Sunday 12 February 2012

MENGEJAR KEMATANGAN

Salam diucapkan buat mereka yang masih hidup,makan,minum dan tidur sehingga kini.Hai,sekarang ni pun taip blog masa rehat kerja(praktikal) di UMK Taman Bendahara ni.Al maklumlah,internet skang tengah sangkut,pakai office punya aghahaha...

Firstable,aku ada perasan yang banyak member aku dah celebrate birthday diorang pada awal bulan 1 dan 2 pada tahun 2012 ni.And,suddenly aku notice,diorang ni dah berusia dua dekad ...usia yang agaknya cukup lama kan?Tetapi menjadi seorang insan menyebabkan masa itu boleh menjadi pelbagai bentuk persepsi dan anggapan.Kita pun dah boleh agak kan,dah besar dah budak ni,dulu2 lap hingus pun tak pandai,sekarang cakaplah,dah besar,hansome,lawa dan kalau yang ok ok tu,dah terus orang usik dan ada makwe/pakwe ke belum?Kelakarlah....Dulu, menda yang bebudak takleh buat tanpa pengawasan ibubapa,sekarang dah boleh buat(ini tidak termasuk merokok!!) tanpa rasa "nanti bapak pukul" atau"kang kena sound " timbul....

Tetapi kalau ikut tajuk kita nilah,matang ni perlu kejar ke?Ada kate tak payah,nanti ko paham sendiri,ade kate kena  kejar,baru org tak underestimate kita.....Wait a minute!Matang kita ni dari segi mana?Fizikal?Minda?atau lelain?Aku bet lah sekarang yang berumur 20 tahun ni dah kata macam dah lebih realistik lah,takde dah awan2 nano ni,illusi pebenda ntah.Sekarang pun target dah lain,dulu target score PMR ,SPM ,sekarang kena target pointer takpun duit lebih...dulu naik basikal,skang naik keta(aku naik moto lah),dulu phone hitam putih,skang pakai Android wa cakap lu!macam-macam lah!Pening aku nak nilai sorang2...

Cuma,aku tak sure sama ada sikap tu ada perubahan ke tidak....Sikap yang baik itu diharapkan terus berkekalan manakala sikap buruk,boleh jalanlah!Sesiapa pun tak akan perasan perubahan tertentu pada diri dia kecuali orang2 yang terdekat dan rapat dengan dia.Hummm,macam FBI plak ni,check2 orang..Tetapi izinkan aku beritahu hasil permerhatian aku bila kita dah jadi 20...

FIZIKAL
  • Dah mula mengambil berat penampilan diri.Ini lebih tertonjol kepada lelaki kerana lelaki sudah mula memgambil berat soal2 sedemikian.Yelah,nanti orang lain tengok selekeh,mesti keluar pandangan negatif.
  • Gaya percakapan pun dah lebih teratur dan waras.Kalau ade lagi yang cakap macam longkang atau macam budak-budak,memang orang anti punya walaupun tak ketara..
  • Tumbesaran pun akan berhenti atau berkadar perlahan....Nasib le kalau pendek,susah jugak kalau panjang!
  • Kerap dilihat di tempat2 awam.Yelah,keluar ngan member kan? 
  • Ada gadget!hahahahah!
  • Suara lelaki lebih besar tetapi bernada rendah.pendek kata bunyi guruh.Suara perempuan kecil tetapi nada sangat tinggi.tak hairanlah kalau opera singer perempuan boleh nyanyi sampai gelas pecah!

