja. Ramadhan habis, terus tak mengaji al- Quran..... al - Quran nie penerang hidup jangan ditinggalkan...

Aku pun bukan kata terer tapi kan, amalan muhasabah diri kan bagus untuk kita. Mari kita sama2 tengok apa yang kita buat tak bagus, kita perbaiki. Tidak ada orang yang sunyi dari dosa dan yang paling terbaik ialah orang yang selalu bertaubat dan memperbaiki amalannya. 

Sedekah pada bulan puasa adalan tinggi ganjarannya. Jangan kikir atau bakhil sebabnya semuanya Allah yang punya. Kita sendiri juga adalah milik-Nya.

Nafsu ini bukan kata dia jahat penuh, tapi kalau kita mengawalnya, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Boleh sahaja kita hendak makan itu ini dan awas agar tidak membazir, biar cukup2 untuk kita sahaja. Belilah baju raya dan waspada, bimbang shopping sakan, takde pulak simpanan... Ingatlah saudara seIslam kita di tempat lain...

Kita makan sedap2, ada saudara kita dimakan bom, peluru dan bencana alam...
Kita shopping, ada saudara kita tak boleh beli apa2 sebab takde duit...
Kita tarawikh aman damai, ada saudara kita dibunuh ketika itu...
Kita ada keluarga menanti, ada saudara kita terus yatim...

Doakan semua saudara seIslam kita tabah dan selamat selalu.