Tuesday 19 March 2013

Hebat sangat ke WaterBending nie?

Ehmm ,tengah2 malam tak reti2 tido ag budak jantan sorang nie.Akulah orangnya.Maklumlah,besok rilek,sesaje lah ambil udara 3 pagi nie.Kawan2 aku pun ade wat keje.ade yg jamming gitar pun ade.

Aku ni suka kata bahawa aku ni WaterBending.Alamak,betul ke budak nie..siap mengaku boleh bending air pulak!Pengaruh komik agaknya.

Nak tahu sama ada aku atau sesiapa saja ada WaterBending?Senang aje.

- suka minum air atau makanan berkuah
- suka lepak kawasan sungai atau pantai

Ni air banjir, bukan tasik....

Dah tu kenape tak boleh gerakkan air?Sabar,ini penjelasannya.

Ini cuma dari sudut psikologi dan karakter seseorang berdasarkan elemen semulajadi.Aku cerita air dululah,yang lain kemudian pun takpe.Aku terbaca buku Dr H.M Tuah pasal nie,dan kenalpasti siapa kita berdasarkan elemen membantu dalam pembinaan karakter diri.Sket2 pun boleh.

Waterbender boleh dikatakan sebagai calm person.Mudah ramah.Penyabar dan tabah.Pendek kata mudah lah untuk kita terima Waterbender sebagai kawan.Waterbender ni bersifat riang ria cornflake dan penyayang.Waterbender sering dilihat mesra bersama orang-orang lain.
Tetapi,Waterbender sering jadi sasaran penghinaan dan cacimaki disebabkan Waterbender  golongan pendam rasa.Waterbender juga banyak emosional dalam kehidupan seharian.Kalau tak terkawal,Waterbender cenderung menganiayai diri sendiri dan orang lain.Waterbender turut kelihatan lemah secara fizikal,namun mental diorang lebih kental.

Kerjaya Waterbender bersifat seni atau berkhidmat untuk orang lain.Waterbender  buat kerja atas kepuasan diri.Reward tu jadi benda kedua.Namun,penghargaan penting buat diorang.Kerja kelam kabut bukan citarasa.

Waterbender berperanan sebagai kawan yang boleh membantu walaupun sikit dan boleh beri nasihat berguna.Kawan Waterbender lebih bersemangat dan nampak steady.Untuk jadi pasangan Waterbender,kesabaran dan terus jadi sokongan hidup diorang adalah penting.Waterbender perlukan pasangan yang  boleh berkongsi tanggungjawab.

Walaupun kelihatan lemah,Waterbender boleh menyeksa lawannya dengan emosi.Diorang bukan pakar gaduh2,tapi diorang boleh buat lawan diorang merasa lebih tertekan dan tiada jalan keluar.Waterbender buat keputusan balas berdasarkan apa yang dah lawan buat terhadapnya. Tiada maaf sekiranya orang yang mereka sanjung disakiti.

Kesimpulannya,aku memang Waterbender.Hahahaha.
Waterbender patut belajar berdikari,cari punca motivasi untuk lebih bersemangat,jangan terlalu moody.







No comments:

Post a Comment