Saturday 6 April 2013

Firebender yang Bersemangat.

*sila rujuk Waterbender dulu kalau tak paham*

Bersemangat.

Inilah sikap Firebender.
Semangat memang tinggi dan bercita-cita besar.Agak pemarah juga.
Biasanya insan ini dikesan melalui cara pemakanan yang mungkin sukakan makanan panas atau berempah.Ataupun seseorang yang kerap terlibat aktiviti lasak.

Kuasa api lah ni...





Sikap Firebender yang suka berterus terang,aktif adalah kekuatan mereka.Kalau dalam kehidupan,mereka memang menjadi orang yang pantas bergerak ke hadapan.Diorang memang jadi penggerak dalam persahabatan macam selalu ajak member keluar,selalu bantu -membantu.Pendek kata,kalau keluar dgan diorg,diorg memang main power atau orang utama.Keupayaan untuk mengawal orang dan keadaan.

Kelemahan diorang ni sebenarnya adalah kesan dari sikap diorang.Mungkin,suka berterus terang,ada yang terluka pula.Sifat pemarah ni kalau gagal dikawal, orang lain akan menjauhkan diri.Selalu bersemangat,orang kata mengada-ngada pula.Firebender  tak akan mahu kalah dengan orang lain.Memang menghentam orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Kawan Firebender memang tabik spring habis kepada si Firebender.Yelah,Firebender adalah penggerak utama persahabatan.Kalau kawan susah,mesti ditolong sedikit sebanyak.
Kalau nak cinta, eloklah jadi orang yang mudah menerima kerenah mengawal oleh Firebender.Pantau supaya dia tak terlibat dalam urusan yang bakal menyusahkan dirinya.Mesti steady untuk meraih penghormatan dari Firebender.

Mereka seringkali terlibat dalam pekerjaan yang memerlukan kata putus atau gerak hati yang pantas.Keusahawanan,sukan atau menjadi seorang pengurus mungkin pilihan.Ganjarannya harus lumayan.Boleh bekerja keras dalam suasana yang membina.Tidak suka kerja tak sempurna.

Firebender bukanlah penakut.Dicabar pasti melawan.Cenderung menganiayai orang.Agak bahayalah bagi musuh mereka ini.Semangat memang sentiasa membara,tak hairanlah kalau lawan merasa perit.

Bagi menambah kualiti hidup,disarankan untuk belajar menghargai orang,berhati-hati dalam perbuatan dan menerima nasihat yang baik.

 Waterbender (memang akulah) , lebih bersemangat sekiranya berkawan dengan Firebender.Tak banyak selisih faham kerana Waterbender banyak mengalah.Namun,mungkin banyak makan hati dengan Firebender sebab sikap pendam rasa.Kalau kerja,Waterbender ini patuh kepada arahan mereka.Bab cinta ini leceh bagi Firebender sebab Waterbender banyak bergantung kepada diorang dalam pengurusan diri seandainya bercinta.

Firebender dan Waterbender hanya boleh wujud bersama dalam keadaan berbeza.Maksudnya,diorang tak boleh bekerjasama untuk melakukan kerja yang sama.Mesti kerja lain2.

*ini sekadar rumusan dari buku " Membina Imaginasi Cemerlang " dari Dr. H.M Tuah.Nanti aku tunjuk cover buku dia*







No comments:

Post a Comment