Sunday 21 August 2011

Sensitif,Ego dan ....?

             Huh,dalam menjalani ibadah puasa ini,aku selalu dibayangi rasa ego dan sensitif.Kenapa ye?First of all,elok aku beri makna kosa kata yg baru diterbitkan sebentar tadi.Sensitif diibaratkan macam mudah touching,terharu,sedih dan reaksi yang mengeluarkan air yg di gelar air mata.Ego pulak boleh jadi sombong,keras hati,x dengar nasihat, dan mampu jadi takbur,riak,ujub dan pelbagai sifat Iblis Laknatullah yg lain.

                  Generally,aku ini memang sensitif sebab dari segi kekeluargaan,memang anak bongsu ni manja sket.Dari sudut asuhan,aku membesar dgan fasilitator yg bernama ibu,peranan ayahku pula amat terbatas.Peristiwa bulan puasa yg membuatkan hati aku tersentuh di mana aku melihat anak2 kecil Palestin hilang nyawa di bantai zionis...Bapa diorg cuma boleh menangis......Aku cuma menyimpan rasa sedih di hati......Di hati ,aku terasa macam kasihan kerana naluri aku untuk melindungi kanak2 dah bangkit sebab aku rasa aku dah berada di tempat diorang.Hakikatnya,untuk aku sampai ke Gaza,aku sedar,perut buncit aku cuma sasaran mudah M16 tentera syaitan zionis ....Apa nak buat lagi?  T-T

                       Dari sudut ego,ego aku sebenarnya besar sebab aku x suka kalau org cuba persoal apa aku nak buat.Tapi bila ego tu keluar,memang semua org akn susah kerana aku seorg.Dalam soal ego ini,aku lebih menilai berdasarkan hati dan budi bahasa aku..Bukan apa,aku ada join group di Facebook,aku cuba komen tapi dibalas dengan caci maki yg aku rasa tak patut keluar dari seorg Melayu.Bagi aku,aku tidak mengira fahaman untuk sebarang komen,tapi biarlah berbudi bahasa.Aku tak pandai untuk menyumpah maki org sesuka hati sekarang kerana aku bertanggungjawab atas apa yg aku ucapkan di Akhirat nanti.Ego aku keluar apabila aku trus post komen yg kelihatan "independent" ,itu pun org cakap aku freethinker.

                         Bagi aku,aku memegang kepada ayat2 suci al-Quran dan keterangan hadis untuk berbicara.Mungkin ini yg dimaksudkan sebagai freethinker?Habis,adakah masyarakat hendak aku menjadi seorg Komunis,Liberal,atau hipokrit?Aku akui aku meniru cara pemikiran kritikal seperti Barat,tapi aku tak tolak agama,bahkan aku buang segala aspek negatif Barat supaya apa yang aku cakap lebih kena sebagai Melayu.

           Serius sngat ke?Tapi aku cuma sekadar menulis untuk kebaikan sendiri dan org2 yg sudi bukak blog ini.Jadi jganlah pulak terasa ye,aku cuma sekadar mengillustrasi luahan hati ini....

           Dengan ikhlas,aku maafkan semua org yg demikian2 kerana mungkin aku pun ada salah jugak kan,aku pun x mahu ego sangat tapi sensitiviti aku pun mesti aku fikirkan.....

          Jadi,kesimpulannya............

                "Egoistic and Sensitivity are unlikely pair,but they are common in this world"

3 comments:

  1. Dan?tunggu siaran selanjutnya hehhehe

    ReplyDelete
  2. haha you just need to remember, there are two types of people in this world. bad and good. the bad, would never support you either you do good things or bad things. and the good, will always support you and forgive you for any wrongdoing and will always have a new chance for you. its just that, you gotta be mature and patient as you are growing up! keep it up Luqman! :)

    ReplyDelete