Thursday 11 April 2013

Oh,Earthbender yang Cool.



Maka,tak payah cerita lagi.Aku nak teruskan tentang kaitan elemen dan sifat manusia yang ada.Water dah,Fire dah.Mari masuk bab Earthbender.

Earthbender sebenarnya dah ada dalam diri manusia.Sebab, kita manusia dicipta dengan tanah dan pastinya kembali ke tanah jua.Tapi itulah,ada manusia yang sifat Earthbendernya amat menyerlah.Senang diberitahu,kebanyakkan orang alim adalah Earthbender.Kenapa?


Rendah diri adalah sifat utama Earthbender.Sangat tenang dan istiqamah,yakni konsisten.Pergaulan mereka sangat luas.Dan,mereka ini diam-diam ubi berisi.Mungkin nampak macam old fashion,tapi minda mereka lebih maju ke hadapan.Teguh pendirian dan sangat menjaga maruah.

Rakan Earthbender ni banyak juga kerana Earthbender jarang pilih bulu.Tapi,Earthbender ni agak serius,jadi mungkin suasana agak keras sikit kalau berbicara.Namun begitu,sifat ini adalah punca Earthbender dihormati.

Earthbender ni kelemahannya mungkin agak terbatas disebabkan sikapnya yang tenang.Tapi,sikap serius dan teguh pendirian menyebabkan sesetengah orang tak mahu melayan Earthbender.Earthbender juga sanggup berbalah habis-habisan untuk perkara yang dia percaya adalah benar.

Kawan Earthbender ini banyak golongan.Tapi,kawan yang selalu menyokong.bagi panduan dan membantu dalam hidup,Earthbender cukup sayang.Earthbender juga suka berkawan dengan orang yang berperibadi hebat.Pasangan diorang pulak mesti ada karisma dan nilai moral yang tinggi.Kiranya high taste jugaklah.

Earthbender memilih kerja yang memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.Pendidik,doktor dan ahli-ahli motivasi atau agama mahupun keusahawanan  sesuai buat mereka.Mereka sangat inginkan hasil kerja yang bermanfaat bagi semua orang.Pantangnya ialah orang yang menindas dalam kerja dan kerja yang dilakukan secara menyeleweng.

Earthbender jarang bermusuh.Tapi,Earthbender cukup anti dengan orang yang menghina maruahnya dan mempermainkan pendiriannya.Tapi,semuanya diatasi dengan tenang dan mengikut landasan yang betul.Dan Earthbender bersedia memaafkan orang yang menganiayainya dengan syarat dia betul betul insaf.

Bagi Earthbender,mereka boleh menambah kebaikan dalam hidup mereka dengan menuntut ilmu pengetahuan,lebih terbuka dan turun membantu mereka yang kesusahan.

Waterbender kelihatannya boleh membuat Earthbender lebih terbuka.Earthbender ni pulak tak gemar sikap Waterbender yang kurang berdikari.Firebender tak suka sikap teguh pendirian milik Earthbender.Dalam pekerjaan,memang Waterbender jenis ikut sahaja tetapi mungkin agak sukar sikit dengan Firebender.Dalam percintaan, Waterbender ni kurang memikat hati Earthbender tapi boleh terima lah jugak.Earthbender yang pilih Firebender memang tinggi kesabaran.

Waterbender macam aku memang hormat Earthbender.Earthbender yang baik biasanya akan lebih terbuka tetapi sentiasa mengingatkan Waterbender akan tanggungjawab.


No comments:

Post a Comment