Sunday 2 June 2013

Hidup Kita Bukan Begini Ye Kaki Bola Sekalian.

#Bismillah...Sebelum bermula, aku pesan aku ni bukan ustaz yang bertauliah, jadi andai kata ada silap,eloklah tegur sebab  aku seperti korang pun masih belajar hal2 agama nie#

Why does I speak about this topic?

Sebenarnya, aku ini sentiasa memerhati, mendengar dan memberi sebarang komen tentang sebarang peristiwa yang terjadi di akhir2 ini. Baru2 ini, aku dikejutkan dengan peristiwa gaduh antara Tok gajah dan Harimau Selatan,( bolalah ini ),dan aku mula menarik nafas dan terkedu dengan peristiwa ini. Secara tak langsung, aku nampak sesuatu yang lain disebalik kucing, bendera, bunga api dan polis!

Aku lihat bahawa itulah realiti atau lebih sesuai panggil dilema.

Dulu, Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan tiga benda oleh orang jahilliyiah asal baginda menghentikan dakwahnya...Apakah tiga benda itu?

-harta
-kedudukan
-wanita

Malang sekali, bila kita termasuk aku ( semoga Allah mengampuni kita semua ) asyik kejar tiga benda yang telah baginda tolak sama sekali demi dakwah Islam. ( terima kasih brader Hamka Kereta Mayat yg post tentang ini )

Kita tahu bahawa harta adalah satu keperluan bagi kita meneruskan hidup. Sebab, kita bimbang andai kita hidup papa kedana, maka mudah terjebak ke arah kekufuran. Yang sedihnya apabila sudah berharta, kita mula menjadi lebih teruk. Sedih memikirkan bahawa harta juga adalah punca manusia menjadi jahat. Nilai manusia juga adalah atas kaya miskin, bukan hati budi.

Bila ada kedudukan, kita pula asyik nak bangga.Malah ada yang salahguna kuasa dan tak tunai amanah. Berpangkat besar dan mula menunjuk lagak sesama manusia. Hanya sebab lebih berkuasa, kita mula lebih angkuh dan menidakkan hak orang lain.

Wanita? Wah! Kita mencari yang cantik, bergetah, cun,dan apa2 saja kualiti luaran...Tanpa disedari, kita menjerat diri kepada hawa nafsu apabila kita sekadar mahu berfoya sahaja. Semuanya kita nak! Dah parah lagi apabila banyak kerja tak berfaedah terjadi apabila dah jadi terlampau.

Bukan nak kata aku bagus, aku pun ada terperangkap dengan 3 perkara ini. Aku kata aku memang nak kaya.Aku reflect balik diri, apakah aku kaya kalau setakat banyak duit tapi amal ibadah aku terlalu miskin?Siapa tak ingin kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah? Kaya harta tak guna andai kita cuma jadi hamba kepada harta. Aku dah jumpa orang yang kedekut walaupun soal ibadah.Nak naik haji cuma mahu belanja sebanyak RM 13 ribu jer, walhal sekarang kos dah naik sekarang. Apakah dalam soal ibadah pun dah jadi kikir?

Pangkat memang ingin sekali kalau dapat ASP ke, pegawai ke, raja ke, apa ke, janji aku power! Power pun boleh ke pikul amanah dengan jawatan itu? Ada aje pak2 menteri terlibat tipu, rasuah dan sebagainya. Kalaulah aku berpangkat pun, belum pasti sama ada aku betul layak ke untuk pangkat ini. Aku bimbang andai dapat pangkat, mulalah nak jadi sombong dan sebagainya.

Kalaulah dapat wanita ini,Ya Allah apa nak jadi. Aku pun muda, yang tua2 pun nak kahwin lagi. Sekarang ini pun semua dah ada tempat penuh wanita nak buat teman hidup tapi tempatnya di mana? Adakah di rumah org2 yg soleh atau di kelab malam? Adakah aku nak bayar mas kahwin atau bayar cas satu malam? Cantik itu dah cantik, tapi susah jugak sebab ada yg cantik muka, rosak budi..Aku pulak tak hensem, budi pun tak baiki lagi huhuhu...

Kata orang2 ulama, di zaman ini, beramal dengan agama adalah seperti pegang bara api. Aku dah rasa semua ini betul. Antara perkara yang aku jumpa...

- bersolat di masjid pun jadi Yahudi?pernah aku dibaling mercun ketika tarawikh....
-  aku cakap Husnul Khatimah tetapi dibilang ini bukan negara arab....paham ke apa benda aku cakap?
- heran tengok orang bersolat namun masih enak menabur fitnah, berbohong dan segala amalah  mazmumah  yang lain

Bila tengok orang gaduh sebab bola, aku diam dan terfikir. Pasal bola sanggup beli tiket memahal tetapi bila bab sedekah, terus lari. Pasal bola, sanggup provokasi kata tak takut mati, bila tiba soal agama, terus menyorok dalam almari. Pasal bola, bawak segala bapak geng, bila solat jemaah, mana perginya geng2 itu?
Pasal bola, sanggup konvoi jejauh pergi stadium, tapi tak sanggup dengar org mengajar agama di tv mahupun surau kat depan tu ha...Pasal bola, yg tak pandai boleh jadi pengulas sukan tetiba, tapi bila sembang soal agama, kenapalah jadi macam pandir? Pasal bola, semua orang kita boo kalau menang dan pukul balik kalau diejek sebab kalah, tapi berdepan masalah kaum Islam, kenapa kita jadi macam patung?

Fitrah manusia untuk ada minat dan kita harus sedar minat itu tak boleh melalaikan kita dengan Allah dan sesama manusia. Sukan bagus menyihatkan badan tetapi dah jadi tak sihat bila kita lalai sebab sukan itu.

Bola sepak sudah ada 3 perkara di atas. Main bola dapat gaji mahal, pangkat boleh kejar jadi kapten, kahwin mesti yang cantik,kalau artis lagi glamer. Bagi pemain bola sepak, kelebihan di atas bukan segala2nya. Mungkin kami cuma sekadar peminat, main bola tak dapat gaji mahal,takde pangkat besar2, ada bini pun mungkin kurang cantik + tak glamer, tapi Allah mencukupkan segalanya asal kita bersyukur. Jadilah pemain yang bertauladan kepada ummah ini...

Jurulatih pun muka ganas,garang. Elok juga kalau guna kelebihan itu sebarkan dakwah. Pesan kat pemain dan peminat jangan tinggal amal ibadah, nanti main dan tengok bola tak berkat.

Management pun boleh guna untung tiket buat zakat ke, sedekah ke, bantu orang ke. Barulah orang sedar kebaikan bola sepak ini. Badan induk cuma tahu nak denda, tapi takde usaha nak tarbiyah org agar sentiasa dekat dengan Allah.

Menjadi player yang beramal pun bukan senang,memang macam pegang bara api. Uniform pulak tak tutup aurat, asyik jadi mangsa provoke, dimarah jurulatih, ditekan management dan dikutuk peminat. Tapi kalau ada beramal walaupun menerima segala macam dugaan bola sepak, hanya Allah akan membalas amal baik itu.

Final bola nanti tegakkan amar makruf nahi mungkar barulah Allah beri pahala walaupun setakat tengok bola. Ingatlah, kalau kita buat baik kerana Allah, itupu dikira ibadah. Pesan kat org yg pergi stadium,

" Bola pun bola juga, tapi kena ingat kita ini semuanya hamba Allah "




 
 
 


No comments:

Post a Comment