Monday 6 May 2013

Cerita Belakang Tabir PRU 13.

Wah, inilah kali pertama aku main politik dalam blog aku nie. Memula sekali aku ada risau sebab takut ada yang terasa. Tapi, serius cakap, ini adalah apa yang aku tengok dan terima, bukan di bawah mana- mana pihak.Harap2 kita semua masih rilek sebab bagi aku, politik ini adalah untuk kita menentukan kuasa pemerintahan.Setiap orang bebas memilih tanpa perlu bimbang dibom, ditembak atau dibunuh di Malaysia ini.


Bagi orang politik, diorg kta PRU13 adalah satu kes yang ganas.Yelah, semua orang ada fakta,bukti dan agenda memasing. Kalau setakat dalam politik, biasalah debat2 ni.Tapi kan, aku tengok benda ni dari sudut pandang orang bawahan macam kita ini. Aku bercakap tentang insiden2 yang berlaku sepanjang tempoh kempen.Ada memacam perkara yang sensitif dah jadi macam tengok wayang. Isu video 18SX, bom, gaduh sudah menjadi satu perkara biasa di surat khabar.

Dalam tak sedar, perkara inilah yang membuktikan bahawa betapa ramainya orang jadi mangsa politik, termasuk aku sendiri.

Aku terpanggil nak komen sikit bukan sebab nak cakap sapa betul sapa salah. Tapi aku nampak kan, politik ini kekadang menjadikan kita manusia yang baik atau sebaliknya.

Isu pertama, soal kempen kita. Kekadang aku tengok, kibaran bendera dan poster sebenarnya dah macam menyemak. Oklah, boleh berkempen, namun sebagai pelajar grafik ( betul ni aku tak tipu ) ,dengan gantung poster dan bendera secara tak profesional akan menyusahkan orang lain. kenapalah aku tengok ada yang letak kan signboard arah jalan, traffic light dan tempat2 yang tak sepatutnya.

Budaya samseng politik pun dah macam cerita tamil. Takut kalau difikirkan tapi rasanya dah ada di Malaysia. Aku tengok ada sahaja yang mendakwa pejuang, hero dan sebagainya lagi. Aku cuma dapat bagi satu kesimpulan. Benda yang salah hanya nampak betul kalau ada ramai orang buat tapi benda betul akan jadi salah hanya kerana seorang je buat.Maksudnya majority is not always right. Kita rasa kita di pihak benar tapi kita salah kalau kita ingat kita boleh tindas orang dengan alasan itu.

Aku pun kekadang terikut emosi. Tapi cikgu aku pesan, sebarang action dalam politik mesti atas kepentingan negara dan rakyat, bukan atas dendam atas lepas geram kita.Pesanan cikgu aku buat aku lebih sedar bahawa politik ni untuk kita tolong bangunkan negara dan rakyat. Bukan medan nak balas dendam. Tak kira di mana pihak kita, kita mesti tanam niat ini.

Kita yang Muslim harus sedar bahawa demokrasi kita sekarang ini bukanlah dari sistem yang diterapkan Islam. Ada segelintir kawan aku yang percaya akan wujud kerajaan Khalifah.Aku nak Khalifah bangkit tapi bukanlah Khalifah yang dilahirkan dari sistem acuan Barat. Aku selalu bayangkan bahawa bendera panji Khalifah akan berkibar dengan megah. Tapi aku cakap awal2, semua ini perlukan pengorbanan.

Kita mendakwa nak bersih, tapi kita sendiri telus tak? Kita dakwa kita satu bangsa, kita ini suka tak gelar orang panggilan paria, kelantan budu, dan apa2 lagi?Kita mendakwa nak undang2 Islam, tapi berani tak kita jamin kita akan buat macam Rasulullah?Rasulullah kata apa, kalau anak dia Fatimah mencuri pun akan dipotong tangannya walhal Fatimah itu anak dia!Kita kata kita nak tolong rakyat, tengok jiran kita, tengah kenyang ke atau berlapar?Kita kata kita dah banyak bantu rakyat, tapi kenapa masih ada orang tak dapat zakat, orang takde rumah?Kenapa agama Islam tetap disalah ertikan di Malaysia walaupun agama ini agama rasmi Persekutuan?Kenapa orang Melayu didakwa pemalas, walaupun aku tengok sendiri seorang Melayu kerja separuh mati?Kenapa ada tuntutan merapu seperti nak adakan hak LGBT? dan aku tahu, ada jer ringan mulut cakap, ni salah parti XXX , ni salah Dato XXX.

Kepincangan negara adalah salah kita sendiri. Aku pun bersalah. Betul, kerajaan berperanan dan pembangkang berperanan. Tapi kekadang bila aku tengok sesetengah isu, mungkin sesuai aku katakan, kita semua semakin tamak tapi usaha kita tak sepadan dengan " ketamakan " kita itu.Di mana tamak kita? Aku susah nak cakap. Sebenarnya tak salah kita demand, tapi lihatlah baik untung demand kita.

Demand hak LGBT buat apa?Kalau demand ada peruntukan kahwin atau bantuan kahwin kan lebih munasabah.
Demand kereta murah? Bagus tapi baik check apa sebenarnya paling utama.
Demand BR1M mahal ? Err tapi kita ada guna wang ke jalan betul atau .....

Aku bukan lah nak marah2, tapi aku nak bagi kita semua nampak apa yang salah silap kita buat. Aku tak kata aku betul 100 %, tapi kan nak bincang ,bincanglah atas dasar rasional dan fakta, bukan secara main ikut perasaan nak menang aje.

Well, kita dah tahu keputusan PRU. Bagi yang menang, jangan seronok sangat,org undi awak suruh berkhidmat.Yang kalah tak usahlah merajuk,nak berbakti kepada negara tak semestinya tunggu nak ada jawatan YB, ADUN baru nak tolong rakyat.

Yang sudah tunai tanggungjawab, tahniah.

Aku tutup cerita aku dengan ayat famous ini.

" Jangan fikir apa negara boleh buat untuk kamu, tapi fikirlah apa yang dapat kamu buat untuk negara. "


No comments:

Post a Comment