Sunday 31 March 2013

Hormat Tak Boleh Dipaksa

Dah tersedar awal2 sebelum Subuh, timbul rasa gatal tangan nak menaip kejap.Maaf sebab tak sambung bender apa lagi yg wujud.Kita sama-sama nantikan.

Terus terjun ke topik kita, hormat tak boleh dipaksa?Agaknya pendapat aku nie agak offensive ke?Sabar dulu,baca sampai habis.

Hormat ni basically semua orang tahu maksudnya melalui bahasa tapi pada pendapat aku, hormat nie ramai orang memilih untuk tafsir hormat ikut citarasa sendiri.Maknanya setiap orang ada lain2 jenis cara hormat dia.Macam saya sebagai orang Islam, cara tegur yang hormat  bagi salam, orang bukan Islam ada yang tunduk,ada yang bagi isyarat tangan untuk tunjuk rasa hormat.Hormat ini kekadang atas individu dan sesetengah masyarakat.

Aku tak suka memandang mata orang masa aku cakap sebab aku rasa itu cara aku menghormati orang yang dengar aku cakap.Tapi ramai orang dakwa tindakan aku ni macam tak hormatkan diorang.Jadi,tengok,justifikasi orang adalah sangat berbeza.

Macam mana sekalipun,hormat ni memang patut ada dalam setiap insan.Tapi,agak2 berapa ramai orang yang hormat kerana betul2 ikhlas atau takut,dipaksa dan sebagainya?Aku perasan sentiasa ada orang yang demand atau harapkan hormat kepada dia.Niat tu tak salah,tapi dengan paksaan,aku rasa cara itu macam berkesan pada mula,tapi last2 akan jadi kutu pada semua orang.

Kutu yang jenis apa?Aku mula sedar,makin banyak orang cuba cari penghormatan.makin terhina sebenarnya yang diterima.Banyak cerita aku dengar kononnya nak bina rasa hormat,diugut macam-macam orang sekeliling,pantang silap sikit terus nak menambah rencah panas dengan ugut,marah,tengking,ajak gaduh,lain2.

Tapi,akhir apa dapat?Hormat dicari ,musuh yang dapat.Nampak macam orang yang guna teknik ini memang nampak dihormati zahirnya,tapi rupanya dikeji.

Aku bertanya sendiri ,kalau nak orang hormat kita.tanya diri kita,kita hormat tak dengan Tuhan kita?
Hormat tak ibubapa?

Kalau dua yang di atas dijawab dengan tidak,jangan harap orang nak hormat dengan kita walau sejujur manapun,seadil manapun,sebenar mana sekalipun tidak dapat memaksa orang hormat kita ikhlas.

Bina rasa hormat dengan pamerkan sikap yang boleh menjadi tauladan kepada orang.Macam mana orang nak hormat kita, kalau kita asyik nak mencari salah orang dan salahkan dia seratus peratus tanpa check kita dulu.

Kita juga mesti belajar,termasuk aku,untuk menghargai rasa hormat orang.Kalau orang hormat kita,guna peluang itu untuk bagi penghargaan. 

Berselisih pendapat bukan bererti seronok sakan menghina orang.Cakap secara hormat,masalah pasti ada jalan keluar.Sebarang ego dan lagak tidak bermakna,bahkan mengundang masalah.

Kita sebagai manusia,walau besar mana kita, hebat mana pun kita,kalau tak pandai hormat orang lain,maknanya cuma syok sendiri lah kita.

Kalau bersedia untuk lebih terbuka dan berasional,barulah orang lebih menghormati.

Dan sentiasa maafkan orang yang buat salah dengan kita.Kalau orang dah memang tak mahu hormat,sampai bila2 dia tak nak hormat.Tapi,kemaafan kita bukti kita lebih matang dan bertanggungjawab atas segala tingkah laku kita.

Aku pun selalunya terbiasa hormat orang walaupun sejahat mana sekalipun dia.Tetapi,kalau harap dia hormat aku balik,itu fikiran yang salah.Mesti berdoa kepada Tuhan agar sentiasa dimuliakan dunia akhirat.Mudah-mudah aje nanti orang senang hati untuk hormat kita seadanya.

Last sekali,kalau orang betul2 jugak tak hormat kita walaupun kita hormat seadanya,abaikan dia.Maknanya dia tak perlukan kita.Eloklah kalau kita mengundur diri.Tak perlu nak marah-marah,lama-lama dia sedar,oklah tu.

Rasa hormat memang boleh dipaksa,tapi kesudahannya pasti berakhir dengan penamat yang tak baik.Biarlah hormat bertempat dan penuh keikhlasan,baru ada kesefahaman yang kukuh.






No comments:

Post a Comment