Tuesday 28 February 2012

FOLLOWER....

Salam...Dah nak masuk bulan Mac ni,jadi kurang2 tambahlah lagi satu coretan untuk member2 yang masih sudi baca post2 ini.Kadang-kadang,kita pun ada sangkut sana -sini,maka post pun malas2 je.Tetapi,itulah,kalau ada kelapangan masa,mesti cuba post something even for a moment.So,takdelah berserabut sangat kalau pandai nak atur masa.For now,kita masih berjalan dan berjalan lagi sampai hujung jalan kerana itulah tugas MANUSIA.

Dalam perjalanan itu,rasanya ada ke follower yang ikut kita?Tak lain tak bukan,tentulah 2 MALAIKAT pencatit minit hidup dari buaian sampai ke lahad.Follower yang wajib ialah ISLAM.ISLAM akan datang menemani JIWA yang hidup hanya untuk khidmat kepada PENCIPTANYA .ISLAM pun ada bawak adik2 ,namanya IMAN dan EHSAN. 

ISLAM ini yang sulung.Takde ISLAM,tak bermaknalah IMAN dan EHSAN tadi kerana diorang berkait-rapat sebagai adik-beradik dalam keluarga di gelar KEHIDUPAN HAMBA ALLAH.

IMAN yang tengah.Abang IMAN ni ada turun-naiknya.Sebab,Abang IMAN ni penentu selamatnya ketua dia yang bernama MANUSIA itu bila dah sampai final destination iaitu  AKHIRAT.Takde abang IMAN,abang ISLAM pun takde makna,EHSAN pun begitu juga.

Adik Ehsan ni rolenya bunyi macam kecik,tapi penting.Apa gunanya Abang ISLAM dan Abang IMAN ikut ketua MANUSIA tapi adik EHSAN takde?Nanti,manusia jadi lupa diri,silap2 tak beramal hanya sebab adik EHSAN tak ikut.

Tetapi memang ada lah Follower yang bersifat dengki2 tak habis yakni IBLIS,SYAITAN,JIN dan MANUSIA juga ya...IBLIS ni macam pembangkang suruhan ALLAH,tak habis2 dengan bangkang je kerjanya.Kalau MANUSIA nak buat baik,marah2 pulak IBLIS ni.MANUSIA yang join IBLIS memang IBLIS syok dulu,dan akhirnya kecewakan kemudian....SYAITAN ni ikut je ape je IBLIS suruh.Pendek kata,kalau IBLIS suruh,mesti on......Suruhannya berupa apa sahaja cara untuk membunuh Abang ISLAM dan menculik Abang IMAN dan seterusnya Adik EHSAN menangis sorang2 sebab tak mampu nak ikut MANUSIA lagi.......Kene Block/Unfriend ya...JIN DAN MANUSIA ni pulak ada macam2 ragam semasa follow MANUSIA.Nak berkawan pun ada,nak bergaduh pun ada.

MANUSIA pun ada bawak follower berupa 2 RUKUN,nama diorang RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM.SImple,Abang ISLAM dan Abang IMAN lah yang bawak sekali RUKUN2.Abang ISLAM bawak RUKUN ISLAM supaya MANUSIA tahu hak apa yang perlu ditunaikan kalau nak jalan2 dengan Abang ISLAM.Ada event nanti,iaitu MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH,MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM,MEMBAYAR ZAKAT,BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN,DAN MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH.Inilah gaji sara hidup Abang ISLAM,baru Abang ISLAM tak lari.Abang IMAN pulak nak adakan sesi PERCAYA KEPADA ALLAH SWT,PERCAYA KEPADA MALAIKAT2,PERCAYA KEPADA NABI2 DAN RASUL2,PERCAYA KEPADA KITAB2,PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT dan PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR.Kalau MANUSIA malas hadir dalam sesi ni,Abang IMAN malas nak pedulikan MANUSIA lagi.

Sebelum MANUSIA itu pun boleh kenal dan faham ISLAM,IMAN,Dan EHSAN pun,mesti ada guideline dari MANUSIA yang telah kenal dan faham bahkan terima ISLAM,IMAN dan EHSAN.MANUSIA itu pangkatnya IBUBAPA.IBUBAPA ni supreme dalam mengatur MANUSIA tadi dalam mengenali ISLAM,IMAN dan EHSAN Tiga Bersaudara.Lepas itu,pemahaman akan diserahkan kepada MANUSIA berpangkat GURU yang akan menerangkan kenapa Tiga SAudara tadi mesti ikut sekali bersama MANUSIA.Nak bagi ISLAM,IMAN dan EHSAN terus ada bergembira,MANUSIA bergelar SAHABAT akan sama2 menjaga Tiga Saudara tadi...MANUSIA itu akan terus berkembang dari peringkat BAYI hingga DEWASA.MANUSIA yang DEWASA perlu pula PASANGAN yang semestinya MANUSIA juga yang DEWASA untuk menjadi teman membantu dalam menjaga JIWA,baru lah ISLAM,IMAN dan EHSAN semakin gembira.

