Monday 7 May 2012

Free Show bertukar ke Freak Show?

Ooooo...nak 18SG yer...Sepak kang!

Eh!Nanti dulu....

Aku sebenarnya bukan apa,tetapi harap-harap entry nie akan jelaskan pendirian aku tentang suatu perkara...

"Kepada semua aurat (wanita dalam Bahasa Hindi),diharapkan agar berpakaian menutup aurat selalu ye...."



 
"Blahlah kau!Buat apa kau nak sibuk!"Ini memang antara reaksi yang saya bakal terima tetapi teruskan membaca,nanti semua aurat akan faham.....



 Pendapat Saya.....

Sebagai seorang lelaki,saya sememangnya tidak boleh dipercayai mana-mana wanita kecuali ibu dan kedua-dua orang kakak saya.Namun,saranan menutup aurat bukan datang dari saya tetapi dari Allah.Pernah tak para wanita fikirkan kenapa perlu tutup aurat?Sekarang nie pun,tutup aurat pun kena r*g*l!Ok,memang betul,tetapi....kalaulah dibandingkan antara dengan Britney Spears yg confirm x tutup aurat dengan Muslimah yang menutup aurat......mana yang lagi panas?

Walaupun begitu,saya sebenarnya bukanlah seorang lelaki yang normal.Bagi wanita yang tidak mahu menutup aurat,anda selamat berada dengan saya kerana saya adalah seorang yang terbiasa dengan penampilan wanita yang sebegitu.Boleh percaya ke nie?

Ya!Sewaktu saya masih kecil,saya diasuh oleh kedua-dua orang kakak saya yang memang terang-terangan menjadikan saya menjadi seorang budak perempuan.Saya dipakaikan gincu,dipakaikan selendang,dipakaikan baju pink dan diminta mendandan rambut!Saya masih ingat gincu mak saya yang saya pakai berulang-ulang kali atas desakan kakak saya.Akhirnya,Mak tahu perbuatan kakak-kakak saya dan melarang mereka memberi saya memakai gincu lagi.Namun,selendang masih Mak pakaikan.

Berkenaan dandan rambut,kakak saya sebenarnya malas untuk merapikan rambutnya sendiri.Jadi saya diminta untuk mendandan rambutnya.Saya cuma berusia 5 tahun ketika itu.Rambutnya yang kusut saya sapukan dengan minyak rambut jojoba dan sikatnya.Malangnya,saya tak pandai menyikat rambut wanita dan menyebabkan kakak saya terjerit-jerit.............Kesian dia,manalah saya tahu masa tu saya kecik lagi.....

Arwah nenek yang selalu berjalan kaki sewaktu hayatnya,selalu memakaikan saya tanjak kepala untuk melindungi kepala dari panas matahari setiap kali saya dan nenek berjalan-jalan atau masuk ke hutan mengutip buah durian atau kelapa.Hanya perempuan sahaja yang pakai tanjak!Tetapi saya mengikut sahaja sebab saya suka bersama dengan nenek.Sekarang,tanjak dah takde sesiapa pakai dah.Selendang nenek sahaja yang saya ada untuk dililit di leher buat skaf.

Mak juga tak pernah membezakan kami adik-beradik.Mak selalu minta saya tolong semasa dia buat kuih di dapur.Bagi dia,anak mak semuanya sama.Mak tak mahu kamu hidup menagih kudrat orang lain semata-mata.Jadi,saya tetap diajar memasak dan mengemas rumah.....tetapi Mak bukan mengajar saya jadi pondan!Buat masa sekarang,Mak juga minta saya menguruskan badan supaya perut tak maju kehadapan.Kalau boleh,buat body macam Bruce Lee!Boleh ke nie,Mak?Tetapi berat badan dah turun agaknya.....

Dalam kehidupan saya juga,banyak bersangkut paut dengan perempuan,khususnya arwah nenek.Nenek ajar memancing,nenek ajar cara mencari daun palas untuk anyaman ketupat,nenek ajar asahkan parang.Minat saya untuk belajar seni bela diri datang semasa melihat kakak lulus ujian silat.Saya juga berminat fesyen sebab kakak saya yang gila fesyen juga meluaskan pengaruhnya ke atas minda saya.Memandangkan pendidikan zaman kanak-kanak saya banyak dipengaruhi mereka semua,saya menjadi terbiasa dengan perempuan.