Ini sikit je...Bahagian SOSIAL lak ialah

  • Mula aktif mencari link2 untuk membesarkan minat.Contoh,macam pak cik,pak cik baru nak cuba2 buka akaun devianart atau flickr sebab minat lukis atau taking photo.WARGHH!Dual Personality!!
  • Datang ke tempat yang lebih sesuai untuk luahan perasaan(yang pastinya sembang kedai kopi itu tak kira ye...).Kalau korang ni suka baca al-Quran,mesti rasa nak pergi tempat orang mengaji ramai2 kan?
  • Mula ada kawan dari pelbagai latarbelakang.Betul atau tidak?
  •  Lebih mula bersikap terbuka kerana "lesen besar" dari ibubapa dan jangan salahgunakan yee..
  • Mula nak cari adventure by melancong atau berkunjung ke kawasan di luar kawasan rumah....
  • Kurang timbul perselisihan faham bagi lelaki kerana dah malas untuk show strength but egoism dah start menebal.Bagi perempuan,i'm sorry,a conflict is a common because "rasa cukup dewasa sehingga buat keputusan segera tanpa berbincang atau berfikir secara mendalam".
  • INI JUGA MELIBATKAN PEREMPUAN.Lebih tegas dan mudah marah.Lelaki masih lagi 1/2 dewasa,1/2 budak2 jadi marah2 itu jarang berlaku bagi yang sebaya.Yang lagi muda?Habislah kerana lelaki 20 tak akan teragak2 sound anda.
  • Mudah bertolak ansur dan boleh menerima pandangan.INi terjadi kepada perempuan.Lelaki lebih gemar membangkang dan enggan bertolak ansur...sekiranya dia tidak menghormati.
  • Lelaki suka benda yang solid , bergaya seperti kereta atau motor yang kelihatan sporty.Perempuan pulak suka benda berdasarkan lunamaya,trendy misalnya kalau macam kereta,kereta yang weird bagi lelaki itulah yang dia suka.(ini tak semestinya tepat tau!)
  • Lelaki boleh terima dan buat arahan dari lelaki lain yang lebih tinggi darjat dengan mudah.Namun,bila perempuan yang jadi bos,mulalah ada masalah komunikasi.....Perempuan boleh terima dan buat arahan dari semua gender walaupun mungkin slow but perfect.
  • Kalau tengok dalam FB ke, Tweet ke,lelaki tak banyak friend.Tapi semua friend dia ambik berat.Perempuan,fuyoooo!!!!sampai 2000 mak....tapi cuma layan close jer...   : p
  • kalau dengar lagu,perempuan suka lirik tetapi lelaki lebih gemar memikirkan cara nyanyian itu.Menari macamana,muka macamana.
  • kalau tengok movie,lelaki ambik masa untuk feeling tetapi lambat hilang feel.perempuan feel memula lagi,lepas tu lupa....Ini terjadi apabila tengok hindustan...
Sebenarnya,ini cuma pemerhatian jer...tak semestinya tepat tau..Namun,apa yang kita harapkan,walau apapun kita,kita masih seorang hamba Allah.Hamba yang tertakluk kepada undang2 dan aturan fitrah bagi kepentingan di tempat yang sebenarnya kita tinggal buat selama-lamanya...Tetapi,for all my friend,adalah sedikit nasihat yang bolehlah kita balik dan fikirkan..

  • Umur 20 menuntut lebih banyak self dependent.Tak wajar sekiranya kita menyusahkan ibubapa dengan segala kemahuan kita kerana bukan semua ibubapa faham apa itu Android,Kebun Ville kat mana,Kereta menatang apa dan lain2.Mak dan Abah saya sendiri pun tak paham apabende nye internet ni...
  • Ingat ye,segala perbuatan kita dah ada timbangan baik-buruknya.Kalau nak buat apa-apa,ingatlah kepada Allah.Kalau kita nak buat baik,Insyaallah ada jalannya.....
  • Lelaki atau perempuan basicnya sama iaitu sama2 manusia,cuma kendalinya lain.Sebagai lelaki,jadilah lelaki,bukan sebaliknya.Sekiranya ada niat nak jadi LGBT(dah tahu ni kan?),itu hanya untuk jiwa yang sudah sakit dan tergamak menzalimi diri sendiri..
  • Cara pemikiran kita juga menentukan siapa kita.Sekiranya berfikir seperti biawak,jadi macam biawaklah kita.Pemikiran yang sihat datangnya dari iman yang teguh dicampur ilmu yang bermanfaat.
  • Gaya,fesyen,minat tak salah.Namun,Islam menganjurkan kesederhanaan.Janganlah kita bersikap ingin menunjuk dan sombong kerana sikap sedemikian adalah berlawanan dengan nilai kesederhanaan yang diajar dalam Islam.
  • Adakalanya,hidup perlukan pengorbanan.Berkorban untuk sesuatu yang bermakna adalah lebih baik.Kita wujud di dunia juga atas dasar pengorbanan siapa?
  • Bagi yang ada minat political itu,politik cuma sekadar siapa yang memerintah dan siapa yang diperintah.Tak kiralah anda dari pihak mana,pastikan nawaitu itu betul dan elakkan bersikap lempar batu sembunyi tangan.Hulurkan tangan untuk persahabatan,bukan untuk menuding jari kepada sesiapa yang bersalah semata2.
  • Wajib untuk kita bersyukur dalam apa jua keadaan.Keberkatan dan rahmat Allah pasti muncul,cepat atau lambat sahaja asalkan kita di pihak yang benar.Setidak-tidaknya,ganjaran bagi kita pasti dihimpunkan di akhirat kelak. 
  • Kawan memang ramai time suka,time duka? Pilihlah kawan yang membina,bukan menghancur...
  • Umur 20,so kita enjoy!Opss.....jaga2,ingat mati tau.....
















No comments:

Post a Comment