Setelah sekian lama,DEWASA akan menjadi TUA.TUA bererti MANUSIA harus bersedia untuk dipanggil pulang ke AKHIRAT.Sekiranya TUA berjaya menjaga ISLAM,IMAN dan EHSAN dengan baik,maka TUA sudah bersedia pulang walaupun mungkin IBUBAPA,GURU,SAHABAT DAN PASANGAN tak mendoakan kepulangan TUA kerana TUA yang pulang ke AKHIRAT tak akan balik lagi..TUA sudah tidak kuasa lagi hendak mencari apa yang diperlukan ketika DEWASA dahulu.cuma mengharapkan seorang MANUSIA berpangkat ANAK membantu TUA sedikit sebanyak.

Apabila TUA hendak dipanggil pulang,semua yang ada padanya tidak berguna lagi.Akhirnya,hanya ISLAM,IMAN dan EHSAN masih nak wujud dan pergi ikut TUA pulang.Maka,MANUSIA yang bernama TUA itu pulanglah ke AKHIRAT.Sebelum itu,TUA mesti menaiki perjalanan melalui jalan raya BARZAKH pula sebelum sampai ke AKHIRAT.

Di AKHIRAT,TUA akan terus bersama ISLAM,IMAN dan EHSAN itu tadi.PENCIPTA iaitu ALLAH SWT akan memanggil MANUSIA yang TUA itu.Ketika ini,pangkat TUA juga sudah tidak wujud,jadilah MANUSIA itu MANUSIA  tanpa pangkat.
MANUSIA akan mula disoal tentang apa yang berlaku sepanjang PERJALANAN itu....
ISLAM,IMAN dan EHSAN masih kekal setia dan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN menjadi syarat masuk bersama MANUSIA dalam sesi disoal oleh ALLAH SWT.
Ketika itulah,rekod dinamakan DOSA dan PAHALA dibukukan,bersumberkan 2 MALAIKAT pencatat minit KEHIDUPAN....

MANUSIA sudah mula gentar kerana bimbang akan JIWAnya,adakan akan digelar SANG PENGUMPUL PAHALA atau SANG PENDOSA?
Namun,masih ada ikat jamin dinamakan SYAFAAT yang datang dari RASULULLAH SAW bagi yang cukup dan kena syaratnya....
AL-QURAN akan membuat pilihan sama ada mahu MEMBELA MANUSIA atau MENDAKWA ......


Setelah selesai segala -gala persoalan dari ALLAH SWT ,lebuhraya TITIAN SIRATUL MUSTAQIM akan dibuka untuk MANUSIA itu melaluinya...

MANUSIA bersama ISLAM,IMAN dan EHSAN tetap akan melaluinya dengan gilang-gemilang.....maka sampailah ke rumah sebaik2 rumah.......SYURGA MILIK ALLAH SWT SEBAGAI GANJARAN SUDI BERSAMA TIGA BERSAUDARA WALAUPUN DIUJI DENGAN SUSAH PAYAH SEPANJANG PERJALANAN......

MANUSIA yang tidak bersama TIGA BERSAUDARA itu?
Terjatuh lalu sampai lah ke dasar NERAKA yang penuh seksaan dan kehinaan.........sebagai BALASAN AKIBAT BERSAMA IBLIS,SYAITAN,JIN DAN MANUSIA yang terang-terangan MENENTANG ALLAH SWT  WALAUPUN DALAM PERJALANAN YANG ASALNYA DIKURNIAKAN ALLAH SWT.


MORAL:
INI CUMA SATU INGATAN BUAT SAYA SENDIRI DAN PARA PEMBACA.JAUH SEKALI NIAT SAYA UNTUK MENYINGGUNG,MENGHINA MAHUPUN MEMPERLEKEH SESIAPA ATAU AGAMA ISLAM.SEKIRANYA ADA SALAH SILAP,ITU ADALAH KEKHILAFAN SAYA SEBAGAI MANUSIA YANG MASIH BERJALAN.....SEMOGA TIGA SAUDARA IAITU ISLAM,IMAN DAN EHSAN MASIH FOLLOW KITA...CLOSE FRIENDLAH SAMPAI HABIS BERJALAN2......SEHINGGA SAMPAI DI RUMAH SYURGA YANG DIJANJIKAN ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI.......




No comments:

Post a Comment