Namun begitu,saya sedar.Dengan usia saya yang sudah dewasa,kewajiban agama sudahpun terletak di bahu saya,menjadikan setiap benda bersama bukan mahram ada batasnya.Saya memahami tuntutan menutup aurat bagi wanita walaupun aurat saya sendiri sangat mudah dijaga.Namun ada kalanya,pemahaman saya itu diusik oleh mereka-mereka yang saya rasa sebenarnya tak perasan bukannya sengaja....

Setiap kali saya berjalan-jalan,pasti akan terserempak mereka-mereka yang berpakaian tetapi tidak menutup aurat.Kalau setakat bukan Islam,biarlah saya nak buat macam mana,tetapi yang Islam ini pun kadang-kadang lebih hebat fesyen nya.Para lelaki memanggilnya sebagai FREE SHOW.Maksudnya bila ada bahagian tubuh yang terdedah,itulah yang ditonton para lelaki hidung belang secara percuma.Walaupun tidak dir*g*l,sebenarnya saya dapat rasa perempuan tersebut telahpun dicabul secara halus!Kan?

Aku mengaku,sebagai seorang lelaki,memang akan tergoda sebenarnya.Bohonglah kalau aku tak sangkut pada mulanya.Namun,aku telah cuba teknik Prof.X dari X-MEN untuk cuba tukar keyword FREE SHOW kepada arah yang lebih selamat iaitu FREAK SHOW.Ini istilah Barat untuk menggambarkan satu pertunjukan yang aneh,ganjil bahkan menyeramkan.Budaya FREAK SHOW ini sangat terkenal di England pada sekitar abad ke -17.


Lelaki ini digelar Elephant Man.Dia mengidap penyakit tumbesaran tulang yang tak terkawal.
Nama sebenar lelaki di atas ialah John Merrick.Inilah apa yang aku akan fikirkan setiap kali melihat perbuatan tidak menutup aurat.Dengan fikirkan lelaki ini,automatik aku akan takut melihat perempuan tidak menutup aurat kerana teringatkan lelaki ini.Bawah ni pulak replika tulangnya yang dibuat bagi tatapan di muzium di England.

 

 Dengan kuasa visualisation yang aku ada,aku terus bayangkan Elephant Man berjalan depan aku.Aku rasa takut dan rasa kesian pun ada sebab tahu betapa sukarnya berjalan dengan keadaan sedemikian.Rasanya teknik ini sedikit sebanyak berkesan buat aku.Konon-konon otak dah nampak jalan cerita yang aku mahu.Perasan Steven Spielberg la tu....

Ader lagi gambar FREAK SHOW yang agaknya aku gunakan......

Dracula Girl.Dah tak tutup aurat terus!

Dede,Lelaki Pokok.Kiri tu gambar lama,yg kanan ialah Dede yang telah pulih sedikit
 
Yang sesuai aku katakan kalau tutup aurat pun perangai buruk lagi,inilah ibaratnya kalau aku visualisekan

 What?THIS IS TOTALLY A FREAK SHOW!


                   WHAT A FREAK MAN !


Bagi yang optimistik,aku percaya mesti kau orang faham apa sebenarnya aku nampak.

Bagi yang pesimistik dengan aku,aku tak nak singgung sesiapa,cuma nak bercerita.

So,kalau takdir dikatakan ada bukan mahram yang tak pakai apa-apa berjalan di depan aku .................................                                                                                                             ALAMATNYA AKU TENGOK ITU SEBAGAI MAYAT YANG HIDUP BALIK DAN AKAN TERUS LARI............................................................................................................................................!!!!!!!!




 Terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak,harap-harap Allah kukuhkan iman aku sampai habis dunia....AMIN!

p/s:Jarang-jarang keluar rumah,baru takde FREAK SHOW.Dan satu lagi,FREAK SHOW NIE UNTUK BUKAN MAHRAM SAHAJA.Takkan Mak aku sikat rambut pun aku gambarkan sebagai hantu!

 

No comments:

Post a Comment