Monday 4 March 2013

Bila ni nak Reunion Balik?

Seram-sejuk jer aku malam2 camni.Ade keje pun x siap lagi.Memang cari gaduh dgn lecturer.Dahlah banyak tak proceed lagi artwork.Memang nak kena kaw2 dengan lecturer.

saje jer tulis camni,bru bila bukak blog,terus berdebar.Eh,pelik betullah aku nie.

Kebendanya reunion tuh?Well,aku bukan nak promote company baru atau lagu  yang meletop2 ,well now its all about a simple observation about an event that will happen again in my life.Apehal pulak nak ulas pasal event nie?Maklumlah,tengah pusing2 nie.

Sebenarnya,aku dikejutkan (kononnya) kawan2 lama kat sekolah menengah dulu nak wat reunion balik.Aku nie pon sebenarnya agak kaku sket pasal nie.Bukan apa,maklumlah,seingat aku,dalam 3 tahun juga x jumpa + x tegur walaupun selalu online ( sombong betul! ) member2 lama...Ade HP pun takde makna sebab ade yg tukar no x bagitau pun kat aku atau aku yg x ingat no diorg.Aku pun tak nak ganggu member2 yg of course sibuk dgan keje memasing,tgah study lah katakan.

Jadi,idea reunion ni adalah salah satu cara aku untuk mula balik berkawan dgan insan2 yg pernah menatap aku yang macam The Mask atau Mr Bean masa sekolah menengah dulu.Kekadang bajet ganas macam Triple H,tetapi hakikatnya aku nie sebenarlah pelakon Hindustan yang terkenal (merepek bukan2).Lagipun nak juga dengar khabar member2 lama,entah bahagia ke,entah susah ke.Bukan datang nak setakat tunjuk air hidung jantan aku jer,mestilah nak tolong member selagi terdaya kan.Aku pun nak juga kongsi ilmu sket dgan member2 yg sma kepala dgan aku.

Selalu jer ada halangan,maklumlah cerita melayu.Kekadang x jadi,ataupun x dapat datang.Aku sedih sebab terpikir " diorg nie x nak jumpa aku ke?"Tapi,agaklah kan,semua study lagi,mesti masa terhad.Aku paham2 sendiri jelah,jangan makan hati.Sensitive lagi rupanya aku nie.Buat malu kaum lelaki jer.Takde masa/time tak kena pun ada jugak.Aku dah macam malas balik kampung sebab " tragedi bahalul " yg kena aku dulu.Kang balik ingat nak buat amal jariah,kang jadi macam filem " Bunohan " saje je nanti.Aku nie pun bukannya betul sangat,yelah macam Triple H jugak.(bajet je ni,jgan percaya)

Oklah,aku tenang.
Aku selalu jumpa member sekelas masa sekolah menengah dalam dua tiga orang camtu sebab diorg paling dekat + diorg selalu free + teman tapi saling menghentam.HAHHAHA.Takleh cerita lebih2,kang kena saman nanti,tapi aku bersyukur sebab kami  masih dapat jumpa2 walaupun dah tak sealiran lagi,maksud aku ikut bidang study,bukan parti yg nak diundi ye.Kitorg selalu share pasal diri sendiri,nak buka pentas lah katakan.Boleh kata kitorg lupa dunia kalau dah jumpa tuh,mulalah cerita study nak habis bila sampai topik bila nak kahwin?Aku rilek aje,rahsia tak bocor punya.

Ada jugak member2 yg kononnya malu nak jumpa lelaki vs perempuan,tak seia sekata,sengketa berpanjangan.Aku bukan apa,bagi aku,bila dah kawan tuh,jgan wujud berbeza taraf apa semua.Kawan aku memang banyak dari semua golongan.Aku pilih bulu tentang baik jahat aje.Aku pun bersyukur sebab ada member2 aku yg anak orang besar2,tapi diorg still sudi jemput aku datang ke rumah dan menikmati makan2 (aku kalau makan tuh,makan aje)patutlah gemuk.....tengah cuba kembalikan fitness nie...

BILA NAK REUNION NI??

bagi aku,kalau nak reunion,elok pergi tempat yang santai2 sket.Kalau pergi public place pun boleh,tapi tahu2lah kan,depan org mana boleh nak hepy2 sangat.Paling tidak pun lepak kan fast food,cari tempat duduk2 jejauh,baru tak kacau orang.Kalau ada wang lebih,kita tempah satu tempat,buat acara sehari trus kat situ.Kan best tuh..

Dan,bagi member2 yang macam kekok2 sket tu,aku pujuk hati korang supaya jangan segan,sebab tak salah kita jumpa member asal kena tempat.

Yang jauh atau takde kenderaan,aku tak reti nak cerita macam mana,tapi biasakan sesama perempuan,trylah carpool ke,ramai2 naik bas ke..Lelaki ni basically semua ada motor.yg perempuan ni aku simpati sket.Kalau boleh naik motor sendiri,jalan sekali pun takpe,asal boleh ikut rentak tunggangan aku yang ala2 polis trafik gitu.Boleh ke camni?

Kalau ada menda2 nak dipesan/dibawa,elok cakap dulu.bru senang.

Aku berharap supaya reunion yg bru dibawa naik cadangan ini kalau jadi,harap semua okey.Tak seronoklah dengar tiba2 ada kesusahan ke apa ke.hari tu pun pernah jadi kat aku.

Inilah karangan saya yg panjang berjela ...hah,suka sangatlah tu,mentang2 ada makan2,laju je aku nie.






No comments:

Post a Comment