Saturday 27 August 2011

Aidilfitri...Maknanya?

Humm....ape nak tulis nih..Oh ya!Terdapat satu perayaan bagi umat Islam sebagai tanda kesyukuran kerana telah berhempas pulas/bermalas-malas sepanjang bulan Ramadhan,menunaikan rukun Islam yg keempat(ini kata ustaz saya di sekolah lama).Namanya dalam Bahasa Inggeris cuma Eid, dalam Bahasa Melayu dan Arab khususnya,perayaan yg berlangsung pada 1 Syawal tahun Hijrah ialah Aidilfitri.

Semua orang Muslimin Muslimat,Mukminin Mukminat pastinya menanti2 hari ini mengalahkan hari2 yang lain.Kenapa ye?Adakah hari ini kita semua boleh enjoy sampai mati?Kita boleh bawak keta sesuka hati dan terus menempah pingat mati katak?Kita boleh main mercun sampai putus,hilang jari?Kita boleh datang rumah orang dan 'balun' kuih muih?Kita jalan2 shopping complex sampai tengah malam?Bayar saman?Kembali kepada kebatilan yg tiada sepanjang Ramadhan?Dan malas ibadah walaupun sekadar berzikir?(Belum qiamulail lagi tu...)......Ini cuma untuk mereka yang hanya merayakan Aidilfitri di bawah pengaruh duniawi!

Tiadalah pula dilarang berhibur pada pagi raya.Saya ada dengar satu riwayat hadis menyatakan Rasulullah SAW membenarkan hiburan di pagi raya sama ada nyanyian atau tarian tetapi mestilah tidak melampaui syariat Islam itu sendiri...Orang Arab juga gemar menari,tapi tkdelah sampai golek sana sini.dedah aurat dan bercampur lelaki perempuan tetapi budaya ini hanya wujud di kalangan Arab Badwi yang masih mengekalkan budaya lama mereka,berbanding org Arab jenis lain yang gemar tarian yg bukan2....Kita pun marah org nak joget Melayu,marah orang nak nyanyi nasyid,ghazal,nak berpantun,nak main silat,nak main muzik tradisional,nak hina org pakai Baju Melayu/Baju Batik,tapi kita suka ada benda maksiat depan kita......mat rempit,mat gam,mat gangster,mat zina,mat disko,mat mabuk,mat apa lagi?Geli Mat!!!!!!!!

Namun,Aidilfitri sebenarnya adalah tanda syukur kerana melepasi Cabaran Ramadhan yg pastinya lebih memberi "reward" berbanding Amazing Race dan satu harapan semoga Ramadhan datang lagi untuk menemui umat Islam di seluruh alam ini.Kita juga boleh mula nak kunjung-mengunjung,ziarah-menziarahi,bermaaf-maafan sesama kita bagi menyenangkan hati kita untuk Ramadhan akan datang.Kita bagi duit raya bukan sebab tiru Cina,tapi untuk bersedekah supaya semangat sedekah terus ada untuk Ramadhan akan datang.Kita datang kenduri-kendara bukan nak melaram,tapi untuk memenuhi undangan supaya kita pun ada rasa nak bagi makan dekat org2 susah walaupun bukan dalam bulan Ramadhan.Kita duduk bersama keluarga bukan sebab x tahu nak pegi mana,tapi rasa hati kita untuk menggembirakan keluarga kita selalu...

Ini bukan bebel tau!Walaupun,saya selalu teruji sepanjang hidup,Aidilfitrilah yg terus bagi saya semangat untuk terus hidup walau segetir mana pun cabaran mendatang.

Sekarang ini,saya diuji oleh Allah di mana sya balik kampung lambat,ada masalah di kampung,ada undangan yang mungkin sukar untuk saya datang kerana masalah di kampung,masalah wang dan assignment(biasa dah.......)


"Apa yang penting dalam hari raya ialah keikhlasan hati,kebaikan nurani dan keprihatinan insani"

No comments:

Post a Comment